Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN ADALAH AHLI BERSATU DAN KETUA ARMADA MALAYSIA YANG SAH.

1 SYED

1 SYED 2

 

Kenyataan Media

1. Melalui surat bertarikh 28.05.2020, telah dinyatakan bahawa kami berlima telah kononnya melanggar peruntukan 10.2.2 dan 10.2.3 Perlembagaan Bersatu. Dakwaan yang terkandung di dalam surat berkenaan adalah bahawa tindakan kami berlima mengambil kedudukan di Parlimen pada 18.05.2020 sebagai wakil rakyat yang tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional dan menyebabkan kami melanggar perlembagaan parti BERSATU.

2. Peruntukkan 10.2.2 dan 10.2.3 Perlembagaan BERSATU menyatakan:

(i) 10.2.2 Mengisytiharkan keluar daripada parti.

(ii) 10.2.3 Menyertai atau menjadi ahli mana-mana parti politik lain di negara ini.

Dilihat pada takrifan di atas, amat dangkal dan tidak munasabah untuk kami dikatakan telah keluar parti sedangkan kami hanya melaksanakan apa yang dibenarkan oleh undang-undang dan hak kami di bawah Perlembagaan Persekutuan selaku Ahli Parlimen yang sah.

3. Kami langsung tidak bersetuju bahawa keahlian kami terhenti secara serta-merta apatah lagi ianya bertentangan dengan undang-undang serta juga menafikan hak kami untuk membela diri dan memberi penjelasan, yakni hak yang dijamin di bawah prinsip kedaulatan undang- undang.

4. Yang jelas , pejabat Presiden bermain politik semasa isu Covid-19 dan kegawatan ekonomi yang kini melanda negara. Ini juga menampakkan sikap diktator Presiden. Kami juga menyatakan di sini bahawa tindakan sebelah pihak (unilateral) oleh Presiden BERSATU kini dalam memecat kami tanpa sebab adalah kerana kegusaran beliau dalam menghadapi pemilihan parti serta posisi beliau yang tidak selamat selaku Perdana Menteri yang paling tidak stabil dalam sejarah pentadbiran negara kita.

5. Surat yang diutus kepada kami juga pada zahirnya menampakkan kecelaruan urusetia parti BERSATU kini. Ianya ditandatangani oleh individu yang tidak diberikuasa di bawah perlembagaan parti dan tidak langsung menampakkan BERSATU ditadbir secara profesional. Tindakan seorang Setiausaha Kerja yang mengutus surat sebegini kepada yang diantaranya adalah para pengasas parti BERSATU sendiri adalah sangat menjelikkan serta biadab.

6. Pihak kami tidak menerima pemecatan salah ini yang jelas bertentangan dengan undang-undang dan merizabkan hak untuk mengambil tindakan undang-undang yang berkaitan bukan sahaja untuk diri kami tetapi untuk memastikan kemaslahatan ahli-ahli akar umbi BERSATU.

7.Kami akan memastikan BERSATU kembali ke landasan betul dan tidak lagi dijadikan wahana pacuan sesetengah pihak yang hanya tamakkan kuasa dan kedudukan. Pada Ahli-Ahli Parlimen BERSATU yang lain, kami menyeru dan memanggil anda, lihat apa yang kini berlaku pada parti kita sendiri, hilang kuasa di negeri-negeri dan menjadi bahan mainan parti yang dulu kita tentang bersama.

Bertarikh: 28.05.2020
#Kekal Berprinsip #Selamatkan Bersatu

YB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
Ahli Parlimen Langkawi
Pengerusi BERSATU

YB Dato’ Seri Utama Hj Mukhriz Mahathir
Ahli Parlimen Jerlun
Timbalan Presiden BERSATU

YB Syed Saddiq bin Syed Rahman
Ahli Parlimen Muar
Ketua ARMADA BERSATU

YB Dr. Maszlee bin Malik
Ahli Parlimen Simpang Renggam
Ahli Majlis Tertinggi BERSATU

YB Dato’ Wira Hj Amiruddin bin Hj Hamzah
Ahli Parlimen Kubang Pasu

 

BIAR HILANG KUASA, JANGAN HILANG MARUAH -Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Image may contain: 3 people, people standing and wedding

BIAR HILANG KUASA, JANGAN HILANG MARUAH.

Jagalah harga diri & maruah diri. Rezeki, ajal maut & segalanya di tangan Allah s.w.t.

Mulianya kita bukan kerana pangkat & kuasa. Kuasa yang hanya sementara. Mulianya kita kerana iman & takwa serta harga diri dan maruah.

Maruah diri itulah harga diri. Ada maruah adalah harga, tiada maruah, tiadalah harga. Harga diri tidak boleh dijual beli.

Biar miskin, biar papa, tidak mengapa, asalkan ada harga diri. Tiada guna harta, ilmu di dada, berjawatan, jika tiada maruah. Tiada maruah diri, ibarat binatang yang hidup berupa manusia. Jika sudah bersifat binatang, siapa akan hormati kita?

Ingatlah! Orang yang bermaruah akhlaknya mulia, ada sifat malu. Mereka sangat takut dengan Allah. Dengan manusia tidak meminta-minta. Miskin tidak meminta-minta, kayanya berkhidmat untuk manusia.

Orang marah, dia selamba. Dendam tiada, pemaaf pula. Ketika hidup susah, dia macam orang kaya, kerana tidak meminta-minta. Dengan siapa sahaja dia boleh berkawan, tapi dia tetap dia, kerana dia tidak melakukan kerja-kerja hina.

Yb masih ingat mengapa saya ambil keputusan untuk berjuang bersama Yb?

Because this “war” is worth fighting for,
Demi Malaysia.

#KekalBersatu

 — with Muhammad AffendiSharifah Muhazlisa Syed BakarAmir Long and 12 others in Putrajaya, Wilayah Persekutuan, Malaysia.

Melaka tandatangani perjanjian pembangunan bercampur bernilai RM1 bilion

Melaka tandatangani perjanjian pembangunan bercampur bernilai RM1 bilion

AYER KEROH 3 Okt.- Ketua Menteri, Adly Zahari menandatangani perjanjian pembangunan dan pembinaan resort banglo, villa air, hotel, taman tema air, dan tempat perayaan melibatkan kawasan konsesi 100 ekar di daerah Melaka Tengah antara Syarikat Bitara Niaga Development Sdn. Bhd bernilai RM1 bilion di Seri Negeri, sebentar tadi.

Pada sesi menandatangani tadi, Syarikat Bitara diwakili wakil pengarahnya, Datuk Sean Yap Jyh Shyong.

Hadir manyaksikan majlis itu, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Hanafi Sakri dan Pemegang Saham Bitara Niaga Development Sdn. Bhd., Abdul Latif Mohd Dris.

Menurut Adly, kerja-kerja pembangunan akan dijalan dalam tempoh enam bulan selepas proses dokumentasi berkaitan selesai dan dijangka selesai sepenuhnya dalam tempoh 15 tahun.

Katanya, projek berkenaan merupakan mercu tanda pelancongan baharu buat Melaka dan dijangka memberikan hasil positif kepada kerajaan negeri.

“Kita berharap dengan perjanjian yang ditandatangani dan pelaksanaannya dapat menjadi pemangkin pembangunan negeri dan menjadi mercu tanda pelancongan baharu pelancongan,” katanya ringkas pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Antara Kerajaan Negeri Melaka dan Bitara Niaga Development Sdn. Bhd, hari ini.

Terdahulu Adly turut menerima replika cek bernilai RM8,005.200 juta disampaikan Shyong sebagai bayaran fi komitmen.

 

https://melakakini.my/melaka-tandatangani-perjanjian-pembangunan-bercampur-bernilai-rm1-bilion/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

Syed Saddiq Melakar Sejarah Baru Bagi Negara Malaysia

Izinkan saya berkongsi sebuah kisah mengenai seorang anak muda.

Anak muda ini telah melakukan apa yang ramai ahli-ahli politik veteran gagal melakukan. Dalam suasana politik yg begitu memecahbelahkan, jarang kita berpeluang melihat kerajaan & pembangkang sepakat dalam sesebuah isu.

Namun smlm (16 Julai 2019), sejarah tercipta apabila kesemua 211 Ahli Parlimen yg hadir tlh undi utk meluluskn sebuah RUU utk:
1. Menurunkn had umur mengundi kpd 18 thn
2. Menurunkn had umur calon pilihan raya kpd 18 thn
3. Pendaftaran sbg pengundi scr otomatik

Namun, apa yg lbh menarik bknlah keputusan yg tercapai, tetapi proses mencapai keputusan tersebut. PROSES, bkn keputusan.

RUU asal sebenarnya tdk mengandungi pendaftaran pengundi scr otomatik. Pembangkang tlh membantah RUU tersebut dgn alasan bhw pendaftaran pengundi scr otomatik perlu dimasukkan ke dlm RUU ini. Jadi anak muda ini tlh menarik balik RUU asal, membuat perubahan, dan membentang semula RUU yg baharu yg mengandungi pendaftaran pengundi scr otomatik.

Apa yg menarik sangat?

Tiada apa-apa sebenarnya. Benda simple je. Namun, dlm suasana politik yg begitu ‘divisive’, sudah menjadi kebiasaan melihat ahli2 politik melawan for the sake of melawan. Kita lbh kerap melihat ahli2 politik melawan sbb mereka seteru. Kalau kjaan cakap A, pembangkang akan sengaja cakap B. Kalau pembangkang cakap B, kerajaan akan sengaja cakap A. Mereka sengaja je nak bertentangan dengan seteru politik.

Anak muda ini mempunyai pilihan meneruskan budaya politik lama sebegitu. Beliau boleh je menolak permintaan pembangkang untuk sengaja bertentang dengan mereka. Tetapi itu tidak dilakukan. Sebaliknya beliau telah berjumpa ahli-ahli Parlimen pembangkang, duduk berbincang dengan mereka, menampung permintaan mereka, membentang semula RUU yg telah diubah, dan akhirnya memastikan RUU tersebut lulus.

Anak muda ini telah menjadi contoh bagaimana seseorang pemimpin meskipun usianya muda, mampu berfikir dan melaksanakan tugas secara profesional dan matang berbanding sebilangan pemimpin yang usianya jauh lebih tua. For once in a long time, someone, a young man actually, spent more time getting things done, rather than wasting time on petty politics.

Anak muda ini ialah Syed Saddiq.
#Undi18#YouthPower