Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Kilang senjata api pertama di Malaysia dengan kerjasama Turki

 

senjata-api-turki

Pengerusi KOP Mantap Berhad, Dato’ Seri Ayub Yaakob (Kanan) bertukar dokumen perjanjian MoU yang dimeterai bersama syarikat senjata api terkemuka Turki Pengerusi TISAS TRABZON, Ahmet Alemdaroglu disaksikan oleh Tun Mahathir dan Presiden Turki Erdogan dalam Sidang Kemuncak KL di Putrajaya hari ini.

KUALA LUMPUR – KOP Mantap Berhad, anak syarikat milik penuh Koperasi Polis Diraja Malaysia (KPDRM) mengorak langkah setapak lagi dalam industri keselamatan dan pertahanan negara dengan termeterainya Memorandum Persefahaman (MoU) bersama syarikat pembuat senjata api terkemuka Turki, TISAS-TRABZON.

Majlis pertukaran MOU tersebut diadakan sempena KL Summit 2019 itu disaksikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan di Putrajaya hari ini.

Pada majlis tersebut Pengerusi KOP Mantap Berhad, Dato’ Seri Ayub Yaakob dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KOP Mantap Berhad, Datuk Iskandar Datuk Abdul Malik bertukar dokumen MoU yang ditandatanganinya bersama Pengerusi TISAS TRABZON, Tuan Ahmet Alemdaroglu dan Timbalan Pengerusi TISAS-TRABZON, Tuan Abdullah Ardem.

KOP Mantap dalam kenyataan berkata, menerusi perjanjian itu sebuah kilang pembuatan dan pemasangan senjata api yang pertama bakal dibangunkan di negara ini.

Katanya, ia akan dilaksanakan melalui pertukaran teknologi daripada TISASTRABZON kepada KOP Mantap Berhad dengan kerjasama IDC Technologies Sdn Bhd.

Projek berkenaan bertujuan  memastikan bekalan senjata api untuk kegunaan anggota keselamatan sentiasa mencukupi sekaligus mengurangkan kebergantungan terhadap negara luar.

Selain itu, kata KOP Mantap lagi, projek terbabit juga menyasarkan menembusi pasaran antarabangsa khususnya negara-negara Asean.

KOP Mantap Berhad juga katanya, akan melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) mengikut teknologi semasa serta menyediakan latihan kepada penggiat dalam industri tersebut. – MalaysiaGazette

Kilang senjata api pertama di Malaysia dengan kerjasama Turki

 

7 TERAS UTAMA YANG DIBINCANGKAN – #KLSummit2019

No photo description available.

Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 yang bertemakan “Peranan Pembangunan dalam Akses Kedaulatan Negara” menampilkan lebih 450 pemimpin-pemimpin kerajaan, masyarakat dan para cendekiawan dari 56 buah negara.

Antara perkara-perkara yang dibincang termasuk kekuatan ekonomi dunia Islam dan pembangunan teknologi canggih oleh sumber manusia dunia Islam, selain cabaran-cabaran global yang dihadapi umat Islam seperti kebangkitan Islamofobia, penahanan umat Islam dan penghijrahan besar-besaran umat Islam akibat peperangan.

Saya akan tampil sebagai panelis dalam sesi Plenari 1 pada pukul 9 pagi esok (20 Disember) bagi mengetengahkan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang boleh dicontohi negara-negara lain.

#KLSummit2019
#Makmur2030
#MEA