HADI DULU DAN KINI TERUS BERBOHONG TANPA RASA MALU KEPADA ALLAH SWT.

Image may contain: 3 people, text

1 PINTU TAUBAT 6 J1 WAJAH PAS SEBENAR.

Masih ingat berita ni…jadi jangan salahkan orang lain bila tak percaya pada kata2 Ustaz atau yang di gelar ulama…
Anda sendiri burukkan nama anda bukan kami buat fitnah…ustaz Zuliadin Abdullah

https://web.facebook.com/photo.php?fbid=2865081906879990&set=a.419257841462421&type=3&theater

Isytihar Perang

1 AZAB PEMBOHONG

-Isytihar Perang-

Setelah beberapa hari berfikir dan istikharah, saya buat keputusan untuk publish tulisan ni.

Hari tu saya ada up status ringkas kenapa saya tak up atau share apa² provokasi kaum. Juga ada saya up status ada tulisan saya nak up tapi takut sensitif. Ada yang suruh tulis jawi lah apa lah. Tapi saya nak tulis rumi. So tentang kenapa saya tak mahu up pasal provokasi kaum, pasal cina biadap, pasal terbalikkan bendera (macam isytihar perang sebab dulu DAP bawak penyapu merata isytihar “sapu melayu” sebelum tercetusnya rusuhan kaum 13 Mei),

Hari ni saya jawab.

Jawapannya mudah.

Saya tak bodoh untuk promosikan sebuah “keganasan”.

Memainkan sentimen perkauman bermakna meniupkan api peperangan.

Korang yang tak pernah perang ni tahu ke tak perang tu apa?

Punya sembang lah 13 Mei, 13 Mei, 13 Mei, masalahnya korang tau tak apa tu 13 Mei? Apa berlaku?

Saya berguru dengan beberapa guru yang pernah berperang. Mereka ajarkan saya, perang bukan pilihan, ianya terjadi. Bukan dicari. Jangan sekali-kali mencari perang. Kamu bakal ustaz, bakal pemimpin masyarakat, kamu kena ajarkan umat supaya elak perang kerana perang adalah fitnah iblis. Memang iblis sudah sumpah untuk sesatkan kita.

Perang adalah antara dosa yang paling besar. Apabila perang berlaku, segala rule of law akan terhapus. Kita SEMUA akan berada dalam situasi “self survival”. Manusia akan keluar segala sifat binatangnya.

Tiada lagi undang-undang, semuanya bebas dilakukan.

Boleh pecah rumah, pecah supermarket, boleh culik orang, boleh rogol orang, boleh sembelih sesiapa sahaja, boleh curi apa sahaja. Bekalan air, elektrik, makanan, internet, akan terputus. Lembu, kambing, ayam akan dicuri. Hidup akan jadi berkelompok dan masing-masing jadi brutal. Kelompok mana yang kuat, dia kuasai kawasan. Tiada siapa boleh tidur malam kerana bila² masa rumah akan dipecah masuk oleh orang asing untuk merompak, mencuri, menyembelih, merogol.

Inilah PERANG. Inilah DARURAT.

Orang yang pernah merasa perang, tidak akan mahu ianya berulang.

Kita rasa kita hebat, kita rasa kita kuat, kita rasa kita majoriti, kita rasa boleh menang.

Tapi setiap perang pasti akan ada “Collateral damage”. Macam mana dengan nasib wanita, kanak-kanak, orang tua dan orang-orang lemah lainnya?

Hospital, sekolah, pejabat, bank, semuanya akan ditutup.

Macam mana dengan harta dalam bank? Bank dah kena rompak.

Kemungkinan duit pun dah tak laku, hanya sistem barter yang laku sebab orang bandar mana ada tanah nak tanam padi, bela lembu ayam. Jadi terpaksa bergantung makanan dari supermarket semata-mata.

Saya mengembara melihat dunia, saya melawat ramai mangsa perang, saya melawat negara kaya dan miskin.

Orang mangsa perang selalu berpesan supaya jangan sekali-kali mulakan perang. Sebab bila ia mula, akan makan bertahun-tahun.

Orang luar akan bebas keluar masuk seperti di Syria. Boleh culik ramai anak dan wanita kita untuk dijual sebagai hamba dan pelacur atau dijual organ seperti yang berlaku pada rakyat Syria.

Memang senang nak provok. Share video racist, share bangsat² Zionist funded dari parti Komunis punya provokasi. Biar semua mengamuk.

Memang. Memang mereka harap kita mengamuk. Supaya perang berlaku, darurat berlaku, kekecohan berlaku, jadi sempadan boleh dibuka untuk “tuan²” mereka keluar masuk tanah Melayu untuk assassinate “individu tertentu” tanpa dikesan atau dikenakan tindakan undang-undang memandangkan negara sedang “darurat” dan “perang”. Siapa sahaja boleh mati di tepi jalan sebagai mangsa perang. Tiada siapa akan fikir ia pembunuhan terancang atau konspirasi pihak tertentu.

Makanya, saya tidak lakukan apa-apa provokasi terutamanya keganasan, perang kaum, sembang gajah terbang 13 Mei. Kerana saya TIDAK BODOH.

Korang pun tahu dengan izin Allah tulisan saya boleh mempengaruhi orang. Anytime saya boleh tulis sesuatu untuk membentuk batalion² perang. Kalau zaman Jepun dulu mereka guna suratkhabar, guna poster dan propaganda pada orang ramai. Asia For Asia katanya. Boleh menghasut orang ramai dengan flyers Dan lain². Zaman sekarang pulak orang guna media sosial.

Jadi saya tidak sewenang-wenang boleh tulis sesuatu yang kesannya buruk. Sebab saya orang agama. Saya ada guru tareqat, ada guru tasawuf, ada kesan yang saya kena fikir. Bukan boleh main ikut nafsu nak tulis dan provok. Saya hanya boleh guna pengaruh yang ada untuk ajak manusia pada Allah, tauhid yang benar, sunnah nabi, cinta dan sayang nabi. Dan kalau berlaku juga perang, ya sudah, kami sudah sedia bersama hizib² perang dan rabitah² bersanad kami.

Umat Islam itu penyayang dan lemah lembut, tapi bukan pengecut. Umat Islam tidak mengganggu dan provokasi tetapi kalau berlaku keganasan, mereka sudah siap sedia pertahankan diri, harta dan maruah.

Saya tinggal dengan orang Arab di negara Arab, kiri kanan atas bawah saya semuanya jiran Arab mangsa perang dari Iraq dan Syria.

Saya lihat dan rasai sendiri pedihnya hidup mereka merempat di negara orang.

Yang paling sedih, peperangan telah mengakibatkan ramai umat Islam jadi murtad, atheist, tiada agama dan tak kenal siapa Allah Rasul.

Sangat sedih bila tunjukkan pada anak² Syria kalimah Allah dan tanya apa ini, mereka jawab tak tahu.

Kalau perang berlanjutan selama 7 tahun, bayi yang lahir pada awal perang akan membesar 7 tahun tu dalam keadaan jahil, barbaric, brutal, tiada belas kasihan dan jadi penjenayah, kerjanya hanya mencuri dan mencarut. Ramai juga yang terlibat dadah untuk cari ketenangan.

So, ini ke yang korang nak?

Korang boleh jaga ke anak perempuan, isteri, saudara perempuan, ibu, nenek korang dari kejahatan manusia?

Kalau anak perempuan korang kena culik dan dijadikan hamba seks tentera kafir macam di Syria dan Iraq, apa korang boleh buat?

Korang pernah tengok manusia dilapah hidup-hidup?

Pernah tengok ke sekumpulan manusia tangkap lelaki dari satu kampung dan bunuhnya perlahan-lahan dengan korek² dadanya dengan pisau untuk keluarkan jantungnya?

AKU PERNAH.

Walaupun bukan live depan mata.

Saya ada ramai kawan mangsa perang yang kongsikan video yang mereka dan rakan mereka rakam sendiri keganasan² yang berlaku akibat perang. Dan mereka juga adalah saksi mata kepala segala kekejaman tu.

Ada yang tengah jalan-jalan dengan isteri dan anak perempuan, tiba² si bapa kena sniper, pecah kepala. Anak dan isteri diculik untuk dijadikan pelacur.

Ada yang dah geram lama kat sorang perempuan ni, tapi perempuan tu dah kahwin. Bla perang berlaku, dia carik perempuan tu, culik dan jadikan hamba seks dia.

Ada yang dah lama geram dengan jiran dia. Bila perang berlaku, dia sembelih jiran dia.

Sebab mereka tahu, mereka sudah outlaw. Ketika perang, tiada lagi law, tiada polis, tiada mahkamah, tiada undang-undang. Silap² dengan polis dan tentera pun jadi jahat, nak selamat kena rasuah, serah body dan lain-lain. Ni semua berlaku di luar negara.

Undang-undang mana nak lindungi korang waktu perang?

Polis, tentera semua akan sibuk berperang jugak.

“Habis tu, tak kan nak biar kaduk naik junjung, kita ada maruah, kita bukan pengecut.”

Hello brother.

Aku Melayu. Ini tanah Melayu. Kita ada Sultan Melayu. Hanya Sultan kita sahaja boleh keluarkan arahan jihad. Selain mereka, jihad korang tak sah. Mati katak je.

Tu satu.

Keduanya. Aku Melayu. Ini tanah Melayu. Ada sebab kenapa keturunan kita sentiasa bertolak ansur dan bersabar dan biarkan je apa orang asing nak buat apa mereka suka. Mereka bakar masjid, baling kepala khinzir dalam masjid, hina nabi, hina Allah, bunuh bomba, bunuh ahli bait, marah azan, hina Jawi sebagai taik lembu, mereka boleh provok apa mereka suka. Mereka memang dibayar untuk semua tu dan terima arahan dari “supreme leader” diorang. Keturunan kita, Sultan kita, nenek moyang kita, terus layaaaannn aje. Hingga dalam sejarah dunia, kitalah satu²nya bangsa yang paling tolak ansur.

British kita maafkan, Jepun kita maafkan, Cina Komunis pun kita maafkan siap bagi kerakyatan, daftarkan parti politik untuk mereka , siap bagi undi jadi menteri lagi untuk anak keturunan mereka yang satu masa dulu menyembelih nenek moyang kita.

Kita bertolak ansur, move on dan biarkan je. Semua tu ada sebab. Bahkan walaupun bangsa kita ditindas dan ditindas, kita tak pernah terhapus, melayu dulu dan sekarang sama je. Walaupun melayu suka kutuk Melayu, bangsatkan sesama melayu, tapi time kahwin, pakai busana Melayu siap keris jugak. Waktu raya, pakai baju melayu siap sampin jugak. Pergi surau tetap dengan baju melayu dan kain pelikat, sama je sejak dulu sampai sekarang.

Tak kan melayu hilang di dunia tu bukan saja² disebut.

“Habis tu? Sampai bila nak sabar? Sampai habis semua hilang? Tiada lagi hak atas tanah sendiri?”

Tak… Buatlah apa pun. Demi Allah hal itu tidak akan berlaku.

Sekali lagi saya tegaskan, tanah ini tanah Berdaulat. Tanah ini bertuan. Tanah ini ada tuannya yang menjaga. Tiada orang asing yang berjaya memiliki tanah ini kecuali sementara. Bertukarlah berapa ratus bangsa pun menjajah. Tetap akhirnya tanah ini kembali jua kepada tuannya.

“Jadi tak kan nak biar mereka hina kita? Sampai bila? Kita kena ajar mereka!”

Bodoh. Ini pemikiran bodoh dan iblis.

Sekumpulan anak² dajjal yang Zionist funded ni buat hal, pastu nak bunuh berjuta orang lain yang tak terlibat hanya kerana mata mereka sama sepet? Atau kulit mereka sama hitam?

Tahu apa tu marah nyamuk bakar kelambu?

Korang tak ada kawan bangsa lain ke atas muka bumi ni? Makan gelak bersama, tiba-tiba kau nak bunuh dia? Hanya kerana mata dia sepet atau kulit dia gelap? Hancur sebuah keharmonian dan persahabatan sekian lama?

Saya ramai kawan Cina, India, Bengali, ada yang muslim ada yang belum muslim. Saya sayang mereka. Kami saling menghormati. Korang ada tak? Ke korang tak bercampur?

Lagi² Cina dan India di Kelantan yang mempunyai kadar racism yang rendah berbanding negeri lain. Cina India kat sana jangankan bahasa Melayu, loghat Kelantan pun pekat. Kalau negeri lain, bahasa Melayu standard pun tergagap, yang jadi menteri pun pelat teruk.

Saya tengok di sesetengah tempat di utara pun ramai Cina India yang cakap loghat utara sama pekat dengan orang tempatan. Kadang nampak mereka lebih “Melayu” dari Melayu. Mereka lebih pandai Jawi dari kebanyakan Melayu lain.

Saya jumpa Cina di Melaka dulu tengok anak beranak cakap Melayu. Bila dengan mak bapak, cakap Melayu. Tapi sesama anak cakap Cina. Pelik pulak. Bila kenal² dan tanya, rupanya mak ayah keluarga tu tak reti cakap Cina walaupun mereka pure Cina. Tapi anak² pandai cakap Cina sebab masuk sekolah Cina.

Macam mana pula dengan muallaf? Oh muallaf takpa, dia saudara Islam kita. Tapi muallaf tu ada saudara yang belum Islam jugak, so macam mana? Diorang pun tungkus lumus tunjuk akhlak, dakwah dan menyentuh hati saudara² belum Islam lain kepada Islam. Tiba-tiba dah jadi rusuhan kaum, semua kena?

So yang jenis tak racist macam ni kau nak lancar perang jugak?

Sebab kalau dah lancar perang atas nama kaum. Tentulah yang tak bersalah pun tiba² kena sembelih. Bila huru-hara berlaku, tiada lagi “damage control”.

So kena paham permainan Iblis Dajjal ni betul-betul.

Biasanya mereka create war menggunakan “a group of people” yang claim diri “mewakili” sesebuah kelompok besar. Kadangkala “suara” tu diterima oleh beberapa kelompok yang lain tapi sekadar sokongan dari jauh.

Illuminati telah create group² ni untuk manusia berbunuhan dengan skala besar.

Contoh. Mereka cipta group Zionist yang kononnya mewakili bangsa Yahudi. Padahal mereka cuma satu pertubuhan ekstrimis yang guna nama agama Yahudi. Jadi ramai sekali Yahudi sebenar menentang fahaman Zionisme dan negara haram Isra*l tu. Di Amerika para Yahudi sebenar selalu berkumpul buat bantahan pada Zionist. Maka kesan dari kumpulan kecil ekstrimis ni yang claim mewakili bangsa besar, maka seluruh Yahudi dibenci dan bila² masa akan cetus perang.

Begitu juga mereka cipta teroris ISIS. Kononnya mewakili Islam. Padahal ianya sekelompok ekstrimis yang membawa fahaman Wahhabi Jihadi dan fokus mereka lebih kepada membunuh muslim tak sefahaman. Mereka menyerang negara² Islam sahaja. Kalau ada negara kafir yang mereka sedang, itu cuma serangan kecil dan umpama “wayang” sahaja yang mereka adalah sekumpulan pengganas yang membunuh sesiapa sahaja. Disebabkan mereka, habis semua muslim sedunia difitnah, berlaku Islamophobia sampai ramai yang takut dan paranoid dengan muslim. Sampai jadi kes bunuh dalam masjid di NZ dan lain-lain negara.

Begitu juga di Malaysia, ada kumpulan tertentu yang ekstrim dan sangat racist bekerja keras untuk kuasai negara dan anggap mereka mewakili satu bangsa lalu melakukan provokasi-provokasi kepada bangsa lain untuk menumpahkan darah. Jadi disebabkan mereka, seluruh bangsa dianggap jahat, racist seperti mereka dan mesti dibunuh/dihalau. Padahal kumpulan tu je yang ekstrim dan racist dan berperangai Komunis, majoriti bangsanya pulak hanya jadi “mangsa penipuan” sebab kumpulan tu tabur janji manis. Jadi nampak macam “betul” kumpulan itu mewakili seluruh bangsa. Padahal dah mula di kalangan bangsa tu dah sedar yang mereka pun kena game, disebabkan permainan racist kumpulan tu, maka bangsa mereka semakin dibenci, produk mereka diboikot, banyak perniagaan mereka yang dulu gah kini terpaksa ditutup. Bila kumpulan tu dimarah, dengan mudah mereka spin dan salahkan orang lain.

So, konsep deception a group of people represent the whole nation ni adalah fitnah besar untuk manusia yang sengaja dibuat untuk menumpahkan darah.

So kalau nak benci, benci hanya pada kumpulan teroris, racist dan Komunis tu je. Bukan pada seluruh bangsa. Itu tak cerdik namanya.

“Mereka kafir, bunuh je.”

Kata guru kami, mana² muslim yang berfikir seperti ini, adalah anak² iblis.

Sebab orang kafir kalau kita bunuh, mereka akan terus ke neraka tanpa bicara dan kalau kita dahagakan sangat nak hantar umat nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم ke neraka, fahamilah hanya 1 makhluk sahaja yang telah bersumpah akan bawak seramai mungkin anak Adam ke neraka.

Iaitulah Iblis.

Jadi kalau kau begitu gembira menghantar anak Adam ke neraka, apa beza kau dengan Iblis?

“Habis tu nabi dan sahabat dulu pun pergi perang.”

Kau pun sama termakan hujah orientalis yang kononnya agama Islam tersebar dengan pedang dan pertumpahan darah.

Padahal Rasul kita mengelak seboleh mungkin daripada perang sebab perang itu fitnah.. Selagi boleh bincang, mereka bincang. Tapi kalau dah kena serang, nak cangak apa lagi? Pertahan diri lah cerdik. Bahkan tidak sedikit yang masuk Islam ketika berperang.

Waktu perang pun masih berdakwah!

Jadi dalam fikiran mereka, mereka nak orang kafir ini masuk Islam, bukannya fokus mereka nak hantar kafir² ini ke neraka. Orang kafir serang mereka jadi mereka terpaksa pertahan diri.

Kita pulak?

Kita pulak yang buat provokasi dan nak perang berlaku.

“Ala sembang pumpang pumpang semua orang boleh, aku jumpa ramai orang macam kau, asyik bahas masalah, tapi tak bagi penyelesaian.”

Ok, penyelesaian dia simple . 2 step je.

1. Sabar dengan segala provokasi dari ejen Zionist ni, mereka tak akan berhenti provok, habis isu ni, isu baru pulak next week, next month, next year. Kerana mereka memang nak perang berlaku kemudian akan ada campur tangan kuasa luar, PBB dan lain-lain yang akhirnya akan gugat kuasa raja-raja Melayu dan mungkin perlembagaan baru diperkenalkan dengan dibuang hak² istimewa bumiputera oleh PBB kononnya demi kedamaian. Pastu diberi pula autonomi seperti yang berlaku di banyak negara seperti Sudan, Palestin dll yang akhirnya akan membentuk negara sendiri, diiktiraf pulak oleh Amerika dengan buka kedutaan. Lalu bumiputera akan dihalau, tanah dirampas, rumah dirobohkan, seperti yang berlaku di Palestin. Saya dok bagi hint lama dah tak paham². Ni saya cakap direct, kalau tak paham jugak, saya tak tau nak cakap apa dah. Keselamatan saya sekeluarga pun mungkin terancam sebab ni tapi untuk elak yang lebih buruk berlaku, kita ambik mudarat yang lebih kecil.

2. Kuasa mereka terletak pada penguasaan ekonomi. Naik kepala sebab rasa diri kaya. Semua kononnya perlukan mereka. So, senang je. Kempenlah buy muslim first. Eh Tak, saya tak hasut atau suruh boikot. Tak… Saya suruh sokong produk muslim je. Paham² sendiri lah. Saya tak kata sokong produk “Melayu” sahaja, tapi produk Muslim. So kita tak racist kan? Saudara² Islam kita tetap saudara walaupun lain bangsa.

Ni penyelesaiannya.

So macam mana?

Nak kembali bangkit secara aman sebagai bangsa yang hebat macam dulukala atau lancar perang yang akan musnahkan negara, harta dan keluarga kita? Korang nak ke anak perempuan korang dilacurkan kepada tentera Komunis?

Zakuan Faiz Selempang Merah a.k.a “Macai Sultan Dulu Kini Selamanya”
20 Ogos 2019
Tanah Syam

*Gambar sekadar hiasan yang bermakna. Kena tangkap sorang, tumbuh yang lain macam kanser.

*Jangan rasa selesa dengan istilah “majoriti” sebab majoriti akan kalah dengan strategi, lagipun majoriti hanya atas kertas. Pada realiti? Berapa ramai tali barut dan berapa ramai “pelancong hilang”? Ingat diorang tak buat persediaan atau ambik pengajaran dari peristiwa lepas?

*Kalau berlaku perang. Rileks. Biar ATM dan PDRM setelkan, kita jangan keruhkan keadaan. Tunggu arahan ATM dan Sultan apa nak buat.

*Kita hanya bersedia, bukan provokasi dan tambah garam ke luka. Penuhkan diri dengan ilmu dulu.

Kredit : Fb Zakuan Faiz C&P

ABDUL HADI ULAMAK KESAYANGAN MCA & MIC, TOLONG JANGAN NYALAKAN API SENTIMEN PERKAUMAN

1 TUN SAYANG

ABDUL HADI, TOLONG JANGAN NYALAKAN API SENTIMEN PERKAUMAN

1). Seperti laporan Malaysiakini pada 17 September, Presiden PAS berkata antaranya, “Biar Melayu yang menguasai Sarawak ini…kita tidak (mahu) halau orang Cina, tidak! Tapi jangan (kita biarkan) orang Cina (DAP) menguasai Sarawak ini.”

2). Menurut portal Malaysiakini, ucapan itu dipetik daripada laporan portal rasmi PAS, Harakahdaily.

3). Presiden PAS tidak wajar mengeluarkan ucapan yang mengandungi unsur-unsur yang berpotensi untuk menyalakan api sentimen perkauman di negara ini.

4). Rakyat Sabah dan Sarawak hidup aman damai dalam pelbagai kaum dan agama semenjak sekian lama. Di Sabah, Muslim majoriti. Di Sarawak, bukan Muslim majoriti.

5). Namun begitu, hubungan antara pelbagai kaum dan etnik di kedua-dua negeri itu berlangsung dengan harmoni. Gereja The Good Shepherd di Lutong Sarawak, hanya berjarak sekitar 100 meter sahaja dengan Masjid al-Naim.

6). Pada hari Jumaat, pengurusan gereja membuka kawasan parkir untuk orang Islam. Pada hari Ahad pula, pengurusan masjid membuka kawasan parkir untuk penganut Kristian. Mereka berbeza agama, tetapi berkongsi kemudahan untuk keharmonian.

7). Rakyat Sabah dan Sarawak walaupun berlainan agama berkongsi pasar, rumah panjang dan perigi. YADIM sendiri dengan kerjasama pelbagai NGO ada membina sebuah perigi yang dikongsi oleh penganut Islam dan Kristian di sebuah penempatan rumah panjang di Sarawak.

8). Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, PM pertama Malaysia telah memperkenalkan konsep “Muhibbah” dalam memupuk keharmonian hidup antara rakyat pelbagai kaum dan agama. Konsep ini dihayati oleh masyarakat di kedua-dua negeri itu sehingga kini.

9). Justeru, Presiden PAS tidak wajar bermain dengan api sentimen perkauman khususnya untuk masyarakat Sabah dan Sarawak. Permainan sentimen itu sangat bahaya. Jika ia menyala, tiada sesiapa pun yang untung. Semuanya hangus terbakar.

10). Ambillah ikhtibar daripada pelbagai negara yang musnah angkara peperangan saudara yang berlaku. Negara itu hancur. Rakyatnya menderita sangat panjang, generasi demi generasi.

11). Tiada mana-mana pihak yang menang kerana semua pihak terpaksa menanggung derita kekalahan akibat kemusnahan. Membangunkan kembali kemusnahan itu mengambil masa yang sangat lama dan jumlah dana yang sangat banyak.

12). Bahkan tidak salah untuk dikata, membangunkan kembali negara yang musnah kerana persengketaan sesama rakyat adalah sesuatu yang mustahil kecuali bersama keajaiban.

13). Kepada Presiden PAS, saya sarankan, berpolitiklah dengan rasional. Jangan kerana kepentingan politik kuasa PAS, negara ini berdepan dengan ketegangan kaum yang membawa kehancuran.

Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih.

ZOLKHARNAIN ABIDIN,
Pengarah Hal Ehwal Syariah Amanah Nasional,
20 September 2019 C&P.

Bukti Pas Bersama Parti Harbi Menentang Hudud

1 MCA HARBI1 MCA TOLAK HUDUD.

1 HUDUD DIJADIKAN PERMAINAN OLEH ULAMAK MALAYSIATAKIYUDDIN HUDUD1 PAS PUTAR ALAM1 PAS MIC SATU KELUARGA.1 HADI ROSAKKAN ISLAM1 pas hudud1 A TERANCAM1 INFO1 PAS IDAK CERDIKGENG LAWYER BURUK KELANTAN

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/piagam-perpaduan-ummah-umnopas/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/kelantan-pada-zahir-dibawah-pemerintahan-ulamak-tetapi-pada-hakikat-kaum-cina-menguasai-ekonomi-negeri-kelantan/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/isu-jawi-pas-menjadi-khadam-mca/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/geng-musang-berbulu-ayam-di-bumi-malaysia/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/pas-cabar-paderi-kristian-sertai-politik-pilih-parti-tanding-pru/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/apabila-parti-umno-dan-pas-terancam-maka-fitnah-bermula/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/bila-sprm-nak-tangkap-rosmah/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/lhdn-saman-ku-nan-tuntut-bayar-cukai-pendapatan-rm57-17-juta-2/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/ikhwan-global-adalah-al-arqam-berwajah-baru/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/05/jpa-nafi-akan-hentikan-bayaran-pencen/

Rakyat Kelantan Sejak Turun Temurun Menggunakan Produk Thailand Yang Murah Dan Mudah Didapati Di Negeri Kelantan Tanpa Ada Tanda Halal Jakim, Bermula Dari Beras, Buah-Buhan, Sayuran, Pinggan Mangkuk, Pakaian Dan Sebagainya. Semua Produk Thailang Yang Bukan Keluaran Orang Islam. Penduduk Islam Melayu Patani Juga ( Saudara Mara TMB Kelantan Nik Amar ) Sudah Hidup Turun Temurun Dan Telah Menjadi Sebati Dengan Darah Daging Mereka  Menggunakan Produk Thailand Yang Dihasilkan Di Bangkok Dan Sebagainya.

Amanat Hadi Lambang Perpaduan Umnopas Taliban

Image may contain: 1 person, text

Image may contain: one or more people and text

semenjak bergabung dan berkongsi edialogy bersama umno macam2 anugerah dan tokoh ulamak ana dapat tau…?korg ado..?ana tahu kunci soga ulamak ana yang simpan…kalau ana lawan ulamak ana bermakna lawan islam…korg semua apa tau…?

Skandal Lombong Bijih Mangan, Presiden PAS Terima RM10 Juta?

Skandal lombong bijih mangan: Presiden Pas mesti tampil beri penjelasan

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diminta menjelaskan sama ada beliau terlibat atau tidak dalam perjanjian melombong bijih mangan di Gua Musang, Kelantan.

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, sepanjang dirinya memegang jawatan berkenaan, beliau tidak pernah dimaklumkan tentang adanya agihan daripada projek tersebut kepada parti.

“Sejak saya menjadi Ketua Penerangan Pas Pusat juga saya tidak pernah mendengar adanya pembahagian hasil galian milik kerajaan negeri kepada parti.


“Tak tahulah selepas saya tidak lagi berada dalam kedua-dua jawatan itu, hal sebegini berlaku pula. Jadi, elok kiranya Presiden segera buat kenyataan rasmi.

“Kalau tidak betul apa yang sedang viral sekarang boleh nafikan,” ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.

Dokumen surat akujanji antara syarikat Vigorous Global Sdn Bhd dengan Pejabat Presiden Pas beralamat di Taman Melewar, Gombak, Selangor yang berlaku pada 10 Oktober 2013 menjadi viral di media sosial.

Turut tersebar beberapa foto menyerupai Abdul Hadi sedang melihat pelan lokasi serta dikatakan melakukan solat hajat ketika lawatan ke tapak projek.

“Pihak syarikat bersetuju dan berjanji memberi sumbangan kepada Pejabat Presiden Pas sebanyak RM10 per metrik tan jika syarikat mendapat kelulusan dari kerajaan negeri,” dipetik daripada dokumen tersebut.

Dokumen itu juga menyenaraikan anggaran jumlah sumbangan syarikat terbabit kepada Pejabat Presiden Pas yang mencecah RM200,000 sebulan dengan anggaran jumlah sebanyak RM10 juta bagi tempoh 50 bulan.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, Abdul Hadi tentu sekali perlu memberitahu apa yang sebenarnya berlaku agar pendedahan perjanjian itu tidak mencalarkan imej parti.

“Saya tidak fikir tandatangan bagi ‘Pemegang Amanah Pejabat Presiden Pas’ lengkap dengan saksi dibuat tanpa pengetahuannya.

“Jika sekarang baru tahu, Presiden harus ambil tindakan terhadap nama-nama yang memperakui mewakili dirinya.

“Ini juga berkait dengan imej, maruah dan integriti Pas itu sendiri. Sudah tentu rakyat Kelantan khasnya akan marah bagaimana hasil bumi negeri boleh diagih kepada pejabat presiden,” tegasnya.

Pada masa sama, ujarnya, pihak kerajaan negeri Kelantan juga tidak harus berdiam diri terhadap projek melombong mineral itu yang terletak di Lot PT6728 Mukim Relai di Daerah Chiku dengan anggaran kawasan diluluskan seluas 600 hingga 800 ekar itu.

“Ini dalam negeri Kelantan. Agihan kepada kerajaan negeri yang hanya RM5 per metrik tan yang lebih rendah berbanding untuk parti politik akan dilihat ramai pihak sebagai tidak adil.

“Tentu rakyat Kelantan akan marah. Sepatutnya, kerajaan negeri yang mendapat hasil yang lebih bukan pihak lain.

“Bahkan, rakyat melihat ada unsur-unsur rasuah apabila seolah-olah pihak Pas yang menolong mendapatkan projek melombong itu dengan syarat beri RM10 per tan metrik kepada parti. Jangan nanti orang kata oh inilah budaya politik matang dan sejahtera,” tambahnya lagi.

ULASAN GB

Ya, GB bersetuju dengan ayat-ayat di tiga perenggan terakhir itu.

Jika benar laporan yang diviralkan itu, PAS nampaknya sudah mula menggantikan perangai UMNO. Makan duit rakyat Kelantan tanpa rakyat Kelantan mengetahuinya!

https://greenboc.blogspot.com/2016/11/bongkar-skandal-lombong-bijih-mangan.html?m=1&fbclid=IwAR0bMJt9p0XxOZFNuaKZNNXD4IyBFX_RI2SBbSXRRHqN0F889dY7ZsYFBHg

Hadi Bersifat Pendendam

1 HADI ASOBIYYAH1 A PERKAUMAN1 Penipu1 HADI BOHONG1 Umno tikam Pas
☸ Betullah apa yang disebut Husam Musa tu PAS amat berdendam dengan parti Amanah..
Haji Hadi selalu sebut PAN… PAN… PAN bila merujuk kepada Parti Amanah.
⏩Mana tak dendamnya, parti nyamuk, puak jebon, pengkhianat parti, boleh bertahan dua tiga bulan tiba2 dapat bentuk kerajaan bersama parti Keadilan, DAP dan Bersatu di Putrajaya.
⏩Haji Hadi sebelum PRU-14 pernah berkata PAS nak jadi penasihat kepada kerajaan jika tak dapat bentuk kerajaan. Tiba2 parti Amanah jadi sebahagian daripada kerajaan Malaysia Baru di bawah PH. So… Macam mana nak jadi penasihat kerajaan sebab parti PAN ada dalam kerajaan PH?  Geram lagi…
⏩Semua pemikiran politik Haji Hadi tidak menjadi untuk hapuskan parti Amanah lalu ditiupkan rasa benci diwirid2kan kepada walaun PAS, parti Amanah barua DAP, kuda tunggangan DAP, kerajaan Malaysia Baru kerajaan DAP. Ini semua wirid2 UMNO zaman PAS bersama DAP dulu.
⏩PAS kini bersama UMNO. Masing2 dah biasa berpakat, masing2 saling curiga mencurigai. Haji Hadi kata PAS tak akan bentuk kerajaan campuran dengan UMNO di Kelantan dan Terengganu. Dia tarik hand break ikut dia saja… Dalam masa yang sama Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad dan Timbalan Presiden, Titm dah atur jawatan kuasa bersama  dengan UMNO.
⏩Bagi PAS, yang boleh rugikan mereka kira haram, yang nak untungkan depa wajib, sunat dan harus. UMNO pula sedang cari sudut dan cara tertentu dengan jinakkan PAS supaya ikut kehendak UMNO.
⏩Kepakaran pemimpin PAS bercakap bohong sehingga dianggap halal oleh penyokongnya tidak ada parti lain boleh melakukannya….
1 IMAN MURNI

Undilah calon Pakatan Harapan di PRK Rantau

KITA SOKONG PH KERANA,  HANYA PH YANG MEMERANGI RASUAH DAN MEMBASMI AMALAN PECAH AMANAH.

UMNOPAS MEMPERJUANG PERKAUMAN MELAYU DAN MELINDUNGI PENGAMAL RASUAH SERTA  MENYOKONG PERBUATAN PECAH AMANAH.

Umno bersatu dengan Pas setelah merompak duit rakyat melalui 1MDB.

Pas bersatu dengan umno setelah mendapat dedak RM90 Juta daripada umno.

 

Jika mereka bersatu kerana Islam dan Melayu, mereka mesti bersatu sebelum kedua-dua parti melakukan jenayah rasuah dan pecah amanah. Umnopas menggunakan Islam sebagai topeng melindungi wajah mereka sebagai penjenayah agama dan negara.

Tanpa Umnopas Rakyat Hidup Dalam Keadaan Aman dan Damai.

Dimana ada umnopas di situ akan ada perbalahan kaum dan permusuhan agama.

Umnopas anggap bumi Malaysia milik mereka dan tidak boleh dikongsi bersama dengan lain-lain bangsa.

PH Memperjuangkan Kedaulatan Raja-Raja Berperlembagaan, melindungi hak-hak kemuliaan Islam dan mempertahankann hak-hak istimewa orang-orang Melayu serta meraikan keperluan lain-lain kaum.

Selamat Mengundi PH. Dengan Penuh Keyakinan.

Hanya PH Mampu Memerangi Rasuah Dan Pecah Amanah.

Rakyat Malaysia bakal hidup dalam keadaan Harmoni apabila Ketua segala pengamal rasuah dan pecah dipenjarakan tidak lama lagi.

Malaysia Maju Dan Aman Tanpa Umnopas.

Sila lihat wajah insan mulia yang pasti menyejukkan hati dalam video dibawah.

 

https://web.facebook.com/1184250164973202/videos/327216807930191/

 

Sekalung Fatihah Untuk Insan Mulia TGNA- Al-Fatihah-.

Semoga Roh Beliau Mendapat Rahmat Melimpah Di Sisi Allah SWT- Amiin Ya Rabbal Alamiiin.

 

RAKYAT MALAYSIA JANGAN SEKALI-KALI LUPA

72 Peristiwa Hitam Di Zaman Najib

 

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/category/72-peristiwa-hitam-di-zaman-najib/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/

 

SPRM akan panggil Abdul Hadi beri keterangan kes dana RM90 juta

sprm Azam Baki

SPRM akan panggil Abdul Hadi beri keterangan kes dana RM90 juta

Azam (kiri) ditemui selepas majlis Pelancaran Tayangan Perdana Video Pendek (PSA) Anti Rasuah hari ini.

KUALA TERENGGANU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan untuk memanggil Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi membantu siasatan dana RM90 juta didakwa diterima parti itu dan pembayaran cek RM1.4 juta kepada pengasas dan pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, siasatan berhubung kes itu tidak pernah ditutup sebaliknya beberapa individu lagi dijangka bakal dipanggil bagi melengkapkan siasatan pada masa terdekat.

“Lebih kurang 25 saksi telah dipanggil dan kita masih menjalankan siasatan (kes) ini. Saya tidak tolak kemungkinan untuk memanggil Presiden Pas (Abdul Hadi) untuk memberi keterangan,” katanya selepas melancarkan tayangan video pendek Anti Rasuah di panggung wayang, Lotus Five Star Cinema di sini hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Datuk Dr. Rameli Musa telah hadir ke ibu pejabat SPRM, Putrajaya untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Rewcastle-Brown pula pada akhir bulan lalu membuat pengakuan telah menerima pembayaran RM1.4 juta dibuat Abdul Hadi selain memuat naik beberapa gambar salinan dokumen berkaitan, termasuk perjanjian rahsia serta sekeping cek Bank Islam menerusi blog, Sarawak Report. – K! ONLINE

http://www.kosmo.com.my/negara/sprm-mungkin-panggil-abdul-hadi-beri-keterangan-kes-dana-rm90-juta-1.867941?fbclid=IwAR2hNdwbMOjKE6GHK3YzL5tWkA6NunPuY0UAZ2sJ_Y9e1Jd9paMc6TtCSzU

STATISTIK UMAT ISLAM MALAYSIA

1 A SYIAH

HADI BERSAMA ULAMAK SYIAH

*STATISTIK UMAT ISLAM MALAYSIA ..*
*Berikut merupakan statistik daripada perangkaan JAIM, JAIS,stesen TV, mahkamah syariah, kementerian pelajaran, kementerian perpaduan penduduk dan yang berkaitan,berkenaan umat Islam di Malaysia untuk renungan kita bersama:*
*1. 50% sahaja umat islam di Malaysia memiliki Al-quran di rumah dan hanya 5% membacanya dan 1% lagi membaca tafsirannya.*
*2. 80% umat islam memliki ASTRO decoder dan hanya 5% menonton ASTRO OASIS.*
*3. 70% umat islam tertarik dengan perkara yg membawa kepada “Karnival” atau unsur yg membawa kepada hiburan.*
*4. 50% menyokong program seperti Akedemi Fantasia, Tomtombak, Mentor dan rancangan yg seumpamanya.*
*5. Hanya 10% umat islam dari satu taman perumahan yg membantu masjid atau surau di sebuah kawasan.*
*6. Hanya 20% yg menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama.*
*7. 80% remaja hari ini tidak reti atau tidak pandai mengaji.*
*8. 90% remaja atau kaum wanita suka berseluar panjang dan memakai T-Shirt.(
*9. 80% pasangan baru yang belum berkahwin akan menonton wayang setiap bulan di panggung wayang.*
*10. 95% umat islam tidak pernah mencari atau pergi ke kelas mengaji untuk mendalami ilmu agama islam itu sendiri.*
*11. 95% wali kepada pengantin perempuan tidak tahu syarat-syarat sah mewalikan anak mereka dan 99% bapa menyerahkan pernikahan anak mereka kepada berwlikan imam.*
*12. 100% anak-anak islam bawah 12 tahun cenderung kepada kartun seperti Ultraman, Mask Rider, Digimon, Pokemon dan banyak lagi kartun seperti ini yang unsurnya merosakkan minda.*
*13. 50% umat islam adalah kaki botol dan minum arak.*
*14. 50% pasangan yang telah berkahwin dan dan mempunyai anak mengaku mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain dan mempunyai tabiat melanggan pelacur.*
*15. 90% cenderung kepada keduniaan dengan ingin memliki rumah mewah, kereta mewah dan duit yang banyak.*
*16. Hanya 30% umat islam lelaki menunaikan solat Jumaat pada setiap minggu.*
*17. 3% umat islam menunaikan solat suboh secara berjemaah di masjid atau surau setiap hari.*
*18. 90% umat islam tidak ambil tahu tentang soal kejiranan atas konsep tidak suka jaga tepi kain orang.*
*19. Hanya 10% umat islam yang akan membantu saudaranya yg lain terutamanya dalam soal duit.*
*20. Dan hanya 1% sahaja umat islam yang mengetahui Sifat 20 dalam ilmu ketuhanan.*
*21. 90% umat islam percaya, faham, berkehendak, terikut-ikut kepada benda yang Tahyul, pelindung diri, pelaris business, tarik duit, seri muka, kebahagiaan rumah tangga, santau, pukau dan semua elemen yg menjuruskan kepada Syirik kepada ALLAH.*
*Dipaparkan semua statistik di atas usaha untuk menyedarkan diri sendiri dan saudara saudari tentang betapa kroniknya kefahaman islam di negara kita sendiri hari ini. Dari peratusan yang tinggal berapakah yang boleh digolongkan kepada “orang muqmin” dan berapakah yang boleh digolongkan sebagai “Makhluk”.*
*Sama-samalah kita buat kiraan untuk diri kita sendiri.*
*Yang paling penting, selepas kiraan dibuat, adakah kiraan itu dapat menyedarkan dan mendekatkan kita dengan ALLAH S.W.T?*
*Wallahua’alam* C&P.
Create your website with WordPress.com
Get started