Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Bonus penjawat awam dibayar 18 Disember 2019 – Bersyukur Kepada Tuhan Dan Berterima Kasih Kepada Kerajaan Pakatan Harapan

1 BERSYUKUR BONUS1 SYUKUR GETAH1 AZAB PEMBOHONG

 

PUTRAJAYA – Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah serta RM250 bagi pesara akan dibuat pada 18 Disember ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, bayaran khas tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM1 bilion.

“Pembayaran sebelum hujung tahun dibuat antara lainnya untuk membantu ibu bapa di kalangan penjawat awam dengan persiapan untuk persekolahan anak mereka menjelang tahun baharu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Guan Eng berkata, bantuan RM500 itu akan memberi manfaat kepada 1.5 juta penjawat awam kerajaan Persekutuan merangkumi pegawai lantikan tetap serta pegawai kontrak.

“Bayaran khas sebanyak RM250 pula akan memberi manfaat kepada satu juta pesara termasuk veteran tidak berpencen dan pesara awam tidak menerima pencen bagi mengenang khidmat bakti mereka,” katanya.

Bantuan Khas Kewangan tersebut diumumkan Guan Eng dalam ucapan Bajet 2020 pada 11 Oktober lepas. – Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/61287/BERITA/Nasional/PUTRAJAYA-Bantuan-Khas-Kewangan-sebanyak-RM500-kepada-penjawat-awam-gred-56-dan-ke-bawah-serta-RM250-bagi-pesara-akan-dibuat-pada-18-Disember-ini?fbclid=IwAR0ss_p0VVqWa8XXxW8zQ9PPBEhJI6Or6L1iD_KMaD8nr80lC2LI94yTRJo
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Penjawat awam dapat bonus Aidilfitri RM450- Jutaan Terima Kasih Kepada Kerajaan PH

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM450 kepada hampir 1.5 juta penjawat awam dari Gred 56 dan ke bawah sebagai persediaan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri 2019.

Menurut Pejabat Perdana Menteri, bantuan khas ini juga akan turut dinikmati oleh hampir 800,000 pesara Kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM225.

“Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat pada 24 Mei,” katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan itu melibatkan anggaran peruntukan kewangan sebanyak RM855 juta.

https://www.sinarharian.com.my/article/28484/BERITA/Nasional/Penjawat-awam-dapat-bonus-Aidilfitri-RM450?utm_source=izooto&utm_medium=push_notifications&utm_campaign=Penjawat%20awam%20dapat%20bonus%20Aidilfitri%20RM450&utm_content=&utm_term=