Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Dakwa Keturunan Nabi Dan Minum Darah Rasulullah SAW

Image may contain: 1 person, text
Mendakwakan Berketurunan Tertentu Secara Dusta atau Andaian Adalah Dosa Besar.
Nabi SAW bersabda,
وَمَنِ ادَّعَى إِلَى غَيْرِ أبيهِ، أَوْ انتَمَى إِلَى غَيْرِ مَوَاليهِ، فَعلَيْهِ لَعْنَةُ اللَّه وَالملائِكَةِ وَالنَّاسِ أجْمَعِينَ، لا يقْبَلُ اللَّه مِنْهُ يَوْمَ الْقِيَامةِ صَرْفًا وَلا عَدْلًا. متفقٌ عليه.
“Sesiapa yang mendakwa (menasabkan diri) kepada bukan bapanya atau mendakwa dirinya adalah mawlā kepada yang bukan qabilah mawlanya, maka ke atas laknat Allah, malaikat dan manusia semuanya.
Allah tidak menerima sebarang amalan nya pada hari Qiyamat, fardhu atau sunat.”
[Hadith sahih muttafaq ‘alayh]
وَعَنْ أَبي ذَرٍّ  أنَّهُ سَمِعَ رسولَ اللَّه ﷺ يَقُولُ: لَيْسَ منْ رَجُلٍ ادَّعَى لِغَيْر أبيهِ وَهُوَ يَعْلَمُهُ إلاَّ كَفَرَ، وَمَنِ ادَّعَى مَا لَيْسَ لهُ، فَلَيْسَ مِنَّا، وَليَتَبوَّأُ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّار، وَمَنْ دَعَا رَجُلًا بِالْكُفْرِ، أوْ قالَ: عدُوَّ اللَّه، وَلَيْسَ كَذلكَ إلاَّ حَارَ عَلَيْهِ متفقٌ عليهِ، وَهَذَا لفْظُ روايةِ مُسْلِمِ.
Dari Abu Zarr, Rasūlullāh SAW bersabda,
“Tidak lah seseorang itu mendakwa kan nasab keturunan kepada selain ayahnya yang sebenar sedang dia mengetahui nya melainkan dia menjadi kafir….dan siapkan lah tempat duduknya dalam Api Neraka…”
[HR Muslim]
Satu peringatan buat orang yang mendakwa ianya dari keturunan Rasulillah صلى الله عليه وسلم agar betul dengan apa yang disebut, ingatlah Hadith Baginda …
“sesiapa mendakwa kepada selain susur galur keturunannya maka atasnya laknat Allah, laknat malaikat dan laknat manusia sekaliannya.”
Dalam kitab ini, A’alaam Hanafiyyah dari kalangan ahli Bait, penulis memberi ingatan mendakwa sebagai ahli Bait Nabi tidak semudah hanya
sekadar dengar dari mulut orang
atau hanya sekadar bermimpi
atau hanya sekadar ditulis di makam keturunannya bahawa dari keturunan begian begian!
Ustaz Abid Annuriyy
[Gerakan PENA Malaysia]
Daripada Facebook page Dr Rozaimi Ramle https://www.facebook.com/DrRozaimiRam… Beberapa orang mengirimkan saya keratan video ini. Kata mereka majlis ini dilakukan di Sabah. Saya tidak pasti kebenarannya. Jika benar ia dari Sabah, saya mohon suara di dalam video ini yang menyatakan beliau telah meminum darah Nabi sallallah alaih wasallam untuk membawakan bukti dakwaan beliau bahawa darah baginda masih wujud sehingga hari ini. Ini kerana dakwaan melibatkan nama Nabi sallallah alaih wasallam di atas pentas berwajah agama sangat sensitif apatah lagi apabila mendakwa bahawa darah baginda masih wujud. Moga pihak yang mendakwa segera memberikan penjelasan kepada netizen dari mana dia dapat darah tersebut dan bagaimana darah tersebut masih wujud walaupun setelah beribu tahun berlalu. Saya tidak menafikan sememangnya ada riwayat sahabat yang meminum darah baginda. Yang dipertikaikan ialah benarkah darah Nabi sallallah alaih wasallam itu masih wujud dan apakah buktinya itu darah baginda? Tambahan pula pengarang kitab al-Athar al-Nabawiyyah menyatakan bahawa sebahagian dakwaan peninggalan Nabi sallallah alaih wasallam itu tidak dapat dipastikan kesahihannya. Soalan yang wajar difikirkan oleh kita bersama ialah berapa banyak Nabi sallallah alaih wasallam meninggalkan darah sehingga ia masih lagi tidak habis sehingga ke hari ini? PROF MADYA DR ROZAIMI RAMLE – Pensyarah Kanan UPSI – AJK Fatwa Negeri Perlis – Presiden Pertubuhan Kebajikan IQ – PhD Hadith di University of Jordan – M.A Hadith di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia – B.A Fiqh Wa Usuluh di Universiti Mu’tah Jordan ___________________________________________________________________ Klik link ini untuk lebih banyak video menarik: https://www.youtube.com/watch?v=nc-yV… RUGI TAK TENGOK! ___________________________________________________________________ Instagram: https://www.instagram.com/308nazmiazim/ Facebook page: https://www.facebook.com/Nazmi-Azim-2… Facebook: https://www.facebook.com/muhammadnazm…

SYIAH BASAR MEMBUNUH AHLI SUNNAH DENGAN ALASAN WAHABI

1 BASYAR MEMBUNUH RAKYAT SYRIA

Mainan Syiah Nusairiah sejak dulu lagi…
Tuduh rakyat Wahabi supaya halalkan darah dia !!

Regim Basyar Al-Assad telah hancurkan 80% dari prasarana di Syria dan mengorbankan lebih dari sejuta rakyat Syria atas alasan nak perangi Wahabi !!

Rupanya rakyat Syria ni ramai Wahabi erk…

Budak² kecil yang Basyar bunuh dan bom rumah mereka adalah sebab anak Wahabi..

Orang tua yang dibunuh, wanita² Sunni yang dirogol berkali berkali kerana mereka Wahabi?!

Betapa jahat rancangan musuh Islam ni..

Hanya perlu tuduh orang sebagai Wahabi supaya halalkan darah dia..

Itulah antara fitnah di akhir zaman untuk lemparkan tuduhan terhadap manusia lain supaya halalkan darah dia…
UST Mohib khouli

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2020/04/16/habib-ali-termasuk-dalam-pendakwah-ajaran-sesat/?wref=tp

Habib Ali Termasuk Dalam Pendakwah Ajaran Sesat ?

PERHATIAN :  Pemilihan Mufti WP tidak melalui pitisyen

Seksyen 32. Perlantikan Mufti dan Timbalan Mufti.

(1) Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Menteri, selepas berunding dengan Majlis melantik orang-orang yang layak dan sesuai menjadi Mufti dan Timbalan Mufti bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan.

(2) Apabila mula berkuatkuasanya seksyen ini, mana-mana orang yang, sebelum sahaja permulaan kuatkuasa itu, menjadi Mufti bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan yang dilantik di bawah Enakmen hendaklah disifatkan sebagai telah dilantik sewajarnya di bawah seksyen ini sebagai Mufti bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan dan hendaklah memegang jawatan demikian.

MUJAHID DAN SYIAHKHOMEINIAgama Bahai1 D1 C SESAT1 B SESAT1 A SESAT.1 PENDAKWAH SESAT DI MALAYSIA

MEREKA GOLONGAN PENYEMBAH KUBUR.

ccee0-182070_177830402249215_7920779_n

Kubur orang Islam tetapi tabur bunga macam kubur orang bukan Islam.

Syiah yang bertopengkan Ahlu Sunnah menjadikan kubur sebagai tempat bertawassul. Para sahabat nabi bertwassul diantara sahabat hanya semasa para sahabat masih hidup. Tidak ada riwayat para sahabat menjadikan kubur dan roh orang soleh sebagai perantaraan dan alat sebagai tawassul. Nauzubillah Minhum.

 

Lebih 30k tandangan petisyen, Habib Ali kata ramai lagi layak

Mufti Wilayah mestilah individu berpegang kepada ASWJ, kata Habib Ali

Pendakwah bebas, Habib Ali Zaenal Abedin al-Hamid yakin negara mempunyai ramai ilmuan yang berpegang kepada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) layak untuk memikul tanggungjawab sebagai mufti Wilayah Persekutuan.

Habib Ali berkata beliau sedar mengenai kewujudan satu petisyen – kini ditandatangani lebih 33,000 orang – yang mencadangkan agar beliau dilantik ke jawatan itu.

Pengerusi Yayasan Ar Ri’ayah itu berkata, petisyen sokongan itu bukan untuknya, sebaliknya untuk agama dan negara Malaysia.

“Saya turut yakin petisyen ini bukan untuk saya, namun ia untuk agama dan negara Malaysia.

“Namun, saya yakin bahawa terdapat lebih banyak ilmuan yang lebih layak dan pakar dalam bidang fikah dan usul fikah.

“Ini kerana tanggungjawan di jabatan mufti itu lebih merujuk kepada bidang hukum hakam yang perlu dibahasakan secara terperinci,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, tersebar satu petisyen yang tular di media sosial, cadangan supaya Habib Ali dilantik sebagai Mufti Wilayah Persekutuan yang baru menggantikan Zulkifli Mohamad yang dilantik sebagai menteri agama.

Zulkifli Mohamad 

Zulkifli memegang jawatan itu mulai Jun 2014, sebelum dilantik menyertai kabinet Muhyiddin Yassin dalam kerajaan baru Perikatan Nasional (PN).

Zulkifli mencipta sejarah sebagai mufti pertama yang diangkat sebagai menteri.

Sementara itu, Habib Ali berkata siapa saja yang dilantik sebagai mufti Wilayah Persekutuan haruslah daripada individu berpegang kepada akidah ASWJ berpandukan kepada Imam Abu al-Hasan al- Ash’ari.

Selain itu haruslah berpegang kepada Mazhab Syafie yang menjadi landasan kepada hukum hakam di negara ini.

“Ilmuan tersebut perlu arif dalam bidang fatwa, berpegang kepada ASWJ berpandukan kepada Imam Abu al-Hasan al- Ash’ari dan berpegang kepada Mazhab Syafie.

“Inilah yang menjadi harapan seluruh rakyat Malaysia, bahawa orang yang dipilih mempunyai kelayakan tersebut,” katanya.

Habib Ali adalah pendakwah bebas yang popular dan sering menyampaikan ceramah agama baik di televisyen mahupun radio.

Penulis pelbagai buku agama itu sering diundang bagi program-program selawat perdana dan Qasidah termasuk anjuran agensi-agensi kerajaan.

1 CAPAL NABI

SIMBOL CAPAL
Sejak kebelakangan ini masyarakat Islam dalam negara diperkenalkan dengan SIMBOL CAPAL – simbol selipar yang merujuk kepada selipar Nabi sallalahu alaihi wasallam.
SIMBOL ini bertujuan untuk menzahirkan rasa CINTA NABI.
Persoalan di sini, sejauh mana SIMBOL CAPAL ini selari dengan SYARIAT dan adakah ia benar-benar boleh dijadikan sebagai kayu ukur CINTA NABI?
Jika diperhatikan secara dekat, AJARAN ISLAM dibahagikan kepada AKIDAH dan IBADAH.
Dalam masa yang sama UMAT ISLAM diperintahkan supaya BERTAKWA.
TAKWA menjurus kepada erti MELAKSANAKAN SURUHAN dan MENJAUHI LARANGAN.
Perkara ini sering ditekankan di awal khutbah Jumaat setiap minggu oleh khatib.
Persoalan di sini, SIMBOL CAPAL termasuk dalam kategori mana? AKIDAH atau IBADAH?
Adakah SYARIAT ISLAM mengajar supaya kita BERIMAN dengan SIMBOL CAPAL?
Atau adakah SYARIAT ISLAM memerintahkan supaya kita MELETAKKAN / MENGGANTUNGKAN SIMBOL CAPAL ini di rumah, kenderaan, pakaian dan sebagainya?
Jawapannya, TIADA sama sekali nas-nas AL-QURAN atau HADIS yang menyatakan sedemikian.
Dengan kata lain, SIMBOL CAPAL ini hanyalah REKAAN dan DIADA-ADAKAN lalu diketengahkan kepada masyarakat ISLAM sebagai sebahagian daripada AJARAN AGAMA.
Perlu ditegaskan di sini bahawa syariat Islam BUKAN sekadar SIMBOL.
Malah dalam ISLAM TIDAK ADA SIMBOL-SIMBOL. Dalam agama lain ada tetapi dalam ISLAM TIDAK ADA.
SYARIAT ISLAM menekankan supaya kita BERAMAL bagi membuktikan KETAKWAAN kita.
TIDAK MEMADAI dengan kita sekadar meletakkan / memakai SIMBOL.
Demikian juga dalam soal CINTA NABI.
Kita perlu MEMBUKTIKAN CINTA NABI dengan BERAMAL sejajar dengan SUNAH NABI.
Malah termasuk dalam PEMBOHONGAN dan SIFAT MUNAFIK apabila seseorang itu mendakwa CINTA NABI tetapi dalam masa yang sama dia MENYALAHI SUNAH NABI dengan melakukan pelbagai amalan TOKOK TAMBAH dan REKA-REKAAN yang diada-adakan dalam AGAMA yang NABI dan para SAHABAT tidak pernah melakukannya.
Walhal para SAHABAT LEBIH FAHAM dan LEBIH BERTAKWA daripada kita.
Adakah anda mahu mendakwa LEBIH FAHAM dan LEBIH BERTAKWA daripada para SAHABAT dalam soal CINTA NABI???
Saya khuatir trend SIMBOL CAPAL ini lebih menyerupai orang-orang KRISTIAN yang menggunakan SIMBOL SALIB.
Jangan pula esok nanti ada pula anak muda Islam memakai RANTAI LEHER SIMBOL CAPAL – nauzubillah – kononnya sebagai tanda CINTA NABI.
Realitinya mereka hanya tasyabbuh menyerupai orang-orang KRISTIAN sedangkan Nabi bersabda:
“Barang siapa MENYERUPAI sesebuah kaum maka dia tergolong dalam kalangan mereka.”
Sahih. Riwayat Imam Ahmad.
Daripada ALLAH jua kita memohon petunjuk dan perlindungan.
Idris bin Sulaiman
Kajang
12 Rejab 1441H / 7 Mac 2020
===============
Dapatkan koleksi tulisan Ustaz Idris Sulaiman (UIS) di: