Kenyataan Media
Hjh Fuziah Salleh
Ahli Parlimen Kuantan
8hb April 2020
Bantuan Prihatin Nasional Yang Diluluskan Secara Automatik Tanpa Permohonan, Terbuka Kepada Kesilapan Sistem Yang Serious
Selepas tular berita berkenaan Ahli Parlimen, Menteri, Isteri Mantan Perdana Menteri, serta Mantan Timbalan Menteri yang telah menerima kelulusan BPN, maka saya terpanggil untuk membuat semakan diatas talian untuk diri sendiri.
Dapatan saya sungguh mengejutkan kerana saya juga didapati lulus untuk menerima bantuan tersebut.
Ingin saya jelaskan bahawa saya bukan penerima BSH dan juga saya tidak pernah memohon untuk BPN.
Maka persoalan yang timbul, bagaimana boleh di luluskan dalam sistem sedangkan saya yakin kami semua tidak layak menerima BPN.
Kesilapan ini mungkin melibatkan lebih ramai individu lain juga.
Memandangkan bayaran akan di buat secara terus, saya khuatir, ramai yang tidak menyemak dan tersalah terima.
Sumber negara harus di gunakan sebaik mungkin dalam keadaan kita memerangi Covid-19 dan kita sebagai negara tidak mampu untuk membuat kesilapan begini.
Sekian
Hjh Fuziah Salleh