POLITIK YANG MENDAPAT PAHALA
POLITIK YANG MEMBAWA DOSA DAN
AKAN MENJADIKAN KITA AHLI NERAKA ALLAH SWT.
ADAKAH POLITIK SATU IBADAH?
Ya, politik akan menjadi sebahagian dari ibadah jika cara jika cara kita berpolitik adalah mengikut manhaj al-Quran dan as-Sunnah. Jika tidak mengikut al-Quran dan as-Sunnah, maka politik kita tidak akan menjadi ibadah, malah berdosa kerana kita mengenepikan Syariat Allah Sebagai Agama Rahmatan Lil Alamin, seperti bersama memerangi amalan rasuah dan membasmi golongan pecah amanah. Tetapi jika berpolitik demi memenangkan parti yang disokong dan menyokong amalan rasuah serta pecah amanah maka adalah politik yang dibenci oleh Allah SWT, Menurut sekelian ulamak; setiap perbuatan kita akan menjadi ibadah jika memenuhi dua syarat; (pertama) dilakukan kerana Allah, (kedua) mengikut Syari’at Allah (yakni al-Quran dan as-Sunnah). Jika kita berpolitik kerana Allah dan semasa berpolitik kita mematuhi Syariat Allah (antaranya tidak memberi dan menerima rasuah politik yang berleluasa hari ini serta menghalalkan pembohongan atau pendustaan ), maka politik kita adalah ibadah dan mendapat pahala.