Laporan kepada KETUA POLIS NEGARA
LAPORAN MAYA TERHADAP BEBERAPA PERKUMPULAN RAMAI DALAM MASA PKP.
Saya Ridzwan bin Abu Bakar, no I/c 76121002**** telah melihat dalam hantaran FB beberapa gambar perkumpulan ramai yang tidak mematuhi standar yang ditetapkan sempena PKP fasa ketiga ini.
Antaranya ialah :
1. Satu perkumpulan ramai di Pejabat Menteri JPM (Agama) yang dihadiri oleh lebih kurang 11 orang (berdasarkan gambar) yang bukan terdiri dari staff Pejabat tersebut.
2. Satu perkumpulan di rumah DS Ahmad Said (Bekas MB Terengganu) yang dihadiri oleh seramai lebih 20 orang (berdasarkan gambar). Perkumpulan ramai itu turut dihadiri oleh YAB DS Dr Ahmad Samsuri (MB Terengganu).
3. Jamuan makan yang dihadiri oleh lebih dari 30 orang (berdasarkan gambar) di bangunan sebelah rumah YB Hj Razman di Lenggong Perak. Jamuan ini turut dihadiri oleh YB Norazmi (Timbalan Menteri Kesihatan) dan YB Shaarani (Exco Perak) selain dari YB Razman selaku tuan rumah.
Saya berpandangan kalaulah sekadar bermain HP di luar rumah, berkumpul di padang bola dan bersembang di atas wakaf boleh dianggap melanggar PKP, sepatutnya perkumpulan seperti di atas juga diambil tindakan.
Sekian, laporan saya.