8 Ramadan 1441H
Firman Allah SWT:
﷽
الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ. أُولَٰئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا ۚ لَّهُمْ دَرَجَاتٌ عِندَ رَبِّهِمْ وَمَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ [الأنفال : 3-4]
Ertinya: “Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang dan yang mendermakan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat-pangkat yang tinggi di sisi Tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di Syurga).” (Surah Al-Anfaal: 3-4)
🌼 Keterangan Ayat:
1. Allah SWT menjelaskan sifat yang keempat dan sifat yang kelima bagi orang yang benar-benar beriman! Sifat dalaman dan luaran!
2. Mereka mendirikan solat! Mereka menyumbangkan harta mereka! Mereka menunaikan kewajipan dan tanggungjawab!
3. Mereka akan mendapat darjat yang tinggi di sisi Tuhan mereka! Mereka dikurniakan keampunan dan kurniaan yang mulia di dalam Syurga!
Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.
🌼 Antara Petunjuk Ayat:
1. Iman bukan sekadar dengan ucapan dan kata-kata! Iman perlu dibuktikan dengan kelakuan dan perbuatan!
2. Orang yang beriman perlu melaksanakan kewajipan dan tanggungjawab! Kewajipan kepada Tuhan! Tanggungjawab kepada manusia!
3. Bebanan tanggungjawab di dunia hanya sementara! Semua kewajipan akan berakhir! Namun ganjaran akan berkekalan tanpa ada kesudahannya!
🌼 Kaedah Beramal:
1. Hendaklah kita membuktikan keimanan kita dengan kelakuan dan perbuatan! Tunaikan solat dengan sempurna! Salurkan bantuan dan sumbangan!
2. Hendaklah kita melaksanakan kewajipan kita kepada Tuhan! Tunaikan tanggungjawab kita kepada manusia!
3. Hendaklah kita tidak jemu untuk patuh dan beribadah kepada Allah! Ingatlah kepada ganjaran syurga yang tiada penghujungnya!
Ya Allah jadikanlah kami orang yang mendirikan solat dan menunaikan zakat, kurniakanlah kepada kami keampunan, kemuliaan dan darjat yang tinggi di sisiMu. Aamiin.
Sila tambah petunjuk-petunjuk ayat…
والله أعلم وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وسلم والحمد لله رب العالمين