RENUNGAN UNTUK AHLI PAS DAN UMNO.
Sayu bila melihat wajah tokoh pejuang Rakyat amnya di Malaysia dan khususnya di Kelantan.
Seorang Murobbi Ummah! Dihabiskan seluruh hidupnya untuk mengajak Manusia kepada Tuhan..membimbing manusia kepada Politik yang baik dan santun..
Menjadi tokoh Politik yang hidupnya sehingga kematiannya melawan UMNO yang zalim, rakus, rasuah dan pengkhianat kepada Rakyat Malaysia.
Almarhum TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,,,, Moga dikau ditempatkan bersama2 golongan syuhada, siddiqin serta solehin. Aamiin ya Robbul ‘alamin.
Murobbi Ummah ini pernah berkata..” teruskan perjuangan walaupun selepas aku tiada lagi…,jangan sekali-kali percaya kepada UMNO”.
Dia berkata lagi…”.. dikala UMNO hampir tenggelam.., mengapa kita hendak menyelamatkan UMNO..”.
Itu adalah di antara ribuan kata2 almarhum Tuan Guru yang kekal segar dalam ingatan kita khususnya pendirian beliau yang tegak berdiri dengan istiqomah melawan UMNO BN sepanjang hayat beliau.
Hari ini, selepas beberapa tahun pemergian almarhum, Pemimpin PAS sudah berubah. Lebih 60 tahun PAS melawan UMNO BN semenjak wujud Parti Perikatan lagi.
Hari ini, dibawah pimpinan Hadi Awang dan kumpulannya dikalangan ostat2 baru ‘up’ dalam politik sudah bergaya. Hidup mewah punya kereta besar, rumah besar dan yang menjengkelkan adalah sudah tahu berkawan dengan Najib UMNO BN.
Sejak PRU12(2008)lagi, kumpulan Hadi Awang sudah merancang mewujudkan kerajaan perpaduan bersama UMNO (dengankan ucapan Dato’ Hassan Ali dan Dato’ ostat Nasaruddin Mat Isa) yang terdapat di you tube. Jelas dan nyata bahawa kumpulan mereka ini sebenarnya adalah Pengkhianat kepada perjuangan almarhum Tuan Guru Nik Aziz.
Oleh kerana kerana ketegasan Tuan Guru semasa beliau masih hidup, maka usaha kumpulan ini tidak berjaya untuk bersatu ( taawun) dengan UMNO. Sehinggakan Tuan Guru membuat kenyataan media bahawa kumpulan ini adalah ‘BARUA’ UMNO.
Lagi meyakinkan kita kumpulan Hadi awang ini pengkhianat adalah kenyataan dari pimpinan PAS pada masa itu iaitu Tuan Guru Ahmad awang dan Dato seri Nizar Jamaludin sendiri mengatakan ada pimpinan atasan PAS yang menghubungi mereka supaya kerajaan PR di Perak tahun 2008 (selepas PR menang menawan Perak) di tidak diwujudkan sebaliknya pimpinan PAS PUSAT ini mengesyorkan kerajaan perpaduan antars PAS dengan UMNO semasa itu. Lihatlah Pengkhianat2 Rakyat ini melakukan kerja jahat mereka.
Oleh kerana Tuan Guru Ahmad Awang tidak termakan dengan pujuk rayu pimpinan PAS Pusat tersebut, maka bermulalah rancangan mereka untuk menyingkirkan golongan pejuang Rakyat(profesional) dari dalam Parti PAS.
Tahun 2015 semasa muktamar di johor, kesemua pejuang Rakyat di dlm Parti PAS ditumbangkan dengan kuasa ‘chai’ ulama suu’ di dalam PAS. Tidak cukup dengan kekalahan golongan profesional di tangan ‘chai’ ulama suu’ ini, mereka dan ahli-ahli yang bersama pejuang rakyat ini terus di hentam dengan kata makian, kata2 nista, jebon, liberal dan berakhir dengan di doakan kehancuran dan bala oleh seorang ostat bernana Dr.Azhar (suami kepada seorang ustazah selebriti).
Sebelum peristiwa Muktamar tahun tersebut juga, mantan2 pimpinan PAS ini di gelar dengan pelbagai gelaran dan dikata oleh Hadi Awang sendiri bahawa biar kumpulan ini keluar Parti PAS kerana jika mereka masih didalam Parti, kononnya mereka2 ini boleh merosakkan Parti.
Akhirnya, kumpulan 20 keluar Parti PAS bersama2 sebahagian ahli-ahli dan penyokong untuk meneruskan agenda mempertahankan amanah dan tanggungjawab utk membela Rakyat dan mrmpertahankan kerajaan Selangor dan Pulau Pinang daripada pengkhianatan kumpulan Hadi Awang.
Selepas keluar Parti beramai-ramai, mantan Pimpinan dan ahli2 di hentam cukup2 oleh lebai suu’ dan walaun2nya dengan pelbagai kata-kata nista seperti BARUA, PANKHIANAT, PANDAP, TOLOL, PANCURI KERUSI, BABI, ANJING, KHADAM DAP, KHADAM KAFIR HARBI, LIBERAL dan yang malangnya sehingga kumpulan Hadi Awang dan Walaun2nya berkata ‘MUNAFIQ HARAKI, KAFIR, TANAM JIRAT CINA dan sebagainya.
Fahaman TAKFIRI dan KHAWARIJ yang ada pada geng2 PAS dulu hingga kini sangat berbahaya dengan tuduhan – tuduhan yang berat dan kesannya kepada aqidah Ummah.
Tidak cukup dikata menyalak babi dibukit, lebai2 PAS yang jahat terusan menyesatkan Ummat Islam dengan ucapan-ucapan mereka. Diantaranya adalah ucapan lebai PAS kononnya jika ada nombor ahli PAS, baru boleh masuk Syurga. Jika tiada no ahli dan menyokong belakang-belakang sahaja, maka ke Neraka(Nauzubillah).
Dan dikata juga jika tidak menyokong RUU 355 kak wan boleh di tanam di Jirat Cina.
(Kak Wan merujuk kpd DATUK SERI DR WAN AZIZAH).
Tidak berakhir disitu…mereka iaitu lebai PAS terusan mengatakan hanya Jemaah Pas sahaja yang benar dan ‘jemaah muslimin’ sedangkan hakikatnya tidak begitu setelah tokoh2 Ulama dan Ilmuan di luar Parti Politik bersuara dan memperbetulkan penyelewengan tafsiran ayat al-quran yang mereka petik.
Itu tidak termasuk lagi penyelewengan mereka berkata bahawa hanya satu sahaja jemaah Islam yang patut wujud..undi PAS masuk Syurga dan sebagainya.
Akibat dendam dan pengkhianatan lebai2 PAS kepada DAP dan mantan2 pimpinan terdahulu, pelbagai dakwaan dan tuduhan yg jelek diungkapkan…
Fitnah ditabur…maki hamun dijaja,..sampaikan kepada satu peringkat di dalam Masjid yang mulia pun lebai PAS masih berterusan memfitnah, berbohong dan berdusta (rujuk ucapan kuliah ostat Ahmad dusuki).
Tidsk cukup berdusta dsn berbohong kepada manusia dan Rakyat Nalaysia, lebai PAS ini juga suka berdusta dan berbohong atas nama Nabi S.A.W.
Sering mengambil hadith2 PALSU lalu di kuliahkan dimana2 tempat dia beri kuliah.
Tetapi kuat ponteng juga bila mesyuarat ahli majlis shah alam semasa dia menjadi ahli majlis.
Bila berbicara tentang ‘ponteng’ maka kemana tumpah ‘kuah’ jika tidak ke pengikutnya.
Didalam Parlimen orang ini sering ‘ponteng’. Bukan setakat ponteng, malahan bila ada satu2 usul yg menekan kehidupan Rakyat, dia dan geng2nya sering ‘berkecuali’. Contohnya, akta POTA, SOSMA, GST dan lain2. Bila kena pada batang hidung kumpulan ini, baru mereka menyokong umpamanya akta berita palsu.
Wahai Rakyat Malaysia,…, adakah kalian hendak memberi undi kalian lagi kepada Parti PAS??
Jangsan bazirkan undi kita dengan mengundi PAS. Mereka hanya hendak menang 40 kerusi sahaja itupun hanya omongan kosong yg tidak berpijak pada realiti. Lihat dan baca sejarah Parti PAS sejak melawan UMNO ketika dia bersendirian dan bersama APU, BA, PR.
Sejarah tidak pernah menipu.
PAS banyak menang kerusi pun ketika bersama PR. Ketika itu PR bersatu untuk menumbangkan UMNO BN dsn Rakyat support PR demi mengubah pentadbiran Negara.
Akhirnya, yang khianat adalah pas.
Hari ini , setelah 60 tahun lebih berjuang melawan UMNO BN, mereka iaitu lebai Hadi Awang dan kumpulannya telah bersama UMNO cuma tidak dirasmikan sahaja lagi. Jika mereka berterus terang bernikah, maka dikhuatiri penyokong akan kecewa dan lari meninggalkan Parti PAS. Sebab itulah mereka bertaawun secara sembunyi. Walau mereka cuba menutup kerjasama tersebut, akhirnya satu persatu terbuka dan bocor juga.
Dedak pemberian UMNO sudah busuk. Audio rakaman pengakuan Nik Abduh sudah tersebar luas. Siapa yang merakam dan sebarkan? Sudah tentu pemimpin yang masih ada hati dan jiwa untuk berusaha menghalang khianat kumpulan tersebut dengan merakam dan menyebarkan rakaman itu. Mereka juga sudah tidak larat dengan perbuatan keji dan khianat pemimpin mereka.
Bocor lagi duit rm 2.5 juta pemberian UMNO yang di masukkan ke dalam 2 Akaun PAS Trengganu. Siapa yang bocorkan? Sudah tentu Insan yang masih punya harga diri dan maruah tidak mahu bersekongkol dengan kumpulan pemakan dedak dan khianat kepada perjuangan MUROBBI UMMAH almarhum TUAN GURU NIK AZIZ..
Ayuh Rakyat Malaysia ssma ada anda daripada Parti PAS dan UMNO, mari bersama2 PAKATAN HARAPAN. KITA BINA SEMULA NEGARA dari terusan dirosakkan oleh UMNO BN dan pendokong barunya iaitu PAS.
#BANGKITKANKESEDARAN
#MALAYSIAMEMILIH
Ibnu dalusin al-Likasi.