Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Kementerian Pertahanan Semasa Najib Amat Lemah, Enjin Jet Pejuang Boleh Hilang.

Image result for enjin jet ditemui

Kerajaan Uruguay telah menghantar notis kepada kerajaan Malaysia bahawa ia telah menemui dua enjin jet F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan hilang, kata Peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini.

 

Katanya kerajaan menangani perkara itu dengan penuh kesungguhan dan sedang mengambil langkah perlu bagi mendapatkan kembali dua enjin berkenaan setelah menerima makluman daripada kerajaan Uruguay tentang penemuannya.

“Kejayaan yang dicapai setakat ini, hingga membawa kepada penemuan dua enjin jet milik TUDM itu, adalah hasil usaha dan kerjasama rapat antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Uruguay,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya kerajaan telah mendapatkan bantuan pihak berkuasa di Uruguay untuk mengesan dua enjin yang dicuri itu yang dipercayai telah dibawa ke Uruguay.

Beliau berkata sebagai pemilik sah enjin jet yang dicuri itu, kerajaan juga menghubungi Kedutaan Uruguay di Kuala Lumpur serta Badan Penasihat Pusat bagi Bantuan Perundangan Bersama Uruguay dan telah memberi notis awal berhubung penemuan semula dan penghantaran enjin berkenaan melalui bantuan bersama dalam rejim hal berkaitan jenayah.

 

Langkah itu sejajar dengan Akta Bantuan Bersama Berkaitan Hal-hal Jenayah 2002, katanya.

 

Abdul Gani juga menyatakan penghargaan beliau terhadap Kedutaan Uruguay di Kuala Lumpur, khususnya Duta Besar Pablo Sader, atas segala bantuan yang diberi kepada Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa Pejabat Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia, yang membawa kepada penemuan semula enjin yang dicuri itu.

Dua enjin berkenaan dilaporkan hilang sejak 2007.

– Bernama

KUALA LUMPUR: Enjin jet pesawat supersonik F5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dicuri dalam satu sindiket dalaman dua tahun lalu telah ditemui – di Argentina. Sehubungan dengan itu, beberapa pegawai kanan TUDM, termasuk jeneral dijangka akan disoal siasat oleh pihak polis. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan berkata, pihaknya masih perlu menyoal siasat beberapa pegawai tinggi TUDM termasuk beberapa jeneral walaupun empat orang termasuk tiga dari kalangan staf rendah telahpun ditahan (dan kemudian dibebaskan dengan ikat jamin).

“Kita perlu menyoal siasat pegawai-pegawai tinggi kerana bukanlah mudah untuk menyeludup keluar enjin yang sebegitu besar tanpa perlepasan atau dokumentasi yang betul.

“Pihak polis setakat ini telah merampas dan menemui beberapa dokumen berkaitan dengan penjualan enjin pesawat itu termasuklah dokumen berkaitan penghantarannya keluar dari negara ini,’’ kata beliau.

Adalah difahamkan, enjin turbo jet General Electric J85-21A itu — untuk kegunaan pesawat F-5E Tiger 11 satu tempat duduk dan RF-5E Tigereye – telah dibawa keluar menerusi Pelabuhan Klang ke sebuah negara ketiga sebelum ia tiba ke destinasi akhir iaitu di Argentina.

Difahamkan juga kesemua dokumen yang berjaya dirampas oleh polis adalah dokumen asal dan asli dan bukannya dipalsukan untuk tujuan penjualan.

Sebelum ini, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, enjin yang dicuri itu telah disedari hilang dari Pangkalan Udara Sungai Besi sewaktu rutin pemeriksaan penyelenggaraan. Turut hilang ialah rekod penyelenggaraan dan juga servis enjin berkenaan.
Baca lebih lanjut di https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2009/12/24/enjin-f5e-tudm-yang-dicuri-ditemui-di-argentina/#kgSQwD91ZLgQpmtI.99

 

Bekas pegawai khas Datok Hishamuddin Hussin Onn didakwa

 

Bekas pegawai khas Datok Hishamuddin Hussin Onn didakwa hari ni, perintah tahan reman 3 hari dikeluarkan.. kes melibatkan pengaturan pembelian alat ganti pesawat bernilai RM1.8 jota pada 2017.. Tahniah kerajaan PH dalam membenteras gajala rasuah, kerana itu pembangkang amat anti dengan PH..

Bekas pegawai khas kepada bekas seorang menteri direman tiga hari kerana disyaki mengatur projek di sebuah kementerian, termasuk pembekalan peralatan pesawat pejuang bernilai kira-kira RM1.8 juta pada 2017.

Perintah reman bermula hari ini hingga 2 Mei itu dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Siasatan terhadap lelaki bergelar Datuk berusia 50 tahun itu dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Mengikut sumber, suspek ditahan pada jam 12 tengah hari semalam di Ibu Pejabat SPRM di sini ketika hadir memberi keterangan.

Siasatan awal mendapati, suspek dikatakan menerima wang rasuah daripada beberapa syarikat kontraktor sebagai balasan mendapatkan projek pembekalan peralatan secara rundingan terus dengan sebuah kementerian.

Ini termasuk pembekalan peralatan pesawat pejuang yang dianggarkan bernilai kira-kira RM1.8 juta.

Difahamkan, SPRM juga sedang mengesan beberapa lagi individu dan syarikat pembekal di seluruh negara yang disyaki ada kaitan dengan individu berkenaan.

https://www.bharian.com.my/…/bekas-pegawai-khas-direman-3-h…

MACC FORCE

#DalangAturProjek