Najib: Sokongan kepada PN ada hadnya

Malaysiakini

Najib: Sokongan kepada PN ada hadnya

Pengerusi Lembaga Penasihat BN dan bekas perdana menteri Najib Razak berkata sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) ada batasannya.

“Ramai yang mungkin tak faham bahawa kerajaan PN hari ini bukan kerajaan Muafakat Nasional ataupun kerajaan BN.

“Sebab itu, sokongan kita kepada kerajaan PN ada hadnya,” kata beliau yang juga MP Pekan pada suatu hantaran di media sosial malam tadi.

Menjelaskan lanjut, bekas presiden Umno berkata hal itu menjadi sebab tiga pemegang jawatan tertinggi partinya tidak ada di dalam barisan kabinet Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

“Sebab itu presiden, timbalan presiden dan ketua pemuda Umno tidak ada dalam kabinet kerajaan hari ini.

“Kita hanya pertahankan kerajaan PN ini sehingga PRU15,” katanya lagi.

Pertikaian komposisi kabinet

Semalam, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan mempertikaikan komposisi kabinet PN, berkata walaupun pelantikan kabinet adalah budi bicara Muhyiddin selaku perdana menteri, adalah jelas Umno selaku blok ahli Parlimen terbesar diketepikan dengan cara yang sangat tidak adil.

“Keanggotaan kabinet secara jelas memberikan manfaat yang sangat besar kepada blok Bersatu dan Datuk Seri (Mohamed) Azmin Ali,” katanya dalam satu kenyataan.

Bersatu pada masa ini memegang lebih banyak jawatan kabinet dan timbalan menteri berbanding jumlah kerusi Dewan Rakyat dalam gabungan yang terdiri daripada Umno, PAS dan GPS.

Ketika kabinet diumumkan pada 9 Mac lalu, semua pemimpin dari kem Azmin yang menyertai Bersatu untuk bersama kerajaan Perikatan Nasional, diberikan jawatan kabinet.

Ini menyebabkan Ketua Umno bahagian Johor Bahru Shahrir Samad dan ahli majlis tertinggi Umno Tajuddin Abdul Rahman serta Azalina Othman mempertikaikan komposisi berkenaan.

Selepas mesyuarat majlis tertinggi Umno kelmarin, Zahid mempertahankan komposisi kabinet Muhyiddin dengan mengatakan parti itu akan memastikan prinsip ‘semak dan imbang’ terhadap kerajaan pimpinan perdana menteri itu.

Susulan daripada gerakan yang dinamakan Langkah Sheraton, bekas timbalan presiden PKR Azmin bersama 10 anggota parlimen lain keluar parti dan menyertai Bersatu.

PN terbentuk selepas kem Bersatu pimpinan Muhyiddin bertindak keluar PH sehingga mengakibatkan keruntuhan kerajaan pusat.

Situasi itu membawa kepada krisis politik yang menyaksikan Dr Mahathir Mohamad melepaskan jawatan selaku perdana menteri ketujuh.

Pada 1 Mac lalu, Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri dan membentuk PN dengan sokongan Umno, PAS, GPS.

Setakat ini, PN berjaya merampas Johor, Melaka dan Perak apabila majoriti anggota parlimen menukar sokongannya.

 

 

Najib sembunyikan RM100 Bilion Di Dubai

Image may contain: 3 people, people smiling, text

1 perosak

Ros Perlu Ambil Tindakan Segera Terhadap Umno – Tahniah Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Kerana Berani Menyatakan Kebenaran.

Image may contain: 1 person, text

Pemuda Pakatan Harapan (PH) akan membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung dakwaan UMNO menerima dana berjumlah RM212 juta yang mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketuanya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata UMNO harus dihukum kerana sebagai parti politik, ia tidak boleh menerima wang haram demi kepentingan parti itu.

“Pendedahan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya baru-baru ini amat mengejutkan rakyat Malaysia yang diperdaya UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Dana 1MDB yang seharusnya digunakan untuk pelaburan dan memberi pulangan ekonomi kepada negara sebaliknya digunakan untuk tujuan politik kepartian dan faedah UMNO semata-mata,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Syed Saddiq berkata ROS perlu menjatuhkan hukuman tegas terhadap UMNO yang menerima wang haram RM212 juta dan diperakui sendiri oleh SPRM.

“Jika dulu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) terpaksa dibubarkan oleh ROS pada saat akhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) kerana isu teknikal.

“Maka, atas prinsip kedaulatan undang-undang, ROS perlu menjatuhkan hukuman yang tegas kepada UMNO,” katanya.

 

Duit Masuk Dalam Akaun 1MDB & SRC Najib Tak Tahu Tetapi Duit Masuk Dalam Akaun Lain, Semua najib Tahu.

Image may contain: 1 person

Bukti Kebodohan Najib Dalam Menguruskan Aset Penting Negara

Edra milik China akan bekal elektrik kepada TNB

 (Dikemaskini )

Syarikat Edra Global Energy yang kini milik China akan membina, memiliki dan mengendalikan loji tenaga di Alor Gajah, Melaka, dedah Bursa Malaysia.

Firma pelaburan negara 1MDB pada Mei tahun lalu, menjual aset kuasa miliknya kepada China General Nuclear Power Corporation dan anak syarikatnya pada harga RM9.83 bilion tunai.

Menurut kenyataan Tenaga Nasional Bhd (TNB) kepada bursa itu semalam, Edra Energy Sdn Bhd akan membina, memiliki, mengendali dan menyenggara sebuah logi penjanaan elektrik menggunakan gas di Alor Gajah.

Kenyataan itu adalah untuk mengumumkan bahawa TNB menandatangani perjanjian pembelian kuasa selama 21 tahun dengan Edra Energy Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Edra Power Holdings Sdn Bhd.

Kilang itu akan mempunyai kapasiti nominal 2,242.131 megawatt, dijana daripada tiga blok.

TNB berkata operasi komersial dijangka pada 1 Jan, 2021, dengan generasi blok kedua pada 1 Mac dan blok generasi ketiga pada 1 Mei tahun itu. Perjanjian itu meliputi tempoh selepas 1 Jan, 2021, kata TNB.

Jualan aset 1MDB kepada China menimbulkan kebimbangan berikutan kehilangan kawalan kuasa negara ke atas aset sensitif yang adalah kunci kepada keselamatan negara.

Tahun lalu, China Railway Engineering Corp membeli kepentingan 40 peratus dalam pembangunan Bandar Malaysia 1MDB di Kuala Lumpur pada harga RM12.4 bilion.

Selain itu, China Communications Construction Co pada Oktober lalu dianugerahkan kontrak untuk membina landasan sepanjang 620 kilometer Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 bilion.

Export-Import Bank of China adalah pembiaya projek ECRL itu.

[Baca berita penuh]

https://m.malaysiakini.com/news/378915?fbclid=IwAR0CFem8jCvEUfgJ4mxywGFc705xE_ZHfE9AEuK3pCVtdPJsesnscQgtRhs#.XOzTPCCtWDs.facebook

Kes SRC akan ‘telanjangkan’ lebih ramai orang – Shafee

1 SRC

Perbicaraan Najib Razak dalam kes SRC International akan ‘menelanjangkan’ lebih ramai orang yang akan membuktikan bekas perdana menteri itu adalah mangsa manipulasi, kata peguam bela utamanya.

“Kes ini sangat menarik, ia akan ‘menelanjangkan’ ramai orang.

“Dan ini akan hampir menyerupai sebuah filem, kerana orang yang kamu paling curigai, saya fikir akhirnya, menjadi mangsa,” kata Muhammad Shafee Abdullah.

Beliau bercakap kepada pemberita ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur selepas hari kesembilan perbicaraan petang ini.

Shafee berkata demikian selepas mendakwa terdapat bukti bahawa Najib tidak mengeluarkan arahan perbankan seperti yang didakwa dan tidak menyedari mengenainya kerana ‘manipulasi’.

Ini termasuk e-mel yang dikatakan percubaan untuk menghalang penyata bank Najib dihantar ke pejabat dan kediamannya.

“Itu muncul dalam e-mel. Kerana antara (pengurus hubungan AmBank pada masa itu) Joanna Yu dan seseorang yang lain, terdapat e-mel yang mengatakan, ‘Jangan tunjukkan ini kepada Pejabat Perdana Menteri’.

“Dan (ketika) Joanna kata ‘Bolehkah kita hantar ke 11 Langgak Duta (alamat kediaman Najib)’, seseorang berkata, ‘Tidak tidak tidak, sangat sensitif, jangan hantar’,” katanya.

Tandatangan tidak sepadan

Shafee juga diminta memberi komen mengenai perbicaraan hari ini, yang menyaksikan pengurus cawangan Ambank Jalan Raja Chulan, R Uma Devi meneruskan keterangannya sebagai saksi ke-21 pendakwaan.

Pengurus itu menyimpulkan keterangannya sebagai saksi apabila mengesahkan dokumen, termasuk transaksi yang melibatkan akaun bank milik Najib, SRC International dan beberapa syarikat lain.

Beliau kemudian diperiksa balas oleh peguam bela Najib, Harvinderjit Singh.

Shafee mendakwa pertikaian terhadap tandatangan yang tidak sepadan dalam beberapa dokumen itu akan menyokong hujah pembelaan – bahawa Najib tidak membuat arahan itu.

“Apabila anda membandingkan hard copy dan soft copy (beberapa arahan perbankan di mahkamah)… kerana bagi kamu menyalin hard copy ke bank, kamu perlu menyalinnya secara fizikal atau mendapatkan orang yang sebenar untuk menandatanganinya.

“Tetapi bila kamu fax, kamu hanya perlu cut and paste (potong dan tampal).

“Kamu cut and paste tandatangan, dalam hal ini, Suboh (pengarah SRC Suboh Md Yassin) contohnya, jadi apabila ia dihantar kepada kamu melalui faks atau e-mel, ia kelihatan seperti Suboh tandatangan (dokumen itu), padahal sebenarnya kita yakin dia tidak menandatanganinya.

“Banyak tanda tangan dipalsukan tanpa pengetahuan Najib,” katanya.

Shafee mendakwa kaedah ‘cut and paste’ itu adalah sebab mengapa tandatangan Suboh “betul-betul sama” pada dokumen tertentu.

Peguam itu juga mendakwa terdapat komunikasi e-mel yang menunjukkan pengurus hubungan Ambank itu mengesahkan transaksi perbankan dengan pihak ketiga, bukannya Najib dan individu yang diamanahkan untuk menguruskan akaunnya, Nik Faisal Ariff Kamil.

Menurut Shafee, ini termasuk dakwaan perbualan antara Joanna Yu dan ahli perniagaan yang menjadi buruan Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho Low.

Semasa perbicaraan awal hari ini, Harvinderjit menimbulkan isu tandatangan yang tidak sepadan dalam dokumen untuk pemindahan wang ke akaun yang dikaitkan dengan kes Najib.

Semasa pemeriksaan balas terhadap Uma Devi, peguam itu menunjukkan dokumen eksibit yang memberikan kuasa pemindahan RM5 juta dari SRC International ke akaun Gandingan Mentari Sdn Bhd.

Beliau mendakwa tanda tangan pada dokumen yang dikatakan memberi kuasa terhadap pemidahan itu adalah tidak sepadan.

Harvinderjit menyamakan tanda tangan yang tidak sepadan itu seperti “kapur dan keju”.

Rabu lalu semasa pemeriksaan utama, Uma Devi memberi keterangan bahawa Najib telah mengarahkan Pengarah SRC International Nik Faisal Ariff Kamil untuk menguruskan akaun Ambanknya.

Faisal antara lain mempunyai kuasa untuk meminta penyata bank dan mengesahkan cek sehingga RM250,000 bagi pihak bekas perdana menteri itu.

 

https://www.malaysiakini.com/news/473756?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR30YpYNEU7Oo60a3PHHWac9AvYmefuBu4eCkZplA9Y2qIp7YPgrQ3sI-U8

PEGUAM NAJIB SUDAH BOSAN ?

1 PEGUAM BOSAN

Image may contain: 1 person, suit and text

 

06634-najib-kandang-tertuduh-7480041 PEROMPAK UMNO

Sang hipokrit,
ko sengaja bermain api….
mencakar wajah2 pembela keadilan..
mncalar integriti badan kehakiman….
jari mu lurus kelingking berkait…..
sang musang baju berbulu ayam..
tiada lagi nilai agama dan kemanusiaan..
darjatmu sama dgn sang badut yang muflis akhlaknya..
nilaikan sape kamu dlm dirimu..! C&P..

Najib Mencipta PROPAGANDA Dan Memuaskan Nafsu Jahat Dengan Wang Rakyat

Image may contain: one or more people and text

Image may contain: 1 person, text

Image may contain: text

No photo description available.

Image may contain: text

No photo description available.

 

 

PROPAGANDA BERBAYAR NAJIB

Brp Najib bayar, utk apa, kpd siapa?
Laman2 mana kilang propa Najib?

Ini keterangan mahkamah pasal bayaran Najib utk propaganda media sosial.

1. RM238,914 UTK PROPAGANDA MANDARIN

Wang ini disalurkan dari akaun peribadi Najib ke akaun Lim Soon Peng bagi tujuan membayar kerja2 propaganda bahasa mandarin.
– AD Network : Pemilik laman FB ‘Ah Jib Gor’
– Akademi Kewartawanan & Informasi Taima : Pemilik rangkaian akhbar ‘Chinese Weekly’

2. RM240,000 UTK PROPAGANDA MELAYU/INGGERIS
Wang ini disalurkan dari akaun peribadi Najib ke akaun Vital Spire Sdn Bhd, bagi tujuan membayar kerja2 propaganda bahasa Melayu/Inggeris.
– Vital Spire : Pemilik portal Malaysian Digest

3. Pada tahun 2013, Malaysian Digest menafi dibiayai kerajaan Najib.

Namun, setelah edisi kantoi hari ini, Malaysian Digest telah menutup laman webnya, akaun Twitternya & laman FB mereka.

4. RM300,000 UTK PANTAU SURAT KHABAR
Wang ini disalurkan dari akaun peribadi Najib ke akaun RHB Centre for Strategic Engagement Sdn Bhd (CENSE)

– CENSE dibayar utk pantau 6 buah akhbar selama 2 bulan (RM150K sebulan). Laporan harian, mingguan & bulanan dihantar ke Jabatan PM.

Laman-laman mana lagi bakal dikantoikan?
Sama-sama kita nantikan.

(Mungkin sbb ini akaun-akaun pro-Najib panas meroyan beberapa hari ini. Dahlah dedak terputus. Sekarang satu persatu laman-laman propa Najib dibongkar & dikantoikan)

Adrian Lim Chee En..

LANGSUNG: Saksi kata terima kontrak pertahanan RM2.5 juta

LANGSUNG: Saksi kata terima kontrak pertahanan RM2.5 juta

KES NAJIB | Perbicaraan ke atas bekas perdana menteri Najib Razak berhubung tuduhan penyalahgunaan dana SRC International Sdn Bhd masuk hari ketujuh di mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Seperti biasa Malaysiakini membawakan liputan secara langsung perbicaraan kes berprofil tinggi ini.


10.06am: Bekas pekerja CIMB sahkan cek RM2.5 juta

Saksi ke-19 Edward Innasi – yang merupakan timbalan pengurus CIMB pada 2015 – mengesahkan cek RM2.5 juta itu ditunaikan bank pada tahun itu.

Dia berkata demikian selepas DPP Saifuddin menunjukkan cek tersebut.

9.30am: Saksi kata terima kontrak RM2.5 juta

Saksi ke-18, peguam Ashraf Razak, dalam keterangannya berkata firma guaman tempatnya pernah berkhidmat dulu, Zulqarnain and Co, menerima kontrak pertahanan bernilai RM2.5 juta pada 2 Februari 2015.

Ashraf yang kini memiliki firma guaman sendiri memberitahu DPP Saifuddin bahawa dia mendapat cek daripada Habibur Rahman Kadir, seorang tokoh korporat yang dikenali.

Menurutnya, Habibur terlibat dalam syarikatnya Fuel Subs House Sdn Bhd.

“Ia untuk tender menguruskan subsidi petrol.

“Pada masa itu, Habibur beritahu saya bayaran untuk satu kontrak pertahanan,” katanya.

9.26am: Perbicaraan bermula

Perbicaraan hari ke-8 bermula dengan Najib memasuki kandang tertuduh.

8.45am: Najib tiba di Mahkamah Tinggi KL

Dengan bersut berwarna coklat pudar, bekas perdana menteri Najib Razak tampak tenang ketika melangkah masuk ke mahkamah.

Beliau mengambil tempat di barisan depan galeri awam, sementara menunggu perbicaraan bermula.

Beliau dilihat bersalam dengan pegawai polis di mahkamah.

Ringkasan kes Najib berhubung dana SRC RM42 juta

Najib Razak berdepan 7 tuduhan berkaitan dana RM42 juta melibatkan SRC International, bekas anak syarikat 1MDB

Perbicaraan kes bekas perdana menteri Najib Razak berkenaan dakwaan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur masuk hari kelapan.

Najib dibicarakan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan; tiga pertuduhan pengubahan wang haram mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Anti-Keganasan, dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFAPUAA) 2001; dan satu pertuduhan salah guna kuasa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Jika disabit kesalahan, beliau boleh dihukum sehingga 20 tahun penjara; sebat dan denda untuk pertuduhan pecah amanah jenayah; 20 tahun penjara dan denda tidak kurang lima kali nilai terlibat atau RM10,000 – mana-mana yang lebih tinggi – untuk pertuduhan salah guna kuasa; dan 15 tahun penjara dan denda sehingga RM15 juta atau lima kali nilai terlibat – mana-mana yang lebih tinggi – untuk pertuduhan pengubahan wang haram.

Perbicaraan dikendali hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali dan dijangka bermula pukul sembilan pagi hari ini, dengan keterangan saksi yang mungkin menyentuh penerimaan wang oleh beberapa entiti – berkaitan politik mahupun bukan – daripada akaun Ambank yang dikaitkan dengan kes SRC International.

Hari ini, pendakwaan mungkin memanggil saksi yang dikaitkan dengan entiti tersebut, antaranya Solar Shine Sdn Bhd, Zulqarnain & Co, ahli perniagaan Lim Soon Peng, firma undang-undang Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, dan Ihsan Perdana Sdn Bhd yang merupakan syarikat berkaitan SRC.

Jumaat lalu, saksi kelima pendakwaan Badrul Hisham Mohamad, bekas pengurus di AmBank, dalam keterangannya berkata antara 17 bank AmIslamic yang ditunaikan pada 2015 termasuk RM1 juta kepada Upko, RM1 juta kepada unit komunikasi Umno Pulau Pinang, RM300,000 kepada Umno Johor Bahru, dan RM50,000 untuk ketua Umno Padang Serai Asmadi Abu Talib.

Badrul Hisham mengesakan perkara itu selepas ditunjukkan cek-cek tersebut, yang merupakan antara dokumen yang diambil ketika penggeledahan Bank Negara di Ambank cawangan Jalan Raja Chulan, pada 6 Julai 2015.

Semalam, mahkamah mendengar keterangan daripada empat saksi yang menyentuh sebahagian alirang wang daripada akaun Ambank.

Saksi ke-14, Centre for Strategic Engagement Sdn Bhd (Cense) Rita Sim Sai Hoon berkata dia menerima sejumlah RM300,000 daripada Najib untuk membuat pemantauan dan analisis harian terhadap laporan akhbar berbahasa Cina daripada Disember 2014 hingga Januari 2015.

Saksi ke-16, Adun Layang-layang Onn Hafiz Ghazi pula berkata dia dibayar RM240,000 oleh tertuduh melalui Vital Spire Sdn Bhd untuk mengendalikan laman berita Malaysian Digest yang kini tidak lagi beroperasi.

Peguam Negara Tommy Thomas dijangka mengetuai pasukan pendakwaan, dianggotai timbalan pendakwa raya (DPP) Sulaiman Abdullah, V Sithambaram, Manoj Kurup, Ishak Mohd Yusoff, Donald Joseph Franklin, Suhaimi Ibrahim, Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi, Sulaiman Kho Kheng Fuei, Budiman Lutfi Mohamed, Mohd Ashraf Adrin Kamaril, Muhammad Izzat Fauzan, dan Mohd Ashraf Adrin Kamaril.

Najib pula diwakili pasukan peguam bela seramai 13 orang, diketuai Muhammad Shafee Abdullah.

Peguam lain ialah bekas peguam cara II Mohd Yusof Zainal Abiden, Harvinderjit Singh, Kamarul Hisham Kamaruddin, Chong Loong Men, Devanandan S Subramaniam, Farhan Read, Wan Aizuddin Wan Mohammed, Rahmat Hazlan, Muhammad Farhan Shafee, Tiara Katrina Fuad, Nur Syahirah Hanapiah dan Zahria Eleena Redza.

https://www.malaysiakini.com/news/473484?fbclid=IwAR0ELEIa0G3MxpXCYY7G14E7xjVTKLmZRZmS1RvHGjFJkUlz5LpEonPhuUg

 

 

 

Saksi ke-6 bina stor rumah Najib berharga RM243,000

1 HADI ROSAK

KUALA LUMPUR – Saksi ke-6 pendakwaan dalam perbicaraan kes SRC International memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, syarikat pembinaan dan hiasan dalaman miliknya telah dilantik untuk menjalankan kerja untuk membina stor dan sebuah dapur kering di kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di No 11 Jalan Langgak Duta.

Pemilik Syarikat Abs Trendmaster Sdn bhd, Zulkarnain Mohamad, 46, ketika dalam sesi pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad, Saifuddin Hashim Musaimi memberitahu, dia mendapat tawaran membuat kerja tersebut daripada seorang pengurus kediaman rumah perdana menteri bernama Amirul Hadi antara Ogos hingga September 2015.

Menceritakan mengenai tawaran tersebut Zulkarnain memaklumkan, dia telah menerima satu panggilan telefon sebelum menemui Amirul Hadi di Shell selepas tol Jalan Duta dan dibawa ke lokasi kediaman ‘Orang No 1’ yang dimaksudkan.

“Pada mulanya saya menolak tawaran tersebut dan menyatakan tidak layak, namun diyakinkan oleh Amirul Hadi sebelum bersetuju untuk melakukan kerja tersebut,” katanya di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Menjelaskan mengenai kerja-kerja yang dilakukan, Zulkarnain berkata, dia membina sebuah stor di belakang kediaman itu dilengkapi pintu dan tingkap selain membina dua unit kabinet pakaian bersaiz 12 kaki setiap satu, selain besen cuci tangan dan tempat minuman di bahagian dapur kering.

“Selepas bersetuju, saya kemudian mengukur kawasan terlibat dan mula membuat draf sebelum menyerahkan kerja melukis pelan kepada pereka syarikat bernama Mohd Ikram dan memberikan lakaran dan sebut harga dalam tempoh seminggu selepas pertemuan itu,” katanya.

Ditanya mengenai harga yang ditawarkan bagi kerja-kerja tersebut, Zulkarnain menjawab ia antara RM243,000 atau RM234,000 dan memberitahu, Amirul Hadi bersetuju dengan lakaran dan sebut harga tersebut.

Zulkarnain berkata, kerja membina stor itu dimulakan selepas menerima deposit dalam bentuk cek berjumlah RM50,000 dan siap dalam tempoh dua hingga tiga bulan.

Dalam pada itu Zulkarnain berkata, selain kerja membina stor dan sebuah dapur kering, dia turut membuat kerja membaik pulih pondok kawalan polis di kediaman itu serta membaiki pagar di rumah sampah yang rosak.

Dia turut memaklumkan telah menerima cek baki bayaran sebanyak RM100,000 atas nama Abs Trendmaster Sdn Bhd cek itu ditunaikan ke akaun bernombor 562853100902.

Sementara itu, ketika sesi soal balas oleh peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Zulkarnain berkata, dia tidak mengetahui tujuan stor dan kabinet pakaian tersebut dibina.

Zulkarnain juga memaklumkan dia ada beberapa kali melihat kelibat Ahli Parlimen Pekan itu namun tidak pernah menegurnya dan tidak akan melakukan kerja pembinaan sekiranya Najib berada di rumah kerana bimbang ia mengganggunya.

Beliau juga memaklumkan ada melihat majlis bacaan Yasin di rumah tersebut oleh anak-anak yatim sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

Terdahulu pada sesi sebelah pagi mahkamah telah dirujuk dengan 17 keping cek termasuk salah satunya dikeluarkan atas nama syarikat Abs Trendmaster Sdn Bhd pada 12 Februari 2015.

https://www.sinarharian.com.my/article/24192/BERITA/Mahkamah/Saksi-ke-6-bina-stor-rumah-Najib-berharga-RM243000?fbclid=IwAR1TZf8-12Hizp8yeVYOhnsL-1PpLDfZjzG3IaNtzegMsKIRTxocNgQ8vxI