Tubuh kerajaan pintu belakang pengkhianatan – Khalid

Tubuh kerajaan pintu belakang pengkhianatan - Khalid

Tubuh kerajaan pintu belakang pengkhianatan – Khalid

“Sekiranya komplot ini benar ia adalah satu usaha untuk membentuk kerajaan mengikut pintu belakang dan ia sangat tidak bermaruah,” katanya.

https://suarapakatandaily.com/archives/25273

Khalid Samad kata lompat parti tu pengkhianat & tidak demokratik…

BN Perak sahkan 2 wakil rakyat lompat sertai HARAPAN

Lompat Parti, Ibarat Ludah Dan Jilat Semula:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

Pembangkang gasak Hanipa isu lompat parti

Lompat parti – Anwar ada cukup MP guling Pak Lah pada 16 Sept 2008′

Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: “Ini halal dan ini haram”, untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya.
(Al-Nahl 16:116) |

https://suarapakatandaily.com/archives/25273

Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin Menyerah Kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) Untuk Menyiasat Umno.

Image may contain: 1 person, text

Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin memberi gambaran bahawa beliau tidak akan masuk campur berhubung laporan terhadap Umno yang dibuat kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Ditanya tentang laporan yang dibuat Pemuda PH susulan dakwaan yang mengatakan Umno menerima dana berkaitan 1MDB, Muhyiddin berkata beliau akan menyerahkan perkara itu kepada agensi berkaitan.

“Kita serahkan kepada agensi dan jabatan berkaitan untuk menentukan kesan isu itu, jika benar, kepada sesebuah organisasi seperti parti politik.

“Perkara sedikit di luar skop tugas saya, kerana ada ROS yang akan menjalankan siasatan.

“Apa yang penting, perlu ada alasan yang kukuh tentang apa yang diketengahkan pihak tertentu,” kata Muhyiddin kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Ros Mengharamkan Umno – Jangan salahkan Tun Mahathir ( Rahim )

Jangan salahkan Tun Mahathir jika RoS haramkan UMNO - Rahim

KUALA LUMPUR: Semua pihak yang berkepentingan diminta tidak menyalahkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad jika UMNO terpaksa diharamkan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata,
situasinya akan menjadi sama seperti UMNO pernah diharamkan satu masa dahulu selain perlanggaran undang-undang yang sudah dibuat parti itu sendiri hari ini.

“Ketika UMNO terlalu kuat satu ketika dahulu di bawah kepimpinan Perdana Menteri keempat, rakyat bersetuju dengan keputusan dan tindakan mahkamah yang mengharamkan UMNO kerana berpendapat kedaulatan undang-undang adalah sendi dan tulang belakang kepada negara dan sistem pentadbiranya.

“Tiada masa depan bagi sesuatu negara dan rakyatnya tanpa pelaksanaan sepenuhnya konsep dan operasi kedaulatan undang-undang.

“UMNO kini bukan sahaja telah melanggar undang-undang tubuhnya sendiri (Perlembagaan) bila mengadakan perhimpunan agung tahunannya melebihi 18 bulan, gagal menghantar 50 peratus dari laporan tahunan mesyuarat agung 25,000 cawangannya kepada RoS malah kini penglibatan keseluruhan jentera dan personaliti parti dalam penerimaan dan penggunaan wang haram semakin terserlah dalam mahkamah dan media yang disaksikan rakyat,” katanya.

Rahim berkata demikian dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebooknya pada Selasa.

BACA: UMNO paling banyak terima dana 1MDB – KP SPRM

BACA: Mukhriz tidak tahu dana 1MDB disalur kepada UMNO Kedah

Sebelum ini, Ketua Pemuda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pihaknya akan membuat laporan kepada RoS berhubung dakwaan UMNO menerima dana berjumlah RM212 juta yang mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tegasnya, UMNO harus dihukum kerana sebagai parti politik, ia tidak boleh menerima wang haram demi kepentingan parti itu.

Dalam pada itu, kata Rahim, kesalahan itu teramat besar jika dibandingkan dengan kesalahan UMNO ketika diharamkan pada masa lalu.

“Dari segi hakikatnya, berdasarkan kejituan kedaulatan undang-undang yang diamalkan di negara ini, parti-parti lain seperti MCA, MIC, Pas dan beberapa parti kecil di Sabah dan Sarawak mesti juga diharamkan bersama UMNO jika benar-benar mereka terlibat dalam penerimaan dan pengunaan wang haram dari duit yang dirompak.

“Senario ini mungkin pelik dan teramat luar biasa, sukar diterima dan tidak masuk akal. Tetapi pilihan kepada rakyat adalah sama ada mahu menegakkan kebenaran melalui kedaulatan undang-undang atau membiarkan sahaja pelanggaran undang-undang sewenang-wenangnya, amalan jenayah yang berleluasa serta tutup mata sahaja terhadap budaya rasuah yang terus mencekik leher negara tercinta ini?” soalnya lagi.

Sementara itu katanya, terdapat banyak kebaikan daripada tragedi pengharaman parti-parti politik yang korup  di negara ini.

“Antaranya, bekas ahli UMNO boleh memilih untuk menubuhkan satu parti baru dengan nama baru serta berazam menjadi sebuah parti yang lebih bersih, berwibawa, bebas rasuah dan bebas penyelewengan.

“Situasi dalam UMNO sekarang amat tertekan dan tiada hala tuju. UMNO sudah menjadi parti keanak-anakan disebabkan mahu muncul dengan perjuangan dan idealisme baru setelah kecundang dalam PRU14 yang lalu.

“UMNO kini terpaksa menunggang kuda Pas untuk mempamerkan imej baru ini. Bukan sukar untuk memisahkan antara pemimpin UMNO yang ada wang tetapi korup dengan pemimpin yang tidak banyak wang tetapi berhasrat untuk membangunkan semula parti dengan ikhlas,” ujarnya.

Katanya lagi, yang menjadi mangsa kini adalah pejuang-pejuang kecil di kampung yang masih dikhayalkan dengan nostalgia perjuangan UMNO dahulu.

Menurutnya, parti-parti lain dari UMNO juga tidak lagi signifikan seperti dahulu.

“Ganti sahaja dengan nama parti yang lain. Kecuali MCA dan Pas. Seperti UMNO dahulu ketika diharamkan, MCA kena mencari satu formula untuk menyelamatkan harta mereka yang bernilai tidak sedikit.

“Namun dengan adanya kerjasama dan semangat serumpun Tionghua seMalaysia, urusan ini bisa dibereskan dalam masa terpendek,” jelasnya.

Manakala Pas pula, kata Rahim, tidak menjadi masalah besar kepada mereka asalkan nama Islam boleh digunakan semula dalam parti baharu kelak.

“Bagi Pas, nama Islam itu keramat dan telah menjadi modal politik yang paling laris sejak ia menjadi parti politik. Sama ada perjuangan Pas itu kotor atau bersih dalam laluan sejarah politik tanahair, ‘Islam’ itu yang dikudakan untuk mencapai matlamat politik mereka.

“Demi mempertahan dan memelihara Islam serta imejnya di negara ini, Pas tidak boleh menggunakan lagi nama Islam dalam parti baru mereka. Mereka mungkin boleh menggunakan nama ‘Muslim’ yang lebih reflektif terhadap perjuangan hamba-hamba Allah yang serba kekurangan daripada bertopengkan agama untuk aktiviti politik mereka,” tegasnya.

Jelasnya, seperti Pas, nama parti baru untuk bekas ahli UMNO tidak boleh menggunakan nama UMNO lagi kerana nostalgia dan kecemerlangan UMNO dahulu.

Katanya, nama UMNO yang hebat, cemerlang dan keramat dahulu akan disalahgunakan untuk mempamerkan ciri-ciri dan imej UMNO masa kini yang pada pandangan rakyat masih korup dan tidak amanah.

http://www.astroawani.com/berita-politik/jangan-salahkan-tun-mahathir-jika-ros-haramkan-umno-rahim-210992?utm_source=insider&utm_medium=web_push&utm_campaign=25-6-19-jangan_salahkan_tun_mahathir_j

Umnopas Sanggup Mengkhianati Agama, Bangsa Dan Negara, Secara Berjemaah.

*RASUAH & UMNO*
Rasuah dan penyelewengan dlm negara ini yg dilakukan UMNO bukan secara ‘one man show’. Ianya tidak dilakukan secara perseorangan. Ianya dilakukan secara berjamaah. Secara sistematik…
Betul, UMNO lah kepala rasuah. Punca segala. Tetapi, ianya dibantu oleh ‘second layer management’. Siapa mrk itu…? Ianya tentulah pegawai2 kerajaan yg korup, samada terpaksa, dipaksa atau sukarela diperlembu dan diperhambakan oleh penguasa yg lps iaitu pemimpin2 UMNO. UMNO TAK boleh rosakkan negara tanpa dibantu oleh “second layer management” ini.
Seusai PH ambil alih tampuk pemerintahan negara, UMNO berundur, tp pegawai2 kerajaan yg korup ini masih ada lg. Mrk skg dlm proses “hibernisasi”. Tgh mematikan diri. Umpama kepala kura2 yg disorokkan dlm cengkerang. Masing2 tgh cari jln utk menyelamatkan diri masing2. Masing2 masih lg berhubung dgn bos2 lama mrk. Tgu arahan2 selanjutnya…
So, menjadi tugas besar kerajaan baru utk memulihkan bukan shj negara, tetapi SISTEM yg telah menjadi akar yg besar dan jauh menjalar ke dasar perut bumi…
So, tidak adil bg kita utk terlalu mendesak Menteri2 kita buat itu buat ini, memaki hamun mrk yg kununnya tido, TAK reti buat keja… bla bla bla…
Ya, mmg kita sgt sakit hati melihat pegawai2 kerajaan yg korup dan menyusahkan pentadbiran baru ini. Jd, apa yg kita perlu lakukan…?
Ayuh kita sama2 bantu kerajaan kita utk benteras perkara2 mungkar ini. Masing2 ada peranan. Menteri buat kerja Menteri. YB, buat kerja YB. Kita fbookers buat kerja fbookers. Ianya mungkin mrngambil masa, tp rakyat akan nampk apa yg kita lakukan.
Rakyat bukan bodoo utk menilai apa yg berlaku depan mata. Kalau tidak, tak kan mrk tolak UMNO-BN dan PAS pd PRU-14 lps…!
Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.
Harrr355
Laforfo mosabit

 

KENAPA MELAYU GAGAL KUASAI BIDANG PERUNCITAN WALAUPUN LAHIRKAN RAMAI USAHAWAN?

1 perosak

TANPA ADA SIFAT AMANAH DAN MEMBECI RASUAH MAKA MELAYU AKAN DIPANDANG HINA SELAMA-LAMANYA.

KENAPA MELAYU GAGAL KUASAI BIDANG PERUNCITAN WALAUPUN LAHIRKAN RAMAI USAHAWAN?
Hingga hari ini, orang Melayu masih disalahkan dek kegagalan mereka dalam menguasai ekonomi. Stigma ‘Melayu Malas’ dan ‘Melayu tidak kompeten’ dalam perniagaan terus menghantui orang Melayu hingga ramai orang Melayu terkandas dalam bisnes. Hakikatnya, terlalu ramai orang Melayu yang ingin berniaga seperti bangsa lain. Lihat sahaja statistik pinjaman perniagaan dari badan berkaitan seperti MARA, TEKUN, PUNB, AIM dan lain-lain, anda akan mengakui kebenarannya.
Antara bidang bisnes keutamaan yang masih gagal ditembusi oleh orang Melayu ialah bidang peruncitan. Walaupun ramai usahawan Melayu telah cuba dilahirkan dari bidang ini, namun bidang ini terus dikuasai bangsa lain. Saya ambil contoh, cuba kita melawat ke pameran dan expo besar seperti MAHA, MIHAS, KUB dan sebagainya, kita akan dapati terlalu banyak produk berkualiti yang boleh diperolehi di sana. Ada produk yang boleh dikira menepati standard kualiti dan pembungkusan bertaraf antarabangsa. Dari kerepek kentang, air minuman, sardin dalam tin dan banyak lagi, semuanya berkualiti, keluaran syarikat Melayu.
Namun, jika produk ini bagus, di mana kita hendak membelinya selepas tamat expo itu? Adakah kita dapat membelinya di pasaraya, kedai runcit atau lain-lain? Tidak. Paling-paling pun kita terpaksa ke laman web syarikat atau mencari senarai pengedar bebas mereka di Facebook. Namun sebagai pengguna, setakat mana kita boleh terus membeli produk mereka jika susah kita nak dapatkan? Sekali, dua kali lepas itu kita pun malas nak beli sebab leceh nak dapatkan produk tersebut. Akhirnya, daripada niat asal kita nak sokong produk orang Melayu, akhirnya kita terpaksa beralih semula kepada jenama umum yang boleh didapati dengan mudah di pasaran.
Maka, produk-produk keluaran syarikat Melayu ini akan jadi lambakan di kilang dan gudang mereka sendiri, hingga akhirnya terpaksa tutup kedai akibat produk tak laku. Seterusnya, akan ada lagi syarikat Melayu baru yang mengeluarkan produk mereka sendiri, dan kitaran ini berulang hingga tak terkira bilangannya syarikat pengeluar produk runcit Melayu yang gulung tikar. Soalnya mengapa ini boleh terjadi jika produk mereka bagus dan menepati piawaian antarabangsa?
Menurut pengalaman dan pemerhatian saya sendiri yang pernah terlibat dalam bidang peruncitan, jawapannya ialah kerana orang Melayu gagal menguasai bidang pengedaran (distribution). Hari ini, kita lihat usahawan Melayu terlalu fokus dalam bidang pengeluaran. Masing-masing ghairah untuk mengeluarkan produk dengan jenama sendiri. Akhirnya terlalu banyak produk-produk yang hampir sama antara satu sama lain walaupun pasarannya kecil. Kerajaan juga terlalu fokus menyediakan bantuan kepada usahawan yang mempunyai kapasiti untuk mengeluarkan produk sendiri tanpa melihat kepada prospek pasarannya.
Sebenarnya, perkara paling penting dalam sesuatu perniagaan ialah proses ‘route to market’, atau bagaimana sesuatu produk itu sampai ke tangan pengguna. Walaupun kita mengeluarkan suatu produk yang sangat bagus, kita akan gagal menguasai pasaran sekiranya kita tidak memahami proses rantaian pembekalan (supply chain) sesuatu perniagaan itu, dari proses mendapatkan bahan mentah untuk pengeluaran hinggalah ia sampai ke tangan pengguna. Kebiasaannya, syarikat Melayu hanya fokus kepada proses pengeluaran, tetapi gagal dalam proses pengedaran.
Walaupun banyak pelaburan dibuat bagi aktiviti pemasaran dilakukan, dari membayar duta produk hinggalah membeli ‘airtime’ stesen TV untuk pengiklanan, ianya tidak cukup sekiranya produk gagal melalui proses pengedaran yang membolehkan ia memasuki pasaran seterusnya sampai ke tangan pengguna. Anda sebenarnya boleh melihat banyak contoh-contoh produk yang diiklankan dengan bagus sekali tetapi bila anda ke pasaran untuk membeli produk tersebut, anda tidak menjumpainya di mana-mana.
Mengapa ini berlaku? Inilah masalah yang dihadapi syarikat Melayu. 90% dari syarikat pengedaran (distributor) barang-barang runcit adalah bukan milik orang Melayu. Kebanyakan pengedar runcit ini adalah dari kalangan bangsa Cina, mereka telah bertapak sejak sekian lama malah ada yang sebelum merdeka lagi, dan perniagaan mereka telah dijalankan turun temurun, ada yang sudah memasuki generasi ketiga hari ini.
Syarikat-syarikat pengedaran inilah yang menentukan kejayaan ‘route to market’ sesuatu produk. Walau syarikat pengeluar yang besar dan ternama sekalipun, mereka perlu melalui syarikat-syarikat ini untuk memastikan produk mereka menembusi pasaran. Lazimnya (bukan untuk bersifat rasis), bila sesuatu bidang perniagaan itu dikuasai bangsa tertentu, sudah pastilah keutamaan diberikan kepada bangsa mereka dan dengan kelebihan itulah mereka dapat menguasai pasaran. Syarikat-syarikat pengedaran ini mempunyai persatuan mereka sendiri yang menjadi ‘kartel’ bidang pengedaran runcit di negara ini.
Syarikat-syarikat pengedaran inilah yang berhubungan baik dengan ‘buyer’ (pembeli) pasaraya-pasaraya besar yang mana buyer ini pula merupakan ‘gatekeeper’ yang menentukan penyenaraian atau ‘listing’ sesuatu produk itu ke dalam rangkaian pasaraya mereka. Selain itu, syarikat-syarikat pengedaran ini turut mempunyai rangkaian yang baik dengan pemilik-pemilik kedai runcit dan pasaraya kecil di kawasan-kawasan liputan mereka. Disebabkan hubungan baik yang dijalin sekian lama, syarikat-syarikat pengedaran ini kadangkala boleh mempengaruhi mereka untuk menyenaraikan atau menyahsenaraikan sesuatu produk itu dari pasaran.
Oleh kerana syarikat pengeluar Melayu tidak mempunyai rangkaian yang baik dengan syarikat-syarikat pengedaran ini, maka amat susah untuk mereka menggunakan khidmat pengedaran syarikat-syarikat berkenaan. Malah, kebanyakan syarikat-syarikat pengedaran ini amat menekan syarikat pengeluar dengan margin yang tidak masuk akal dan meminta insentif-insentif pelik serta mengenakan caj-caj servis yang membebankan syarikat yang baru nak mulakan proses pengedaran seperti caj ‘forklift’, caj penyimpanan dan caj pallet.
Akhirnya, banyak syarikat Melayu yang tidak mampu menggunakan khidmat syarikat pengedaran dan terpaksa mencari pengedar bebas dengan kapasiti pengedaran dan liputan pasaran yang sangat kecil. Walaupun kini proses pengedaran boleh dibuat secara langsung kepada pengguna dengan adanya platform internet, kita harus akui bahawa pengedaran konvensional masih dan akan terus memainkan peranan penting bagi barangan runcit.
Penyelesaian bagi masalah ini walaupun agak sukar tetapi mesti dimulakan dari sekarang. Usahawan Melayu mesti beralih dari sekadar fokus kepada bidang pengeluaran dan pemasaran kepada bidang pengedaran. Halangan terbesar untuk orang Melayu menyertai bidang ini ialah modal. Proses pengedaran ini merangkumi beberapa aspek, antaranya ialah perolehan, pergudangan dan logistik. Ia memakan modal yang besar.
Sebagai contoh, untuk proses perolehan sahaja, ia memerlukan ratusan ribu RM bagi satu jenis produk saja untuk dibayar kepada pengeluar jika transaksi dijalankan dalam tunai. Bayangkan jika 20 produk, sudah pasti cecah jutaan RM, dalam masa sama perlu menyediakan perkhidmatan kredit pula kepada pasaraya dan kedai runcit, maka modal pusingannya sangat besar. Itu belum lagi kos menyediakan gudang yang lengkap dengan ‘pallet racking’ dan ‘forklift’ untuk mengangkat barang. Bagi logistik pula, syarikat pengedaran perlu mempunyai lori mereka sendiri. Jika mereka ‘outsource’ logistik mereka, kos akan menjadi lebih tinggi walaupun ianya memudahkan dari segi proses.
Saya yakin, dengan modal jutaan RM, tak ramai orang Melayu mampu dan berani ceburi bidang peruncitan. Di sinilah perlunya peranan kerajaan melalui bantuan modal dari agensi berkaitan seperti yang disenaraikan tadi. Sepanjang pengetahuan saya, hanya PUNB yang ada dana khusus untuk bidang pemborongan dan peruncitan. Namun, tak banyak orang Melayu yang mohon kerana kurang keberanian, pengalaman dan jaringan.
Justeru, di peringkat usahawan, apa yang perlu kita lakukan? Ya, kita perlu wujudkan rangkaian perniagaan yang besar. Bulan lepas, saya berkesempatan bertemu dengan Tan Sri Mat Shah Safuan, usahawan Melayu terkenal, Pengerusi Safuan Group Holdings yang juga Pengerusi PERDASAMA, sebuah persatuan yang menghimpunkan usahawan Melayu. Beliau juga menekankan tentang pentingnya diadakan lebih banyak jaringan perniagaan di kalangan usahawan Melayu untuk kita wujudkan rantaian pembekalan yang lebih besar.
Kita perlu kurangkan fokus mengeluarkan produk-produk baru yang sama jenis. Sebaliknya, kita perlu kumpulkan semua produk keluaran Melayu berkualiti pelbagai jenis bawah satu jenama yang sama melalui penubuhan sebuah syarikat konsortium dengan sokongan pihak kerajaan.
Model ini telah berjaya dilakukan di Bangladesh oleh syarikat PRAN. PRAN adalah sebuah syarikat yang berjaya mengumpulkan pelbagai produk runcit keluaran rakyat Bangladesh di luar bandar di bawah satu jenama dan hari ini PRAN telah berjaya menguasai pasaran 118 buah negara termasuk Malaysia dengan nilai jualan melebihi USD500juta setahun. Bila kita berjaya mewujudkan sebuah jenama yang kuat, kita akan mempunyai kuasa untuk menembusi pasaran.
Selain itu, bagi pengguna Melayu, kita perlu sokong rangkaian perniagaan runcit orang Melayu. Kita perlu utamakan membeli barangan keluaran syarikat Melayu dari rangkaian pasaraya Melayu seperti MYDIN Malaysia dan lain-lain. Jika kita boleh berbuat demikian, kita akan membantu meluaskan pasaran produk Melayu dan membina ekonomi orang Melayu dengan lebih kukuh agar kita boleh membina rangkaian pembekalan kita sendiri tanpa dibuli oleh syarikat-syarikat pengedar bangsa lain.
Inilah juga model yang digunakan oleh sahabat Rasulullah, Abdul Rahman Auf yang berjaya menguasai ekonomi Madinah yang sebelumnya dimonopoli kaum Yahudi dengan membina jaringan perniagaan orang Islam yang besar dan kukuh. Di Malaysia, orang Melayu adalah pengguna terbesar dengan lebih 60% pasaran dan jika kita menggunakan sepenuhnya kelebihan ini, saya yakin ekonomi orang Melayu akan lebih baik di masa depan.
Wallahualam.
#jihadekonomi
Kredit : Mohd Faizal Zulkifly
TULISAN DI ATAS HANYA SEKADAR RENUNGAN SAHAJA KERANA PENULIS MASIH MENIUPKAN SEMANGAT PERKAUMAN DAN AGAMA SEBAGAI PENGGERAK KEPADA  KEMAJUAN BANGSA MELAYU.
KENAPA BARANGAN YAHUDI BOLEH DITERIMA OLEH SEMUA PENGGUNA ?
KENAPA MEREKA TIDAK LETAKKAN JENAMA  BARANGAN  MEREKA  DENGAN JENAMA MIRIP YAHUDI ?
BARANGAN ISLAM TERLALU TERHAD PASARAN KERANA PEMIKIRAN UMAT ISLAM SEBAGAI KHALIFAH TIDAK DIAMALKAN. MINDA UMAT ISLAM TERLALU TAKSUB KEPADA AGAMA DAN BANGSA.
RISALAH RAHMATAN LIL ALAMIN LEBIH MENYELURUH KERANA ISLAM UNTUK SEMUA.

PROGRAM PARTI POLITIK UMNO DI DALAM MASJID DI JOHOR

Image may contain: 4 people, people smiling, text

Bila wakil rakyat DAP buat pengumuman beri bantuan kpd rakyat setempat (bukan ucapan berbau politik) terus Sultan Johor kecam tanpa usul selidik.. Langsung tak mahu dengar penjelasan dari pihak DAP.

TETAPI BILA UMNO SENDIRI terang-terangan anjur aktiviti politik, edar sumbangan, penyerahan bancian dan sbgnya KENAPA SULTAN JOHOR BISU TAK KECAM.. Adakah kerana UMNO itu lahir di Istana Johor ??!

Apa saja UMNO buat terus jadi halal ??!

SESUDAH UMNO BN TUMBANG

1 LOKMAN

SESUDAH BN TUMBANG

Isa Samad kena terajang tipu peneroka arahan Najib bertopeng syaitan
Nazri Aziz kata orang Padang Rengas dah lama menghilang
Shahrizat Jalil teringat lembu kat kondo sorang-sorang
Rosmah Mansor makin lama makin jarang ‘menayang’
Tajuddin Rahman silatnya makin hari makin tempang
Tengku Razaleigh belum nampak bayang ponti dari Gua Musang
Annuar Musa belum kena tindakan sebab tabal sultan temberang
Idris Jusoh tiap hari mengeluh macam air surut kat Empangan Timah Tassoh
Azalina Othman dah kurang jadi ‘jantan’ sejak Sajat ke Kelantan
Hishamuddin Hussein makin tak keruan sebab Deftech dalam DRB Hicom kena selongkar kena telanjang
Khairy Jamaluddin makin serabut berjambang senang nak lari kalau ke Dhaka atau Chittagong
Takiyuddin Hassan keluar gag order kes kartel dedak macam dia raja dia sultan
Najib Razak makin meroyan sekejap berduet dengan Arul Kanda sekejap dengan Irwan
Nurulhidayah anak Zahid Hamidi melolong mintak kesian pasport bapak kena tahan tapi ‘talak olang helan’
Tuan Ibrahim Tuan Man sembang kencang bubar parti dari gabung tapi sekarang? Kah355
Nasrudin Tontowi mungkin dah lama tak layan PPV sibuk jadi broker sana sini
PM Online makin kuat temberang semua sebab menantu dah jadi anak hantu takut kes kartel dedak pecah lobang C&P

NIKMAT TERBESAR UMAT ISLAM DI MALAYSIA SEKARANG ADALAH ALLAH SWT YANG MAHA BERKUASA DAN MAMPU MENGUBAH WATAK SESEORANG ULAMAK KEPADA WATAK BUKAN ULAMAK, ALLAH SWT TELAH PAMERKAN KEPADA KITA SEMUA, RAKYAT MALAYSIA. WATAK SEORANG ULAMAK YANG MULANYA WARAK DAN BERJIHAD DI JALAN ALLAH SWT TETAPI TELAH BERUBAH MENJADI  KHADAM KEPADA UMNO DAN JUGA KHADAM KEPADA NAJIB SERTA KHADAM KEPADA MCA DAN MIC. SETELAH MAKAN RASUAH, SEGALA-GALA BERUBAH. HADI KINI TIDAK MALU BERBOHONG DAN TIDAK MALU BERKAWAN DENGAN PEROMPAK. DULUNYA  AMAT BENCI KEPADA NAJI TETAPI SEKARANG AMAT SAYANG PADA NAJIB. DULU UMNO AMAT JAHAT TETAPI SEKARANG UMNO AMAT BAIK DAN BERJUANG UNTUK ISLAM DAN BANGSA MELAYU. SEDANGKAN PADA HAKIKATNYA UMNO ADALAH PARTI PALING RASUAH DAN PALING BIJAK MENIPU RAKYAT SERTA UMAT ISLAM DI MALAYSIA TANPA ADA PERASAAN MALU KEPADA ALLAH SWT DAN RAKYAT MALAYSIA.

 

 

HADI MASIH BUTA MATA ZAHIR DAN BUTA MATA HATI SETELAH MAKAN DEDAK HARAM YANG NAJIB HIDANGKAN SEHINGGA NASIH TIDAK DAPAT MELIHAT KEBENARAN, WALAUPUN SERIBU BUKTI KES JENAYAH NAJIB TELAH DIZAHIRKAN. ALLAH SWT TIDAK AKAN MEMBERI HIDAYAH KEPADA MEREKA YANG MAKAN DARI SUMBER YANG HARAM.

 

Hidup Islam Bersama KERAJAAN PAKATAN HARAPAN , Dibawah Pimpinan Tun M Beragama  Islam, Bermazhab Syafie  Dan Marilah Bersama-sama  Kita Berselawat  Kepada Rasulullah SAW Junjungan Kita Dengan Lafaz..

 

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

 

SEMOGA KITA SEMUA MENJADI UMAT RASULULLAH SAW DI AKHIRAT NANTI.

 

 

RAKYAT MALAYSIA JANGAN SEKALI-KALI LUPA

72 Peristiwa Hitam Di Zaman Najib

 

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/category/72-peristiwa-hitam-di-zaman-najib/

 

KERAJAAN ISLAM KELANTAN LELONG TANAH REZAB MELAYU (KOMERSIAL).

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/05/15/kelantan-lelong-tanah-komersial-dan-rezab-melayu/