Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Menteri Kewangan Malaysia teruk dikecam, dimalukan CEO-CEO seluruh dunia kerana posting tidak jujur, sorok fakta dan syok sendiri

Kenyataan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz  mengenai pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia, mendapat keacaman beberapa pihak termasuk dari Dewan Perniagaan Eropah-Malaysia (Eurocham Malaysia).
Zafrul telah menulis catatan yang mengatakan bahawa dari segi pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan langsung domestik (DDI), Malaysia mencatat sejumlah RM109.8 bilion pelaburan yang diluluskan yang melibatkan hampir 3,000 projek dalam pembuatan, perkhidmatan dan sektor utama untuk sembilan bulan pertama 2020.⠀

“Melalui Penjana Kapital, kami baru-baru ini memfasilitasi komitmen oleh lapan pengurus dana modal teroka antarabangsa bersama-sama dengan kerajaan untuk melabur sehingga RM1.57 bilion untuk syarikat permulaan Malaysia dalam bidang fintech, edutech, agritech, mobiliti dan AI (kecerdasan buatan), yang dijangka mewujudkan 1,800 pekerjaan berkemahiran tinggi dalam proses tersebut.
“Macam mana, cukup untuk menambah keyakinan pelabur yang berterusan di Malaysia?” kata Zafrul.

Namun, kenyataannya itu mengundang respons Ketua Pegawai Eksekutif Eurocham Malaysia, Sven Schneider.
“Minta maaf kerana saya buat komen ini, tetapi mewakili komuniti pelabur asing yang cukup besar, EU, kami saat ini menerima banyak kebimbangan mengenai sama ada Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang wajar,” kata Schneider.

“Sehingga hari ini, Yang Berhormat Menteri bahkan tidak dapat bertemu dengan kami dan mendengarkan keprihatinan syarikat-syarikat kami. Tanpa input ini, kementerian anda pasti tidak dapat mengatasi masalah di lapangan,” kata Schneider.
Adrian Pereira, Pengarah Eksekutif di North South Initiative, juga membidas Zafrul mengenai dasar pekerja asing.
“Ekonomi Malaysia secara artifisial mendapat manfaat dari buruh paksa, pemerdagangan manusia dan pelbagai ketidakpatuhan undang-undang yang melibatkan pekerja asing. Kami terus melihat pelbagai laporan penyiasatan dari entiti swasta dan awam, tempatan dan antarabangsa mengenai hal ini, di hampir semua sektor.

“Mendapat keuntungan dari eksploitasi orang lain bermaksud pendapatan yang dijana adalah tidak sah. Malah saya juga boleh kata ia haram.
“Tolong bantu mengesan keuntungan yang diperoleh daripada syarikat tersebut, sama ada GLC, rantaian bekalan global atau PKS dan kembalikan wang itu kepada mangsa atau jika tidak, kita tidak akan pernah menjadi negara yang benar-benar kompetitif, “katanya.
Bekas perdana menteri Najib Abdul Razak juga memberikan ulasannya sendiri di Facebook yang mengatakan bahawa menteri kewangan kerajaan PN telah dibidas oleh netizen dan pelabur asing semalam.
“Dia diselar sebab ramai anggap dia tidak jujur, cuba menyorok keadaan sebenar dan memberi gambaran yang salah berhubung pelaburan asing.
“Erti kata lain, ramai yang tidak senang dengan sikap yang dianggap ‘syiok sendiri’ dalam posting Menteri Kewangan semalam.

“Realitinya ialah pelaburan asing dalam negara sudah jatuh teruk setiap tahun sejak PRU14,” katanya.
Najib, turut mengajak orang ramai mempertimbangkan sama ada wujud pelaburan asing yang signifikan yang pernah diumumkan kerajaan PH dan PN dalam tempoh tiga tahun.
“Pelaburan asing pada tahun lepas (setakat suku 3) adalah amat buruk sekali dan sebenarnya menjadi negatif pada suku ke-3 apabila beberapa pelaburan asing sedia ada di Malaysia berpindah ke negara jiran.
“Saya faham pelaburan asing di Malaysia tahun lepas mungkin terjejas akibat Covid tapi ramai juga yang tertanya-tanya kenapa pelaburan asing di negara-negara jiran mencanak naik pula?” soal Najib. – Mkini

Read more: https://cin-ca.blogspot.com/2021/01/menteri-kewangan-teruk-dikecam.html#ixzz6jQv8AGjH

https://cin-ca.blogspot.com/2021/01/menteri-kewangan-teruk-dikecam.html

Semak senarai logo halal luar negara diiktiraf JAKIM

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengiktiraf 84 logo halal daripada 46 negara seluruh dunia sehingga 1 Disember tahun lalu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Menurut beliau, dengan adanya logo halal ini pengguna dan pengimport boleh mengenal pasti logo-logo halal luar negara diiktiraf JAKIM pada produk import yang dijual di pasaran bagi mengelakkan kerugian dan keraguan.

Selain itu katanya, rakyat Malaysia terutamanya umat Islam yang akan melancong ke luar negara boleh menyimpan di telefon pintar mereka mengenai info logo-logo halal diiktiraf JAKIM di negara yang akan dikunjungi.

Pengguna juga boleh muat turun dalam format .pdf senarai Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf JAKIM menerusi pautan: https://drive.google.com/drive/folders/1hvYRXjsfP9mpPifB_4tG2k17qi1_uZQy?usp=sharing

Dato’ Seri Dr Zulkifli juga memaklumkan, kerajaan akan meminda akta berkaitan pensijilan halal bagi mengelakkan berlaku pertindihan dan memperkemas perundang sedia ada, selain pihak berkuasa juga akan melaksanakan pendigitalan kod bar produk makanan halal.

“Ada beberapa tindakan yang akan kita lihat dengan lebih berkesan dan kita sedang membuat satu mekanisme atau persediaan ke arah itu,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir sekitar Slim River di Sekolah Kebangsaan Kuala Slim, Tanjung Malim semalam.

Sementara itu, Zulkifli berkata pihaknya bersedia mempereratkan lagi jalinan kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) khususnya dalam audit yang dilaksanakan terhadap loji penyembelihan di luar negara sebelum diberi kebenaran mengeksport daging ke negara ini. 

“Sekarang sudah ada pegawai SPRM bersama kami di Jabatan Perdana Menteri. In sya-Allah, hubungan kita dengan SPRM cukup baik dan mungkin boleh dieratkan lagi mengikut kesesuaian pelaksanaan isu yang berkait dengan rasuah dan salah guna kuasa,” katanya.

Zulkifli mengulas laporan akhbar semalam yang memetik bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Salahuddin Ayub sebagai berkata, beliau pernah cuba menambah baik prosedur audit loji penyembelihan di luar negara yang menghasilkan daging sejuk beku ke negara ini.

Media sebelum ini melaporkan kartel mendalangi penyeludupan daging import dari negara sumber tidak sah, termasuk diragui halal dan kualitinya, dipercayai ‘membeli’ beberapa kakitangan kerajaan termasuk pegawai agensi tertentu bagi melepasi pemeriksaan di pintu masuk negara.

Sebelum ini, sebuah gudang syarikat daging sejuk beku di Taman Perindustrian Senai, Johor diserbu pihak berkuasa hasil risikan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan menyeludup daging sejuk beku. – HARAKAHDAILY 7/1/2021

Senarai jenama daging ‘haram’ akhirnya terbongkar

GEMPAR | Senarai jenama daging ‘haram’ akhirnya terbongkar

Geram bila kita baca berita viral baru-baru ni mengenai kartel daging yang diserbu setelah beroperasi berpuluh tahun lamanya.

Lebih geram lagi bila tak ada satu pendedahan pun dibuat oleh pihak yang berkaitan mengenai apa jenama yang dipalsukan cop halalnya, siapa dalang kartel tersebut, dan apa nama syarikat yang mengedarkannya.

Lebih bertambah geram lagi bila pada awalnya ada statement pihak berkuasa kata nak dedah nama syarikat tersebut, tapi tiba-tiba semalam Timbalan Menteri Perdagangan, Datuk Rosol Wahid mula spin pula kata tidak boleh didedahkan nama syarikat tersebut sebab mengganggu siasatan kononnya.

Nah, mana kita tak panas hati bila baca berita macam tu. Siap kempen lagi kata daging kat pasaran tu semua halal jangan risau boleh beli. Siap tunjuk lagi pekerja dia jalan-jalan dalam supermarket tunjuk ada logo halal kat packaging daging yang dijual. Padahal, berita sebelumnya semua cakap pasal daging tak sah taraf sama ada bukan daging lembu, bangkai, atau daging berpenyakit yang telah dipalsukan sijil halalnya dan dipek semula setelah diseludup untuk dijual di negara kita.

Lebih memanaskan hati, bila pendedahan tersebut menyatakan bahawa operasi kartel tersebut telah berjalan selama 40 tahun dengan rasuah telah diberi kepada kakitangan pelepasan kontena, kakitangan yang check isi kontena dan pelbagai lagi kakitangan pihak berkuasa. Hatta disebut bahawa kartel tersebut turut menawarkan habuan wanita kepada pihak yang dirasuah.

Apalah punya bala semua ini. Berpuluh tahun kita disajikan barang yang syubhah lagi tidak jelas sumbernya. Pihak berkuasa enjoy makan duit haram siap dapat habuan wanita lagi. Ini bukan isu birokrasi susah nak apply sijil Halal. Tapi ini isu rasuah, salah guna kuasa agensi berkaitan, penyeludupan, penipuan cop halal, penipuan sumber daging dan juga masalah kejar harga murah.

Kalau nak tahu, jenama yang dibawa masuk oleh kartel ni pun sebahagiannya memang dah ada sijil Halal yang sah baik dari Malaysia atau negara asalnya. Tapi diselit dan dicampur juga dengan daging yang tidak halal kemudian dipack semula menggunakan jenama dan cop halal yang telah dipalsukan. Maknanya, kartel ini memang nak buat untung full margin lah makan pukul keliling. Sebab tu dapat jual murah sebab bangkai yang disupply nya, maka harga modal pula sudah tentu jauh lebih murah. Siap ada laporan yang kata mereka guna bangkai kangaroo, kuda dan macam-macam lagi.

Jadi, atas rasa tanggungjawab sebagai seorang Muslim, saya risau bila jenama ini tidak didedahkan. Kalau perkara ini berterusan, maka umat Islam di negara kita ini akan terus-terusan memakan bangkai tanpa sedar. Apa yang kita makan itu akan menjadi darah daging dan merosakkan kita semua.

Maka, malam tadi puas saya baca berpuluh berita mengenai serbuan yang dibuat pihak berkuasa terutama di Johor, akhirnya setelah puas mencari, ada lah terjumpa satu dua laporan media yang tak dipadam jenamanya dan terpapar dalam berita. Sebab kebanyakan berita, wartawan dah kaburkan jenama jadi susah kita nak cari.

Bila dapat berita yang tak kaburkan jenama tu, cepat-cepat saya screenshot dan cari satu persatu jenama tersebut. Hasilnya, anda boleh lihat di dalam gambar yang saya sertakan. Sebahagian jenama tersebut, saya percaya ramai daripada kita sudah pun pernah memakannya. Masalah yang berlaku adalah campuran daging bangkai dengan daging yang halal, maka disebabkan sebelum ini kita tidak tahu, sama-sama kita berharap apa yang pernah kita makan dahulu adalah bahagaian yang halal bukan yang haram.

Lagi pula konsep dalam fiqh, bila kita termakan benda yang kita tidak tahu asal muasalnya, maka ia dimaafkan. Yang dah berlalu tu lupakanlah dan mohonlah keampunan ALLAH, semoga kita sama-sama diampunkan oleh ALLAH Taala jua hendakNYA. Tapi, untuk masa yang kehadapan ni, bila kita dah tahu ada campuran barang tak halal, maka automatik semuanya dah jadi syubhah dan diragui buat kita. Takkan kita nak makan lagi ye tak??

Jadi, disini terpulang kepada anda sama ada mahu terus membeli daging frozen import atau tidak. Setelah banyak pendedahan dibuat, kita pun belum tentu pasti akan kehalalan jenama daging frozen import lain yang tidak didedahkan disini. Untuk mengelak termakan barang yang syubhah atau haram, maka sebaiknya kita tinggalkan terus memakan apa jua jenama daging frozen import. Dalam bisnes, bila tiada permintaan, maka tiadalah supply. Yang jadi masalah, bila dah tahu ada yang syubhah kita tetap terus membelinya, maka sebab itulah kartel ni masih boleh bertahan walaupun dah naik turun mahkamah dan didenda. Pasti akan ada kartel lain yang mengambil alih demand dan pasaran yang kosong tadi dimasa akan datang.

Kepada pekedai pula, saya percaya ramai yang akan terkesan dengan penjualan daging import selepas ini. Namun, yakin dan percayalah bahawa rezeki itu telah tertulis oleh ALLAH Taala buat kita semua. Rezeki tidak akan pernah salah alamat. Apabila kita meninggalkan sumber rezeki yang haram dan syubhah, insyaALLAH akan dibalas dengan ganjaran yang lebih besar dan pintu rezeki kita akan terbuka lebih luas.

Ingatlah kembali pesan orang tua-tua kita dahulu kala. “Jangan beli daging import, sebab kita tak tahu kesahihan barang tersebut.” Akhirnya setelah berpuluh tahun, baru hari ini kita nampak kebenaran pesanan orang tua kita dahulu.

Akhir kata dari saya, carilah barang yang halal, utamakan sumber yang halal dan tinggalkanlah barang yang syubhah dan diragui. Negara kita pun belum darurat lagi, tak mati pun kalau tak makan daging frozen. Masih banyak penjual daging segar temparan. Sokonglah buatan Malaysia, dan Paling penting ingat; BUY MUSLIM AND HALAL FIRST!!

Image may contain: one or more people
Image may contain: one or more people
Image may contain: one or more people
Image may contain: ‎text that says '‎YouTube SIGN IN Sinar TOSRIN JARVANTHI ExcoHal Ehwal Agama AgamaIslamJohor Sinar #SinarHarian #LaporanKhas Kartel seludup daging: Exco Johor beri amaran Google tamam frozen meat ALL VIDEOS IMAGES MAPS NEWS daging SHOPPIN frozen bobby veal tamam chicken AL-TAMAM COMPANY عجل لحم BOBBY VEAL Product Al-Tamam eshop Boneless Buffal... Outo stock Beet Slices 900 m M... mercatoo, stock‎'‎
No photo description available.
Image may contain: food
Image may contain: 1 person, text that says 'Su basy 一 NOয় Google N qualiko chicken breast malaysia ALL IMAGES X SHOPPING VIDEOS 华 NEWS MAP frozen whole chicken halal halal chicken ৫40 Qualiko Frozen chicken breast fillet bonele... qualikoglobal.com'

Sekian, renung-renungkan dan selamat beramal…

Sumber :

DAGING HARAM – SIAPA PUNYA KERJA?

DAGING HARAM – SIAPA PUNYA KERJA?

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Makanan dan produk makanan ni, kita sebagai umat yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, kena check detail status halal pada zahir makanan tersebut, dan juga bagaimana cara dapatkan makanan tersebut.

2) Daging yang diperoleh daripada haiwan yang mati tanpa disembelih menurut syarak adalah haram. Daging babi adalah juga haram walaupun disembelih mengikut syarak, kerana daging babi haram pada zahirnya.Daging daripada haiwan yang haram dimakan juga adalah haram.

3) Daging yang halal pada zahirnya, sudah disembelih ikut syarak, tetapi ia diperoleh secara mencuri – adalah juga haram dimakan. Daging halal yang dibeli menggunakan duit rasuah, korup, salah guna kuasa curi duit rakyat ,  juga haram. Pendek kata, daging yang diperoleh daripada duit haram atau cara yang haram, adalah haram dimakan.

4) Orang yang tidak beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, akan langgar salah satu atau kedua-dua jenis keharaman ini. Bukan sahaja mereka makan ikut suka, bahkan mereka juga akan jual ikut suka. Yang mahu untung lebih, akan belasah jual daging haram yang ditukar label halalnya. Haram tetap haram walaupun ada logo halal JAKIM yang ditampal tanpa pengesahan JAKIM.

5) 1500 juta  tan daging yang kebanyakannya diseludup dari bolivia ,  China, Ukraine, Brazil dan Argentina, sudah tersebar ke seluruh negara. Maka berhati-hatilah membeli daging sejuk beku di pasaraya milik cina famili store , zeemart, tesco , econsave, nsk  . Lebih baik bayar lebih sikit untuk mendapatkan daging tempatan  yang dijual oleh penternak dan pejual daging di pasar basah yang diuruskan oleh orang yang kita yakin beriman kepada Allah dan hari Akhirat. Walau pun mahal sikit daging tempatan tp trjamin halal  .

Sekian ee� 5�zL

JMM dakwa parti politik terbabit kartel daging

Badan bukan kerajaan (NGO) Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendakwa wujud pembabitan parti politik dalam isu kartel daging sejuk beku yang menjadi kontroversi ketika ini.

Menurut presidennya, Hamdan Mohd Salleh, parti politik itu juga terbabit dalam usaha menjatuhkan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Katanya, pembabitan parti politik terbesar itu bukannya baru malah didakwa berlaku lima tahun yang lalu.

“Hari ini kita membuat laporan polis mengenai pendedahan sebuah parti politik terbesar dan sekutunya dalam menjatuhkan industri daging dengan berkerjasama dengan pihak kartel.

“Mereka bersekongkol menjatuhkan syarikat GLC kerajaan seperti NFC dengan usaha mengagalkan perusahaan industri daging ini,” katanya dalam sidang media, di ibu negara hari ini.

Bagaimanapun kata Hamdan, dia tidak dapat mendedahkan parti yang terbabit memandangkan ia masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Hamdan membuat laporan polis berhubung isu berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Awal bulan ini media melaporkan taktik jahat kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging tersebut dengan logo halal dan menjualnya ke pasaran seluruh Malaysia.

Hasil risikan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) kartel berkenaan dipercayai menyamar sebagai syarikat pembekal daging sejuk beku telah menjadikan gudang berkenaan sebagai lokasi untuk membuat label dan cap palsu yang kemudiannya akan ditampal pada kotak daging yang telah dibungkus semula itu.

Media pada 21 dan 22 Disember melaporkan bahawa kartel itu dikatakan bersubahat dengan beberapa pegawai dalam agensi-agensi kerajaan untuk membawa daging-daging ke dalam negara kononnya sebagai daging yang berstatus halal.

Antara daging yang dibawa masuk adalah daging kangaru dan kuda, yang dijual sebagai daging yang berstatus halal.

Dalam pada itu, Hamdan menggesa pihak berkuasa supaya segera mengambil tindakan dengan menyiasat pimpinan parti politik berkenaan.

“Kita tidak dapat dedahkan (parti terbabit) kerana ia dalam siasatan.

“Kalau tuan (wartawan) kaji isu NFC tuan dapat ketahui pihak yang terbabit,” katanya.

https://www.malaysiakini.com/news/556938

IMPORT JUTA² SETIAP BULAN DENDA 100K-150K SHJ ?

IMPORT JUTA² SETIAP BULAN DENDA 100K-150K SHJ ?

Daging babi bercampur daging kambing

MyMetroUtama

Share

Nurul Amanina Suhaini

am@hmetro.com.my

JABATAN Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) mengesan cubaan menipu kandungan daging import selepas menyita empat kontena dipercayai berisi daging babi bercampur daging kambing dari Sepanyol dalam serbuan di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Gelang Patah, hari ini.

Pengarah MAQIS Johor/Melaka, Siti Nur Ahmad berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat orang ramai dan pihaknya menyita bekalan daging bernilai kira-kira RM2 juta dengan anggaran 120 tan.

Katanya, semua daging itu disusun secara bercampur di dalam empat kontena sejuk beku, sebelum dirampas kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

Menurutnya, pihaknya menerima maklumat sejak 31 Mei lalu dan terus menyekat pergerakan kontena daripada keluar kawasan pelabuhan, selain menjalankan siasatan bagi mengesan pengimport produk berkenaan.

“Hasil pemeriksaan kami mendapati pengimport adalah pengusaha tempatan produk sejuk beku dan beroperasi di Selangor dan dipercayai mempunyai sijil halal keluaran pihak berkuasa tempatan.

“Mereka sepatutnya mengimport daging kambing halal dari Australia, namun pemeriksaan mendapati hanya satu kontena mengikut peraturan ditetapkan namun tiga kontena lain mengandungi daging kambing dan bercampur daging dipercayai babi dari Sepanyol.

“Pengusaha terbabit nyata melanggar syarat permit mengimport daging dan berdepan tindakan tegas,”katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Siti Nur berkata, setiap kontena dianggarkan mengandungi kira-kira 30 tan daging, selain pengimport itu sudah dipanggil untuk memberi penjelasan dan pihaknya akan membuat pendakwaan jika sabit kesalahan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 11 (1) Akta MAQIS 2011 di mana jika disabitkan kesalahan boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama, manakala denda maksimum RM150,000atau penjara tidak lebih tujuh tahun bagi kesalahan kedua atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. �5�e}!

JAKIM HANYA TOPENG KERAJAAN UNTUK MENIPU UMAT ISLAM.

https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2020/12/767588/kartel-kuasai-pusat-periksa-daging-import

KUALA LUMPUR: Kartel yang mendalangi penyeludupan daging import dari negara sumber tidak sah, termasuk diragui status halal dan kualitinya, dipercayai ‘membeli’ beberapa kakitangan kerajaan, termasuk pegawai kanan agensi tertentu bagi melepasi pemeriksaan di pintu masuk negara.

Wang ringgit dan habuan berlibur dikatakan diguna bagi merasuah pegawai terbabit sebagai dorongan ‘melepaskan’ barangan yang diimport tanpa mengikut peraturan ke pasaran negara ini.

Sumber yang rapat dengan siasatan kes terbabit, mendakwa kartel mempunyai ‘orang dalam’ pada semua peringkat prosedur dan pemeriksaan di pintu masuk, menyebabkan mereka kebal sehingga mampu beroperasi sejak lebih 40 tahun lalu.

“Modus operandi kartel adalah ‘membeli’ kakitangan agensi kerajaan tertentu. Segala-galanya dirancang teliti, dari loji penyembelihan hingga pintu masuk di pelabuhan, kartel sudah atur orang mereka dalam agensi kerajaan untuk memudahkan urusan keluar masuk lori dari pelabuhan,” katanya.

Berdasarkan rekod Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), setakat ini Malaysia meluluskan 28 rumah sembelih lembu dari Australia, New Zealand, Argentina, Brazil, Pakistan dan Afrika Selatan, selain 11 rumah sembelih kerbau dari India dan Pakistan.

Semua rumah sembelihan itu sudah menjalani pemeriksaan audit oleh JPV dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum kelulusan diberikan. Pemeriksaan ke atas rumah sembelih di negara sumber juga dilakukan.

Selain JPV dan JAKIM, agensi lain mengawal selia urusan import bekalan daging ke Malaysia yang membabitkan beberapa peringkat adalah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) serta Polis Pelabuhan.

Sumber berkenaan mendakwa, selain negara sumber yang diluluskan, kartel dipercayai membeli bekalan daging dari loji sembelihan di Kanada, Colombia, Ukraine, United Kingdom, Uruguay, Sepanyol, Mexico, Bolivia, Paraguay, Hong Kong dan China.

“Selain daging pejal, organ lain turut diseludup seperti paru, ekor, perut dan tulang leher. Dalam usaha menyeludup bekalan daging dari negara tidak diiktiraf ini, kartel membina rangkaian membabitkan penjawat awam dalam agensi tertentu,” katanya.

Katanya, sogokan diuruskan orang perantaraan yang sudah mahir dengan birokrasi di pintu masuk negara dan mengenali orang dalam yang bertugas pada masa tertentu bagi meluluskan pergerakan keluar barangan.

“Kartel ini mempunyai orang dalam pada semua peringkat.Penjawat awam yang menjadi tali barut akan menerima sogokan setiap kali mengendali pelepasan masuk daging import berkenaan ke negara ini,” katanya.

Sumber itu juga mendakwa, selesai urusan peringkat pertama iaitu pemeriksaan audit kualiti dan halal, kartel tidak akan berdepan masalah melepasi pelabuhan, khususnya di tiga pelabuhan zon bebas, iaitu Pelabuhan Kelang (PKFZ), Pelabuhan Barat dan Pelabuhan Utara.

Katanya lagi, penyeludupan daging import sejuk beku diragui statusnya yang dibungkus semula di negara ini dan ditampal tanda halal palsu sebenarnya sudah lama berlaku, didalangi syarikat milik bukan Bumiputera yang membentuk kartel menggunakan beberapa syarikat Bumiputera sebagai proksi.

“Walaupun syarikat proksi terbabit mempunyai kebenaran mengimport dari negara sumber yang diperakui status halalnya, kartel cenderung membawa masuk daging sejuk beku yang diragui status halal kerana memperolehnya pada harga lebih murah, sekali gus dapat meraih keuntungan lebih besar.

“Harga murah, antaranya kerana ternakan ada masalah kesihatan, selain loji penyembelihan tidak sah dan memproses daging tidak halal.Walaupun diikrar daging lembu, bekalan yang dibawa masuk sebenarnya daripada pelbagai ternakan, termasuk kerbau dan kuda dengan kaedah sembelihan diragui.

“Tindakan itu semata-mata mahu mengejar keuntungan tanpa memikirkan implikasi kesihatan pengguna yang diragui status kesihatan dan halal,” kata sumber berkenaan.

Katanya, jika kakitangan kerajaan dalam rantaian pengawasan dan pemeriksaan tidak berkomplot dengan kartel, mustahil sejumlah besar daging import dari negara tidak diluluskan berjaya keluar dari pelabuhan negara dan dibawa ke gudang milik kartel.

“Rampasan 30 tan daging sejuk beku dibungkus semula dengan menggunakan tanda halal palsu di Johor awal bulan ini, adalah sebahagian bukti kegiatan kartel dibantu oleh penjawat awam yang menyalahguna kuasa,” katanya.

Mengulas lanjut modus operandi kartel, beliau berkata, syarikat terbabit dipercayai sudah diberi penerangan mengenai operasi di pelabuhan termasuk jadual penugasan kakitangan dan bagi melepasi pemeriksaan, mereka mengemukakan dokumen palsu atau borang K8, iaitu kebenaran untuk transit bekalan sahaja.

“Sebagai contoh, jika orang dalam ditugaskan di laluan nombor tiga, kontena membawa barang seludup ini akan melalui laluan itu dan melepasi pemeriksaan.Habuan diberikan secara tunai kepada kakitangan di situ,” katanya menambah, pengimport juga perlu mengisi borang K1.

Borang K8 adalah pengisytiharaan pemindahan barang dagangan dari satu zon bebas ke zon bebas yang lain melalui kawasan utama kastam, manakala borang K1 pula ialah bagi pengisytiharan dagangan import yang dibawa keluar dari zon bebas ke kawasan utama kastam.

Syarikat proksi guna nama berunsur Islam

Syarikat proksi ditubuhkan kartel pembekal daging sejuk beku di negara ini, dinamakan dengan nama berunsur Islamik dan kemelayuan yang boleh meraih keyakinan pengguna Islam.

Difahamkan, modal perniagaan setiap syarikat terbabit antara RM200,000 hingga RM300,000. Kegiatan syarikat dinyatakan dalam pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pula adalah mengimport bekalan daging, namun ada juga kegiatan yang dinyatakan langsung tiada kaitan dengan industri berkenaan.

BH dimaklumkan, industri pembekalan daging sejuk beku di negara ini dikuasai beberapa kartel membabitkan pengimport dan syarikat kargo, dengan satu daripadanya yang sudah dikenal pasti, dipercayai menubuhkan sekurang-kurangnya 12 syarikat proksi.

Daging sejuk beku dipercayai dibungkus semula dengan logo halal palsu disimpan dalam gudang diperiksa pihak berkuasa di Taman Perindustrian Senai, Johor awal bulan ini. – Foto BERNAMA

Daging sejuk beku dipercayai dibungkus semula dengan logo halal palsu disimpan dalam gudang diperiksa pihak berkuasa di Taman Perindustrian Senai, Johor awal bulan ini. – Foto BERNAMA

Sumber yang rapat dengan siasatan kes berkenaan, berkata selain menggunakan nama ahli kartel, pembekal disyaki mencuri maklumat dan data individu Bumiputera, khususnya Melayu untuk didaftarkan sebagai pemilik syarikat proksi ditubuhkan.

“Prosedur yang membenarkan syarikat didaftar dengan hanya salinan kad pengenalan, memudahkan kerja kartel untuk menubuhkan syarikat proksi, memanipulasi dokumen dan sistem bagi penubuhan seberapa banyak syarikat untuk menunjukkan mereka menjalankan perniagaan sah.

“Nama syarikat pula Islamik, secara automatik meraih keyakinan pemborong dan pelanggan untuk mendapatkan bekalan daripada syarikat terbabit,” katanya menambah, perbuatan kartel menggunakan nama individu tanpa kebenaran boleh menyebabkan penganiayaan terhadap mangsa.

Sementara itu, seorang mangsa yang namanya digunakan kartel sebagai pemilik syarikat proksi, mendakwa hanya tahu mengenai perkara itu pada Mei lalu apabila dimaklumkan oleh pihak berkuasa yang menjalankan siasatan terhadap kartel terbabit.

“Saya dapati alamat yang digunakan dalam borang maklumat syarikat adalah alamat rumah saya, sebuah rumah kampung,” kata lelaki berusia 37 tahun ini yang berkhidmat dengan sebuah agensi kerajaan dan hanya memiliki sebuah motosikal.

Katanya, sejak mengetahui dirinya ‘pemilik’ syarikat pembekal daging import yang mampu meraih untung besar, dia berasa terancam dan tidak selamat, sekali gus berharap pihak berkuasa dapat membersihkan namanya.

Lelaki itu percaya identiti dan salinan dokumen pengenalan dirinya diperoleh kartel kerana dia pernah membuat pinjaman dari syarikat pemberi pinjaman wang, kira-kira enam tahun lalu.

Seorang lagi mangsa berusia 40 tahun pula hanya mengetahui dia didaftarkan sebagai pemilik sebuah syarikat apabila dimaklumkan tidak lagi layak menerima bantuan zakat, beberapa bulan lalu.

“Saya hanya tahu mengenai perkara ini pada Mei lalu apabila tidak lagi menerima zakat seperti tahun sebelumnya,” katanya.

SOP import daging sejuk beku (sumber MAQIS)

• Produk perlu direkodkan dalam borang pengakuan barang-barang diimport.

• Harus ada permit import, sijil kesihatan, sijil halal, sijil negara asal, invois, ‘bill of landing’, senarai pembungkusan.

• Semua dokumen import, sokongan perlu disemak rapi. Kegagalan akan menyebabkan konsainan dilarang masuk.

• Walaupun diluluskan pada tahap itu, konsainan masih perlu diperiksa secara fizikal/visual, termasuk maklumat komoditi, suhu, rumah sembelih, tarikh luput, keadaan fizikal barangan.

• Pada tahap pemeriksaan fizikal, konsainan jika dikesan tidak patuh prosedur semua prosedur, boleh dilarang masuk ke negara ini. �&`A

JAKIM SEKADAR JABATAN UNTUK MENGELIRUKAN RAKYAT SAHAJA.

JAKIM TIDAK PERNAH DIAUDIT OLEH PIHAK LUAR ?

Kesian kat Jakim yg bertungkus lumus menjalankan tugas yg amanah memastikan daging yg di import berstatus halal toyiban di tuduh oleh media dan netizen makan rasuah. Skim halal malaysia adalah skim yg paling ketat di dunia sebab tu apabila jakim bersama dvs pergi ke luar negara untuk membuat audit loji persembelihan supaya tempat loji itu ikut syarak dan mengikut sop pengauditan yg ditetapkan. Ada loji yg lulus dan ada loji yg tak lulus. Yg tak lulus loji, berbagai cerita yg mereka rekakan. Pegawai jakim rasuah lah dan ada rekaan cerita di beri perempuan. Yang malang lagi media luar negeri memburukkan skim halal kita dan pegawai jakim, agensi kerajaan lain makan rasuah. Akan menjadi alasan negara negara pengimport saperti negara arab, europe akan menghina negara kita dan tak percaya lagi sijil halal kita dan kemungkinan besar barangan malaysia yg berstatus halal tidak dapat di eksport ke negara luar. Sebenar nya skim persijilan halal malaysia adalah yg paling strict. Bukan senang hendak dapat sijil halal.

Jgn lah tuduh tanpa bukti, biarlah sprm buat siasatan siapa yg bertanggungjawab yg melepas konsainan daging halal ke negara kita.Kemungkinan besar yg buat kerja ini adalah penyeludup. Penyeludup apa pun kerjanya menyeludup barang. Pengimport, forwarding agent, freight agent yg menyeludup daging tersebut dan mereka juga  perlu di sprmkan. Agensi kerajaan dan swasta yg beroperasi di port port saperti kastam, maqis, polis bantuan , port authority, port operator,, penjaga pintu utama perlu di siasat secara komprehensif dan terperinci siapa dalang yg subahat dengan penyeludup ini. Mereka ini perlu di sprmkan dan siasat supaya isu ini selesai.Yg punya premis penyimpanan daging beku juga perlu juga disiasat.Lagi satu perkara lagi, pemberita ada mengatakan daging beku di campur dgn daging kuda dan kangaroo.Makna buktinya, pemberita jangan lah buat cerita sensasi.Pemberita tu dapat berita dari siapa?Kalau betul, siapa yg dah buat ujian DNA.

Akhir kalam , yg sudah berlaku, kita cari penyelesaian dan cari siapa yg buat angkara tersebut. Sebelum kita buat konklusi dan menuduh sana sini, kita tunggu badan yg bertanggungjawab buat siasat. Yang kesian orang yg kena tuduh

https://infonegarakini.com/gempar-nama-besar-dalam-jakim-dikait-dengan-kartel-daging/ ��zA

Menteri agama masih “menikus” isu sindiket penipuan daging halal – Salahuddin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Dr Zulkifli Mohamad mesti memberikan penjelasan memuaskan berhubung isu sindiket penipuan daging halal yang dibongkar pihak berkuasa baru-baru ini

Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata setakat ini senator berkenaan masih “menikus” walaupun kementeriannya bertanggungjawab dalam hal berkaitan sijil halal.

“Kebobrokan ini harus dijawab oleh Menteri di JPM yang masih menikus daripada memberikan penjelasan berhubungan penyalahgunaan kuasa di peringkat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Salahuddin berkata Jakim yang berada dalam bidang kuasa Zulkifli merupakan agensi bertanggungjawab menguruskan status halal haram makanan di negara ini.

Kewujudan sindiket terbabit kata bekas menteri pertanian itu jelas menimbulkan keraguan mengenai tahap integriti agensi terbabit dalam pembangunan industri halal negara.

Media sebelum ini melaporkan kegiatan kartel yang bersubahat dengan beberapa pegawai dalam agensi kerajaan untuk mengimport daging – antaranya kangaru dan kuda yang tidak berstatus halal – untuk dijual sebagai daging halal.

Pegawai yang terlibat dikatakan menerima pelbagai jenis habuan kerana bersekongkol dengan kartel berkenaan.

Pada bulan lalu parlimen diberitahu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sedang menyiasat kes kartel berkenaan yang berlaku di Senai, Johor.

Salahuddin berkata selain Zulkifli satu lagi pihak yang perlu memberi penjelasan ialah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebagai pihak yang mengelola urusan mengeluarkan permit, lesen dan perakuan barangan import seperti di Johor.

Ahli parlimen Pulai itu juga mendesak pihak berkuasa menyiasat sedalam-dalamnya kegiatan rasuah dan salah laku yang menyebabkan kartel terbabit boleh beroperasi sebelum mereka dikenakan hukuman setimpal.

Pada masa sama kata Salahuddin kerajaan perlu mengambil serius kes keselamatan makanan dengan memperhalusi, memantau dan menilai garis panduan kemasukan makanan untuk memastikan setiap produk berkaitan yang dipasarkan selamat.

“Kerajaan Perikatan Nasional yang didominasi parti Melayu Islam mesti menunjukkan kesungguhan mereka menjaga kebajikan dan kepentingan Muslim.

“Janganlah biarkan slogan Melayu Islam hanya tinggal sebagai retorik untuk memperdaya masyakarat dan meraih undi menjelang pilihan raya,” katanya.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/556400

Pelabur lebih suka pilih negara Asean lain berbanding Malaysia – Pakar Ekonomi

Prospek pertumbuhan jangka panjang yang menguntungkan, iklim pelaburan yang menarik dan dasar yang konsisten adalah beberapa sebab yang menyebabkan pelabur antarabangsa memilih negara Asean lain daripada Malaysia, kata seorang ahli ekonomi.

Menurut laporan FMT, profesor ekonomi Universiti Sunway Yeah Kim Leng juga menekankan pentingnya kestabilan politik, pemerintahan yang baik, korupsi yang rendah dan “usaha promosi yang diselaraskan peringkat teratas” sebagai beberapa faktor utama mengapa Singapura, Indonesia dan Vietnam berjaya menarik perhatian tinggi pelaburan profil akhir-akhir ini.

Ketiga-tiga negara itu menerima lebih daripada 80% rekod pelaburan langsung asing (FDI) AS $ 156 bilion yang ditarik oleh negara-negara Asean tahun lalu, menurut Unctad, agensi perdagangan PBB. Hanya 5%, atau hanya RM31.7 bilion (US $ 7.8 bilion) yang pergi ke Malaysia.

“Malaysia harus meningkatkan prestasinya dalam semua faktor lembut dan keras ini yang menarik pelbagai jenis pelabur yang mencari kecekapan, mencari pasaran dan mencari sumber,” kata Yeah kepada FMT.

Memperhatikan bahwa upaya Indonesia untuk membasmi korupsi telah menghasilkan peningkatan tajam dalam peringkat dunia mereka, Yeah juga mengatakan pemilihan kembali presiden Indonesia Joko Widodo tahun lalu telah “memicu minat investor internasional” dalam desakan infrastruktur dan perindustriannya.

Yeah, mantan ketua ekonomi kumpulan di agensi penarafan kredit RAM Holdings, juga mengatakan strategi promosi pelaburan yang diselaraskan di Indonesia telah memungkinkan pemerintah untuk “menggairahkan syarikat global terkemuka” dengan pangkalan pasarnya yang besar dan berkembang sekitar 270 juta orang.

Sebagai tambahan, Yeah mengatakan potensi Indonesia untuk mengembangkan sumber daya alamnya yang luas diperhatikan oleh syarikat global yang mencari peluang pelaburan berdasarkan sumber.

Yeah mengulas mengenai posting Facebook baru-baru ini oleh mantan perdana menteri Najib Razak yang mengatakan bahawa terdapat kekurangan usaha untuk menarik pelabur asing dalam dua tahun terakhir.

Najib berkata syarikat gergasi teknologi AS Tesla, Amazon dan Google memandang Indonesia sebagai pilihan pelaburan dan bertanya apa yang dilakukan oleh agensi pelaburan Malaysia untuk menarik FDI.

Walaupun FDI ke Malaysia meningkat 3.1% dari RM30.7 bilion pada tahun 2018 kepada RM31.7 bilion pada tahun 2019, ini adalah penurunan yang ketara dari dua tahun sebelumnya. Malaysia mencatatkan RM41 bilion pada 2017 dan RM47.2 bilion pada 2016.

Memerhatikan bahawa negara ini mempunyai pejabat perdagangan, misi pelaburan dan pelbagai kakitangan yang mempromosikan negara di luar negara, ahli ekonomi kanan di Malaysian Rating Corporation, Firdaos Rosli tidak setuju bahawa agensi pelaburan Malaysia “tidak melakukan cukup” untuk menarik pelaburan.

Dia menjelaskan bahawa agensi pelaburan negara hanya menjalankan tugas mereka dalam ruang peraturan sekarang.

“Apa kelebihan perbandingan kami ?,” dia bertanya. “Itu adalah persoalan juta dolar.

“Peraturan kami sangat sesuai untuk menarik pelaburan bernilai rendah. Tetapi ketika negara-negara lain juga menawarkan insentif yang sama, kita mengehadkan diri untuk bersaing di tempat yang kalah. ”

Berita penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2020/12/19/economists-explain-why-investors-prefer-other-asean-countries/