Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Bantuan Kerajaan Melayu/Islam Rasis (PN) indah khabar dari rupa, rakyat Malaysia sentiasa ditipu

Bantuan zaman PN indah khabar dari rupa

Bantuan zaman PN indah khabar dari rupa

 

Kalau zaman Kak Wan jaga kementerian dulu, kalau bantuan RM100, at least kita boleh tengok barang nilai dia sama dengan RM90 – duit transport dan pengurusan. Sebab itu kita tak hairan macam mana Kementerian dia boleh jimat sehingga RM2 juta ringgit dengan jamuan pun depa potluck. Ini beza ambil orang yang berintegriti dan beramanah.

Zaman Rinamon ni tak payah cerita la, bantuan RM100, yang sampai ke rakyat hanya RM30, ini pun dah berapa kali sakau dari menteri sampai ke orang bawah. Sebiji macam zaman BN dulu. Tanya tokpeti dia sekarang buat-buat sibuk nak bersiap ramadhan, hak kerosakan hasil tangan dia ni dengan mudah dia berlepas diri.

https://gemilangdaily.com/bantuan-zaman-pn-indah-khabar-dari-rupa/

Dimana Zahid Simpan USD50 juta sumbangan dari Qatar Untuk Rohingya ?

1 DANA QOTAR

1 MELAYU BODOH 3 SEKAWAN.

KAK WAN JAWAB ZAHID HAMIDI

Siaran Media – Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail
Ahli Parlimen Pandan

ALHAMDULILLAH
TOLONG SEBARKAN KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA

Kenyataan Akhbar YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail pada 29 April 2020

1. Saya terpanggil membuat kenyataan media berikutan gesaan Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya Pakatan Harapan memberi penjelasan berkaitan komitmen sumbangan USD50 juta oleh Qatar bagi bantuan kepada pelarian Rohingya yang berada di Malaysia.

2. Zahid sebagai Presiden UMNO, sebuah parti yang sekarang ini bersama kerajaan Perikatan Nasional, seharusnya boleh memperolehi segala maklumat berkaitan hal ini hanya dengan berhubung dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

3. Tetapi saya berterima kasih kerana ini memberi saya peluang untuk memaklumkan berkaitan dengan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan berkaitan inisiatif ini.

4. Perkara penting ialah peruntukan ini tidak pernah disalurkan kepada kerajaan tetapi diberi terus oleh Qatar melalui Qatar Charity (QC) kepada badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat.

5. Yayasan Kebajikan Negara (YKN), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, ialah badan penyelaras bagi bantuan tersebut selaras dengan satu keputusan Kabinet pada 5 April 2019.

6. Keputusan Kabinet itu juga melantik Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebagai pengerusi jawatankuasa pemantau bagi program ini dan melapor terus kepada satu jawatankuasa tertinggi yang saya pengerusikan sehingga 23 Februari 2020.

7. Jemaah Menteri telah mengolah struktur pentadbiran sebegini rupa bagi memastikan ketelusan dalam perlaksanaan dan pengendalian program ini sesuai dengan penekanan kerajaan Pakatan Harapan ke atas akauntabiliti, ketelusan, integriti dan tadbir urus yang baik.

8. Apabila Pakatan Harapan mengambilalih Putrajaya pada Mei 2018, kami dimaklumkan akan hasrat Qatar untuk menyalurkan bantuan ini sejak 2016 lagi, dan kami bersyukur dapat menjadikannya satu kenyataan dalam tempoh tidak sampai 18 bulan selepas kami ke Putrajaya.

9. Bantuan kemanusiaan pelarian Rohingya di Malaysia ini menggunakan peruntukan Qatar Fund for Development (QFFD) dalam tiga sektor, iaitu kesihatan, pendidikan dan mandiri kehidupan (“livelihood”).

10. Bagi pelaksanaan sektor kesihatan, satu perjanjian projek telah dimeterai pada 13 September 2019 di antara YKN, QC dan tiga buah NGO yang terlibat dalam sektor ini, iaitu Mercy Malaysia, Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMARET) dan Malaysia Relief Agency (MRA), dengan agensi penyelaras (iaitu YKN) telah melalui proses ketekunan wajar (“due diligence”) yang sewajarnya.

11. Perjanjian ini adalah untuk tempoh setahun sehingga 12 September 2020 dan akan disambung setiap tahun selama tiga tahun, dengan peruntukan tahunan sebanyak USD5 juta atau USD15 juta untuk tiga tahun.

12. Pada ketika berlaku peralihan kuasa di Putrajaya, pelaksanaan sektor pendidikan berada di peringkat penilaian oleh QFFD manakala perbincangan belum bermula bagi sektor mandiri kehidupan.

13. Walaupun Kerajaan Qatar memberi komitmen untuk menyalurkan bantuan ini selama tiga tahun, ia juga memberi iltizam akan kelestarian program ini yang memungkinkan ia disambung selepas tiga tahun mengikut keperluan pada waktu tersebut.

14. Ucapan terima kasih kami ucapkan kepada pimpinan Qatar yang telah memberi kepercayaan kepada kerajaan PH bagi memungkinkan perkara ini tercapai termasuk Duta Qatar ke Malaysia, TYT Tuan Fahad Mohammed Kafoud, serta semua kakitangan kerajaan dan NGO yang terlibat.

15. Pada masa yang sama, kami juga memikirkan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan. Kita juga mesti menjaga kebajikan rakyat Malaysia sendiri yang memerlukan terutama dalam situasi semasa.

16. Bantuan dari Qatar ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan sebahagian daripada beban yang selama ini dipikul pihak kerajaan berkenaan pelarian Rohingya dan dengan itu manfaatnya dapat dialihkan kepada rakyat Malaysia.

17. Saya juga menyeru kerajaan Myanmar supaya mengambil tanggungjawab ke atas eksodus besar-besaran kaum Rohingya. Tanggungjawab ini tidak sepatutnya diserahkan kepada negara-negara lain terutama negara jiran.

Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail
YB Ahli Parlimen Pandan
Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia
29 April 2020


 

“Tidak beriman salah seorang diantara kamu hingga dia mencintai untuk saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya sendiri”. (Riwayat Bukhari & Muslim)

Dlm Hadis lain disebut sesungguhnya orang2 yg beriman itu bersaudara.

Apakah dengan sebab ada sekumpulan Rohingya yang biadab & samseng, boleh u all musuhi kesemua etnik ini? Kuat rasis/asobiyah mu ni. Mu bkn umat nabi Muhammad s.a.w jika ada sifat rasis sebegini. Dah jika bkn umat nabi, umat siapa mu? Umat Pok Loh Tut atau umat Ayah Pin?

Isu Rohingya di Msia ni dah mkn masa hampir 40 th x silap aku iaitu bermula th 1982. Silap kerajaan ialah biarkan mereka berselerak di sluruh negara. Kenapa x tempatkan mereka di suatu tempat berpusat sbgmna kita tempatkan org hanyut Vietnam di Pulau Bidong sblum dihantar pulang ke negara asal, negara2 dunia ketiga, Eropah & USA? Bilangan Rohingya kini sekitar 200K. Apakah x mustahil berlaku penyelewengan dana dari UNHCR, OIC dll negara penyumbang?

Semasa pelarian vietnam dan kemboja dahulu kerajaan Malaysia sempat guna dana sumbangan kerajaan Libya untuk membina Bangunan Perkim (bersebelahan PWTC) secara senyap2.

AZMIN AMAT JIJIK PADA PANDANGAN UMNO DAN RAKYAT MUAK DENGAN POLITIK KERANA GENG PEROMPAK KEMBALI MEMERINTAH NEGARA.

1 UMNO TOLAK AZMIN.

Conspiracy of silent🤫🤫😁

UMNO CUCI TANGAN DARI LANGKAH SHERATON. Tok Mat lebih berprinsip, beridealisme, bahkan bermaruah.

Oleh Hasmi Hashim

MUNGKIN seluruh dunia mahu dia mati. Sebab itu berita “kehilangan” Kim Jung-un mendapat liputan meluas di tengah-tengah ribut wabak Covid-19. Dan jangan-jangan memang dia sudah mati. Beberapa pihak, sama ada media atau orang perorangan, berkata sang diktator sudah mati akibat pembedahan jantung yang gagal.

Bagi rakyat di negara-negara tetangga Korea Utara, sama ada Korea Selatan, Jepun atau mungkin juga Taiwan atau China, mereka sudah muak bercakap tentang politik. Dalam hal ini, “politik” yang dimaksudkan ialah ancaman Korea Utara untuk melancarkan senjata nuklear.

Memang di lain tempat, maksud politik berbeza-beza.

Di Malaysia, apabila Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata “rakyat kini muak bercakap tentang politik”, itu tidak bermakna orang awam melupakan terus peristiwa rampasan kuasa 24 Februari 2020 – peristiwa yang dikenali sebagai “Langkah Sheraton”.

Sepertimana kediktatoran, pengkhianatan mustahil untuk dilupakan mudah-mudah. Terutama sebuah bentuk rampasan kuasa yang terbesar dalam sejarah Malaysia. Cuma memang sekarang bukanlah waktu yang tepat untuk membincangkannya.

Tumpuan masyarakat adalah mengenai nasib, hidup dan kesihatan mereka.

Kebetulan wabak gelombang kedua merupakan akibat buruk rentetan Langkah Sheraton. Tidak cuma netizen yang bercakap mengenainya, tapi turut diakui oleh Profesor Jomo K Sundram dalam satu temubual baru-baru ini. Semua itu tidak lain ialah petanda, rakyat tidak lupakan titik hitam dalam perjalanan bangsa ini meski tidak membincangkan dengan tajam serta rancak.

Nama Muhyiddin dan kelompok Azmin Ali dalam melakukan rampasan kuasa itu tidak akan mudah dipadam – walau apa pun justifikasi dan alasan yang diberikan. Termasuklah dengan cara mendiamkannya, atau apa yang diungkap dalam Bahasa Inggeris sebagai “conspiracy of silent”.

Macam juga Jung-un, sekali pun sah dia sudah mati, kisah dia mengarahkan membunuh abangnya sendiri, Kim Jung-nam dalam sebuah plot penganiayaan di KLIA tiga tahun lalu akan tetap menjadi buruan berita dan ingatan dunia. Begitu juga dengan perintah membunuh pakciknya, Jang Song-theak, enam tahun lalu.

Umno cuci tangan

Menyedari bahawa beban dan pertanggungjawapan terhadap Langkah Sheraton terlalu berat, maka Umno juga mula mahu menjauhkan diri. Hendak cuci tangan.

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan nampak paling jelas berusaha mahu memisahkan Umno daripada rampasan kuasa tersebut. Hujung minggu sudah, selain Muafakat Nasional dan Barisan Nasional (BN), katanya, Umno tiada kena mengena dengan apa juga bentuk gabungan lain. Terutama apa yang dikenali sebagai Perikatan Nasional (PN).

Dalam pertimbangan ini, nampak sekali Tok Mat lebih berprinsip, beridealisme, bahkan bermaruah. Jauh sekali kalau hendak dibandingkan dengan beberapa pemimpin muda Umno yang terhegeh-hegeh mahu menjadi menteri walau dengan apa cara. Asalkan dapat kembali memakai sut dan tali leher ke pejabat.

Bagi Tok Mat, PN tidak wujud. PN haram. PN tidak didaftarkan secara sah! Noktah.

Memang. Bukan setakat itu, PN juga tidak ada logo sendiri. Tidak ada manifesto. Tidak ada kantor. Jauh sekali alamat, nombor telefon, emel, portal, mahupun laman FB yang rasmi. Semua itu menandakan dengan jelas sejelasnya PN tidak ada struktur pentadbiran dan pengurusan.

Tidak seperti BN atau Pakatan Harapan (PH). Dalam BN, ada pengerusi dan mesyuarat berkala – termasuk menyentuh keputusan kerajaan atau dasar dari masa ke masa. Begitu juga PH yang ada tempat rujuk serta membuat keputusan tertinggi yang dikenali sebagai Majlis Presiden.

Dalam PN, satu hapah pun tidak ada. Seolah-olah semua perjalanan negara diputuskan dan ditadbir secara malar dan konspirasi. Berpakat sesama sekelompok kecil elit politik di meja makan, di rumah Muhyiddin. Sudah!

Keadaan ini menyamai politik kawalan penuh atau totalitarian seperti di Korea Utara – meski bentuk “pentadbiran sulit” dan gelap sedemikian belum benar-benar muncul dalam koridor politik Putrajaya. Namun ciri-cirinya sudah ada. Termasuklah fungsi parlimen yang dimatikan ketika negara berhadapan bencana wabak.

Kita selalu mengikuti banyak usul yang dibawa ke Parlimen sebelum-sebelum ini, ditolak. Alasan penolakan ialah sesuatu usul berkenaan tidak mendesak untuk dibincangkan. Antara usul yang mendesak ialah apabila wujudnya bencana dalam negara. Sekarang bencana berkenaan ialah wabak Covid-19.

Kalau wabak seteruk ini dan tidak pernah dihadapi negara, apa lagikah yang dimaksudkan sebagai “bencana”? Gila!

Demikianlah selain sebuah rampasan kuasa, pelanggaran demokrasi berparlimen yang dilakukan oleh kerajaan tanpa rupa itu ialah menafikan peranan parlimen ketika negara dilanggar bencana – sesuatu yang telah disedak bukan sahaja oleh ahli-ahli Parlimen PH, tetapi juga boleh beberapa badan bukan kerajaan (NGO).

Tanpa perbincangan dan kelulusan Parlimen juga, dana negara digunakan. Jumlahnya sekitar RM35 bilion, di mana RM25 bilion untuk satu pakej rangsangan yang dinamakan “Pakej Prihatin”, dan RM10 bilion pula sebagai tambahan kepada pakej asal – dikhususkan kepada peniaga kecil dan sederhana (PKS).

Pakej bantuan kepada rakyat bukan dilakukan hanya di Malaysia. Banyak negara yang terkesan oleh wabak, juga mengumumkan pengeluaran dana besar kerajaan masing-masing. Termasuklah Australia, Singapura, United Kingdom mahupun Amerika Syarikat.

Bezanya di kebanyakan negara, setiap sen dana negara yang hendak digunakan perlu dibahas di parlimen. Di situlah peranan dan kedudukan parlimen berfungsi – terutama ketika krisis atau pandemik begini.

Niat baik, cara betul

Maknanya, niat baik bukanlah alasan untuk melanggar prinsip demokrasi berparlimen. Apa yang sama penting dengan niat ialah, caranya kena betul. Setiap peraturan kewangan – begitu istilah yang digunakan dalam kerajaan – perlulah dipatuhi. Dana negara bukan milik peribadi PM. Apatah lagi menteri kewangan, menteri ekonomi atau menteri MITI.

Sekiranya pelanggaran sebegitu rupa dibenarkan, bayangkan sahaja bagaimana pengurusan dana dan kewangan kerajaan akan diperlakukan selepas ini.

Kita tidak perlu terkejut nanti bilamana negara akan diperlakukan seperti milik dua-tiga orang menteri. Di situlah punca rasuah, dan salah guna kuasa besar-besaran bisa terjadi.

Tidak sekadar itu, bencana yang lebih besar ialah pemalsuan demokrasi itu sendiri. Seperti di Korea Utara: di sebuah negara yang namanya “Republik Demokratik Rakyat Korea”, kenyataannya tidak seindah nama.

Demokrasi palsu

Di negara yang mendakwa sistem politiknya “demokratik” itulah sebenarnya kezaliman paling kejam pada era moden terjadi. Juga kediktatoran yang paling brutal.

Ada pelarian Korea Utara yang ditemubual beberapa media atau memberikan ucapan ketika mereka sudah bebas, masih berharap ada matahari di ufuk Pyongyang. Rumusan kata-kata pelarian ialah, tekanan luar tidak akan banyak mengubah keadaan politik di negara mereka. Harapan terakhir ialah kesedaran serta kebangkitan dari dalam; dari keinsafan dan azam rakyatnya sendiri.

Kita berdoa Malaysia tidak terhala ke arah kediktatoran – sama ada diktator yang keras atau pun halus.

Ciri-cirinya sudah ada sejurus kerajaan beralih tangan, pada 24 Februari hitam. Sangat sedih apabila mereka yang membuka gerbang ke arah kediktatoran ialah dalam kalangan orang yang sama yang pernah perjuangan untuk kononnya melakukan reformasi dan demokrasi.

Sebentar! Ada berita baru masuk.

Menurut maklumat perisikan Amerika Syarikat, Jung-un tidak jadi mati. Dia masih hidup. Kalau benar nyawanya panjang, sudah tentu bukan hanya bernafas di negaranya sahaja. Jiwa rakus dan kebinatangan juga boleh berada di mana-mana.

Termasuk di negara kita. – 28 April, 2020.

* Hasmi Hashim atau Budi Hekayat adalah penulis lirik dan antara pendiri kelompok kebudayaan Jalan Telawi.

* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.

 

RAKYAT AMAT AMAT MUAK DENGAN POLITIK NEGARA KERANA PEMIMPIN MELAYU/ISLAM YANG AMAT RASIS SEDANG MEMERINTAH NEGARA.

MASIH TIADA KHABAR BERITA PASAL KES ADIB

1 KABINET TOLOL1 KKM COVID 71 MELAYU BODOH1 PN BEREBUT DEDAK1 A TITOK B1 A TIKTOK1 A TIKTOK C1 5 MENTERI PALING DIBENCI1 CELAKA 21 RAKYAT MENANGIS

MASIH TIADA KHABAR BERITA PASAL KES ADIB

Peguam Negara sudah yang baru. Bukan lagi berbangsa India tetapi berbangsa Melayu Islam.
Ketua Hakim pun Melayu
Ketua Polis pun Melayu.

Kerajaan pun dah bertukar kepada kerajaan Melayu ISlam takda Cina DAP lagi dalam kerajaan.

Namun, yang menghairankan adalah kes Adib masih belum ada petanda berjalan.

Sepatutnya sudah ada 10 atau 15 orang suspek yang ditangkap dan didakwa di Mahkamah.

Disebarkan kononnya sebelum ini, mantan Peguam Negara telah menghalang pendakwaan saspek2 pembunuh Adib.

Ini kerana Peguam Negara berbangsa sama dengan saspak.

Walaupun pada faktanya Peguam Negara sendiri meminta Inkues dijalankan untuk mempercepatkan proses mencari siapa pembunuh Adib.

Awal bulan Mac, bapa kepada Arwah Adib memfailkan prosiding komital dengan harapan keadilan dapat dicapai dengan Peguan Negara yang beru ini yang berbangsa Melayu dan beragama Islam

Sinar Harian melaporkan:
Bapa anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim akan mengemukakan representasi kepada Peguam Negara yang baharu, Tan Sri Idrus Harun bagi mendapatkan pendirian Jabatan Peguam Negara berhubung permohonan prosiding komital yang difailkannya terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.
Peguam Aidil Khalid yang mewakili bapa Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid berkata, beliau memaklumkan perkara itu ketika pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan, Darmafikri Abu Adam pada 11 Mac lepas.Pengurusan kes itu turut dihadiri Peguam Kanan Persekutuan, Mankiranjit Kaur Mehinder Singh yang mewakili Peguam Negara ketika itu (Thomas) selaku responden.

Jadinya, yang kita soalkan mengapa masih berlaku kelengahan walaupun DAP sudah tiada dalam kerajaan?
Sepatutnya sudah berbelas orang didakwa di mahkamah sekarang ni kan?

Mengapa bapa arwah terpaksa menunggu lagi untuk mendapat keadilan bagi anaknya?

Benarkah kerajaan PH dahulu menyorok dan menghalang saspek-saspek dari didakwa kerana mereka berbangsa India dan kerajaan PH dikuasai DAP?

Ada pun sepatutnya dipersoalkan prestasi mantan Menteri Dalam Negeri yang sekarang ini Perdana Menteri di dalam menyelengara kes ini waktu dia berkuasa dahulu.

 

OH ZURAIDA…
TULANG BESI
https://www.malaysiawaves.net/2020/04/masih-tiada-khabar-berita-pasal-kes-adib.html

Kerajaan PN mulai retak, Muhyiddin dikejar ketakutan

1 PENGKHIANAT MESIR1 PM SAKIT

http://msomelayu.blogspot.com/2020/04/kerajaan-pn-mulai-retak-muhyiddin.html?m=1

Tuesday, April 28, 2020

Kerajaan PN mulai retak, Muhyiddin dikejar ketakutan

MENGUKIR SIASAH

Muhyiddin dikejar
bayangan ketakutan.
SIAPA sebenarnya gembira dengan peralihan secara paksa kerajaan daripada PH kepada PN? Apakah yang benar-benar gembira dan seronok Muhyiddin Yassin secara peribadi kerana beliau dilantik menjadi PM yang memimpin kerajaan berkenaan?

Jika dilihat secara zahir begitulah. Muhyiddin perlu berasa seronok dan gembira kerana jawatan itu merupakan jawatan tertinggi yang menjadi idaman semua orang, khasnya yang menjadi ahli parlimen.
Sesiapa yang memasuki jelumu politik ikut bertanding dalam pilihan raya di kerusi parlimen, adalah bodoh kalau dia tidak mempunyai cita-cita untuk jadi perdana menteri.

Ada beberapa orang atau individu utama yang seharusnya menerima kesan langsung baik benefits atau accountability dengan kejayaan menggulingkan kerajaan PH itu. Mereka itu sama adalah orang perlu dipertanggungjawabkan dan berhak menerima hasil daripada kejayaan menumbangkan kerajaan itu.

Individu itu selain Muhyiddin, yang terkait sama adalah Ahmad Zahid Hamidi, Abdul Hadi Awang, Mohamed Azmin Ali (Minrit) dan Abang Johari Openg. Inilah empat individu atau kepala yang membentuk mufakat perompakan dan menggulingkan kerajaan PH dan seterusnya memberi ruang keemasan buat Muhyiddin untuk jadi PM.

Hadi dah dapat bahagian, Zahid belum lagi.
Tolonglah Tokguru…!
Muhyiddin telah mendapat nikmat daripada permuafakatan meruntuhkan kerajaan PH. Atas kesediaaanya untuk mengkhianati rakan dalam PH dan menjahanamkan kerajaan yang dianggotai sendiri, beliau sudah dilantik jadi perdana menteri. Pelantikan itu hadiah terbesar buat dan sejarah dalam hidupnya.

Seharuslah beliau berbangga dan berterima kasih kerana kerja jahat itu akhirnya meletakkan beliau di kerusi nombor satu itu yang mana mungkin beliau tidak pernah terfikir sebelum ini? Muhyiddin tidak pernah pun bermimpi untuk menjadi perdana menteri apalagi selama berada dalam kerajaan PH lalu telah membuat konsensus yang Anwar Ibrahim akan menjadi pengganti Dr Mahathir.

Bukan sahaja orang umum, Dr Mahathir pun terkejut dengan apa dilakukan Muhyiddin itu, dan beliau sendiri tidak menyangka kalau Muhyiddin ingin jadi PM. “Saya tidak sangka rupa-rupanya dia (Muhyiddin) nak jadi PM,” demikian ulas Mahathir.

Ternyata tuah yang datang menggolek tanpa melalui liku-liku yang panjang untuk tiba di kakinya. Beliau hanya perlu lupa soal maruah, sanggup langgar prinsip persahabatan dan sedia bersekongkol dengan musuh. Maka beliau wajar berbangga dan berpuas hati dan kejayaan itu sejarah tertinggi beliau dalam politik.

Apabila Muhyiddin mendapat habuan besar tidak bermakna empat orang lain juga secara automatik berasa atau mengalami perasaan sama seperti Muhyiddin itu. Bagaimana dengan Zahid, Azmin, Hadi dan Johari Openg? Apakah mereka berempat ini mendapat imbuhan sepadan dengannya Muhyiddin? Mungkin tidak bagi Johari Openg tetapi bagi Zahid dan Azmin khasnya perlu dinilai secara mendalam. Mereka tentu menuntut keadilan dan kesaksamaan setelah usaha mereka berjaya.

Dalam hal ini individu yang sangat mengharap kejayaan itu memberi keuntungan kepadanya adalah Zahid Hamidi.

Beliau mungkin mengira dan berharap perubahan kerajaan itu akan dapat membantu kedudukannya, namun ternyata sesudah dua bulan berlalu belum ada tanda-tanda apa yang mungkin diharapkan itu menjadi kenyataan. Tidak ada lebih utama bagi Zahid kenapa sedia memberi sokongan kepada Muhyiddin dengan harapan beliau dilepaskan dengan tali jerat ekoran pertuduhan di mahkamah.

Walaupun tidak ada perjanjian bersyarat seperti itu, tetapi itulah yang tertusuk jauh di sanubarinya.

Zahid menghadapi lebih 80 pertuduhan dimahkamah dimana tuduhan itu menjadi dosa dan noda buatnya. Dengan tuduhan itu reputasinya sebagai ahli politik merudum dan beliau berada dalam persepsi menjijikkan. Masyarakat menganggap bahawa beliau seorang pemimpin yang korup. Walaupun belum ada keputusan mahkamah tetapi itulah yang berlegar dalam kepala umum kini.

Zahid sendiri menyedari apa dihadapi itu sangat buruk dan memalukannya. Gara-gara dihadap ke mahkamah menyebabkan beliau mengambil keputusan bercuti daripada jawatan presiden Umno selama setahun?

Makanya, Zahid menunggu apakah balasan dan imbuhan buat beliau daripada Muhyiddin? Seperti dikatakan tadi, kalau itu bukan syarat kerjasama, tetapi bacaan politik ke situ. Zahid dan juga para penyokongnya dan orang yang berharap Zahid akan disuci oleh kerajaan baru itu sedang menunggu bila Peguam Negara akan membuat semakan terhadap segala pertuduhan ke atas Zahid?

Mereka sedang memerhati apakah tindakan Muhyiddin untuk mensucikan presiden Umno itu. Tanpa dilakukan sesuatu untuk membantu Zahid, kerjasama dan rompakan secara muafakat itu tidak membawa apa-apa erti pun buat Umno.

Bukan sahaja apa yang berlaku kepada persekitaran peribadi dirinya, cara Muhyiddin membahagikan harta sepencurian kepada Umno tidak adil. Sebab itu kini sudah terdengar cakap-cakap tidak puas hati dari kalangan pemimpin Umno mengenai perjalanan kerajaan PN. Terbaru Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan mengatakan tanpa berlapik yang Umno tidak ada sebarang perikatan dengan PN seperti mana Umno dengan Pam melalui Muafakat Nasional.

Bererti Mohamad Hasan tidak mengikhtiraf PN dan cuba memberi gambaran yang kerajaan PN boleh goyah bila-bila masa sahaja. Malahan Zahid sendiri juga sudah mula bersuara menyatakan ketidakpuasan hatian sekaligus mempersoalkan apakah “perasaan” Muhyiddin terhadapnya dan partinya apabila Zahid menulis surat meminta Muhyiddin melantik beberapa pemimpin Umno Sabah ke dalam kerajaan.

Surat Zahid itu dilihat perkara biasa, tetapi ia memberi natijah dan pengertian lebih dalam dari itu. Pemerhati mula melihat Umno sudah mula menuntut haknya yang sewajarnya daripada kerajaan PN.

Selain Zahid, Azmin (Minrit) juga tidak mendapat sepenuhnya apa yang dihajati dengan penggulingan kerajaan PH itu. Azmin mungkin boleh tersenyum lebar kerana berjaya mengecewakan Anwar Ibrahim, tetapi senyuman dan rasa puas itu tidak sampai ke lubuk hati.

Kesediaan ahli Parlimen Gombak itu untuk mengkhianati rakan-rakan dalam PH termasuk bosnya sendiri Anwar Ibrahim dan sanggup menerima cacian dan cercaan sepanjang zaman belum diberikan upah secukupnya oleh Muhyiddin. Dalam kata lain Azmin masih belum mencapai apa yang diidamkan.

Dunia tahun Azmin bercita-cita untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri. Sudah lama dia menarah angan-angannya ini dan angan-angan inilah dijual kepada orang-orang Keadilan sehingga ada orang Keadilan yang “angin tohor” percaya dan sanggup mufaraqah daripada keadilan untuk bersama Minrit. Salah seorang adalah Jaaffar Kamaruddin.

Alih-alih apabila membentuk kabinet Muhyiddin tidak mewujudkan jawatan TPM, sebaliknya diganti dengan mewujudkan jawatan empat menteri kanan yang salah seorangnya diisi oleh Minrit. Jawatan itu sama taraf dengan Dr Radzi Jidin yang baru belajar politik yang juga dilantik menjadi menteri kanan kiri.

Begitu juga dengan Abdul Hadi Awang. Walaupun beliau cuba menunjukkan sikap tawaduknya dan tidak gilakan kuasa, tetapi nun jauh di sudut hatinya beliau juga mengharapkan sesuatu yang lebih daripada diperolehi kini. Tidak berbaloi beliau hanya dilantik menjadi Duta Khas kepada Perdana Menteri untuk negeri Timur Tengah. Seandainya beliau tulus dan ikhlas berjuang tanpa mahukan kuasa, beliau tentu tidak sedia menerima tawaran (permintaan sebenarnya) untuk menjadi Duta Khas kepada Perdana Menteri yang tidak mempunyai bidang kuasa diplomatik sepenuhnya.

Sebagai presiden Pas setidak-tidaknya, Hadi sepatutnya berada di barisan menteri kanan, kalau pun dirasakan tidak logik dan berkelayakan untuk dilantik menjadi perdana menteri. Tentu sekali orang tua itu mahu dan teringin juga untuk ikut sama mengangkat sumpah di hadapan Yang diPertuan Agong dan bukan hadir hanya untuk meraikan pelantikan orang lain.

Disebabkan mereka terlibat atau menjadi master mind dalam kudeta itu tidak dilayan dengan adil, maka itulah sebab sudah timbul desas desus dan cakap-cakap kurang manis mengenai kerajaan PN. Sudah ada yang berani memberi kata dua kepada Muhyiddin dari kalangan komponen PN sendiri. Sudah ada yang menytindir dari jauh dan sudah pun sampai ke telinga Muhyiddin dan ia memedihkan.

Paling menonjol dan mempamerkan rasa tidak puas hati dengan cara Muhyiddin ialah daripada Umno. Misalnya beberapa orang pemimpin Umno mengkritik Azmin secara terbuka sebagai seorang menteri dikatakan menteri kiri kanan. Perlu difahami kritikan dan rasa mual kepada Minrit yang ditimbulkan oleh orang-orang Umno itu adalah sebagai perbuatan pukul anak untuk sindir menantu.

Mereka mempersoalkan wibawa dan kemampuan bekas Timbalan Presiden Keadilan itu menguruskan kementerian MITI itu. Apabila kewibawaannya dipersoalkan, bermakna persoalan dan pertikaikan itu dilemparkan kepada orang yang melantiknya.

Kesimpulannya selain Muhyiddin, kesemua pihak lain tidak berpuas hati dengan cara kerajaan PN dibentuk dan Muhyiddin mengurusnya. Rasa tidak puas hati ini akan terus “memborak” carik dan meluas. Jika Muhyiddin tidak segera menanganinya ia berpotensi besar untuk menjadikan kerajaan PN retak kemudian terbelah.

Sidang pertama parlimen walupun sehari pada 18 Mei ini benar-benar menganggui emosi Muhyiddin. Apa-apa sahaja boleh berlaku pada hari itu. Tindakan menghadkan sidang hari satu hari jelas menunjukkan ketidakyakinan Muhyiddin terhadap sokongan kepadanya.

Wabak Coronavirus walaupun dari satu sisi membantu untuk menyelamatkan Muhyiddin daripada diserang hendap oleh oposisi habis-habisan, tetapi dari sisi lain ia menjadikan Muhyiddin dalam serba salah dan terpaksa memikul beban sebagai PM yang berat. Dalam situasi tidak menentukan ini beliau tidak perlu dihimpit dan dijempit dengan masalahan dalam PN seperti disebut tadi mengenai rasa ketidakpuasan hati berbagai pihak.
Justeru satu formula dan solusi untuk keluar dari daerah “disappointmnet” yang sedang tercipta ini Muhyiddin perlu melakukan sesuatu yang betul dan tepat. Apakah Muhyiddin mampu? Minta Menteri Agama banyak-banyak berdoa selain untuk selamatkan rakyat Malaysia daripada Coronavirus, doakan juga untuk keselamatan Muhyuddin. [wm.kl. 2:27 pm 28/04/2020]

Perikatan Nasional (PN) Pertubuhan Haram ?

1 TOK PA

Laporan terhadap ‘keharaman’ PN, kita tunggu apa kata RoS
Laporan terhadap ‘keharaman’ PN, kita tunggu apa kata RoS
Berikutan kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan yang menyebut Perikatan Nasional atau PN bukan sebuah entiti politik yang berdaftar, ramai yang tidak ragu-ragu menganggap gabungan kerajaan itu adalah sebuah pertubuhan yang haram.

Blog ini dalam artikelnya semalam adalah antara yang terawal mengungkap persoalan tersebut serta mempertikaikan mengapa setelah hampir dua bulan menjadi kerajaan, tetapi PN masih tidak didaftarkan.

Hari ini, susulan kedudukan PN sebagai pertubuhan haram itu sudah menjadi perbualan yang merata, telah ada individu tampil membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan.

Salinan laporan tersebut adalah seperti di bawah ini:-

25 April 2020

Kepada

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

Sejak 1 Mac 2020, terdapat satu pertubuhan atau perikatan politik yang disyaki ‘haram’ telah beroperasi dalam negara Malaysia.

Pertubuhan / perikatan politik tersebut dikenali sebagai ‘Perikatan Nasional’, yang kononnya merupakan sebuah perikatan antara beberapa parti politik yang telah bertindak membentuk sebuah kerajaan ‘tebuk atap’ pada awal Mac yang lalu.

Maklumat berkaitan Perikatan Nasional adalah sebuah pertubuhan haram diperkuatkan oleh Timbalan Presiden UMNO yang mengesahkan bahawa Perikatan Nasional tidak pernah berdaftar seperti Barisan Nasional.

Pihak JPPM perlu bertindak tegas atas pertubuhan haram ini, kerana sudah ramai rakyat yang terpedaya dan ditakuti akan diikuti oleh rakyat dengan menjalankan aktiviti atas nama pertubuhan yang tidak didaftar ataupun pertubuhan haram.

Semoga aduan ini diambil perhatian sewajarnya dalam usaha menegakkan kedaulatan undang-undang di kalangan rakyat.

Saya yang melapor

RIDZWAN BIN ABU BAKAR

Rakyat Malaysia.

(surat ini akan dihantar kepada Ketua Pengarah JPPM pada hari isnin – ini merupakan salinan awam).

Selain laporan ini, difahamkan pelbagai pihak lain akan turut membuat laporan yang sama kepada RoS berhubung kedudukan PN selepas ini.

Meskipun PN sekarang adalah kerajaan serta Setiausaha Agung Bersatu lantikan Muhyiddin Yassin pula merupakan Menteri Dalam Negeri, tetapi RoS wajar menyiasat dan menentukan kedudukan gabungan itu dengan adil serta berdasarkan fakta.

RoS juga wajar menentukan status kerajaan sekarang sekiranya benar PN tidak pernah didaftarkan dan merupakan sebuah pertubuhan yang haram.

Sesungguhnya, kedudukan ini benar-benar memalukan kerana sudahlah membentuk kerajaan melalui tebuk atap, PN yang diwar-warkan sebagai gabungan baru pula bukan sebuah pertubuhan yang sah.

Oleh itu, penjelasan RoS adalah amat diperlukan

Sumber : https://shahbudindotcom.net/2020/04/27/menunggu-siasatan-ros-mengenai-kedudukan-pn.html

 

Kerajaan Melayu/Islam Rasis (PN) Terpaksa Jual Aset Negara Untuk Membayar Gaji 72 Menteri.

1 PN GADAI ASET

Makan Untuk Hidup :

Tabiee semulajadi manusia dilahirkan untuk makan, walaupun anda kaya raya dengan berjuta wang sekalipun tiada guna jika anda tidak dapat makan dan menikmatinya. Kejadian Adam dan Hawa diturunkan ke Bumi juga disebabkan hanya kerana memakan buah khuldi yang dilarang.

Manusia bekerja adalah keutamaannya untuk makan serta memberi makan kepada kaum keluarga. Itu sememangnya kenyataan.

Dikala ekonomi dunia sedang menjunam runtuh dan wabak penyakit yang melanda ini sudah pasti kebimbangan utama bagi ketua keluarga adalah untuk menyediakan makanan untuk perut masing masing. Dikala banyak syarikat besar dalam semua industri sudah mula memotong gaji pekerjanya, terpaksa membuang pekerja dan memberi cuti tidak bergaji sudah pasti kesan ini akan bersifat Domino yang meluas kepada rantaian ekonomi negara Malaysia.

Terdengar juga cerita hiba dimusim PKP ini terdapat keluarga dengan anak kecil yang menaiki motosikal dari lembah klang atau pemuda yang berjalan kaki berhari hari untuk pulang ke kampung masing masing diutara dan ke Kelantan akibat sudah dibuang kerja dan duit dipoket juga sudah kering. Mereka tidak sanggup lagi untuk tinggal dibandar besar Kuala Lumpur.

Bukan tidak menghargai dan bersyukur, cuma apalah sangat setakat sumbangan bakul makanan pemberian Kebajikan Masyarakat yang bernilai rm35 satu plastik, berapa hari boleh bertahan ? Takkan nak makan nasi dengan gula atau garam sahaja. Lebih baik pulang ke kampung halaman, sekurangnya boleh juga bercucuk tanam dan mengisi perut keluarga.

Kesan kepada ekonomi yang menjunan ini sememangnya amat menakutkan. Lihatlah, Industri minyak juga sudah memberhentikan sesetengah operasinya. Ratusan para juruterbang serta kakitangan kabin juga sudah beberapa bulan tidak bergaji akibat tidak bekerja. Bidang professional berkaitan pembinaan seperti akitek, jurutera, perancang bandar, quantity surveyor, akitek lanskap, site supervisor dan lain lain bidang berkaitan dalam kerja pembinaan kontraktor, pembekal juga sudah mula membuang pekerja, memotong gaji sehingga 50% gaji bulanan untuk kelangsungan hidup syarikat masing masing. Malah ada akitek yang sebelum ini bergaji puluhan ribu ringgit sebulan terpaksa menerima gaji cuma sekitar RM2000 sahaja sebulan atau terpaksa berhenti kerja jika tidak sanggup gaji dipotong.

Industri pemotoran juga sudah mula bertindak memotong gaji pekerja masing masing akibat hasil jualan yang merosot teruk.

Begitu juga dengan industri retails/peruncitan. Contoh, seperti syarikat peruncitan Mydin yang sudah mula memotong gaji pekerja masing masing.

Jika sektor jualan perumahan(pembinaan) , permotoran, pelancongan atau peruncitan tidak stabil ekonominya sudah pasti kesan Domino ini akan berjangkit pula kepada sektor perbankan. Berapa lama sektor perbankan boleh bertahan ? Bergantung kepada simpanan masing masing. Akan ada selepas ini bank yang terpaksa bergabung demi kelangsungan perbankan. (tiada istilah gulung tikar dalam perbankan 🤭)

Walaupun harga minyak telah menghampiri kepada rm1.25 seliter, tapi harga barang dapur serta kos sara hidup masih lagi tinggi dan tidak turun atau terkesan. Tidak tahu apa alasan kerajaan PN dan Menteri berkaitan kenapa ianya tidak selari dengan penurunan harga minyak. Menteri tengah tidur kottt….atau masih lagi panik dengan Covid-19 🤭🤭🤣.

Kerajaan Malaysia sendiri sudah mula menjual saham saham yang dipegang dalam syarikat GLC berkepentingan untuk kelangsungan memerintah atau untuk membayar gaji 72 Menterinya. Kerajaan kini telah buntu sumber keewanganya, jadi jalan paling mudah adalah dengan menjual saham yang ada. Kerajaan pasti rugi kerana semua saham didagang dalam harga yang paling minima pada waktu ini. Sebelumnya, kerajaan cuba mendapatkan hasil yang tinggi melalui percukaian arak, namun bila kecoh dan viral kenapa kilang arak dibenarkan beroperasi maka keputusan tersebut telah ditarik balik.

Nyata, akibat kesan Ekonomi yang menjunam teruk ini sudah kedengaran pemimpin tertinggi UMNO yang berkata kerajaan Pakatan Nasional (PN) bukanlah kerajaan Muafakat Nasional.

Amboii….. bila beban dibahu Umno dan Pas sudah nampak tidak terpikul akibat kemelesatan ekonomi yang akan mengakibatkan pengangguran yang teruk, pasti kesannya perut perut rakyat akan memberontak marah kepada kerajaan memerintah kerana imej ini pasti akan memberikan kesan tidak baik kepada Umno dalam Pru-15 nanti maka mulalah Umno atau Pas berkata sedemikian.

Amboiiiii… masa seronok angkat sumpah jadi kerajaan bulan Mac 2020 dan bila nikmat mendapat Ghanimah tidak terfikirkan kesannya ?

Nampak jelas sekarang Umno dan Pas mula meletakan beban bala petaka ekonomi dan wabak ini keatas Perdana Menteri, TSMY semata mata. Terbukti juga luahan kesal PM ke-8 kepada wartawan diputrajaya sewaktu ditemu bual baru baru ini.

Balasan Allah terhadap mereka yang telah mengkhianati Amanah Rakyat melalui proses Demokrasi.

Kerajaan Melayu/Islam Rasis (PN) amat rapuh di Johor.

1 KERA SUMBANG 1

Perikatan Nasional (PN) dilihat rapuh di Johor apabila suatu kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Bersatu (PPBM) Johor, Mohd Solihan Badri semalam yang mula bersuara soal keutuhan PN di negeri ini.

Menurut Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Johor, Abdul Hamid Jamah (gambar atas), ia menggambarkan bahawa parti muda (PPBM) tersepit dalam gabungan baharu mereka.

Katanya, mandat yang diberikan rakyat sebelum ini untuk menyaksikan perubahan di bawah pemerintahan Pakatan Harapan (PH) telah disia-siakan oleh Bersatu dengan isu menubuhkan kerjasama bersama dengan Umno dan Pas.

“Kita simpati dengan nasib yang dialami oleh Bersatu dan sememangnya kita juga maklum dengan sikap Umno yang akan meminggirkan siapa sahaja rakan mereka selepas mendapat kuasa.

“Dalam pada itu pastinya Bersatu yang sebelum ini bersungguh-sungguh bergabung bagi membentuk kumpulan baharu untuk memerintah negeri ini pasti akan terpinggir selepas Umno mulai berkuasa.

“Sikap Umno yang tidak mahu berubah selepas kekalahan pada PRU14 yang membuatkan mereka ditolak oleh rakyat kini dijelmakan kembali dengan mula menunjukkan diri mereka sebenar yang kerap meminggirkan kawan mereka selepas tujuan mendapatkan mandat selesai diperolehi,” katanya.

Sehubungan itu, Setiausaha Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Johor, Mohd Faizul Mohd Salleh bersimpati dengan nasib rakan sejawatnya dari parti Bersatu itu.

Beliau turut menyatakan bahawa Bersatu hanya akan dijadikan alat oleh Umno untuk berkuasa di Johor tanpa memikirkan soal semangat setia kawan yang diterjemahkan oleh Bersatu.

“Bersatu sebelum ini sanggup melepaskan jawatan Menteri Besar (MB) Johor kepada Umno bertujuan untuk menjalinkan hubungan bagi menubuhkan kerajaan, namun hasilnya hari ini Bersatu mula dipinggir oleh PN yang diketuai Umno di negeri ini.

“Teguran dari Solihan semalam jelas menunjukkan bahawa wujudnya perbalahan dalaman sehingga beliau terpaksa mengingatkan gabungan PN berkenaan dengan peranan mereka dalam PN.

“Sebelum ini pada 25 April 2020 yang lalu, Timbalan Presiden Umno Dato Seri Mohamad Hasan telah menyatakan bahawa gabungan PN itu tidak berdaftar dan ini lebih menakutkan ahli pelbagai peringkat dari Bersatu yang melihat gabungan ini rapuh,” ujarnya.

Tambahnya, gabungan haram PN tidak akan mampu bertahan bagi menghadapi PRU15 kerana pemimpin Umno pelbagai peringkat jelas memberi Isyarat bahawa mereka tiada sebarang ikatan perjanjian dengan Muafakat PN.

PN rapuh di Johor

Perikatan Nasional akan berpecah menjelang PRU-15

1 PN PAU RAKYAT1 KERA SUMBANG 2

Komponen haram Perikatan Nasional (PN) pasti akan menghadapi masalah agihan kerusi Parlimen di Semenanjung, begitu juga dengan kerusi Dun menjelang PRU-15.

Jumlah kerusi Parlimen sekarang iaitu:-
Semenanjung 165 kerusi
Sarawak 31 kerusi
Sabah 25 kerusi
WP Labuan 1 kerusi.
Jumlah semua: 222 kerusi Parlimen.

Manakala kerusi Dun, di Semenanjung dan Sabah sebanyak 505 kerusi Dun iaitu tidak termasuk di Sarawak sebanyak 82 Dun.

Dalam PRU-14, Pas bertanding 154 kerusi Parlimen (mahu menjadi king maker) dan 386 kerusi Dun. Manakala BN pula bertanding semua 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dun.

PPBM iaitu janda PH pula bertanding 52 kerusi Parlimen dan 109 kerusi Dun semasa dalam Pakatan Harapan (PH) dalam PRU-14.

Bayangkan bagaimana agihan kerusi antara BN/Pas/PPBM termasuk geng kartel untuk menghadapi PRU-15. Jawapannya BN dan Pas tidak semudah itu untuk menyerahkan kerusi tradisi yang mereka bertanding kepada PPBM.

Bagi PH (PKR/DAP/AMANAH) tiada masalah kerana formula agihan dalam PRU-14 akan digunapakai dalam PRU-15, cuma kerusi Parlimen yang ditinggalkan oleh PPBM sebanyak 52 kerusi (majoriti Melayu) akan diagihkan semula antara PKR/AMANAH.

Bagi Kerusi Dun sebanyak 109 yang ditinggalkan oleh PPBM juga akan diagihkan antara PKR/AMANAH. Mungkin dalam PH akan berlaku pertukaran kerusi antara DAP/PKR terutamanya di kawasan campuran.

Masalah tidak akan berlaku dalam PH, tetapi dalam agihan kompen PN pasti dan nyata akan berlaku pergaduhan. Apakah Pas dan BN sanggup berkorban untuk diberi kawasan tradisi mereka kepada PPBM?

Mungkin PPBM dan geng kartel hanya diberi pun sekadar kerusi kepada penyandang MP/Adun yang melompat sahaja. Lain-lain pemimpin PPBM yang bukan penyandang agak berat untuk BN/PAS untuk diberi peluang bertanding kepada PPBM dalam PRU-15.

Ketika inilah, baru PPBM tahu siapa lawan dan siapa musuh. Ketika untuk menjatuhkan PH semuanya indah belaka. Apabila sudah berkahwin dalam PN Baru mengenali diri masing-masing siapa yang jujur dan siapa yang tamak haloba.

Oleh itu, TS Mahyudin hendaklah mengkaji balik dan kembali bersama PH kerana sejarah telah membuktikan bahawa Pas dan BN tidak akan memberi ruang kepada PPBM untuk menjadi parti dominan.

Ayuh TS Mahyudin, jangan fikirkan jawatan PM kerana anda sendiri tidak selamat. Kembali bertaut bersama Tun Mahathir sekarang TETAPI jangan sekali-kali membawa Azmin/Zuraida kerana majoriti ahli PKR telah menolak geng kartel dan bila sebut saja nama Azmin dan Zuraida mereka nak muntah kerana mereka berdua adalah pengkhianat kepada PKR dan juga kepada PH.

“Jangan beri peluang Azmin dilantik sebagai TPM mahu pun PM kerana inilah manusia yang tidak sedar diri apabila berjawatan sudah angkuh dan sombong serta biadap kepada DSAI”.

Perikatan Nasional akan berpecah menjelang PRU-15