Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Umnopas Semakin Rasis Apabila Ketua Pemuda Pas Melaka Ahmad Bilal Raudin Cuba Menjadikan DAP Sebagai Bahan Provokasi Utama.

Ketua Pemuda Pas Melaka Ahmad Bilal Raudin digesa agar membuktikan dakwaan yang mengaitkan agenda DAP dalam pentadbiran kerajaan Negeri Melaka dengan fakta bukannya bermain dengan sentimen kebencian dan manipulasi isu perkauman mengenai Hospital Pakar Putra di negeri itu, kata Ahli Jawatankuasa DAPSY  Melaka Muhamad Danish Zainudin .

Beliau berkata, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) melalui kesemua parti komponen khususnya DAP amat menyokong usaha untuk mengembalikan semula kewibawaan tadbir urus yang lebih bersih, cekap dan bermaruah untuk Melaka dan Malaysia yang lebih baik.

Hospital Putra Melaka: DAPSY tempelak Ahmad Bilal  manipulasi isu perkauman, sentimen kebencian
(Dari kiri) Muhammad Danish Zainuddin dan Ahmad Bilal Raudin

“Saya mencabar Ketua Pemuda Pas Melaka supaya tampil kedepan dan memberikan bukti dan fakta yang jelas terhadap kesemua tuduhan memandangkan tanggungjawab dan beban pembuktian terletak diatas bahu beliau.

“Usahlah bermain sentimen kebencian dan memanipulasi isu perkauman untuk menunjuk jaguh dalam membela nasib rakyat sebagaimana yang dilakukan oleh Umno dan BN sehingga ke hari ini.

“Ingin saya tegaskan disini bahawa Pakatan Harapan menjunjung tinggi konsep musyawarah dan segala keputusan yang diputuskan harus mendapat persetujuan daripada kesemua pimpinan kesemua parti komponen,” ujarnya dalam kenyataannya.

Muhammad Danish yang juga Exco Pemuda PH Melaka menegaskan sungguhpun DAP mendapat jumlah kerusi undi yang tinggi berbanding rakan komponen PH, namun atas dasar kesepakatan yang utuh dan erat, ujarnya DAP bersetuju memilih Pengerusi Pakatan Harapan Melaka iaitu Adly Zahari untuk memimpin kerajaan negeri Melaka pasca PRU-14.

“Saya amat kesal dengan tuduhan, fitnah dan hasutan yang dilakukan oleh Ketua Pemuda Pas berkaitan beberapa isu seperti pengiktirafan kerajaan negeri Melaka terhadap lepasan UEC, hal ehwal sumber manusia di Hospital Pakar Putra dan juga pemberian jawatan kepada kroni dan ahli keluarga.

“Saya yakin Ketua Pemuda PAS seorang yang cerdik dan cakna terhadap isu semasa.

“Adakah beliau tidak membaca dan peka terhadap pendirian kerajaan negeri bahawa pengiktirafan UEC ini diperakui selagi mana pembelajaran Bahasa Melayu tidak dipinggirkan atau diutamakan?

“Selain itu, segala tuduhan berkaitan Hospital Pakar Putra milik kerajaan negeri Melaka perlulah disokong dengan fakta yang jelas dan bukan hanya cakap kosong semata – mata.

“Berkenaan isu pelantikan kroni dan dan kaum keluarga pula, ingin saya jelaskan bahawa pelantikan – pelantikan yang dibuat adalah berdasarkan merit dan bukan pelantikan tangkap muat sahaja,” terangnya yang juga Setiausaha Politik kepada Adun Duyong.

Pada Rabu Ketua Pemuda DPP Negeri Melaka Ahmad Bilal Rahudin dalam kenyataannya di Harakahdaily.net dipetik berkata, DAP semakin ketara menyerlahkan watak Abang Besar dan selaku pihak yang sebenarnya ‘menguasai’ Kerajaan Negeri Melaka. Sekali gus bermakna Ketua Menteri, hanyalah semata-mata boneka menjadi ‘Pak Turut’ yang tunduk patuh melaksanakan agenda DAP.

Dakwa Ahmad Bilal lagi DAP dilihat sedang menguasai secara politik kedudukan di Hospital Pakar Putra milik salah satu GLC Kerajaan Negeri Melaka. Di mana kemasukan anggota DAP ke hospital ini adalah dengan menyingkirkan sama pengurusan tertinggi dari kalangan orang Melayu Islam.

Advertisements
No photo description available.

ORANG UMNO MENCATUR KUASA DALAM PARTI AMANAH.TEMERLOH

Image may contain: 1 person

ORANG UMNO MENCATUR KUASA DALAM PARTI AMANAH.TEMERLOH

Baru 1 tahun UMNO kehilangan kuasa, semakin ramai ahli-ahli parti itu yang mula resah dan bimbang tentang masa depan yang mungkin tidak lagi seceria berbanding ketika BN berkuasa dahulu

Bayangkan bagaimana gelagat mereka menjelang setahun atau dua tahun akan datang.

Namun, yang paling menarik ialah ada di kalangan mereka yang sebelum ini diketahui pernah bekerja dengan UMNO juga turut cuba tumpang semangkuk mencatur kuasa dalam kerajaan baru ini.

Mereka ini mula berkawan rapat dengan individu tertentu yang diketahui rapat dengan menteri-menteri Pakatan Harapan, lalu dalam waktu yang sama mencadangkan agar orang-orang pilihan mereka untuk diletakkan bekerja dengan menteri-menteri berkenaan sama ada sebagai setiausaha politik, pegawai khas dan sebagainya.

Matlamat mereka ini lebih kepada perniagaan. Dengan meletakkan orang-orang pilihan di kementerian-kementerian tertentu, mereka berharap akan terus dapat membolot kontrak dan peluang-peluang perniagaan sebagaimana ketika era pentadbiran BN sebelum ini.

Tak malukah mereka itu?

Wira2 Kebanggaan Umnopas Dan Jumlah Kes Tuduhan Jenayah Mereka

No photo description available.

Tindakan tegas terhadap pihak apikan sentimen kaum, agama

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media sempena setahun Pakatan Harapan memerintah di Putrajaya. – Foto Mohd Fadli Hamzah

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menghina mana-mana agama.

Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ia termasuk cubaan mengadakan satu perhimpunan pada hujung minggu ini yang dilihat cuba mengapi-apikan sentimen kaum dan agama terutamanya dalam kalangan umat Islam.

“Ada pihak yang mendakwa kononnya kedudukan dan kesucian Islam di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) semakin terancam juga tidak benar sama sekali.

“Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum dan agama, saya ingin mengambil kesempatan untuk menasihatkan rakyat Malaysia supaya sentiasa memelihara keharmonian kaum dan agama di negara kita.

“Janganlah kita mudah terpengaruh dengan dakyah pihak yang mengambil kesempatan untuk meraih laba politik dengan sengaja mengapi-apikan sentimen kaum dan agama,” katanya dalam temubual bersama media di sini hari ini.

Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam anjuran Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) yang dijangka diadakan Sabtu ini di ibu negara antara lain bertujuan menyatakan hasrat rakyat yang mendakwa tidak selesa dan tergugat dengan tindakan pelbagai pihak terhadap kedaulatan Islam yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan juga sudah termaktub dalam Perlembagaan dan tidak akan diubah.

Selain itu katanya, PDRM juga sudah mengambil tindakan tegas dengan menyiasat, menahan dan membawa ke muka pengadilan terhadap individu yang terbabit isu sensitif seperti penghinaan terhadap Rasulullah SAW, agama Islam dan Raja-Raja yang tular di media sosial.

“Berhubung kes penghinaan terhadap agama Islam dan Rasulullah SAW, sebanyak 53 kes sudah disiasat dan daripada jumlah itu, lapan individu sudah dituduh di mahkamah,” katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/05/559483/tindakan-tegas-terhadap-pihak-apikan-sentimen-kaum-agama?fbclid=IwAR13lBdCbRrt0iljaxh7XKkSGR9mf_iojrZKRg8XdkXbG3dYsJyPVBqWu_Q