Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

20 TAHUN LAGI MELAYU AKAN LENYAP

1 MCA WEE KA SIONG.1 KES JENAYAH UMNO1 PN BEBASKAN PEROMPAK NEGARA1 PN BEBASKAN PEROMPAK NEGARA 21 MUSA AMAN BEBAS

*20 TAHUN LAGI MELAYU AKAN LENYAP*

Malaysia menerima semua bangsa dan warga asing didunia ini untuk tinggal di Malaysia berniaga, berkerja, membeli aset2 rumah, tanah dan melahirkan anak mereka disini. Kemudian anak2 mereka akan menuntut warga negara Malaysia dan menerima segala kemudahan pendidikan, perubatan, peluang pekerjaan awam dan swasta dan akhirnya menjadi pemimpin politik. Sesuatu yang tidak mustahil berlaku kalau dibiarkan. Bangsa Melayu sedikit demi sedikit akan terpinggir, warga asing mula menunjukkan kuasa mereka apabila bangsa mereka mulai ramai disini. Warga asing kini sudah tidak hormat kpd kedaulatan undang2 negara ini, cubaan merasuah pihak2 berkuasa, memalsukan dokumen dan permit untuk bangsa mereka sudah menjadi2.

Bangsa Rohingya tanpa ada rasa segan silu, hidup merempat kat negara ini sudah berani supaya Selayang diserahkan kepada bangsa Rohingya. Orang Melayu dan pemimpin Melayu tidak merasai apa2 pun apabila sikap Rohingya kurang ajar dan mencabar orang Melayu. Tambahan lagi sebelum PRU 14 satu kenyataan seorang Menteri Kabinet BN, 1.5 juta lagi Bangladesh nak dibawa masuk. Menteri BN yang bodoh otsk setaraf lembu. Pemimpin Melayu hanya sibuk dan kemaruk nak pangkat, kedudukan dan kuasa. Tangan pemimpin Melayu sendiri yang menjahanamkan bangsa Melayu dan negara Malaysia bukan rakyatnya.

Pihak berkuasa lembab dan lambat bertindak, buat laporan terdapat warga asing disesuatu tempat pun, berbulan2 masih tidak ada apa2 tindakan operasi dilakukan. *Malaysia SIFAR PATI 2020 hanya tinggal selogan* sahaja, masih berlambak2 warga asing yang berkeliaran.
Ada dikalangan pihak berkuasa yang mengepaw warga asing dijalanan dan juga kongsi2 mereka secara bersaorangan. Mereka membuka perniagaan kedai runcit, kedai membasuh kereta, agen ticketing pihak berkuasa hanya berdiam diri. Adalah mustahil pihak berkuasa tidak tahu dan tidak nampak kedai runcit mereka yang bersepah2 di Jalan Lebuh Ampang dan Jalan Silang Kuala Lumpur.

Ramai dikalangan warga asing yang sudah tamat permit perkerjaan dan masih menetap di Malaysia dan berkerja di ladang2 kelapa sawit dan menanam sayor tanah2 kosong untuk berniaga. Apabila pihak berkuasa datang hadiah *angpaw* akan diberikan. Pihak berkuasa tempatan bukan tak tahu ada pendatang asing berada dikawasanya, kerana ada penempatan mereka didalam hutan kelapa sawit atau getah. Tetapi sengaja dibiarkan sebab disitu lah tempat mencari *pendapatan sampingan* mereka. Itu sebab isu pendatang asing tidak selesai hingga kini, walaupun kerajaan bercakap segala pintu masuk atau laluan tikus sudah dikawal ketat. Tapi amalan pemberian *angpaw* kepada pihak berkuasa masih berluasa, tidak ada gunanya hanya buang masa, duit dan tenaga segala ooerasi yang dilakukan.

Apa akan jadi pada negara ini hampir 3.5 juta pendatang asing di Malaysia yang berdaftar, hampir 10% dari jumlah penduduk Malaysia. Ini tidak termasuk UNCHR dan yang tak berdaftar masuk ikut jalan tikus. Nak harapkan pemimpin2 Melayu mereka lebih pentingkan jawatan dan pangkat dan kedudukan mereka, bergaduh sama sendiri yang tiada kesudahan kerana kuasa dan jawatan. Melompat sana sini, merebut jawatan di GLC, rakyat sengsara melihat warga asing yang terlampau ramai. Warga asing terus memasuki negara ini tanpa hentinya. Pemimpin bertindak terlalu lembap dan bangap nak hantar balik pun memakan masa berbulan2 kerajaan Malaysia yang bodoh tanggong kos makanan mereka. Pemimpin Melayu umpama ayam berkokok berderai2 tapi ekor penuh taik. Itu duit rakyat Malaysia sepatutnya diberikan kepada penduduk asal negara ini, bukan untuk warga asing. Pintu masuk masuk negara diceroboh setiap waktu pemimpin Melayu tak sedar, bercakap soal bangsa dan perjuangan Melayu.

Sekiranya kerajaan membiarkan perkara ini berterusan, dalam tempoh 20 tahun dari sekarang Malaysia akan dimiliki oleh pendatang asing. Kita sama lihat nanti. Melayu boleh berhambus jadi Rohingya duduk dalam boat mencari perlindungan di negara asing.

*KEHANCURAN DAN LENYAPNYA SESUATU BANGSA ITU ADALAH KERANA PEMIMPIN BANGSA ITU SENDIRI*