Pas perlu bermuhasabah diri jangan kerja nak membalak je.Dari Kelantan sempai ke Kedah, pemimpin PAS kerja nak potong balak je.
Kategori: 300,000 Rakyat Kelantan Gila
Warga China diberi tanah untuk buat duit di Kelantan-Demi Melayu Islam
Warganegara China buat duit di Kelantan, tanam Musang King

KUALA LUMPUR: Bekas ketua jurulatih badminton China, Li Yongbo sebelum ini dikaitkan dengan peranan baharu di Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas hadir ke ibu negara, Rabu lalu.
Namun, kehadirannya ke sini sebenarnya tiada kaitan mengenai sukan berkenaan, sebaliknya mencuba perkara baharu iaitu menceburi perniagaan durian Musang King yang diperkenalkan oleh rakannya.
Berdasarkan laporan sebuah akhbar di Beijing yang disiarkan Nanyang Siang Pau hari ini, rakan Yongbo memperkenalkan mengenai bidang perniagaan durian Musang King dan melakukan pelaburan di sebuah ladang yang terletak di Kelantan.
Beliau yang kini berusia 56 tahun bukan saja menjadi pelabur dan rakan kongsi malah dilantik sebagai perunding untuk menghubungkan perniagaan antara Malaysia-China.
“Saya tidak pernah terfikir untuk membina ladang di tengah hutan, namun apa yang dapat saya lihat ia sangat teratur dan sistematik.
“Ia juga dilengkapkan dengan pemantauan kamera litar tertutup, di mana ia ternyata mengejutkan saya,” kata Yongbo yang sangat kagum mengenai industri durian di Malaysia.
Menurut Yongbo, beliau sudah melihat pelbagai potensi mengenai perniagaan durian dan prospek pasaran ‘Raja Buah’ itu sangat positif di seluruh dunia terutama membabitkan jenis Musang King.
Dalam masa sama, beliau mengakui sangat gembira kerana mempunyai jenama durian sendiri dan berjanji akan mengembangkan lagi perniagaan berkenaan.
Sumber : Berita Harian
300,000 rakyat Kelantan (PAS) hadapi masalah kesihatan mental ?
Hampir 300,000 rakyat Kelantan hadapi masalah kesihatan mental
DR AHMAD RAZIN: Sebilangan besar mereka berumur antara 16 dan 24 tahun terutama dari kalangan wanita.
BACHOK: Kira-kira 300,000 daripada 1.2 juta penduduk Kelantan mengalami masalah kesihatan mental akibat pelbagai tekanan hidup termasuk gejala dadah, kemurungan dan masalah keluarga.
Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata jumlah itu (300,000) berdasarkan kajian yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan pada tahun lepas.
“Sebilangan besar mereka berumur antara 16 dan 24 tahun terutama dari kalangan wanita,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Negeri Kelantan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di sini, hari ini.
Majlis berkenaan dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Bachok Datuk Dr Ilias Hussain.
Dr Ahmad Razin berkata masalah kesihatan mental jika tidak dirawat lebih awal ia berisiko tinggi untuk pesakit mendapat penyakit mental.
Beliau berkata bagi tujuan merawatnya, Hospital Raja Perempuan Zainab II dan Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, menyediakan perkhidmatan psikiatri.
Hospital Tanah Merah dan Hospital Kuala Krai pula menyediakan perkhidmatan pesakit luar psikiatri dan hospital daerah lain menyediakan perkhidmatan berkala, katanya.
Beliau berkata di samping itu terdapat 10 pusat pemulihan psikososial di seluruh Kelantan dan bagi daerah Bachok bertempat di Klinik Kesihatan Bachok. — BERNAMA