k’jaan Kedah lantik syarikat carigali ada kaitan dengan China – Presiden MIC

Presiden MIC dedah syarikat dilantik k’jaan Kedah untuk carigali ada kaitan dengan China

Presiden MIC, S Vigneswaran berikrar untuk menyasarkan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor terutama dalam isu pembalakan dan eksploitasi unsur nadir bumi (REE).

Hal ini ketika meningkatnya ketegangan antara MIC dan kerajaan Kedah pimpinan PAS, selepas kenyataan Sanusi terhadap pemimpin India dari MIC dan DAP yang diselang-seli sindiran dengan tanggapan stereotaip perkauman.

Semalam, Sanusi memperli pemimpin India MIC dan DAP yang mengkritiknya atas isu perobohan kuil di Kedah.

Dia menyindir pengkritiknya,”janganlah minum hanya sebotol, mabuknya dua tiga botol,” serta mencadangkan pihak yang membantah perobohan kuil itu “mabuk todi populariti.”

Vigneswaran berkata mulai hari ini dan seterusnya; dia akan membangkitkan semua isu di Kedah, termasuk REE dan pembalakan.

“Oleh kerana kerajaan negeri menandatangani perjanjian dengan syarikat yang berpusat di Kuala Lumpur yang mempunyai kaitan dengan China, saya ingin bertanya berapa peratus (keuntungan) yang akan diperoleh Kedah?

“Saya difahamkan bahawa syarikat itu hanya menawarkan 10 peratus kepada kerajaan negeri.

“Sekiranya ia hanya 10 peratus, ini adalah perjanjian bodoh. Oleh itu, saya meminta kerajaan persekutuan untuk tidak mengeluarkan permit sehingga perkara ini dijelaskan dan diselesaikan,” katanya.

REE, yang ditemui di Sik, Ulu Muda, dan Baling, dikatakan bernilai hingga RM62 bilion. Semasa sidang media, Sanusi keliru mengatakan bahawa nilai REE tersebut adalah RM43 trilion.

Selepas itu, pejabat MB telah membetulkan angka tersebut.

Syarikat itu telah diberikan izin persetujuan untuk tinjaun mencari gali REE di Sik, tetapi tidak melibatkan kaedah perlombongan.

Sanusi tidak menyatakan anggaran nilai simpanan bahan galian di kawasan itu atau menamakan negara asal syarikat antarabangsa yang dikaitkan dengan syarikat tempatan itu.

Vigneswaran menegaskan kerajaan negeri boleh melakukan lebih baik lagi dengan memproses sendiri REE, yang dapat meningkatkan peluang pekerjaan di negeri ini daripada menghantarnya ke China.

Dia memberi amaran kepada kerajaan negeri agar tidak merampas kekayaan dari rakyat Kedah.

“Tolong jangan merampas kekayaan daripada orang Kedah. Masalah-masalah mengenai REE mungkin lebih besar daripada skandal 1MDB.

“Mengapa kerajaan negeri tidak dapat melakukan produksi hiliran? Mengapa mengirim (REE) ke China?” katanya.

Isu eksploitasi nadir bumi menjadi topik kontroversi di Malaysia, terutama setelah insiden pencemaran radioaktif di Bukit Merah, membabitkan dakwaan menyebabkan barah kepada penduduk.

Kilang Asia Rare Earth Sdn Bhd akhirnya tutup pada tahun 1994.

Kilang proses nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan juga mendapat bantahan ramai.

Walaupun dibantah, Pakatan Harapan ketika menjadi kerajaan telah memberikan lanjutan lesen operasi selama tiga tahun kepada Lynas Corporation untuk mengendalikan kilang pemprosesan nadir bumi di Gebeng.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/553923

Presiden MIC cabar MB Kedah mengharamkan MIC

Presiden MIC cabar MB Kedah mengharamkan MIC

Presiden MIC cabar MB Kedah mengharamkan MIC

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor hari ini berkata walaupun MIC sebuah parti komponen BN, ia wajar diharamkan dan tidak dibenarkan bergerak bebas jika didapati “menghasut orang ramai melanggar undang-undang”.

Sambil “memberi nasihat” kepada MIC, Sanusi berkata, sebagai sebuah parti politik berdaftar pertubuhan itu tidak boleh membela orang atau pihak yang didapati melanggar undang-undang.

“Saya ingin memberi nasihat kepada MIC Kedah dan MIC pusat, terutama sekali apabila kita terbabit dalam politik melalui sebuah parti… Parti kita ada perlembagaan, perlembagaan kita diluluskan oleh ROS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan).

“Contohnya, dalam isu kuil, apabila kuil dibina di tempat yang tidak dibenarkan, ia melanggar undang-undang.

“Adakah MIC ditubuhkan sebagai parti politik untuk menghasut orang ramai melanggar undang-undang?

“Kalau dia ditubuhkan untuk menghasut orang ramai, MIC patut diharamkan di negara ini. (Ia) tidak boleh dibenarkan bergerak bebas,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Sanusi berkata demikian ketika diminta mengulas kecaman MIC Kedah yang menganggap negeri Jelapang Padi Malaysia itu bukan lagi sejahtera untuk didiami masyarakat berbilang kaum.

Sementara itu dalam reaksi segera MIC, presidennya, SA Vigneswaran, membidas PAS dan menganggap parti itulah yang sepatutnya diharamkan kerana didakwa menyokong organisasi tidak rasmi antarabangsa.

Mesra sebelum jadi kerajaan

“Jika membela hak masyarakat dan agama masing-masing ditafsirkan sebagai menghasut, (maka) PAS yang sepatutnya diharamkan.

“Ini kerana kita dengar ada banyak aduan terhadap mereka ketika menjadi pembangkang, (misalnya) sentiasa melakukan demontrasi berhubung isu antarabangsa.

“Dari dulu lagi banyak rakyat menganggap PAS menyokong organisasi antarabangsa yang berkaitan dengan pengganas.

“PAS juga suka mencampur tangan isu negara lain yang bercanggah dengan pendirian Malaysia bahawa kita tidak wajar masuk campur dalam hal kedaulatan negara lain,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Bekas yang dipertua Dewan Negara itu juga meminta Sanusi supaya tidak lupa daratan dan menegaskan MIC tidak bergantung kepada PAS dalam kerajaan PN.

“Jangan lupa keadaan kamu enam bulan yang lalu. Inilah wajar sebenar PAS. Mesra sebelum menjadi kerajaan.

“Dulu bersama Umno, sekarang tukar kepada Bersatu pula. Nampaknya, DAP tidak boleh disalahkan ketika PAS keluar dari Pakatan Rakyat kerana kita boleh nampak tindak-tanduk PAS,” katanya.

Vigneswaran juga mencabar Sanusi untuk mengharamkan MIC dan berjanji untuk menerima keadaan itu jika berjaya dilakukan.

Pun begitu Vigneswaran melontarkan kembali pertanyaan kepada anggota Jawatankuasa Pusat PAS itu sama ada dia sedi melepaskan jawatan sebagai menteri besar atau tidak jika gagal mengharamkan MIC.

Katanya lagi Sanusi juga dianggap “berbohong” apabila mendakwa kerajaan pusat dan kerajaan negeri tidak ada memberikan peruntukan kepada kuil.

“Tapi, kita dah buktikan dia menipu, tapi dia tidak minta maaf.

“Apabila kamu merobohkan kuil tanpa sebarang ganti rugi, tak bolehkah kami (MIC) mempersoalkannya? Siapa lagi boleh tanya kalau bukan MIC?

“MB Kedah sepatutnya jawab soalan kami atau beri tapak gantian untuk rumah ibadat. MB Kedah tidak matang dan inilah akan terjadi jika pemimpin tidak matang menjadi MB.

“Pergi tanya apa jadi pada janji presiden PAS (Abdul Hadi Awang) yang memberikan jaminan tidak akan merobohkan kuil jika PAS menubuhkan kerajaan (bersama) PN,” katanya.

Taktik mengalih cerita

Untuk rekod, semalam Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) merobohkan sebuah kuil Hindu di Taman Bersatu, Kuala Kedah.

Kuil Sri Raja Muniswaran yang berusia 30 tahun itu dirobohkan selepas tapak tersebut – yang dimiliki kerajaan negeri – mahu dibangunkan.

Selain kuil itu, sebuah dewan silat dan lima kawasan parkir turut dirobohkan untuk dibina gelanggang futsal.

Ekoran itu Ketua Biro Aduan Awam Pemuda MIC Kebangsaan Sasitharan Samugam Pillai mendakwa amalan kebebasan agama tidak lagi sejahtera di Kedah.

“Apabila ditanya pada pejabat MBAS, mereka berkata ini arahan Pejabat Menteri Besar, dan bila dirujuk ke Pejabat MB dikatakan ada arahan penangguhan ada dikeluarkan tapi penguat kuasa berdegil untuk merobohkannya.

“Ini adalah taktik mengalih cerita dan akhirnya penganut Hindu yang jadi mangsa.

“Kelihatan kini seperti masyarakat India tidak ada nilai lagi sebagai rakyat negeri Kedah. Nampaknya, amalan kebebasan agama tidak lagi sejahtera di Kedah,” katanya dalam satu kenyataan.

Hubungan MB Kedah dengan MIC negeri itu mula tegang selepas sebuah kuil di stesen kereta api Alor Setar dirobohkan awal tahun ini.

Keadaanya menjadi lebih rumit apabila Sanusi memberitahu tiada peruntukkan untuk kuil dan rumah ibadat bukan Islam disediakan dalam Belanjawan 2021.

Sumber berita

https://www.malaysiakini.com/news/553540

PAS MEROMPAK BALAK KEDAH ?

1 BALAK KEDAH 11 BALAK KEDAH 21 BALAK KEDAH 31 BALAK KEDAH 41 BALAK KEDAH 51 Ikatan Beruk PN

BILA PEMILIK KONSENSI BALAK
TUNTUTAN SAMAN RM 1 BILLION?

Saya terpanggil untuk turut mempersoalkan kenyataan yang telah di buat oleh YAB Menteri Besar Kedah Tuan Hj Sanusi Mohamad Nor berhubung kenyataan beliau yang sedang mempertimbangkan:

“Penebangan balak bagi membayar tuntutan saman hampir RM1 bilion yang dikemukakan syarikat pembalakan sebelum ini”.

PERSOLANNYA:

1. Bilakah wujudnya tuntutan saman RM1Billion tersebut daripada syarikat pembalakan sebelum ini?

2. Sepanjang penglibatan saya selama 24 bulan(2tahun) sebagai EXCO Kerajaan Negeri Kedah tidak pernah jumlah sebanyak itu dibincangkan di dalam mesyuarat.

3. Apa yang pernah di bincangkan ialah mantan Menteri Besar Datuk Seri Utama Mukhriz(DSUM) sering mempertegaskan, pembalakan di Kedah akan hanya merosakan ekosistem negeri akibat penebangan hutan yang berleluasa.

3. Pelik bin ajaib apabila era pemerintah Pakatan Harapan(PH) yang baru berakhir tidak sampai 2 minggu secara tiba-tiba telah muncul kewujudan jumlah tuntutan sebanyak itu.

4. Sebagaimana pesanan dari mantan YAB Menteri Besar(MB) Kedah DSUM dalam ucapan ketika melepaskan jawatan telah memaklumkan agar tidak di buka kembali kawasan pembalakan di Kedah.

Ini menunjukkan sepanjang pemerintahan beliau selaku zaman pemerintahan PH selama 2 tahun tidak ada kawasan pembalakan di Kedah yang pernah di buka.

5. Saya bagi seluruh pihak rakyat Kedah merayu agar apa jua yang berlaku, kawasan pembalakan di negeri Kedah tidak akan di buka untuk sebarang apa jua tujuan supaya ekosistem alam sekitar Negeri Kedah tidak akan terjejas.

6. Mohon pihak pemerintah Pakatan Nasional(PN) memikirkan jalan yang terbaik buat rakyat Kedah selain dari mencari dana dengan mengambil pendekatan mudah dengan cara penebangan balak.

Sekian. Terimakasih.

Asmirul Anuar Aris
Rakyat Kedah

‘Biar Jasa Jadi Kenangan’

 

AL KISAH JAN 2018
( bukan aku yg ckp,org yg dlm gambar ni ckp 🤣)

“Siapa yang dimaksudkan ada kepentingan dalam konsesi balak di Compartment 40 Rimba Teloi tapi berpura-pura membela penduduk…?”, soal Sanusi berikutan pendedahan terbaru ADUN Jeneri.

………………………………………………

Kedah Selatan (Baling & Kulim), Kedah Utara (Padang Terap & Kubang Pasu), Kedah Tengah (Kuala Muda & Sik) akan terang benderang. Bukit bukau akan gondol, aliran air akan kering, habitat haiwan akan terancam, flora dan fauna akan musnah. Alam sekitar untuk masa depan sedang dijual untuk wang segera pemerintah yang tamak.

Beribu-ribu hektar hutan akan ditebang habis (gondol) menjelang PRU14. Menteri Besar Kedah Incorporated (MBI) sedang bermaharajalela. Hutan asli kini sedang ditukar dengan duit ringgit dan sen bernilai jutaan ringgit.

Tidak cukup lagi 1000 hektar Hutan Simpan Bukit Enggang digondolkan, 1000 hektar kompartmen 40 Rimba Teloi sedang menunggu hari, beribu-ribu hektar hutan lagi akan disapu licin.

Lesen tebangan sedang diproses. Surat kelulusan kawasan sudah lama keluar… Kerja gila ini takkan diumumkan, dalam senyap, khazanah negeri sedang dikaut.

Hentikan semua ini… Tamatkan pemerintahan UMNO- BN dalam PRU-14 nanti.

Design a site like this with WordPress.com
Mulakan