Hari 5: Ambrin tak anggap Nor Salwani buat salah – Jutaan Tahniah Buat Puan Nor Salwani

1 NOR SALWANI

LANGSUNG | Bekas Ketua Audit Negara, Ambrin Buang, dijangka akan menyambung keterangannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini, di depan hakim Mohamed Zaini Mazlan.

Perbicaraan ke atas Najib Razak dan Arul Kanda Kandasamy memasuki hari kelima hari ini. Kedua-dua mereka menghadapi tuduhan meminda laporan akhir audit 1MDB.

Najib diwakili sepasukan peguam bela diketuai Muhammad Shafee Abdullah. Peguam lain ialah Harvinderjit Singh, Wan Aizuddin Wan Mohammed, Muhammad Farhan Muhammad Shafee dan Syahirah Hanapiah.

Arul Kanda, 43, pula diwakili peguam N Sivananthan, Jasmine Cheong serta Dhanyaa Shreeya Sukumar.

Bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Gopal Sri Ram, pula bertindak sebagai ketua pasukan pendakwaan.

LANGSUNG

1.55 petang: Prosiding untuk hari ini tamat. Ia akan disambung semula jam 9.30 pagi esok.

Pihak pendakwaan dijangka akan menyambung pendengaran rakaman audio mesyuarat pada 24 Feb 2016 bagi membolehkan saksi, Ambrin Buang, membuat pengesahan suara.


12.57 tengah hari: Rakaman mengenai mesyuarat berlangsung pada 24 Feb 2016 yang melibatkan keputusan untuk menggugurkan beberapa isu kontroversi dari laporan akhir audit 1MDB dimainkan sekali lagi di mahkamah.

Rakaman itu sepanjang dua jam 45 minit.

Ia dilakukan atas permohonan Gopal bagi membolehkan saksi, Ambrin, membuat pengecaman.

Saksi pendakwaan itu kemudian dilihat mendengar rakaman berkenaan sambil merujuk kepada transkrip yang disediakan pihak pendakwaan.


12.39 tengah hari: Pihak pendakwaan dan pembelaan masih belum bersepakat mengenai transkrip versi akhir menyuarat pada 24 Feb 2016 yang membawa kepada pindaan laporan akhir audit 1MDB.

Gopal memberitahu hakim pihaknya berpuas hati dengan transkrip tersebut, namun Shafee dan Sivanantha sebaliknya tidak bersetuju atas beberapa sebab.

Antaranya beberapa fakta yang didakwa sebagai kesilapan dan perkataan-perkataan yang tertinggal.

Akhirnya Sivananthan – yang mewakili Arul Kanda – mencadangkan pihak pendakwaan dan pembelaan menghantar wakil untuk berbincang dan mendengar rakaman suara yang berkenaan serta menulis butirannya.

Cadangan itu diterima semua pihak.

Shafee memberitahu mahkamah, ia mungkin mengambil sedikit masa dan hanya akan tamat menjelang Jumaat ini.


12.14 tengah hari: Ambrin Buang mendakwa beliau pernah berasa tertipu selepas mendapati tiada laporan polis dibuat berhubung dua penyata kewangan 1MDB yang tidak sekata dan dikeluarkan dari laporan akhir auditnya.

Sebelum itu saksi terbabit menjelaskan Najib pernah memberi jaminan untuk menyiasat kejanggalan tersebut.

“Saya rasa tertipu kerana saya diberikan jaminan (oleh Najib) dan dengan premis itu saya (setuju) menggugurkan dua versi (laporan kewangan 1MDB) dari laporan (akhir audit 1MDB),” katanya di depan hakim, Mohamed Zaini, semasa disoal Gopal.


12.11 tengah hari: Pegawai Jabatan Audit Negara (JAN), Nor Salwani Muhammad, tidak melanggar sebarang kod etika apabila meletakkan perakam suara dalam kotak pensil semasa mesyuarat berlangsung pada 24 Feb 2016.

Menjawab soalan Gopal, Ambrin memberitahu hal itu kerana Nor Salwani adalah seorang daripada anggota pasukan JAN yang menghadiri mesyuarat berkenaan.

Apabila Nor Salwani diiringi keluar dari mesyuarat tersebut, pegawai terbabit tidak dapat membuat catatan. Justeru, kata Ambrin, rakaman berkenaan dianggap perlu.

Gopal: Dia (Salwani) tak dapat menghadiri mesyuarat, dia meletakkan peranti perakam suara itu dalam bekas pensil (juruaudit JAN) Saadatul) Nafisah. Adakah kamu anggap itu melanggar kod tatalaku?

Ambrin: Tidak, sebab jika dia menghadiri mesyuarat, dia tidak melanggarnya (kod tatalaku) kerana dia boleh menggunakannya kemudian untuk mencatat nota bagi kegunaan dalaman (JAN).


12.09 tengah hari: Ambrin Buang memberitahu mahkamah, beliau mempercayai jaminan Najib Razak untuk menyiasat dua laporan kewangan 1MDB yang bercanggahan.

Menjawab soalan Gopal – selaku ketua pendakwaan – mengenai mesyuarat pada 22 Feb 2016, bekas Ketua Audit Negara memberitahu Najib memberikan jaminan untuk menyiasat isu berkenaan.

Gopal: Bila dia (Najib) kata “I will get to the bottom of it”, adakah kamu percaya dia?

Ambrin: Beliau ketika itu seorang perdana menteri. Saya tak ada sebab untuk tak percaya kepada beliau.

Ambrin bagaimanapun mengakui beliau tidak pernah mendapatkan pengesahan kemudian daripada itu sama ada Najib benar-benar menjalankan siasatan.

Terdahulu saksi pendakwaan itu memberitahu bagaimana dua laporan kewangan 1MDB yang saling bercanggahan dikeluarkan dari laporan akhir audit syarikat terbabit.


11.59 pagi: Bekas Ketua Audit Negara mengakhiri keterangan berdasarkan kepada kenyataan saksinya.


11.50 pagi: Ambrin Buang memberitahu mahkamah hari ini, ada beberapa perkataan seperti “tergesa-gesa” digugurkan daripada laporan akhir audit 1MDB.

Merujuk kepada kandungan laporan audit belum muktamad syarikat pelaburan kerajaan itu bekas Ketua Audit Negara berkata ia berkaitan dengan terbitan Nota Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) oleh Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA).


11.19 pagi: Perbicaraan berhenti rehat seketika.


11.17 pagi: Bekas Ketua Audit Negara, Ambrin Buang, mengenal pasti dan mengesahkan perenggan-perenggan yang dipercayai mengandungi laporan audit 1MDB.


10.20 pagi: Menurut Ambrin semasa bermesyuarat pada 24 Feb 2016 itu, beliau bersetuju bahawa kehadiran Low Taek Jho – atau lebih dikenali sebagai Jho Low – dalam mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB dikeluarkan dari laporan akhir audit syarikat tersebut.


10.15 pagi: Jabatan Audit Negara (JAN) menerima tekanan supaya mempertimbangkan maklum balas daripada 1MDB mengenai penemuan audit agensi tersebut.

Bekas Ketua Audit Negara, Ambrin Buang, memberitahu keadaan itu berlaku dalam mesyuarat diadakan pada 24 Feb 2016 yang turut dihadiri Dr Ali Hamsa dan Arul Kanda, masing-masing Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB pada waktu berkenaan.

Menurut Ambrin, Ketua Setiausaha Sulit Najib, Syukry Mohd Salleh, memberitahu semua yang hadir bahawa laporan audit 1MDB mungkin dimanipulasi pembangkang.

Katanya Arul Kanda berpendapat pihak pengurusan 1MDB perlu memberi maklum balas mengenai dapatan audit JAN.

“Mesyuarat itu memberi tekanan kepada JAN untuk mempertimbangkan maklum balas daripada pengurusan 1MDB walaupun masa yang panjang sudah diberikan kepada mereka,” katanya.


10.10 pagi: Menurut Ambrin, Najib – ketika itu berjawatan perdana menteri – mengarahkan beliau tidak memasukkan maklumat berkaitan masalah dialami 1MDB dalam laporan akhir audit mengenai syarikat pelaburan milik kerajaan itu.

Menurut Ambrin, arahan itu diberitahu Najib ketika mereka bertemu sebelum mesyuarat yang diadakan pada 24 Feb 2016.

Ia adalah tarikh mesyuarat penting apabila satu keputusan dibuat untuk memadamkan beberapa isu kontroversi daripada laporan tersebut.

“Najib kemudian meminta saya agar tidak memasukkan dua versi laporan kewangan ke dalam Laporan Audit 1MDB. Beliau berjanji kepada saya bahawa pihak berkuasa akan siasat (isu berkenaan).

We will get to bottom of this (kita akan cari puncanya) secepat mungkin, kata beliau kepada saya,” kata Ambrin.


9.55 pagi: 1MDB mengalami masalah apabila hutangnya lebih tinggi berbanding pendapatan membuatkan syarikat itu mengalami kerugian, kata Ambrin Buang.

Bekas Ketua Audit Negara itu memberitahu mahkamah, jabatan beliau mendapati prestasi 1MDB tidak memuaskan, antara lain disebabkan oleh masalah hutang.

Ambrin berkata demikian semasa membaca kenyataan bertulis saksi ketika disoal timbalan pendakwa raya Rozaliana Zakaria.

“Tadbir urus lemah, pelaburan besar tak dibuat perincian, cara berniaga 1MDB bergantung kepada pinjaman luar negara yang sebenarnya menjadi bebanan kepada 1MDB.

“Pinjaman melebihi pendapatan 1MDB dan 1MDB tak menguntungkan,” katanya.


9.46 pagi: Najib dan Arul Kanda memasuki kandang orang kena tuduh menandakan prosiding akan bermula tidak lama lagi.

Ambrin pula kelihatan bersedia untuk menyambung keterangan.

https://www.malaysiakini.com/news/501404?fbclid=IwAR2qXJ3h2gMJUcpDn6pttyx8ZT1kdyKmxI9rQChdIKrqoetQFymjZU4B_XQ

Dimanakah Nilai Ulamak Islam, Apabila Terbukti Bercakap Bohong?

1 ULAMAK JAHAT

Bukan Muslimah Pas Berjubah Dan Bertudung Labuh Tetapi Bercakap Benar – Mengaku Ulamak dan Alim Semua Ilmu Serta Berjubah, Berserban Tetapi Bercakap Bohong.

Buat insan yg bernama Salwani

Image may contain: 1 person, smiling

1 NOR SALWANI1 RAZMAN MUNAFIK1 BAHAYA LISAN1 HADI MUNAFIK1 HADI ULAR

Buat insan yg bernama Salwani :

“Di sinilah letaknya maruah tulen Melayu jati.
Maruah yg hilang dan dicari-cari
Oleh 4 profesor universiti

Bukan di Stadium Melawati.
Bukan pada profesor yg menjerit atas pentas mcm kena sawan gila babi.

Bukan dgn Tabung Haji,
Yg menaranya megah dan tinggi,
Tapi isinya rapuh dgn korupsi.
Dan untungnya hanya dlm mimpi,
Yg dicipta oleh akauntan Muslim tidak berintegriti.

Bukan dgn FGV,
Yg nilai syernya menjunam dgn teruk sekali,
Dan minyaknya India enggan beli lagi.

Bukan dgn 1MDB,
Yg bosnya tidak ada malu mencuri,
Dan hutangnya digerenti,
Tidak habis dibayar oleh 7 generasi.

Bukan dgn yayasan filantropi,
Yg derma kpd tuannya sendiri.

Bukan dgn projek pertanian berintegrasi,
Yg membela lembu dlm pangsapuri.

Bukan dgn mufti negeri,
Yg mempertahankan firaun berkorupsi.

Di sinilah letaknya maruah tulen Melayu yg dicari.
Pada seorang wanita, insan bernama Salwani.”

Courtesy of Mawar Putih

TAHNIAH WIRAWATI NEGARA – PUAN NOR SALWANI

1 NOR SALWANI

Nor Salwani menggemparkan negara apabila mendedahkan bagaimana beliau telah meletak alat perakam suara secara senyap untuk mendapatkan butiran mesyuarat yang mahu menutup rahsia skandal 1MDB. Di samping, beliau juga menyelamatkan beberapa dokumen yg menjadi bukti penting jenayah 1MDB.

Keberanian beliau mendapatkan banyak pujian dari rakyat yang menanti-nantikan saat hukuman dijatuhkan ke atas Najib Razak dan kroninya.

Namun, tak kurang juga yang menyimpan dendam kesumat terhadap perbuatan baik Nor Salwani. Mereka ini sudah tentu akan menanti saat bila BN kembali berkuasa di negara ini.

Oleh itu, kita mesti pertahankan kemenangan rakyat menentang BN. Kita mesti bersatu di antara semua komponen Pakatan Harapan. Jangan bagi peluang untuk BN berkuasa semula. Mereka makan duit rakyat senyap2, dan mereka tutup jenayah mereka menggunakan kuasa & kedudukan mereka sbg kerajaan….

 

Wirawati Malaysia, Puan Nor Salwani Mohd – Tahniah

Image may contain: 1 person

Wirawati Malaysia, Puan Nor Salwani Mohd. Berani mendedahkan kebobrokan pentadbiran Jiblis Umno BN. Semoga Allah melindungi beliau.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/11/630732/perakam-suara-diletak-dalam-bekas-pensel-ketika-mesyuarat-laporan/amp

Pasukan audit 1MDB terkejut dengar gugur penyata kewangan – Saksi

KERAJAAN PH PATUT MENOBATKAN PUAN SALWANI SEBAGAI WARAWATI NEGARA

JIBLIS UMNO ARAH PINDA LAPORAN AUDIT 1MDB UNTUK TUTUP KEMUNGKARANNYA MENYELEWANG WANG DANA 1MDB NEGARA

KES PINDA AUDIT 1MDB | Pengarah Audit (Sektor Tadbir Urus) Jabatan Audit Negara (JAN), memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau dan anggota pasukan khas audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terkejut apabila mendengar rakaman suara meminta menggugurkan penyata kewangan 1MDB semasa mesyuarat membincangkan laporan audit syarikat itu.

Nor Salwani Muhammad, 52, berkata beliau mendengar rakaman mesyuarat itu bersama pasukannya sebaik sahaja kembali ke pejabatnya selepas mengiringi bekas Ketua Audit Negara Ambrin Buang dan seorang pegawai atasannya, Saadatul Nafisah Bashir Ahmad untuk menghadiri mesyuarat itu pada 24 Feb, 2016.

Saksi pendakwaan kelima itu berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh ketua pendakwaan Gopal Sri Ram pada hari keempat perbicaraan kes bekas perdana menteri Najib Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Arul Kanda Kandasamy, berhubung dakwaan meminda laporan audit akhir 1MDB.

“Selepas mendengar rakaman itu, kami terkejut dengan apa yang berlaku dalam mesyuarat. Antara yang memeranjatkan kami adalah apabila diminta menggugurkan dua penyata kewangan 1MDB supaya ia tidak dilaporkan dalam laporan audit,” katanya.

Iklan

Saksi berkata, selepas mendengar rakaman audio itu yang dirakam menggunakan perakam, beliau telah memindahkannnya ke dalam cakera keras rasmi milik JAN dan ‘thumb drive’ untuk tujuan keselamatan.

Jelas beliau lagi, rakaman asal audio tersebut telah dipadam kerana beliau bimbang akan diambil tindakan berikutan tindakannya merakam mesyuarat itu tanpa memaklumkan kepada pengerusi mesyuarat.

Mesyuarat itu turut dihadiri bekas ketua setiausaha negara Dr Ali Hamsa, Arul Kanda, Shukry Mohd Salleh daripada Pejabat Perdana Menteri serta Mohamad Isa Hussain daripada Perbendaharaan.

Selasa lepas, ketika memberi keterangan, Ali menegaskan bahawa mesyuarat 24 Feb, 2016 itu diadakan atas arahan Najib yang mahu penyelarasan dalam Laporan Audit 1MDB.

Nor Salwani berkata, sepanjang 22 tahun bekerja, pengalaman mendengar rakaman mesyuarat bertarikh 24 Feb 2016 itu adalah yang pertama bagi beliau di mana kandungan rakaman itu sangat mengejutkan.

Sri Ram: Dari segi kebiasaan, bagaimana kamu menerangkan keadaannya (mesyuarat 24 Feb, 2016)?

Nor Salwani: Tidak normal

Terdahulu, saksi itu mengakui bahawa beliau yang membuat rakaman audio berdurasi dua jam 45 minit pada mesyuarat yang dikaitkan dengan dakwaan meminda Laporan Pengauditan 1MDB pada 24 Feb 2016.

Katanya beliau telah memasukkan perakam suara ke dalam bekas pensel milik Saadatul Nafisah tanpa pengetahuannya (Saadatul Nafisah) sebelum mesyuarat bermula bagi tujuan membuat minit mesyuarat kerana beliau tidak dibenarkan berada dalam bilik mesyuarat.

Najib, 66, diwakili oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, manakala Arul Kanda, 43, diwakili oleh peguam Datuk N. Sivananthan.

Najib didakwa menggunakan jawatannya mengarahkan supaya laporan audit akhir 1MDB dipinda, sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), bagi mengelakkan sebarang tindakan terhadapnya.

Beliau dituduh, atas kedudukannya sebagai pegawai awam iaitu perdana menteri, menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan bagi dirinya, iaitu perlindungan daripada tindakan yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB, dengan cara mengambil tindakan mengarahkan Laporan Pengauditan akhir 1MDB, yang sedang disediakan, dipinda sebelum laporan itu dimuktamadkan dan dibentangkan kepada PAC, yang beliau secara langsung mempunyai kepentingan.

Najib didakwa melakukan kesalahan itu di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya, antara 22 Feb 2016 dan 26 Feb 2016.

Pertuduhan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Arul Kanda pula didakwa bersubahat dengan Najib, meminda laporan itu, bagi melindungi bekas perdana menteri itu daripada dikenakan tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB, di tempat dan masa sama mengikut Seksyen 28(1) (c) Akta SPRM 2009 dibaca bersama Seksyen 23 (1) & 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman serupa, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung Rabu depan.

[https://www.malaysiakini.com/news/500723](https://www.malaysiakini.com/news/500723)

 

https://www.malaysiakini.com/news/500723?fbclid=IwAR3g3pMNVW64Tm1W1Mt0w42LksiX4A1K13M4P4l676SBTRdYVR7k3baQ2no

Pengarah Audit mengaku rakam mesyuarat ‘pinda laporan 1MDB’ – Tahniah Nor Salwani Muhammad

TAHNIAH NOR SALWANI MUHAMMAD KERANA BERANI MENYAMPAIKAN KEBENARAN.

Image may contain: 1 person, text

1 PEMBELA KEJAHATAN

KES PINDA AUDIT 1MDB l Seorang saksi hari ini mengakui bahawa beliau yang membuat rakaman audio berdurasi dua jam 45 minit pada mesyuarat yang dikaitkan dengan dakwaan meminda Laporan Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 24 Feb 2016

Pengarah Audit (Sektor Tadbir Urus) Jabatan Audit Negara (JAN), Nor Salwani Muhammad, 52, memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur bahawa beliau telah memasukkan perakam suara ke dalam bekas pensel milik pegawai atasannya, Saadatul Nafisah Bashir Ahmad, wakil Jabatan JAN tanpa pengetahuannya ( Saadatul Nafisah) sebelum mesyuarat bermula.

Saksi pendakwaan kelima itu berkata beliau berbuat demikian sebagai persediaan untuk membuat minit mesyuarat penyelarasan laporan audit 1MDB berkenaan kerana beliau tidak dibenarkan berada dalam bilik mesyuarat itu.

“Saya dilantik sebagai koordinator penyediaan laporan audit 1MDB. Disebabkan itu saya perlu mengetahui apa yang dibincangkan dalam mesyuarat terbabit kerana saya tidak boleh menyertainya (mesyuarat).

“Saadatul Nafisah tidak tahu yang saya menyimpan perakam dalam bekas pensil miliknya. Selepas mesyuarat habis, saya ambil perakam itu daripada bekas penselnya sebelum membawanya ke pejabat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pemeriksaan utama oleh ketua pendakwaan Datuk Seri Gopal Sri Ram di hari keempat perbicaraan kes bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB Arul Kanda Kandasamy, berhubung dakwaan meminda laporan akhir audit 1MDB.

Ditanya Sri Ram perakam suara itu milik siapa, Nor Salwani berkata ianya hak milik JAN.

Ketika pemeriksaan balas oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib, saksi itu berkata beliau tidak sempat memberitahu Saadatul Nafisah mengenai tindakannya meletakkan perakam tersebut ke dalam bekas pensil serta tidak berniat untuk menyorok perakam itu.

“Apabila saya diarah keluar dalam keadaan tergesa-gesa sebelum mesyuarat itu bermula, saya nampak bekas pensel di atas meja dan saya terus masukkan perakam ke dalamnya,” katanya.

PEMBELA KEJAHATAN AKAN BERSAMA FIRAUN DAN  SYAITAN  DI AKHIRAT NANTI.

 

Muhammad Shafee: Takkan kamu tidak ada etika untuk memaklumkan kepada Ketua Setiausaha Negara (Tan Sri Dr Ali Hamsa) bahawa kamu sebagai wakil audit kena meletakkan alat perakam untuk tujuan mencatit minit?

( NAJIB PENUH BERETIKA SEHINGGA RAKYAT KENA BEKERJA SAMPAI 60 TAHUN BARU BOLEH BERPENCEN)

Nor Salwani: Ketika itu, saya dalam keadaan kekalutan..saya tidak berpeluang untuk menyatakan demikian.

Semalam, rakaman audio mesyuarat itu yang dikaitkan dengan dakwaan meminda laporan akhir pengauditan 1MDB yang dipengerusikan bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, diperdengarkan di Mahkamah Tinggi.

Najib, 66, didakwa atas pertuduhan menggunakan jawatannya bagi mengarahkan supaya Laporan Akhir Pengauditan 1MDB dipinda, sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), bagi mengelakkan sebarang tindakan terhadapnya.

Beliau didakwa, atas kedudukannya sebagai pegawai awam iaitu perdana menteri, menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan bagi dirinya, iaitu perlindungan daripada tindakan yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB, dengan cara mengambil tindakan mengarahkan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB, yang sedang disediakan, dipinda sebelum laporan itu dimuktamadkan dan dibentangkan kepada PAC, yang beliau secara langsung mempunyai kepentingan.

Najib didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya, antara 22 Feb 2016 dan 26 Feb 2016.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Arul Kanda pula didakwa bersubahat dengan Najib, meminda laporan itu, bagi melindungi bekas perdana menteri itu daripada dikenakan tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB, di tempat dan masa sama mengikut Seksyen 28(1) (c) Akta SPRM 2009 dibaca bersama Seksyen 23 (1) & 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman serupa, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung Rabu depan.

– Bernama

https://www.malaysiakini.com/news/500703?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR2XXoQ-0dWrMUGV7vEhZZM5M9gD_S82Gen31Jqauv4Kkm1hbOVqJhU95Vc

Semua mesyuarat yang melibatkan 1MDB dijalankan dengan sangat rahsia dan berhati-hati kerana Najib tahu dia sedang melakukan jenayah yang sangat besar. Disebabkan itulah, setiap langkah keselamatan diperati dengan baik dan minit mesyuarat tidak pernah disimpan kerana Najib tak mau rakyat tahu kegiatan rompakan wang negara mengunakan jawatannya sebagai Perdana Menteri diketahui rakyat.

Tapi negara bernasib baik apabila saksi kes ‘meminda laporan audit 1MDB’ berjaya mendapatkan rakaman suara arahan-arahan Najib dalam mesyuarat untuk meminda laporan audit 1MDB tersebut.

Antara rakaman yang dapat dirakam, ialah arahan untuk GUGURKAN DUA LAPORAN 1MDB SUPAYA IA TIDAK DILAPORKAN DALAM LAPORAN AUDIT OLEH PAC!

Nampak tak kenapa BN dan PAS bermati-matian memainkan pelbagai isu agama dan kaum untuk menimbulkan kebencian antara kaum agar suatu keadaan akan membolehkan parlimen dibubarkan untuk mereka cuba mengambil alih negara DAN MENUTUP SEMULA SEGALA SALAHLAKU INI?????

Celakalah Najib Razak da sekutunya!!!

Laporan lanjut boleh dibaca di sini:
https://www.google.com/amp/s/www.hmetro.com.my/node/519369/amp

 

 

Design a site like this with WordPress.com
Mulakan