Masalah Nelayan Klebang Sejak 10 Tahun Selesai – Datu Gue Teck

Image may contain: 1 person

KLEBANG 2 Dis. – Nelayan-nelayan di Klebang yang sebelum ini berdepan kesukaran mencari rezeki ekoran masalah sungai cetek kini boleh menarik nafas lega apabila ia bakal diselesaikan sedikit masa lagi.

Masalah yang berlaku di Sungai Klebang itu bukanlah suatu isu yang baharu, sebaliknya ia sudah berlaku lebih 10 tahun, namun tidak pernah diselesaikan oleh kerajaan terdahulu BN.

Difahamkan, sebelum ini, kira-kira 30 nelayan yang berdaftar di pengkalan itu berdepan kesulitan untuk turun ke laut dan pulang ke pangkalan berikutan sungai yang terlalu cetek terutama ketika air surut.

Gue Teck yang ditemui ketika meninjau kawasan muara sungai berkenaan berkata, projek mendalamkan sungai itu sudah bermula sejak dua minggu lalu dan mungkin dijangka siap pada minggu hadapan.

“Saya difahamkan kerja-kerja mendalamkan sungai ini tidak pernah dilakukan sejak lebih 10 tahun dahulu yang mana ia telah menjejaskan nelayan yang ada sejak sekian lama.

“Oleh sebab itu, kerajaan negeri telah berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dan sekarang kerja-kerja menggorek lumpur untuk mendalamkan Sungai Klebang ini sudah pun bermula.

Sementara itu, Pengerusi Jeti Nelayan Sungai Klebang, Md Said Adam yang ditemui pada sesi tinjauan itu merakamkan ucapan terima kasih di atas usaha yang dilakukan Gue Teck dan kerajaan negeri untuk membela nasib nelayan.

“Saya mewakili nelayan-nelayan di kawasan ini berterima kasih kepada Datuk Gue Teck dan kerajaan negeri yang telah berusaha untuk melaksanakan kerja-kerja mendalamkan sungai yang tidak pernah dilakukan sejak lebih 10 tahun. Diharap usaha-usaha membela nasib nelayan akan terus dipandang serius bagi membangunkan sektor ini ke arah yang lebih baik,” katanya.