Baru 8 bulan jadi menteri 42 plot tanah DBKL telah dijual, dakwa MP

Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai mendakwa bahawa 42 plot tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah terjual dalam tempoh lapan bulan terakhir Annuar Musa berkhidmat sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.

Dia mempersoalkan apakah status penjualan ini dan apakah penjualan itu dilakukan mengikut peraturan yang ditetapkan.

Dalam sidang media di lobi parlimen pagi ini, Tan menuntut penjelasan Annuar berhubung perkara itu.

“Sejak Annuar memegang jawatan sebagai menteri wilayah persekutuan, banyak tanah lagi milik DBKL yang dijual kepada pihak swasta untuk dimajukan, dibangunkan sebagai projek perumahan, campuran komersial dan sebagainya.

“Kami semua terkejut dalam sikit masa sahaja menteri sudah luluskan […]

“Saya ingin bertanya kepada Annuar mengapakaha benarkan transaksi penjualan tanah ini yang (kemungkinan) akan memberi kesan-kesan buruk untuk jangka masa panjang atau salama-lamanya kepada banyak kawasan yang telah mengalami over development (terlalu banyak pembangunan),” katanya.

Tambahnya, pembangunan itu juga berisiko memberi kesan negatif terhadap persekitaran dan kawasan rekreasi.

Ketika dihubungi oleh Malaysiakini selepas itu, Tan mengatakan DBKL telah menerbitkan tiga notis untuk mengubah Pelan Bandar KL 2020 yang ada dalam beberapa bulan terakhir.

Dia mengatakan bahawa perubahan yang terbaru melibatkan 33 plot tanah milik DBKL sementara dua notis sebelumnya menunjukkan perubahan kepada masing-masing tiga dan enam plot.

Pelan itu, yang merangkumi rancangan pembangunan Kuala Lumpur, akan berakhir pada 31 Disember 2020.

“Masih ada sedikit waktu yang tersisa (sebelum pelan itu tamat) tetapi DBKL masih membuat tiga pindaan yang mempengaruhi 42 plot tanah,” kata Tan dalam sidang media itu.

Jelas Tan, daripada 42 plot tanah tersebut, empat melibatkan kawasannya.

Tan berkata, walaupun merupakan wakil rakyat di kawasan itu, dia tidak tahu apakah ada tender terbuka atau berapa harga plot yang telah dijual.

Ketika dihubungi untuk mendapatkan komen, Annuar memberitahu Malaysiakini bahawa dia akan menjawab dakwaan Tan esok.

“Saya akan memberikan penjelasan terperinci pada sidang media di Parlimen pada pukul 11 pagi esok,” katanya.

Malaysiakini telah menghubungi Datuk Bandar Kuala Lumpur Mahadi Che Ngah untuk mendapatkan komen.

Sidang media pagi ini turut menampilkan ahli parlimen Pakatan Harapan lain dari wilayah Kuala Lumpur – Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa), Fahmi Fadzil (Lembah Pantai), Tan Yee Kew (Wangsa Maju), Lim Lip Eng (Kepong), Hannah Yeoh (Segambut ) dan Fong Kui Lun (Bukit Bintang).

Bersama dengan Tan, mereka secara kolektif mendesak Annuar untuk menjelaskan isu yang ditimbulkan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Umum (PAC) terhadap 97 plot tanah DBKL yang telah terjual sejak 2011.

“Setakat hari ini, kami belum mendengar daripada menteri wilayah persekutuan, tentang respons beliau terhadap laporan PAC berkenaan dengan isu penjualan tanah milik DBKL.

“Saya rasa ini perkara yang penting kerana saya rasa menteri wilayah persekutuan perlu memberikan respons kepada parlimen,” kata Fahmi.

Dalam laporan yang diterbitkan semalam, PAC menyatakan kurangnya pematuhan prosedur operasi standard dalam cara penjualan tanah tersebut.

Ia juga menyatakan konflik kepentingan menteri wilayah persekutuan dan pembabitan Datuk Bandak Kuala Lumpur dalam Yayasan Wilayah Persekutuan.

Ini kerana badan amal itu didapati membeli tanah dari DBKL, entiti yang juga dipengerusikan oleh menteri dan Datuk Bandar.

Yayasan itu berada di luar pemeriksaan Jabatan Audit Negara.

Antara saranan PAC adalah agar Yayasan Wilayah Persekutuan disusun semula agar fokus pada kebajikan, membenarkan kerajaan meneliti aktivitinya dan menyingkirkan penglibatan menteri dan Datuk Bandar.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/551479

Zahid Hamidi mahu usul undi tak percaya terhadap PM dibuat

Gempar!! Zahid Hamidi mahu usul undi tak percaya terhadap PM dibuat

Umno yang mempunyai bilangan wakil rakyat terbanyak di blok pemerintah menggesa kerajaan sendiri membawa usul undi percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk), berkata soal sokongan majoriti kepada pentadbiran Muhyiddin mesti dirungkai, dan Dewan Rakyat pentas terbaik untuk tentukan kestabilan politik.

“Sama ada terdapat usul percaya atau sebaliknya ianya hendak diuji di dewan yang mulia ini.

“Jika ini tidak dapat dilakukan kerana kekangan peraturan mesyuarat sesuatu mesti dipersesuaikan dengan urusan kerajaan mesti diutamakan.

“Biarlah kerajaan yang menjadikannya sebagai urusan kerajaan diutamakan menjadi usul undi percaya dibawa ke dewan yang mulia ini,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2021.

Gesaan ini mendapat sokongan Ahmad Maslan (BN-Pontian), yang berkata langkah ini akan memastikan tiada lagi keraguan terhadap sokongan kepada kerajaan.

Berita penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/11/19/zahid-gesa-pemerintah-bawa-usul-undi-percaya-muhyiddin-ke-parlimen/

Annuar Musa ‘sound’ Ku Li, ikut arahan parti dan jangan memandai-mandai

Setiap ahli Parlimen perlu patuh kepada arahan ketua whip dalam membuat undian bagi menyokong rang undang-undang dibawa kerajaan, termasuk Belanjawan 2021.

Peringatan itu diberikan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa terhadap Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razeleigh Hamzah.

Menurut Annuar, kenyataan Tengku Razaleigh yang meminta ahli Parlimen membuat undian di Dewan Rakyat mengikut ketetapan sendiri dan tidak mengikut ketetapan parti adalah tindakan yang melanggar mandat diperolehi parti semasa pilihan raya sebelum ini.

“Kita semua faham, kita adalah wakil rakyat yang dipilih oleh parti. Kita bertanggunjawab untuk dokong keputusan parti dan kita juga buat keputusan menggunakan sistem whip.

“Bila parti buat keputusan, ketua whip akan berikan arahan dan kita akan undi mengikut arahan whip.

“Kalau ada ahli parti yang hendak bertindak sendiri, maka bila sampai pilihan raya, tidak perlu lagi parti, buat keputusan sendiri jugalah.

“Kalau tidak mahu ikut parti, tidak mahu patuh pada arahan parti, maka kena bersedia juga terima tindakan tertentu (yang dibuat oleh) parti,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Annuar berkata, ketua whip parti ketika ini sudah memberikan arahan dan ahli Parlimen BN akan menyokong RUU yang dibawa kerajaan dan menyokong RUU Belanjawan 2021.

Berita penuh : https://malaysiagazette.com/2020/11/19/annuar-ingatkan-ku-li-ikut-arahan-parti-bukan-ketetapan-sendiri/

BASF Petronas Chemicals tutup kilang di Kuantan

BASF Petronas Chemicals tutup kilang di Kuantan

BASF Petronas Chemicals Sdn Bhd (BPC), syarikat usaha sama BASF Nederland BV dan Petronas Chemicals Group Bhd (PCG), akan menutup kilang butanediol dan derivatifnya di Kuantan, Mac tahun depan.

Menurut kenyataan BPC hari ini, keputusan itu adalah seiringan dengan usaha pelarasan semula portfolio produk bagi pertumbuhan jangka panjang dan tidak akan memberi impak terhadap kilang lain dalam kawasan sama.

Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif PCG, Datuk Sazali Hamzah berkata keputusan berkenaan sebaliknya akan memberi manfaat strategi jangka panjang terhadap BPC dan pihak berkepentingannya susulan perubahan landskap perniagaan serta prospek jangka panjang yang tidak memberangsangkan.

“Malah, kami berharap untuk menghasilkan produk-produk nilai tinggi baharu menggunakan teknologi terkini yang seiring dengan pelan pengembangan PCG dengan merangkumi pembangunan segmen bahan kimia khusus.

“Ini akan membolehkan kami mendapat akses pasaran dan pelangan baharu, sekali gus meningkatkan pertumbuhan bagi kemampanan perniagaan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan BPC, Marko Murtonen berkata langkah penutupan itu juga disebabkan oleh kapasiti berlebihan yang ketara di rantau ini susulan pelaburan dalam pengeluaran baharu BDO berasaskan arang batu.

Sehubungan itu, katanya, BPC dalam usaha menghubungi pelanggan sebagai sokongan terhadap kelancaran proses peralihan dan akan terus berkhidmat kepada pelanggan dengan produk lain keluaran syarikat itu.

“BPC juga akan bekerjasama erat dan memberi bantuan sewajarnya kepada pekerja kami yang terbabit dalam proses peralihan ini,” katanya.

Naib Presiden Kanan BASF bagi Asia Pasifik, Vasilios Galanos berkata sebagai salah satu syarikat peneraju dalam perniagaan BDO dan derivatif, pihak-pihak terbabit juga komited terhadap pembangunan berterusan dalam rantaian nilai BDO.

“Langkah ini adalah sebahagian daripada strategi kami untuk meningkatkan daya saing dalam pasaran dengan menambah nilai jangka panjang kepada perniagaan pelanggan, BASF dan BPC,” katanya.

BPC adalah syarikat usaha sama membabitkan BASF (60 peratus kepentingan) dan PCG (40 peratus) bagi kilang derivatif propilena dan butana di Gebeng, Pahang.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, PCG berkata BPC akan merekodkan caj sekali yang dianggarkan sebanyak AS$139 juta (RM577 juta) dalam suku keempat 2020 yang terutama berkaitan dengan pelupusan, rosot nilai,peruntukan bagi penyahtauliahan dan kos pemisahan pekerja.

Implikasi kewangan terhadap PCG adalah AS$56 juta (RM232 juta) berdasarkan pegangan kepentingan sebanyak 40 peratus.

Perniagaan BDO BPC itu mula beroperasi pada 2004 dan terbabit dalam usaha penghasilan serta penjualan butanediol, tetrahydrofuran dan gamma-butyrolactone yang disifatkan sebagai perantara serba guna dalam industri bahan kimia.

Berita penuh : https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2020/11/755731/basf-petronas-chemicals-tutup-kilang-butanediol-derivatif-di-kuantan

Kerajaan tak boleh dedah syarat penuh penyelesaian 1MDB – Goldman Sachs – Menteri

Kerajaan enggan mendedahkan syarat penuh perjanjian penyelesaian 1MDB-Goldman Sachs dengan alasan segala terma dan syarat dalam perjanjian itu tertakluk kepada klausa kerahsiaan, melainkan ia dipersetujui pihak yang berkaitan.

Menurut Menteri di Jabatan Menteri Takiyuddin Hassan klausa kerahsiaan itu juga terpakai untuk peruntukan mengenai jaminan AS$1.4 bilion daripada Goldman Sachs ke atas aset curian.

“Oleh yang demikian, berdasarkan klausa kerahsiaan tersebut, kerajaan tidak dapat memberikan akses kepada perincian perjanjian penyelesaian 1MDB-Goldman Sachs sebagaimana yang dipohon untuk mengelakkan sebarang tindakan undang-undang diambil akibat pelanggaran terma perjanjian.

Dia berkata demikian sebagai menjawab soalan Wong Chen (PH-Subang) yang bertanya sama ada ahli-ahli parlimen boleh atau tidak diberi akses penuh kepada syarat penuh perjanjian penyelesaian berkenaan, serta perincian aset curian bernilai AS$1.4 bilion yang telah dijamin oleh Goldman Sachs.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/551632

Terdesak tak mampu bayar ansuran, lelaki ini nekad bakar kereta

Terdesak tak mampu bayar ansuran, lelaki ini nekad bakar kereta

Seorang lelaki yang membuat laporan palsu konon keretanya dicuri terbongkar selepas polis mengesan suspek terdesak kerana tidak mampu membayar ansuran bulanan.

Lelaki itu dikatakan tertekan hingga bertindak membakar kenderaan tersebut di sebuah kebun kelapa sawit di Jalan Bukit Belimbing, Kuala Selangor dekat sini, Isnin lalu.

Suspek yang bekerja sebagai kontraktor berusia 53 tahun itu membuat laporan polis dua hari kemudian mengenai ‘kehilangan’ keretanya kononnya dicuri di kawasan tempat letak kereta sebuah pangsapuri di Klang.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, polis menerima laporan yang dibuat lelaki berkenaan pada jam 9 pagi.

“Siasatan awal mendapati suspek mengaku membakar kereta jenis LMG yang dibelinya sejak empat tahun lalu susulan terpaksa menanggung sendirian ansuran bayaran berjumlah RM569 tanpa mendapat bantuan daripada rakan kongsi perniagaannya.

“Suspek dan rakannya sebelum ini terlibat sebagai sub-kontraktor membaiki jalan dan rumah.

“Bagaimanapun, suspek membakar kereta terbabit kerana tidak berpuas hati dengan rakan kongsi perniagaannya yang gagal membantu pembayaran ansuran bulanan,” katanya hari ini.

Beliau berkata, dipercayai suspek bertindak sedemikian bagi menuntut insurans terhadap kereta tersebut.

Katanya, kes tersebut dianggap selesai berikutan penemuan kereta berkenaan selepas lelaki itu menunjukkan lokasi kejadian.

“Suspek akan dituduh di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan polis palsu,” katanya.

Berita penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/111003/BERITA/Jenayah/Bakar-kereta-kerana-tak-mampu-bayar-ansuran-bulanan

Cetak Wang Adalah Bukti Jelas Ekonomi Malaysia Hampir Muflis

Idea “cetak wang” Timbalan Menteri hanya akan parahkan lagi ekonomi negara

Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) PNB, Jalil Rasheed menolak idea supaya mencetak wang untuk membantu merancakkan ekonomi.
Ini susulan cadangan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal supaya Bank Negara mencetak lebih banyak wang kertas untuk diagihkan kepada rakyat untuk dibelanjakan.

Bercakap di radio BFM pada Isnin lalu, timbalan menteri itu berkata, ini boleh dilakukan dengan melupuskan hutang untuk membantu rakyat.

Katanya, ini boleh dilaksanakan menerusi dasar kewangan “wang helikopter” dengan bank pusat secara langsung mencetak wang dan memberikannya kepada rakyat supaya mereka dapat membelanjakannya.

Malah katanya, ini adalah beberapa langkah yang boleh dilaksanakan, dan negara memerlukan dasar inovatif dari bank pusat.
Wang helikopter merujuk kepada dasar mencetak sejumlah besar wang baru untuk diedarkan di kalangan rakyat, untuk merangsang ekonomi semasa kemelesetan.
Walau bagaimanapun, Jalil tidak bersetuju dan berpendapat bahawa dasar seumpama itu tidak akan berjaya.

“Mencetak wang bukan penyelesaian buat Malaysia. Ia menurunkan nilai mata wang – sekarang pun ringgit sudah cukup lemah – apabila terlalu banyak sedang beredar.
“Ini seperti membahagikan kek dari 10 keping menjadi 20 keping. Bahagian anda menjadi lebih kecil,” ciapnya di Twitter malam tadi – tanpa membuat sebarang sebutan mengenai Wan Fayhsal.
Jalil berkata, dasar seperti itu mungkin hanya dapat dilaksanakan di Amerika Syarikat (AS).
Ini kerana mata wang dolar digunakan untuk perdagangan antarabangsa, dan lebih banyak wang yang beredar masih akan mendapat permintaan tinggi.
Negara-negara yang mengamalkan dasar wang helikopter telah menyaksikan inflasi melampau seperti di Zimbabwe dan Venezuela. – Mkini

https://www.tuncarlos.com/2020/11/idea-cetak-wang-timbalan-menteri-hanya.html

Terbukti Muhyiddin adalah PM paling lemah dalam sejarah – Shahrir

Saya ditanya mengapa perlu saya hujahkan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yasin adalah ‘perdana menteri yang paling lemah’ dalam sejarah negara.

Kepimpinan lemah tidak membawa kebaikan bagi rakyat dan negara ketika rakyat berhadapan dengan kesan mencabar terhadap kehidupan mereka.

Dari segi kesihatan awam, rakyat bertuah kerana sistem kesihatan awam negara telah terbina kukuh bertahun lamanya sehingga mampu mengatasi sistem kesihatan awam negara-negara maju.

Bagaimanapun, rakyat dan negara perlu juga kepada kestabilan politik supaya ekonomi rakyat dan negara mampu bertahan kesan buruk wabak Covid-19 dan mampu meningkat kembali apabila wabak itu dapat diredakan.

Kesilapan Muhyiddin dan rakan-rakan politiknya menasihatkan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk mengistiharkan darurat kononnya kerana inilah caranya negara boleh mengatasi wabak Covid-19 telah sebenarnya membuka kelemahan kerajaan PN itu sendiri.

Ianya suatu tindakan yang ‘desperate’ dan mendedahkan kelemahan kumpulan penasihat dan perancang Muhyiddin, ‘inner circle’nya dan jemaah menteri PN.

Keputusan untuk diistihar darurat sudah cukup memerlukan Muhyiddin meletakkan jawatan kerana pentadbir semasa darurat tidak perlu baginya kekal sebagai perdana menteri!

Siapalah yang menasihat Muhyiddin untuk menyembahkan nasihat ini kepada YDPA?

Saya dengar ramai peguam-peguam yang rapat dengan Bersatu dan komponen PN yang telah terlibat menasihat Muhyiddin.

Apabila nasihat Muhyiddin ditolak oleh YDPA, sekali lagi terdedah kelemahan kepimpinan Muhyiddin sebagai perdana menteri dan lagi mengukuhkan sebab Muhyiddin sepatutnya meletakkan jawatannya sebagai perdana menteri.

Seterusnya, kerajaan PN terpaksa berhadapan pula dengan Dewan Rakyat untuk meluluskan Bajet 2021nya.

Sekarang Bajetnya itu mendapat pula ‘talian hayat’ dari YDPA yang bertitah agar Bajet 2021 dilulus oleh Dewan Rakyat.

Dah terbongkar lagi kelemahan kepimpinan kerajaan PN dibawah Muhyiddin Yassin!

Keempat, apabila saranan Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi BNBBC untuk menyokong Bajet 2021 secara bersyarat sehingga menimbulkan polemik ‘hikayat PGL’ oleh wakil rakyat PN-PAS dan keangkuhan Ketua Eksekutif KWSP, Muhyiddin dan PN sudah berdepan dengan keadaan ‘kalah – kalah’ umpama ‘ditelan, mati emak, dibuang,…’

Ditolak saranan BNBBC pun susah, diterima pun lagi kelihatan lemah PN.

Tidak adil bagi rakyat dan negara terpaksa mendokong kepimpinan kerajaan yang lemah setelah baru 30 bulan dahulu je, mandat rakyat melalui PRU14 tidak akhirnya membawa kepada kebaikan dan manfaat untuk mereka!

Memang tepat permintaan awal-awal Umno-BN pada Mac lepas bahawa jalan yang terbaik ialah untuk kembali balik kepada mandat rakyat.

Umno-BN bersabar dan sanggup meletak tepi keresahan menyokong mereka yang pernah mengkhianati Umno untuk mereka pula duduk sebagai pemerintah.

Sudah tahu dengan pasti mereka itu mudah mengkhianati kawan dan perjuangan, sekarang jangan bertolak ansur lagi.

Mungkinkah boleh ‘pengkhianat’ bersifat ikhlas?

Hanya mandat rakyat yang mampu menyelamat rakyat dan negara dari kelemahan kepimpinan negara hari ini.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/550817

Design ‘capal’ akan merosakkan aqidah umat Islam – Maulana Asri

pelajar pondok pasir tumboh pusat ajaran Brelwi Hassan Reza Khan al-Brelwi
Design ‘capal’ akan merosakkan aqidah umat Islam – Maulana Asri

pihak majlis agama Islam negeri-negeri dan majlis raja-raja masih berdiam diri.

Lama kelamaan lakaran capal ni akan merosakkkan akidah umat islam jika kita tak banteras dari awal. Sebabnya yang popularkan perkara ini adalah golong sesat brelwi.

Mengapa golongan Brelwi sering dilihat memakai lambang capal di kepala ?

Seperti yang dimaklumi, Brelwi mendakwa itulah cara mereka memuliakan Rasulullah SAW. Iaitu dengan meletakkan capal dikepala. Tetapi hakikatnya ada sesuatu disebalik pemakaian begitu ?

Apa kata pemimpin ajaran Brelwi Hassan Reza Khan al-Brelwi berkenaan perkara ini :

جو سر پہ رکھنے کو مل جائے نعلِ پاک ِ حضور
تو پھر کہیں گے کہ ہاں تاجدار ہم بھی ہیں

“ Orang yang meletakkan di atas kepala capal Rasulullah SAW, dia akan mendapat kemuliaan Nabi Muhammad SAW. Jika begitu, bolehlah dikatakan bahawa kita adalah raja yang dimahkotakan dengan kehormatan “

Meneliti perbahasan mereka, orang yang mendapat kemuliaan nabi SAW tidak akan binasa hidupnya. Malah bebas dari segala dosa kecil mahupun dosa besar.

Inilah akidah yang dibawa oleh golongan Brelwi.

Hari ini, pemakaian capal dikepala sudah menjadi trend/ kebiasaan masyarakat kita tanpa mereka tahu dari mana asal/tujuan sebenar ia diletakkan dikepala.

Memakai capal di kepala dengan iktikad sebegitu jelas menyeleweng dari akidah Ahlu Sunnah Wal Jama’ah.

Allah al-Musta’an.

Sumber :

Annuar Musa Jual Tanah DBKL

Dakwaan jual tanah DBKL, Annuar Musa mahu saman MP

Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai yang mendakwa beliau telah menjual 42 plot tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menurutnya, sepanjang memegang jawatan menteri dalam tempoh lapan bulan sejak Mac lalu, beliau tidak pernah menerima apa-apa permohonan daripada DBKL untuk menjual mana-mana aset mereka.

Katanya, tindakan Tan yang juga Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan itu sangat berbaur fitnah, menjejaskan reputasinya dan DBKL.

“Ia satu tuduhan berat dan sangat serius,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Dakwaan Tan itu dilaporkan sebuah portal berita dalam talian semalam yang mendakwa sepanjang tempoh Annuar memegang jawatan itu, banyak tanah milik DBKL yang dijual kepada pihak swasta untuk dimajukan membabitkan projek perumahan dan campuran komersial.

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, Tan sepatutnya membangkitkan perkara itu dalam Dewan Rakyat supaya beliau boleh memberikan jawapan, bukannya di luar dewan.

“Tindakan di luar Parlimen tertakluk undang-undang tertentu, justeru saya telah arahkan peguam saya untuk ambil tindakan undang-undang terhadap beliau mengikut jalur dan proses sedia ada kerana saya memandang serius terhadap tuduhan seperti ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Annuar yang merupakan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) berkata, tidak timbul persoalan menteri daripada parti mana yang memegang sesuatu portfolio dalam Kabinet kerana keputusan kerajaan dibuat dalam mesyuarat jemaah menteri berdasarkan prinsip tanggungjawab bersama.

“Menteri pegang portfolio mana pun semua penting. Tidak ada satu menteri yang tidak penting, ini tidak timbul sebagai contoh Menteri Kanan Pendidikan (Dr Radzi Jidin)…memang betul kalah pada saya (dalam pilihan raya) tetapi dia sudah dilantik sebagai Senator dan mencukupi syarat untuk dilantik sebagai anggota jemaah menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas ditanya pemberita berkenaan kenyataan Pengerusi Lembaga Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah yang berpendapat parti itu sepatutnya memegang lebih banyak jawatan menteri atau portfolio utama dalam Kabinet pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Berita penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/11/643534/jual-tanah-annuar-akan-saman-tan-kok-wai