Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Mat Sabu Pulangkan Kereta Awal?

1 HADI JAHAT

Mat Sabu Pulangkan Kereta Awal? C&P

Ramai yang bertanya saya berkait tulisan Senator Liew Chin Tong bahawa YB Mohamad Sabu antara orang awal menyerahkan kereta kerajaan selepas kerajaan PH tumbang. Saya boleh sahkan ya. Memang betul.

Beliau memulangkan kereta rasmi kerajaan pada hari isnin 24 Februari 2020 sebaik sahaja Tun Mahathir meletakkan jawatan. Bermula petang tersebut beliau kembali menggunakan kereta asal sebelum menjadi menteri.

Ketika itu masih ramai berbahas adakah kabinet juga terbubar dengan perletakan jawatan tersebut, tetapi YB Mat Sabu tegas menyimpulkan kabinet automatik terbubar dengan perletakan jawatan PM dan harta kerajaan perlu dipulangkan segera.

Pada hari yang sama juga semua pengawal beliau dipulangkan ke pihak ATM. Semua yang berada di rumah kerajaan yang diduduki beliau diarahkan mengemaskan barang untuk segera berpindah.

Pada petang tersebut Ketua Setiausaha Kementerian Dato Muiez hadir ke rumah beliau memaklumkan bahawa mengikut peraturan beliau masih boleh tinggal di rumah tersebut diantara sebulan ke tiga bulan sebagai persiapan untuk berpindah. Tetapi YB Mat menolak.

Kawan kawan juga meminta beliau kekal sementera di rumah kerajaan tersebut kerana rundingan masih berjalan dan boleh jadi beliau menjadi kerajaan semula. Tetapi kata YB Mat, sekarang sudah tidak menjadi kerajaan, moralnya perlu keluar segera. Kalau takdir menjadi kerajaan semula pun, itu hal yang lain. Pokoknya sekarang bukan lagi berjawatan Menteri.

Hari berikutnya, pagi selasa barang barang peribadi beliau siap dikemas dan dipindahkan. Hari ini beliau sudah berada di Shah Alam, Kota Raja memulakan tugas sebagai Ahli Parlimen. Terima kasih.

2 Mac 2020
9.26 am

MN ISMAIL

Menteri Pertahanan Malaysia Bersama Erdogan

Suatu masa dulu, Abe Mat adalah salah seorang yang dicop sebagai Kumpulan Erdogan. Kini beliau sudah bersama Erdogan.

Manakala orang yang menggelarnya itu ghaib ghuyub tak tahu hidup atau mati. Tunggu tunggu tak kelik tak tahu nyo gi kuano.

Bantuan Khas Veteran ATM

Image may contain: one or more people and text

Mat Sabu ke Rusia, bincang pemindahan teknologi pertahanan

Menteri Pertahanan Malaysia Mohamad Sabu kini dalam rangka lawatan kerja rasmi ke Moscow, Rusia selama empat hari bermula 22 hingga 25 April sebagai memenuhi jemputan negara tersebut.

Mohamad bertemu rakan sejawat beliau, Jeneral Sergei Shoigu yang antaranya membincangkan spektrum kerjasama pertahanan, khususnya berkaitan latihan bersama dan pemindahan teknologi pertahanan.

“Lawatan kerja rasmi ke Moscow, Rusia ini dilihat sebagai salah satu platform penting bagi menjelaskan lagi komitmen dalam mengukuhkan jaringan kerjasama dan industri pertahanan antara kedua-dua negara,” menurut kementerian.

Dalam kenyataan hari ini, kementerian juga berkata Mohamad melawat syarikat-syarikat industri pertahanan seperti Rostec Corporation dan Irkut Corporation.

Beliau dijadual berucap berkaitan kesan kekalahan kumpulan pengganas IS di Syria dan Iraq pada Persidangan Keselamatan Antarabangsa Moscow kelapan.

Rombongan Malaysia disertai Panglima Tentera Udara Jeneral Affendi Buang, Duta Besar Malaysia ke Rusia Mat Dris Yaacob, Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Lt Jeneral Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan.

https://www.malaysiakini.com/news/473414?fbclid=IwAR17Wd2_Fgwc-zsjU7kCEDVmWejb9QzXAc-l2rN1DWNeqjQLxH6GL3ZWH6U