Malaikat dan syaitan juga mereka heret untuk politik keji mereka.
Adalah hak PAS untuk bermuafakat dengan siapa sahaja termasuk tumbuh tumbuhan mahupun haiwan. Sekiranya batu yang bersifat jamadat itu mampu dibawa berkawan, mereka boleh sahaja bermuafakat.
Tetapi, bagaimana Mokhtar Senik tahu perjanjian Muafakat Nasional yang dimetrai mereka disokong malaikat di langit lalu mereka bertakbir menyokong nya? Adakah Mokhtar Senik menerima wahyu bisikan dari langit melalui Jibril?
Adakah juga Mokhtar Senik hidup dalam alam ghaib mengetahui kiraan dan caturan politik mereka itu membuatkan syaitan iblis kecewa meraung duka? Bukan sahaja itu…malah hanya mendengar nama MUAFAKAT NASIONAL menakutkan syaitan!!! Setaraf ayat al-Kursi kah ia?!
Bukankah ayat dan keyakinan seperti ini membawa kepada kerosakan akidah? Atau ia adalah bibit kesesatan apabila dengan jazam pasti sebuah urusan politik pilihan mereka disokong malaikat mulia dan dilawan syaitan terlaknat?
Adakah ada mana-mana jabatan agama atau majlis fatwa bersedia mengeluarkan fatwa tentang dakwaan songsang bersifat akidah ini?
Semoga politik keji menghina dan menginjak kemurniaan agama ini bakal mati dan terkubur secepatnya!