Kategori: KERAJAAN MELAYU/ISLAM RASIS (PN)
Bagaimana Membuktikan Bahawa Al-Quran Benar-benar Terjaga?
SUBSCRIBED”Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan adz-Dzikr (al-Qur’an), dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menjaganya.” [QS. al-Hijr/15:9] Sumber video: OnePath Network ____ ______ Support Penerjemahan Video lainnya: https://kitabisa.com/campaign/support…
Ilmuwan Non Muslim ini Mengatakan Bahwa Nabi Muhammad ﷺ adalah Tokoh Anti-Rasisme Pertama di Dunia
“Saya pribadi bukanlah seorang Muslim tetapi saya harus mengatakan bahwa saya benar-benar terinspirasi dengan anti-rasisme yang dilakukan Nabi Muhammad ﷺ. Sebab beliau menunjukkan bahwa seseorang itu dilihat bukan dari rasnya, tetapi melainkan kualitas karakter dan perilakunya.” [Dr. Craig Considine, ilmuwan dari Departemen Sosiologi, Rice University, Texas-Amerika Serikat] Sumber: Emir Stein Center ______ Support Penerjemahan Video lainnya, klik: https://kitabisa.com/campaign/support…
PKP ADALAH PELUANG KEBAS PROJEK NEGARA DENGAN SELESA, ALLAH SWT DATANGKAN PN TETAP BERSUKA RIA.
MENCURI DAN MENIPU TUNGGAK UTAMA UMNOPAS – PN
Maaf, saya tidak dapat bersetuju dengan pandangan ini. Persidangan 1 Hari Parlimen
■Maaf, saya tidak dapat bersetuju dengan pandangan ini.
Persidangan 1 Hari Parlimen
1. Pandangan bahawa persidangan 1 hari menepati Art 55 adalah dilihat melalui lensa yg jumud & teknikal semata-mata. Undang2 Perlembagaan perlu analisis substantif & komprehensif.
2. Saya cadangkan Prof Madya hadamkan dahulu keputusan Mahkamah Agung UK dalam kes Prorogasi Parlimen Brexit.
Ianya memutuskan bahawa penangguhan Parlimen oleh PM (yang meskipun boleh dilakukan dari segi teknikal) dengan akibat menghalang Parlimen daripada menjalankan tanggungjawabnya untuk menyelia Eksekutif adalah tidak sah dalam undang-undang.
3. Jika Prof Madya berkesempatan, saya sudah huraikan secara komprehensif analisis ini dalam artikel saya di sini: https://t.co/rlvAMIfpw9?amp=1
Pendek kata, kesahan tindakan Eksekutif harus dilihat secara menyeluruh dlm sistem demokrasi berparlimen, bukan berpegangkan formalisme sempit.
Usul Undi Tidak Percaya
4. Pandangan Prof Madya bahawa “usul undi tidak percaya akan diletakkan di akhir agenda” juga adalah salah.
5. Cuba Prof Madya baca Aturan 14 yang jelas menyatakan bahawa “usul bagi perkara kepentingan kepada orang ramai yang berkehendak disegerakan” diberi prioriti berbanding usul Kerajaan.
6. Selain itu, Aturan 14 juga menyatakan bahawa Majlis Mesyuarat (the House) boleh mengubah aturan urusan Dewan Rakyat. Ini bermakna seorang MP boleh mengusulkan untuk undi tidak percaya dibahaskan terlebih dahulu daripada urusan Kerajaan, dan jika berjaya, harus diikuti.
Sekian.
kredit Lim Wei Jiet.
KERAJAAN PINTU BELAKANG TUTUP PINTU PERSIDANGAN PARLIMEN.
KERAJAAN PINTU BELAKANG TUTUP PINTU PERSIDANGAN PARLIMEN.
1. Tindakan membatalkan Persidangan Parlimen selepas titah di Raja pada 18 Mei ini disaat terakhir adalah satu tindakan terdesak desperado kerajaan PN yang memalukan.
2. Tindakan ini akan mencemarkan lagi nama Malaysia di peringkat antarabangsa bukan hanya sebagai kerajaan kleptokrasi tetapi juga kerajaan dayus tahap moral terendah mengamalkan proses demokrasi tulen. Negara lain bolih bersidang terus atau secara virtual tetapi kita takut nak bersidang walaupun untuk satu hari.
3. Begitulah rendahnya tahap kehinaan dalam demokrasi di capai oleh Malaysia hari ini. Demokrasi tidak dimakmurkan dan dihidupkan untuk rakyat tetapi ianya dinodai dan di peralatkan oleh kerajaan untuk PN lari dari semak imbang dan demokrasi.
4. DYMM Yang Di Pertuan Agong telah dipersilakan untuk berangkat merasmikan Parlimen dengan diadakan titah ucapan Tuanku di Parlimen pada awalnya. Sekarang tiada pula persidangan yang akan menyusul selepas titah Tuanku.
5. Titah DYMM Yang DiPertuan Agong di benarkan supaya Parlimen tidak terbubar untuk menyelamatkan Kerajaan tetapi bukan untuk menghidupkan roh konsep sidang Parlimen sebenarnya yang di batalkan di saat terakhir.
6. Institusi Raja berpelembagaan kita patut di hormati secara menyeluruh untuk kedaulatan serta kesejahteraan memelihara roh demokrasi bagi kesejahteraan rakyat dan jangan benarkan ahli politik memanipulasi sistem tersebut.
7. Ada sebabnya Presiden MCA tidak bersetuju kerajaan hari ini dipanggil kerajaan Melayu Islam kerana dia telah nampak kelemahanya. Insiden ini menunjukan betapa lemah dan ketandusan roh serta semangat Melayu dan Islam dalam kerajaan PN ini. Patutlah UMNO dan PAS tidak membantah cemuhan MCA kerana mereka sedar ada kebenaran tuduhan lemahnya nilai Melayu dan nilai Islam dalam PN .
8. Dimana letaknya semangat kepahlawanan gagah berani Melayu dalam tindakan pengecut pendekar UMNO-PBBM membatalkan sidang Parlimen walaupun untuk hanya satu hari?
9. Dimana letaknya nilai tanggung jawap beramanah kerajaan mengikut tuntutan Islam dari PAS untuk meneruskan sidang yang di janjikan mengikut peraturan Parlimen?
10. Ini semata mata kerana takut berhadapan dengan undi tidak percaya secara demokrasi.
11. Paling anehnya kalau wabak Covid-19 adalah alasannya, kenapa makin banyak kebebasan di luar boleh dibenarkan sementara Parlimen makin dikekang dan disempitkan?
12. Kalau dahulu PN menuntut mempunyai cukup undi majoriti menubuh kerajaan pintu belakang, kenapa sekarang takut menghadapi proses pengundian di Parlimen sebagai pendekar Melayu yang berani dan Ulama Islam yang jujur?
13. Adakah maklumat PN tentang bilangan MP yang di kemukakan semasa penubuhan kerajaan dahulu tidak memberi gambaran sebenarnya?
14. Dimanakah letak nilai kepahlawanan Melayu serta ketelusan ulama Islam dalam Kerajaan PN untuk menghadapi undi tidak percaya di Parlimen jika mereka benar cukup bilangan MP ?.
15. PN tidak lagi boleh dikenali sebagai Perikatan Nasional. Rakyat akan mengenali PN hari ini sebagai “Pengecut Nasional” yang khuathir berada di penghujung hayatnya takut menghadapi penghukuman undi tidak percaya melalui sistem demokrasi di Parlimen.
16. Kerajaan pintu belakang hari ini menutup pintu Parlimen pula untuk mengagalkan Parlimen bersidang walaupun hanya untuk satu hari.
RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH
14 Mei 2020
MIER melaporkan sekitar 1.4 juta akan kehilangan pekerjaan Dan Negara akan kehilangan anggaran 72 bilion GDP
MIER melaporkan sekitar 1.4 juta akan kehilangan pekerjaan.
Kalau purata 1.4 juta itu ketua keluarga yg ada 4 org tanggungan, bermakna 1.4 × 4 = 5.6juta
Ini bermakna 5.6 juta rakyat akan menerima impak secara direct..
Pertumbuhan ekonomi diunjur menguncup negatif 1 persen.
Negara akan kehilangan anggaran 72 bilion GDP.
Dgn fenomena harga minyak dunia yg semakin menggerunkan… Negara dijangka kehilangan pendapatan berpuluh bilion lagi dari hasil minyak…
Dlm keadaan duit yg semakin mengecil, impot makanan pula dijangka meningkat ke angka RM54 bilion..
Mak Cik Kiah tahu ker ni?
BANTUAN BPN: INGATKAN RAKYAT PUJI RUPANYA ….
BANTUAN BPN: INGATKAN RAKYAT PUJI RUPANYA ….
Bantuan BPN: Ingatkan rakyat puji rupanya ….
Oleh: Redzuan RF8 MediaMay 10, 2020
FacebookWhatsAppEmailPrintFriendlyShare
Ipohmali
Lepas Iftar tadi. bukan FB, berita pertama yang lalu kat wall aku, dari portal Berita harian, Kenyataan Menteri kayangan yang sejumlah 2.3 juta pemohon BPN diluluskan..Jadi bila melihatkan dibawah berita itu ada 3.5 ribu Komen.. aku jangkakan rakyat tak putus2 ucapkan tahniah dan rasa syukur,
Rupanya penuh dengan maki hamun, rasa tidak puas hati rakyat kerana tertipu dengan slogan PM tebuk atap yang mana tidak ada siapa yang tertinggal dan terpinggir.. tak kira makcik kiah, atau Pakcik salleh..mahupun Pakmat Tempe..
Mana tidaknya, Jika kamu ada rekod berdaftar SSM, sudah pasti kamu tidak akan lulus walaupun kamu hanya berniaga nasi lemak didepan rumah,mahupun berniaga di pasar malam… malah ada dikalangan B40 hanya mendapat RM 800…inilah akibatnya jika sesuatu dasar dibuat tidak menyasarkan kepda kelompok yang tepat..
lagi teruk ramai dari mereka hanya mendapat RM 500.. walaupun kamu punya isi rumah lebih 5 orang, kamu yang hanya terima RM 500 lebih rendah dari kelompok orang bujang dalam senarai BSH.. 2 Bulan mereka hilang pendapatan, Puratanya mereka hanya dapat RM 400 atau RM 250 sebulan sebagai gantian pendapatan.. apakah ini adil ?
Jadi betul tak apa aku tulis sebelum ini..Jika senarai dan data BSH digunakan, Akan ramai rakyat akan terpinggir.. aku jangkakan ada lebih 3 Juta isi rumah bakal terkesan..dan memang benar, jumlah pemohon baru melebihi 3 juta.. dan yang diluluskan cuma 2.3 Juta.. ini bermakna lebih dari 1 juta masih terpinggir..
Dari 2.3 juta yang diluluskan, Kata Menteri Kayangan CIMB, Peruntukan tambahan adalah RM 1.7 Billion.. ini bermakna kalau purata RM 1 ribu satu isi rumah..kita memerlukan pertambahan RM 2.3 Billion.. Itu sebab ramai dari kalangan mereka yang hanya dapat RM 500..dan ada yang dapat RM 800.. dan ramai dari mereka tidak lulus.. untuk congak semua ini kamu tak perlu jadi Accountant bertauliah..
Siapa yang baca tulisan aku, Aku dah sebut jelas sebelum ini.. Jika anggaran dari Pakej rangsangan itu RM 10 Billion..Kerajaan memerlukan sekurang kurangnya RM 3 Billion Peruntukan tambahan..Itu sebab aku kata, Kita perlukan Sidang parlimen.. Sebab angka dan peruntukan itu boleh diperbahaskan.. dan sejumlah peruntukan tambahan boleh diluluskan..
tapi inilah wajah Menteri Kayangan yang selalu yakin dengan berkata Ekonomi kita kukuh biarpun harga minyak Dunia diparas terendah….dan kata PM tebuk atap.. Makcik Kiah, Pakcik salleh hatta Pak Mat tempe yang bawa Grab takkan tertinggal dan terpinggir.. hakikatnya rakyat terbeban..
Itu sebab aku sentuh sebelum ini..Kelompok yang bergaji harian, Penjaja di pasar tani..Penjual goreng Pisang..mereka ini tidak ada rekod cukai LHDN..mereka tidak ada rekod KWSP..tetapi kelompok inilah yang paling terjejas..kelompok yang kais pagi makan pagi..kais petang makan petang..
yang Untung ada kakitangan Kerajaan, GLC Cikgu..Guru dan Mufti yang mendapat gaji penuh biarpun berehat dirumah.. depa dapat lagi tambahan Bonus..
Sudah sampai 2 Bulan rakyat hilang mata pencarian dan Pedapatan akibat PKP.. Rakyat dilarang berniaga..Dilarang keluar rumah.. dan akhirnya mereka ini terpaksa berbaris panjang dikedai pajak gadai untuk mendapatkan modal tambahan.. tapi kata Menteri Agama yang jahil, ini bukti literasi Kewangan Islam..
Mungkin semasa aku menulis dan luahkan rasa kebimbangan tentang Nasib rakyat bawahan..aku sebutkan akan ada 3 juta isi rumah bakal terpinggir..aku sebutkan RM 3 Billion paling kurang diperlukan peruntukan tambahan..ramai yang tak percaya..dan hari ini..ianya terbukti…
tak perlu ada pengalaman sebagai CEO Bank terkemuka untuk faham semua ini..apalagi tak perlu pandai berlakon baca Doa depan rakyat..ramai yang faham tentang pelbagai teori Ekonomi.. Tetapi jarang pemimpin atau cerdik pandai faham tentang reality Ekonomi..