TUN DR. MAHATHIR ADALAH WIRA UMAT ISLAM DI BUMI KEMBOJA – IHYA ASSUNNAH SOLUTION

Image may contain: one or more people and text

Ramai Yang Tak Tahu Tentang
TUN DR. MAHATHIR dalam peristiwa Regim Pol Pot, Khmer Rouge Regime.

Amerika pun tak berani campurtangan… Tapi ada orang tu..

Empat tahun rakyat Kemboja yang kebanyakannya ISLAM diseksa, dibunuh dengan cara yang amat kejam sekali. Pol Pot ialah pemimpin negara Kemboja yang mengamalkan dasar komunis dan manusia paling kejam melalui gerillanya Khmer Rogue. Lebih dari dua juta dibunuh.

Umat Islam terutamanya TIDAK DIBENAR untuk solat sekalipun, malah masjid dijadikan kandang babi. Mereka diseksa dengan cara yang amat kejam, disumbat dengan daging babi dan sebagainya.

Baru-baru ni sempat ke Pejumpaan Ilmuan dan Ulama Nusantara. Sempat juga berborak dengan Ahli Agama Kemboja .

“Dulu, masa zaman Pol Pot, kami diseksa begitu kejam. Semua ahli keluarga saya mati diseksa. Sehingga kalau nak solat, saya terpaksa solat dalam air!”

“Masa tu semua negara takut untuk campur tangan, malah,Amerika pun tak masuk campur, tapi ada sorang yang datang bawak bantuan”

Saya bertanya siapa?

“Your prime minister ! Dr Mahathir Mohamad! He come by himself! Beliau lah yang bawak makanan dan peralatan secara senyap-senyap” (saya percaya beliau juga antara orang bertanggungjawab bantu Vietnam serang Kemboja dan akhirnya rejim Pol Pot jatuh!)

(Saya rasa Dr Mahathir bergerak sendiri bukan atas kapasiti PM kerana beliau hanya memangku jawatan tu masa tu – ketika Tun Hussein Onn sakit)

“He is a bless!”

Malah pelarian Kemboja diberi penempatan melalui THAILAND dan kami diajar bahasa Melayu dan adat-adat orang sini.

“Kami amat berterima kasih kepada umat Islam Malaysia yang prihatin dan banyak membantu bagi membangunkan semula penduduk Islam Kemboja,”

Setiap bulan ada sahaja rombongan dari Malaysia mengunjungi kampung etnik Cham di Kemboja untuk memberi bantuan.

Pembinaan masjid, surau, sekolah agama, telaga, ternakan lembu, itik dan pengisar tebu antara sumbangan masyarakat Islam di Malaysia.

“Kami juga menerima banyak kitab agama seperti muqadam dan al-Quran untuk diagihkan ke surau, masjid, sekolah agama dan penempatan penduduk Islam.

“Hanya Allah yang dapat membalas jasa dan pengorbanan umat Islam Malaysia membantu kami untuk bangun daripada trauma kekejaman Pol-Pot,”

Sebak bila mendengar kisah sebegini. Bukan hanya sekali saya dengar, tapi apabila mendengarnya sendiri. Saya rasa nak kongsi dengan sahabat.

Alhamdulillah. Beliau adalah hamba Allah yang ‘ditugaskan’ untuk membantu umat Islam di seluruh dunia. Syukur!

Kredit : Izan Yahaya.

KUNJUNGI MEDIA-MEDIA DIBAWAH YANG DIPENUHI DENGAN KHAZANAH ILMU DAN MUTIARA NASIHAT AGAMA YANG AMAT BERHARGA :

https://chat.whatsapp.com/9CL0r2m0FFII8a9VcOSb6i

https://peribadirasulullah.wordpress.com/

https://twitter.com/Ihyaassunnah1?s=09

https://muslimcambodiablog.wordpress.com/

https://t.me/ihyaassunnah

Semoga Bermanfaat Di Dunia Dan Akhirat…

Sebarang pertanyaan dan komen berguna sila kirimkan melalui email berikut:

ihyaassunnah68@gmail.com

***SEBAIK-BAIK SERUAN***

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ (33) Fussilat 

 And who is better in speech than one who invites to Allah and does righteousness and says, “Indeed, I am of the Muslims.”

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Tuhan kami ialah Allah” kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: “Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu”.  Surah Fussilat : 33