Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Siapa Yang Gila Kuasa?

1 MAHATHIR DALAM TONG SAMPAH

*Siapa Yang Gila Kuasa?*
*Siapa Yang Tak Mau Bertolak Ansur?*

Gila Kuasa?
Orang Gila Kuasa ialah orang yang PERNAH BERKUASA.
Berkali-kali berkuasa.
Dah mabuk kuasa.
Macam orang mabuk todi,
Sebab hari-hari langgah todi,
Atau orang yang gila judi,
Sebab setiap hari main judi,
Kalah menang tak peduli,
Atau orang gila burung,
Masuk hutan panjat pokok kayu,
Nak pikat atau tahan burung.
Itulah namanya mabuk
Itulah namanya gila,
Tergila-gila…
Kalau kuasa…
Dia mabuk kuasa lah.
Dia gila kuasa lah.

OK…
Antara Tun Mahathir dengan Anwar…
Siapa yang mabuk kuasa?

Jawabnya…
Mahathir lah.
Sebab dia pernah berkuasa.
Dah dua kali pernah jadi Perdana Menteri,
Oleh kerana mabuk kuasa,
Oleh kerana gila kuasa,
Mahathir mau lagi jadi Perdana Menteri.

Adakah Anwar gila kuasa nak jadi Perdana Menteri?
Tidak,
Anwar tak gila kuasa,
Sebab Anwar belum pernah jadi Perdana Menteri,
Anwar hanya beberapa kali masuk penjara,
Akibat tindakan orang yang GILA KUASA.

Mengenai tolak ansur,
Ada bekas Menteri PH,
Bandingkan dengan Perjanjian Hudaibiyyah,
Sebab Perjanjian Hudaibiyyah tu,
Rasulullah SAW banyak bertolak ansur.

Wahai bekas Menteri,
Tuan sila baca kembali sejarah Islam tu,
Perjanjian Hudaibiyah tu hanya sekali,
Bukan berkali-kali.

Itu perbandingan tak tepat.

PH… Terutama Anwar dah bertolak ansur pada kali pertama,
Tapi Tun Mahathir berdolak dalik,
Sekejap dua tahun,
Sekejap dua tahun setengah,
Sekejap sampai habis penggal,
Sekejap ikut suka “aku”
Sekejap selepas APEC.
Sekejap sehingga sehari sebelum PRU-15.
Rasulullah SAW berpesan.
Jangan ENGKAU dekati lubang kalajengking buat kali kedua,
Yang pernah menyengat kamu pada kali pertama.

Janganlah kerana gian nak jadi Menteri,
Segala prinsip Tuan letak ke tepi.

Ha ha ha.
Siapa yang tergigit cabai?