Pengakuan Doktor, Ramainya PESAK1T Tak Solat; Sepatutnya SAK1T Ingatkan Kita Pada KEMAT1AN

Doktor : “Tadi tak bangun solat Subuh ke?”
Pesakit : “Ala doktor, susah lah nak solat. Leceh. Kotor baju ni. Nak wudhu pun susah.”
Doktor : “Minta lah baju baru dengan nurse.”

Pesakit : “Tak apa lah doktor. Orang lain pun semua tak solat,” menunjukkan tangan kepada semua pesak1t di kubikelnya.
Pesakit : “Mereka cakap sak1t tak payah solat.”

Ya. Ia bukan lagi satu yang aneh. Bukan satu yang jarang. Bahkan ia gejala yang agak merisaukan. Sak1t sepatutnya mendekatkan kita dengan Tuhan. Melalui sak1t Tuhan menggugurkan dosa-dosa hamba-Nya. Sak1t menyebabkan manusia lebih mengingati mat1, lebih menginsafi keterbatasan dan kelemahan diri. Sepatutnya…

Tetapi semasa di wad, kalau kita tinjau berapa peratus pesak1t yang solat lima waktu sehari (ah, ini asas, paling asas!) dan kita akan terperanjat! Alasannya:
1) Pakaian kotor
2) Sak1t
3) Susah nak wudhu

4) Boleh qada’
5) Tak tahu solat orang sak1t
6) Memang jarang solat pun di rumah

Ini terutama masalah bagi pesakit muda. Posting pertama sebagai houseman di wad ortho hal ini amat ketara. Ramai pesak1tnya muda-muda, sebahagian ada luk@-luk@ (jadi alasan tak boleh wudhu), dan kaki tergantung / bersimen / on traction. Pesak1t yang lebih berusia, mungkin kurang, seperti pengalaman saya di wad oftalmologi (ramai pesak1t katarak, glaucoma, d1abetic retinopati orang berusia).

Pesanan untuk Ibu bapa, kalau anak anda masuk wad, sila pastikan mereka solat. Ajarkan mereka solat orang sak1t. Boleh tanya doktor/nurse. Ia penting. Pesan setiap kali anda melawat mereka. Bantu mereka berwudhu (jangan anda pula tumpang sekaki tak solat). Sakit bukan alasan tak solat, bahkan sakit sepatutnya lebih menambahkan rasa taqwa kita. Dan jangan harapkan nurse atau doktor nak jaga solat anda/anak anda. Kerja-kerja rutin pun tak terkejar.

Semasa houseman dulu, selalu saya kejut pesak1t ketika round pagi (tetapi kadangkala tak terkejar juga, ah, rasa bersalah sebenarnya). Sengaja tanya soalan (yang mungkin tak perlu pun) untuk timbulkan perbualan, supaya mereka alert dan terjaga. Sekurang-kurangnya mereka bangun. Para houseman (dan juga nurse) ketika melakukan morning round (atau ambil vital sign pagi), jangan lupa kejutkan pesak1t.

Dan cadangan saya, mulai hari ini, kalau anda nak melawat pesak1t, tak payah bawa makanan banyak-banyak. Tak perlu bunga, atau kad, atau KFC (di Terengganu hospital sebelah KFC, ahah).

1.  Bawalah botol penyembur air ini, untuk membantu pesak1t berwudhu dengan mudah. Tidak terlalu basah. Tak perlu ke bilik air.

2. Belilah buku panduan solat ketika sak1t. Banyak di kedai buku. Paling kurang, ajarlah pesak1t, dan kalau tak arif di internet boleh dapat banyak (rujuklah laman yang autentik) atau tanya ustaz-ustaz.

3. Mak-ayah… sedia lah peluru siap-siap. Pesanlah kepada anak-anak yang masuk wad tu. Cakap, jangan tak cakap. D0sa anak tak solat, share nya sampai kepada ibu bapa juga (kalau tak tegur atau tak ambil tindakan).

4. Beri perhatian betul-betul. Waktu melawat adalah bermula jam lima hingga tujuh petang. Waktu ini wad penuh dengan pelawat. Nak solat agak susah/sempit. Pesakit sibuk melayan pelawat. Jadi pelawat jangan lupa tanya, “Asar dah solat ke?”. Dan bagi ruang pesakit solat dulu. Mana prioriti, anda (pelawat), atau solat? Ha! Anda bertanggungjawab tau kalau terlalu sibukkan pesakit sampai dia lupa solat (dan sesetengah pesakit memang saja gedik buat sibuk melayan sebab malas nak solat).

5. Ibu-ibu yang nak bersalin pun, jaga-jaga, selagi belum bersalin (wiladah) anda wajib solat ya. Kalau sekadar contraction, itu bukan alasan tak solat. Minta bantuan suami dan nurse. (Hukum detail, saya serahkan kepada yang lebih arif untuk huraikan)

InsyaAllah, sebarkan semoga semakin ramai pesak1t yang terjaga ibadahnya di hospital.

Pengakuan Doktor, Ramainya PESAK1T Tak Solat; Sepatutnya SAK1T Ingatkan Kita Pada KEMAT1AN

1 MUFTI1 AAA RASUAH1 AAA RASUAH 21 PAS IDAK CERDIKGENG LAWYER BURUK KELANTAN

1 A TERANCAM

Betulkah Kita Takut Kepada Allah Azza Wa Jalla?

1 PAS MOHON MAAF1 17 fitnah Umnopas11 tindakan zalim najib1 Pemakan Rasuah Babi1-MERUNTUHKAN NEGARA1 RUU 3551 3 PENYAMUN1 RM9O JUTA1 Tun Islam1 PH1 T M BINA NEGARA 22 TAHUN1 PUNCA ISLAM DIHINA1 A TERANCAMisu-tanah-kelantan

Betulkah Kita Takut Kepada Allah Azza wa Jalla?

Takut kepada Allah merupakan kewajipan. Siapa saja yang tidak takut kepada Allah di dunia, kelak dia akan merasa ketakutan pada hari kiamat, sebagaimana hadis qudsi riwayat Ibnu Hibban dalam sahihnya :

وَعِزَّتِي لاَ أَجْمَعُ عَلَى عَبْدِي خَوْفَيْنِ وَأَمْنَيْنِ، إِذَا خَافَنِي فِي الدُّنْيَا أَمَّنْتُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَإِذَا أَمِنَنِي فِي الدُّنْيَا أَخَفْتُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Demi keagungan-Ku, tidak akan Aku kumpulkan dalam diri hamba-Ku dua ketakutan dan dua keamanan. Jika dia takut kepada-Ku di dunia maka akan Kuberi keamanan di akhirat, dan jika dia merasa aman dari-Ku di dunia, akan Aku buat dia ketakutan di hari kiamat”.

Takut kepada Allah yang hakiki bukan hanya sekadar di bibir saja, tetapi tercermin dalam hati, sikap, perbuatan dan ucapan.

Abu Laits mengutip perkataan Al-Rabî’ bin Khaitsam yang menyatakan: Tanda seorang hamba itu takut kepada Allah Taala nampak dalam 7 perkara:

Pertama, nampak pada lidahnya. Lidahnya akan tercegah dari berdusta, mengumpat dan berbicara berlebihan. Lisannya akan sibuk berzikir, membaca Al-Quran, mahupun mendiskusikan ilmu.

Kedua, dia takut dalam urusan perutnya sehingga dia tidak memasukkan ke dalam perutnya kecuali makanan yang baik dan halal, serta memakan yang halal sekadar keperluannya saja, tidak berlebihan.

Ketiga, dia takut dalam urusan pandangannya. Tidak memandang sesuatu yang haram dilihat, tidak pula melihat dunia dengan pandangan penuh cita-cita. Pandangannya ke dunia hanya digunakan untuk mengambil ‘ibrah dari apa yang terjadi.

Keempat, dia takut dalam urusan tangannya. Tidak menghulurkannya kepada yang haram, hanya hulurkan tangannya untuk ketaatan kepada Allah Taala.

Kelima, dia takut dalam urusan kakinya sehingga dia tidak melangkah dalam maksiat.

Keenam, dia takut dalam urusan hatinya sehingga dia membuang rasa permusuhan, kebencian dan kedengkian kepada saudara seislam, dan memasukkan kedalam hatinya nasihat dan simpati kepada kaum Muslimin.

Ketujuh, dia takut dalam urusan taat kepada Allah sehingga dia menjadikan ketaatannya ikhlas mengharap Allah semata, khawatir terjatuh kepada riak dan nifaq. (Abu Laits al-Samarkandi, Tanbîh Al-Ghâfilîn, Cet. III. (Beirut: Dâr Ibnu Katsir, 2000), hlm. 390-391).[1]

Sungguh, kita tertipu dengan diri sendiri jika kita mengaku takut hanya kepada Allah tetapi masih ringan untuk berdusta, hati masih berat untuk menerima hukum dan ketentuan Allah SWT, mata masih suka untuk melihat aurat yang terbuka, gemerlap dunia masih lebih memukau kita daripada berjuang untuk merealisasikan ketaatan kepada Sang Pencipta.

Tidak kira sama ada kita rakyat jelata ataupun penguasa, menentang syariat Allah, menghalang para pejuanganya serta melemparkan tuduhan-tuduhan dusta kepada mereka merupakan bukti bahawa kita berani memerangi Allah walaupun mulut kita berbuih mengatakan “aku hanya takut kepada Allah.” Wallahu Alam.

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/piagam-perpaduan-ummah-umnopas/

 

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/kelantan-pada-zahir-dibawah-pemerintahan-ulamak-tetapi-pada-hakikat-kaum-cina-menguasai-ekonomi-negeri-kelantan/

 

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/isu-jawi-pas-menjadi-khadam-mca/

 

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/geng-musang-berbulu-ayam-di-bumi-malaysia/

 

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/pas-cabar-paderi-kristian-sertai-politik-pilih-parti-tanding-pru/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/apabila-parti-umno-dan-pas-terancam-maka-fitnah-bermula/

 

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/bila-sprm-nak-tangkap-rosmah/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/lhdn-saman-ku-nan-tuntut-bayar-cukai-pendapatan-rm57-17-juta-2/

 

 

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/06/ikhwan-global-adalah-al-arqam-berwajah-baru/

 

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/05/jpa-nafi-akan-hentikan-bayaran-pencen/

 

Husni: Saya jumpa Najib 20 kali suarakan kebimbangan

1 T M BINA NEGARA 22 TAHUN1-MERUNTUHKAN NEGARA

Husni: Saya jumpa Najib 20 kali suarakan kebimbangan

KES NAJIB l

Bekas menteri kewangan II Ahmad Husni Hanadzlah memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, bahawa beliau telah bertemu Najib Razak secara peribadi lebih 20 kali bagi menyuarakan kebimbangan mengenai pentadbiran negara termasuk pinjaman RM4 bilion SRC International Sdn Bhd daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP).

Ahmad Husni, 67, berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh peguam Muhammad Shafee Abdullah pada hari ke-50 perbicaraan kes Najib, melibatkan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Saksi pendakwaan ke-56 itu berkata nasihat yang diberikan adalah berhubung perkara membabitkan pentadbiran negara, termasuk pinjaman oleh SRC.

Beliau berkata sekiranya terdapat perkara yang salah dan ia berkaitan dengan perdana menteri (ketika itu Najib), beliau akan terus berjumpa serta berbincang.

“Sekiranya ada kesilapan, ia harus diperbetulkan,” katanya sambil menambah mesyuarat Kabinet yang dihadiri beliau, jarang membincangkan perkara berkaitan meluluskan cadangan bagi mengeluarkan jaminan kerajaan kepada pinjaman oleh SRC.

“Ketika saya menjawat jawatan menteri kewangan II, perbincangan dalam kabinet jarang diadakan. Kebanyakannya hanya bersetuju dengan perkara yang dibentangkan. Hanya bentang dan setuju. Itu realiti di Kabinet kecuali perkara berkaitan 1MDB berikutan terdapat percanggahan,” katanya.

Ahmad Husni juga berkata beliau tidak membantah permohonan kedua SRC International, untuk mendapatkan jaminan kerajaan bagi pinjaman RM2 bilion daripada KWAP pada 2012.

“Sebab, saya tahu saya tidak boleh berbuat apa-apa. Tapi saya ambil berat mengenai RM2 billion yang diberi oleh KWAP pergi mana… kerana ia membabitkan dana pencen,” katanya.

Katanya, beliau juga memeriksa sama ada pinjaman itu digunakan oleh syarikat terbabit serta menyemak sama ada pelaburan luar negara benar-benar wujud.

Ahmad Husni berkata beliau berada di luar negara ketika pinjaman kedua itu dibentang dan diluluskan dalam mesyuarat jemaah menteri.

Najib, 66, berdepan tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kuasa dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

– Bernama

https://m.malaysiakini.com/news/487216?fbclid=IwAR0F5jHox5309B9a4sKpOCKIbZYycyhI_-H2pmTpbGuei_vYKiJCzmOXZ-E#.XUvy9da7tFA.facebook

Design a site like this with WordPress.com
Mulakan