Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

FITNAH JAHAT UMNOPAS TERHADAP HANNAH YEOH

Image may contain: 3 people, text

1 BAHAYA FITNAH

Tolong jangan percaya fitnah seperti ini. Kenyataan palsu & kali ini mereka libatkan nama gereja juga. Mereka sebarkan dalam internet untuk takutkan warga Islam supaya tidak mengundi Pakatan Harapan. Saya telah membuat laporan polis.

Woke up today to more lies created by these paid cybertroopers & shared by UMNO & PAS followers. Fake quotes. I have never uttered such statements in any of these churches. Systemic lies to frighten the Muslims so they will not vote for Pakatan Harapan. I have lodged a police report.

Hannah Yeoh selar MP BN, PAS cuba gagalkan bajet kebajikan

1 TAATLAH KPD TUN1 MUKMIN KUAT

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh menyelar semua 28 anggota Parlimen BN dan PAS kerana cuba mengagalkan belanjawan untuk kementeriannya.

Katanya, dana untuk kementeriannya bertujuan, antara lain, untuk kumpulan yang kurang upaya, warga emas, wanita dan kanak-kanak.

“Bajet ini termasuk untuk tk bantuan kebajikan yang kita turunkan untuk golongan OKU, warga emas dan kanak-kanak. Sangat penting bagi golongan masyarakat yang perlu bantuan, ini tak boleh tergendala.

“Tapi saya terkejut bahawa ada ahli parlimen yang mainkan isu politik pada hari itu mengundi tidak setuju dengan bajet kebajikan,” katanya kepada wartawan di lobi Parlimen hari ini.

Pada malam Selasa lalu, bajet Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hampir ditolak susulan tindakan wakil rakyat pembangkang, selepas menyedari jumlah ahli parlimen kerajaan yang kecil, memutuskan untuk membuat kejutan dengan meminta undi bahagian.

Walau bagaimanapun undian bahagian itu berjaya diluluskan dengan kelebihan hanya empat undi, iaitu 32 anggota parlimen menyokongnya manakala 28 lagi menolaknya semasa undian kali pertama dijalankan.

Yeoh hari ini juga menyenaraikan ahli parlimen yang menolak bajet itu.

Mereka adalah seperti berikut:

1) Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang – PAS)
2) Wan Hassan Mohd Rami (Dungun – PAS)
3) Ahmad Tarmizi Sulaiman (Sik – PAS)
4) Wee Ka Siong (Ayer Hitam – MCA)
5) M Saravanan (Tapah – MIC)
6) Mahdzir Khalid (Padang Terap – Umno)
7) Annuar Musa (Ketereh – Umno)
8) Reezal Merican Naina Merican (Kepala Batas – Umno)
9) Ahmad Jazlan Yaakub (Machang – Umno)
10) Ahmad Hamzah (Jasin – Umno)
11) Halimah Mohamed Sadique (Kota Tinggi – Umno)
12) Nizar Zakaria (Parit – Umno)
13) Mohd Salim Sharif (Jempol – Umno)
14) Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar – Umno)
15) Ismail Sabri Yaakob (Bera – Umno)
16) Noh Omar (Tanjong Karang – Umno)
17) Noraini Ahmad (Parit Sulong – Umno)
18) Shamsul Anuar Nasarah (Lengong – Umno)
19) Ismail Mohamed Said (Kuala Krau – Umno)
20) Ahmad Maslan (Pontian – Umno)
21) Abdul Rahman Mohamad (Lipis – Umno)
22) Abdul Azeez Abdul Rahim (Baling – Umno)
23) Hasbullah Osman (Gerik – Umno)
24) Ahmad Nazlan Idris (Jerantut – Umno)
25) Jalaluddin Alias (Jelebu – Umno)
26) Adham Baba (Tenggara – Umno)
27) Mohd Shahar Abdullah (Paya Besar – Umno)
28) Ramli Mohd Nor (Cameron Highlands – Umno)

[Baca berita penuh]

Hannah Yeoh salur peruntukan RM13,300 baik pulih papan tanda masjid

Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh menyalurkan peruntukan sebanyak RM13,300 kepada pihak Masjid Al-Hidayah dekat Kampung Sungai Penchala.

Ia bagi membaiki papan tanda yang rosak akibat ribut kencang yang melanda kawasan kampung tersebut pada 7 Mei lalu.

“Pihak pengurusan masjid telah memohon kepada pejabat Ahli Parlimen Segambut bagi membantu membaiki kerosakan papan tanda masjid.

“Hannah Yeoh, Ahli Parlimen Segambut telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM13,300 kepada pihak Masjid dan kerja pemasangan telah berjaya disiapkan sepenuhnya pada 23 Januari 2019 oleh kontraktor pilihan masjid,” kata kenyataan media, hari ini.

Hannah Yeoh merupakan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Naib Pengerusi Wanita DAP. – Roketkini.com