Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

ZAHID BERI AMARAN KEPADA BANGKAI BERNYAWA.

MGF15082020_PRK-SLIM-37-681x453

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berucap ketika hadir untuk merasmikan Perlancaran Jentera Pemuda Barisan Nasional Negeri Perak sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N58 Slim di Dewan Rajawali Felda Residence Trolak, Perak. foto MOHD ADZLAN, 15 OGOS 2020.

1 BANGKAI

1 RASUAH PDRM

SLIM RIVER – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada Bersatu agar parti itu membuktikan kesetiaan dan kejujuran pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim pada 29 Ogos ini.

Presiden UMNO itu menegaskan inilah masanya Bersatu membalas balik jasa persahabatannya dengan memberi kira-kira 6,000 undi yang diterima pada Pilihan Raya Umum (PRU) ketika menggunakan logo PKR kepada calon BN.

Tambah beliau, jika gagal berbuat demikian, parti itu perlu bertanya apakah nilai persahabatan meteka kepada BN dan Muafakat Nasional (MN) selama ini.

“Betul kita sokong Perikatan Nasional (PN) tapi jangan jadi BN melukut di tepi gantang. Hendak berkawan biar sebenarnya dan hendak berkongsi

“Tidak ada agenda di belakang tabir dan kita tidak mahu BN dan MN digunakan hanya sebagai batu loncatan selama ini.

“Jangan main-main dengan BN dan MN serta jangan ingat bila ada cahaya di hujung terowong yang kerap bergerak, kita tidak mahu mahu mana-mana pihak terhegeh-hegeh.

“Bukti di Slim mereka jujur dan ikhlas,” katanya ketika berucap pada majlis Pelancaran Jentera Pemuda BN Perak di Felda Residence Trolak di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Pemuda Barisan Nasional, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid memberi jaminan tidak akan berlaku lagi budaya lompat parti di kalangan pemimpinnya pada masa akan datang.

“Tidak akan lompat kalau lompat kita cincang. Yang mana-mana yang lompat, kita minta mereka taubat.

“Kita tahu kemenangan di PRK Slim akan menjadi penanda aras PRU15 kerana saya telah memberi kuasa kepada Pemuda MN dan BN buka sahaja atas nama gerak gempur tetapi menjadi ejen mengundi.

“Kita ada di sini bukan kerana elaun, t-shirt dan penaja tetapi semangat Pemudan MN dan BN. Pastikan enam saluran di semua Pusat Daerah Mengundi tiada siapa (anak muda) yang tertinggal,” katanya.

PRK DUN Slim diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, 59, pada 15 Julai lalu.

Allahyaram merupakan wakil rakyat kawasan itu sejak PRU11 pada 2004.

Pada PRU14, Khusairi memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) selepas menewaskan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas dengan memperoleh majoriti 2,183 undi.

Slim adalah antara DUN dalam Parlimen Tanjung Malim selain Behrang dan Sungkai.

Seramai 23,094 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu membabitkan 22,815 pengundi biasa, 277 pengundi awal dan dua pengundi tidak hadir luar negara.

SPR menetapkan PRK DUN Slim diadakan pada 29 Ogos ini dan pengundian awal pada 25 Ogos ini. – MalaysiaGazette

Amaran untuk Bersatu, buktikan kejujuran dan keikhlasan

UMNO sepatutnya pegang jawatan tertinggi kerajaan – Perdana Menteri.

1 ZUL FITNAH AMAT BESAR 4

1 ZUL FITNAH AMAT BESAR1 ZUL FITNAH AMAT BESAR 31 ZUL FITNAH AMAT BESAR 2.1 MELAYU BODOH 2

 

Adik Zahid beli 2 banglo RM5.9 juta guna cek pemegang amanah Yayasan Akalbudi, kata saksi

Lee Kim Yew yang juga pengasas dan pengerusi Country Heights Holdings Berhad bersetuju 2 banglo yang asalnya rumah contoh itu dijual di bawah harga pasaran kerana keadaannya tidak terurus disebabkan lama tidak berpenghuni.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu adik Ahmad Zahid Hamidi, Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi membeli 2 banglo di Country Heights, Kajang bernilai RM5.9 juta menerusi cek Tetuan Lewis & Co, pemegang amanah Yayasan Akalbudi milik bekas timbalan perdana menteri itu.

Saksi pendakwaan ke-57, Pengarah Bee Garden Holdings Sdn Bhd, Lee Kim Tiong @ Lee Kim Yew, 65, berkata cek itu untuk pembayaran penyelesaian jualan 2 banglo setingkat milik syarikatnya, yang dijual kepada Yayasan Al-Falah dengan Nasaee ialah pengerusi lembaga pemegang amanah yayasan itu.

Beliau berkata, tujuan pembelian 2 banglo menerusi sekeping cek bertarikh 4 Jan 2017 berkaitan keagamaan kerana lokasinya berdekatan surau.

“Datuk Eric ada beritahu pihak yang mahu beli ada kaitan dengan keagamaan, tetapi saya tidak pasti kesahihannya,” katanya ketika menjawab soalan tambahan semasa pemeriksaan balas oleh peguam Ahmad Zaidi Zainal.

Ahmad Zaidi: Tadi Tan Sri (Lee) beritahu kenal Datuk Zahid (Ahmad Zahid). Adakah Tan Sri tahu Yayasan Al-Falah yang membeli lot-lot banglo ini ada kaitan dengan Datuk Zahid?

Lee: Saya tahu.

Ahmad Zaidi: Tan Sri tahu atau tak lot-lot tersebut akan ditukarkan untuk tujuan keagamaan, tahfiz atau pun sekolah agama Islam?

Lee: Saya tak tahu dia tukar ke apa. Tapi saya memang tahu bila mereka (Yayasan Al-Falah) beli tanah ini kerana banglo-banglo itu dekat dengan surau, dan ada kaitan pembelian tanah ini dengan surau itu.

Lee yang juga pengasas dan pengerusi Country Heights Holdings Berhad turut bersetuju dengan cadangan Zaidi 2 banglo yang asalnya rumah contoh itu dijual di bawah harga pasaran kerana keadaannya tidak terurus disebabkan lama tidak berpenghuni.

“Kedua-dua rumah itu dijual pada 2017 dengan harga RM150 sekaki.

“Saya bersetuju menjual satu lot pada haga RM3,022,500, kemudian dilaraskan menjadi RM3 juta, manakala satu lagi pada harga RM2,885,250, kemudian dilaraskan menjadi RM2.9 juta.”

Ahli perniagaan itu berkata, perjanjian urusan jual beli itu ditandatangani olehnya dan seorang lagi pengarah Bee Garden Holdings, Nik Hassan Nik Mohd Amin bagi pihak penjual, manakala Nasaee sebagai wakil pembeli.

Ketika pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Sazilee Abdul Khairi, saksi itu bersetuju dengan cadangan pengurangan harga banglo itu tiada kena-mengena faktor dekat dengan surau seperti yang dibangktikan pembelaan.

Dalam pertuduhan pengubahan wang haram ke-26, Zahid didakwa memberi arahan dalam pembelian 2 rumah jenis banglo bernilai RM5.9 juta menggunakan cek milik Tetuan Lewis & Co.

Zahid berdepan 47 pertuduhan, 12 daripadanya membabitkan pecah amanah melibatkan dana Yayasan Akalbudi, 8 tuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram.

Perbicaraan di depan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/06/16/adik-zahid-beli-2-banglo-rm5-9-juta-guna-cek-pemegang-amanah-yayasan-akalbudi-kata-saksi/

‘Malaysia era BN tak terima sesen pun dana luar bantu Rohingya’ – Zahid Hamidi, Kemana Pergi Dana Qatar ?

1 DANA QOTAR

Presiden Umno Datuk Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan ketika diperintah BN tidak satu sen pun dana asing yang dijanjikan bagi membantu pelarian Rohingya di negara ini.

Sebaliknya, jelas beliau, bantuan itu dikatakan diterima Malaysia ketika BN bukan lagi menjadi pemerintah, lapor Umno Online semalam.

Laporan itu bagaimanapun tidak menyebut dengan khusus sama ada dana itu disalurkan di era PH bawah pentadbiran Dr Mahathir Mohamad sebelum ini.

“Saya sendiri telah mengusahakan bantuan daripada sebuah negara dan ketika BN memerintah, tidak ada satu sen pun bantuan itu diperolehi oleh kerajaan Malaysia atau masuk dalam mana-mana yayasan atau akaun peribadi seseorang… tidak ada langsung.

“Saya difahamkan bantuan itu telah dihantar ke Malaysia ketika BN tidak lagi menjadi pemerintah dan tentunya bantuan itu adalah usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan BN di mana saya sendiri telah memohon bantuan itu tetapi kita tidak bernasib baik kerana kita tidak lagi menjadi kerajaan.

“Perkara ini harus dijelaskan kerana saya tidak mahu timbul pelbagai tuduhan apatah lagi mereka yang menuduh itu menjadi orang yang menjana dosa kering terutama dalam bulan Ramadan ini,” beliau dipetik sebagai berkata.

Media rasmi Umno itu melaporkan, ketika Zahid menjadi timbalan perdana nenteri, beliau mengumumkan Qatar antara negara Islam berikrar memberikan penajaan untuk menyokong usaha Malaysia membantu pelarian Rohingya.

Qatar menerusi Qatar Development Fund (QDF) dilaporkan akan menyalurkan bantuan kewangan kepada pelarian Rohingya yang mempunyai kad Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).

Dana itu akan digunakan untuk pelaksanaan tiga projek tumpuan iaitu memberi latihan kemahiran dalam sektor perladangan dan perkilangan; mengendalikan prasekolah dan sekolah rendah anak Rohingya dan skim perlindungan insurans untuk rawatan dan perubatan.
Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

Qatar beri dana khas bantu pelarian Rohingya di Malaysia

DOHA: Qatar kini antara negara Islam terbaru tampil menyatakan ikrar memberikan penajaan dana untuk menyokong Malaysia dalam melaksanakan projek kemanusiaan membantu pelarian Rohingya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata

Qatar bersetuju untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi membiayai usaha membantu rakyat Rohingya yang berada di Malaysia.

Melalui kerjasama itu, katanya, Qatar menerusi Qatar Development Fund (QDF) akan menyalurkan bantuan kewangan kepada pelarian Rohingya yang mempunyai kad Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).

Beliau berkata dana tersebut akan digunakan untuk pelaksanaan tiga projek tumpuan iaitu memberi latihan kemahiran dalam sektor perladangan dan perkilangan; mengendalikan prasekolah dan sekolah rendah bagi anak-anak Rohingya dan skim perlindungan insuran untuk rawatan dan perubatan.

“Persetujuan menyalurkan dana ini adalah respons positif Qatar terhadap usaha berterusan Malaysia menangani isu-isu mengenai Rohingya,” katanya kepada wartawan Malaysia selepas mengakhiri lawatan kerja empat hari ke Qatar, malam tadi.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) diberi tanggungjawab sebagai penyelaras projek bantuan itu bersama-sama beberapa kementerian, jabatan dan agensi kerajaan serta badan-badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan.

Menurutnya, komitmen Qatar itu diperolehi hasil daripada beberapa siri perjumpaan beliau dengan pucuk pimpinan negara itu.

Katanya, selepas tamat latihan separa mahir dan mahir, pelarian berkenaan diberi peluang bekerja di sektor perkilangan dan perladangan di Malaysia untuk tempoh masa tertentu sementara menunggu konflik di kampung halaman mereka selesai.

Menurutnya, Qatar juga meminta supaya jalinan kerjasama dibuat dengan beberapa NGO yang dikendalikan oleh rakyat Myanmar di Malaysia dalam menyediakan kemudahan pendidikan prasekolah dan sekolah rendah untuk anak-anak Rohingya.

“Perjalanan sekolah ini hendaklah mengikut silibus sistem pendidikan Myanmar sekarang dengan tujuan apabila konflik yang berlaku di negara itu tamat, anak-anak ini dapat melanjutkan pelajaran menggunakan silibus sama,” katanya.

Selain itu, katanya, Qatar juga meminta Malaysia menyediakan satu pelan perlindungan insurans menerusi sebuah syarikat insurans bagi memastikan pelarian Rohingya itu mendapat rawatan perubatan yang terbaik.

Menurutnya, QDF akan membiayai bayaran premium insurans itu dan kemudahan itu hanya khas kepada pelarian Rohingya yang berlindung di Malaysia.

Malaysia selama ini menjuarai usaha membantu nasib minoriti rakyat Rohingya di Myanmar daripada terus menjadi mangsa diskriminasi oleh kerajaan negara itu.

Terbaru, Malaysia menganjurkan misi menghantar Flotila bantuan kemanusiaan untuk masyarakat Rohingya di Myanmar oleh lebih 25 NGO Malaysia dan antarabangsa.

— BERNAMA

http://www.astroawani.com/berita-dunia/qatar-beri-dana-khas-bantu-pelarian-rohingya-di-malaysia-131526

SENARAI 20 BUAH KENDERAAN MEWAH MILIK PRESIDEN UMNO AHMAD ZAHID HAMIDI

1 AZAB DI AKHIRAT PEDIH

 

SENARAI 20 BUAH KENDERAAN MEWAH MILIK PRESIDEN UMNO AHMAD ZAHID HAMIDI

Patutlah mati-mati tak nak isytihar harta

‼1. Lexus URJ201R SUV (SAB 38 M) – RM900K
‼2. Lexus LX 460 (W 767 R) – RM800K
‼3. AUDI Q7 S Luxury Sport (QC 38) – RM600K
‼4. Mercedes Benz CLS350 RM570K
‼5. Toyota Land Cruiser (SAB 3 A)- RM400K
‼6. Toyota Vellfire (BEN 38) – RM350K
‼7. Toyota Vellfire (KDN 38) – RM350K
‼8. Toyota Vellfire (DCB 38) – RM350K
‼9. Chrysler Jeep Wrangler (J 38) – RM300K
‼10. BMW 320i (MBD 38) – RM250K
‼11. Honda Odyssey (BAM 38) – RM250K
‼12. Harley Davidson (JLC 38) – RM250K
‼13. Harley Davidson (G1M 38) – RM250K
‼14. Ducati Diavel Carbon (QMR 38) – RM150K
‼15. Ducati Hypermotard 796 (BEA 38) – RM80K
‼16. BMW R1200GS (JHD 38) – RM130K
‼17. BMW R1200RT (AFU 38) – RM130K
‼18. BMW C600 Sport (SAS 38) – RM70K
‼19. Kawasaki KLX 250V (WEX 38) – RM25K
‼20. Honda C100 (WVH 4851) – ?

Jumlah nilai kereta-kereta mewah Zahid melebihi RM6 juta.

Korang pakai kapchai dan kereta berapa ringgit?

Pendedahan senarai kenderaan dan nombor plat dibuat oleh salah seorang Penolong Pengarah JPJ berdasarkan rekod JPJ

LAKI BINI ANAK-BERANAK SAPU DUIT ASNAF

LAKI BINI ANAK-BERANAK SAPU DUIT ASNAF ??!

Bagaimana seorang pemimpin mengaku pejuang agama, pejuang ketuanan Melayu tetapi dlm senyap² salahguna dana orang miskin asnaf Yayasan Akalbudi utk membayar segala cukai jalan dan insurans untuk 20 kenderaan milik Zahid sekeluarga dgn berjumlah RM107,509.55 ??!

Malah pembayaran polisi insurans kenderaan utk isterinya, Hamidah Khamis serta 3 anak mereka, Nurulizwani, Nurulhidayah dan Ahmad Syafiq Hazieq juga dibayar guna duit asnaf yayasan.

Itu tak termasuk lagi Zahid & isteri berjoli sejumlah RM1.3 juta membeli-belah di butik² mewah di luar negara guna dana yayasan yg sama.

Itupun macai Umno walaun serta lebai PAS masih pertahan & angkat julang Zahid tu kenapa ??!

#RajaRasuah
#PenyangakUmno

Pemuda UMNO Alor Setar minta Zahid letak jawatan

Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri. – Foto Muhd Adib

1 SERIK

ALOR SETAR: Pemuda UMNO Alor Setar meminta Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berjiwa besar berkorban dengan berundur daripada jawatan itu demi menyelamatkan survival parti.

Ketua Pemuda UMNO Alor Setar, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri, berkata Pergerakan Pemuda UMNO Alor Setar meminta Ahmad Zahid berjiwa besar berkorban jawatan Presiden UMNO demi menyelamatkan survival dan hala tuju parti yang lebih fokus supaya memastikan parti dapat terus bergerak ke hadapan dengan kuat.

Menurutnya, Pemuda UMNO Alor Setar membawa suara ini hasil pendapat akar umbi di bawah yang semakin gelisah dengan krisis yang sedang melanda parti.

“Akar umbi juga tertanya tanya tentang cerita-cerita yang UMNO mahu menjadi kerajaan dengan membentuk ikatan bersama Pakatan Harapan (PH).

“Suara suara ahli di bawah terkilan dengan cerita berkenaan dan mahukan penjelasan dan suara mereka jelas menolak sebarang kerjasama dengan PH, terutamanya yang secara tidak langsung bermakna UMNO mengiktiraf DAP.

“Ahmad Zahid harus melihat senario yang lebih besar iaitu kepentingan parti lebih penting daripada kepentingan individu dan juga kepentingan Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Syed Mohd Johan berkata, parti perlu diselamatkan dengan langkah yang berani dan tegas bukannya bersembunyi di belakang parti seperti perisai untuk kes peribadinya malah wujud perundingan pintu belakang yang jijik dan memualkan akar umbi serta rakyat malah ia jauh menyimpang dari resolusi parti di dalam Perhimpunan Agung UMNO 2018.

“Melihat kembali garis masa, iaitu dari PRU-14 (Pilihan Raya Umum Ke-14) pada bulan Mei lalu, Perhimpunan Agung UMNO pada hujung bulan September serta kejutan yang berlaku di Sabah dan berita beberapa Ahli Parlimen UMNO yang sudah, bakal lompat, Pemuda UMNO Alor Setar tidak mempunyai pilihan selain dari membuat rayuan pertimbangan keputusan berkenaan demi masa depan parti.

“Kami berpendapat, Datuk Seri (Ahmad Zahid) gagal menunjukkan sikap kepimpinan yang tegas, karisma serta gagal menunjukkan hala tuju yang jelas mengenai haluan masa depan parti menyebabkan Ahli Parlimen dan sebahagian kepimpinan bahagian bahagian membawa haluan masing masing,” katanya.

Beliau berkata, sejak dari memangku jawatan Presiden sehingga dilantik menjadi Presiden, tidak kelihatan apa usaha bersungguh-sungguh beliau menyuntik semangat ahli dan memperkuatkan apa fokus parti yang sebenar.

“Sikap diam beliau sangat meresahkan kami di akar umbi. Tiada hala tuju mahupun satu matlamat yang jelas dari Presiden menyukarkan kami menyampaikan mesej kepada akar umbi tambahan pula secara diam diam ada komplot sumbang yang berusaha merebut kuasa secara jalan pintas yang khianat pada keputusan rakyat,” katanya.

Semalam Pemuda UMNO Sabah turut mendesak supaya Ahmad Zahid segera meletakkan jawatan kerana didakwa hilang penguasaan terhadap parti dan tidak lagi dihormati oleh pemimpin dan ahli.

https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/12/508960/pemuda-umno-alor-setar-minta-zahid-letak-jawatan?fbclid=IwAR0hkm4VSY1gocykLzkLFYJo2B_2_T74IXNMXk4JzWxUm7lh5N79Q6B4w88

Kes bicara hari ketujuh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, saksi ke-13 beri keterangan

1 3 TENGKEROK HANGUS

KUALA LUMPUR – Hari ketujuh kes perbicaraan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkaitan penyelewengan dana Yayasan Akal Budi.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bekas Timbalan perdana Menteri Datuk Seri dr Ahmad Zahid Hamidi dan keluarga ada mengambil empat jenis polisi insurans dengan syarikat Allianz General Insurance.

Perkara itu dimaklumkan oleh Saksi Pendakwaaan ke 13, Pengurus Cawangan Allianz General Insurance, Fat Suat Lim.

Antara polisi tersebut ialah polisi kenderaan persendirian dan polisi motosikal yang mana keduanya merupakan perkhidmatan insurans biasa kepada pemilikan kereta dan motosikal persendirian.

Disamping dua lagi polisi insurans yang berkaitan iaitu.

Polisi “enhanced road warrior” dan Polisi “Bike Warrior”.

Datuk Seri Ahmad Zahid dan Isteri, serta tiga orang anak mereka turut merupakan penama kepada polisi insurans yang dimiliki.

Semalam, saksi pendakwaan ke 12, Penolong Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Zaharudin Zainuddin, memberitahu mahkamah bahawa Datuk seri Ahmad Zahid dan isteri mempunyai 20 buah kenderaan peribadi yang 18 daripadanya kenderaan mewah.

Antara kenderaan mewah yang dimiliki Datuk Seri Ahmad Zahid dan isterinya adalah Mercedes Benz CLS 350, Toyota Land Cruiser, Toyota Vellfire, BMW 320i (A), AUDI Q7, termasuk motosikal jenis Harley Davidson, Ducati Diavel dan BMW R1200 GS.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadapi 47 pertuduhan, 12 daripanya bagi pecah amanah, lapan bagi rasuah dan 27 bagi penggubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akal Budi.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

Nak Sewa Kereta Mewah, Sila Hubungi Zahid Hamidi Aswaja Ya Banana

Image may contain: 1 person

Dana Yayasan Akalbudi yang sepatutnya di gunakan untuk orang miskin.

Barua betul tibai duit orang miskin kumpul harta