STRATEGI MENGUASAI DUN PULAU PINANG PILIHANRAYA 15
Muafakat Nasional (MN) mempunyai Potensi besar untuk kuasai DUN Pulau Pinang pada pilihanraya 15 jika semua sepakat dan menyumbang. Ini kalilah ! Sudahlah bagi kepada DAP ! Kita perlu bina Pulau Pinang baru yang menjaga kepentingan semua bukan hanya kelompok elit Cina.
Secara umumnya Pulau Pinang mempunyai 40 DUN. Pada Pilihanraya ke 14, 18 DUN adalah majoriti Cina dan kawasan ini dimenangi oleh DAP. Baki lagi 22 DUN, 3 dimenangi oleh UMNO dan PAS manakala terdapat 12 kawasan lagi sepatutnya dimenangi sama ada oleh UMNO atau PAS jika satu lawan satu dengan PH. Manakala 7 kawasan lagi yang mempunyai majoriti Melayu 30% dan ke atas.
Untuk Pilihanraya ke15, Ada 15 Kerusi DUN yang berpotensi untuk Muafakat Nasional menang dengan kesepakatan pengundi Melayu dan sokongan pengundi India. Jika MCA dan Gerakan mampu kerja kuat yakinkan pengundi cina ditambah dengan sokongan padu pengundi Melayu dan India, InsyaAllah ada peluang untuk menambah 8 kerusi DUN lagi. 15+8 = 23 Kerusi. Tumbang Kerajaan DAP ! Sinar baru untuk Pulau Pinang ! MN berkuasa di Pulau Pinang.
Untuk kerusi Dewan Rakyat, MN mampu menyumbang 6 kerusi parlimen kepada MN.
16 kerusi DUN berpotensi untuk MN
1. Penaga
2. Bertam
3. Pinang Tunggal
4. Permatang Berangan
5. Sungai Dua
6. Telok Air Tawar
7. Seberang Jaya
8. Permatang Pasir
9. Penanti
10. Sungai Bakap
11. Sungai Acheh
12. Batu Maung
13. Bayan Lepas
14. Pulau Betong
15. Telok Bahang
8 Potensi kerusi DUN untuk MN dengan kerja kuat dari pasukan MCA/Gerakan
1. Machang Bubok
2. Bukit Tengah
3. Sungai Pinang
4. Pantai Jerjak
5. Dato Keramat
6. Jawi
7. Tanjung Bunga
8. Bagan Dalam
Parlimen MN
1. Kepala Batas
2. Tasek Gelugor
3. Permatang Pauh
4. Nibong Tebal
5. Bayan Baru
6. Balik Pulau
Bermula dengan perancangan rapi. Ini adalah langkah berani. Manifesto perlu menggambarkan Pulau Pinang untuk semua. Menjaga kepentingan Melayu, India dan Cina. Membina peluang pekerjaan untuk semua. Memberi peluang pemilikan rumah kediamanan untuk semua terutama kaum Melayu. Pendekatan mesra pelabur dengan insentif jangka masa panjang untuk jadikan Pulau Pinang destinasi pelaburan impak tinggi. Pengundi India hampir tidak ada suara yang mewakili mereka. Ini adalah peluang untuk mereka bangun bersama MN.
Pengundi Cina telah termakan dengan dakyah palsu sejak dari puluhan tahun dan sangat sukar untuk ditembusi tembok ini. Trend pengundi cina kekal bersama DAP. Tidak mengapa …mereka akan sedar apabila melihat kehebatan dan kewibawaan pemimpin MN mentadbir Pulau Pinang dengan gaya pentadbiran yang cekap, telus dan berwawasan.
Pemimpin MN perlu tampil dengan imej kepimpinan yang berkaliber dan bersedia memimpin kerajaan negeri dan membawa suara rakyat ke dewan rakyat dengan penuh kesungguhan. MN diperingkat Pulau Pinang perlu tampil dengan pemimpin yang segar,muka baru dan tidak terpalit dengan sebarang kes-kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Pelan strategi perlu bermula dengan meramaikan pengundi yang layak mengundi di DUN dan Parlimen di kawasan masing-masing. Hak untuk mengundi adalah hak yang tidak boleh dinafikan. Hak ini perlu disedarkan dikalangan orang melayu kerana mereka adalah majoriti penduduk negeri ini.
Langkah tindakan:
1. Kempen pendaftaran pengundi secara besar-besaran
2. Anak muda Melayu Pulau Pinang WAJIB mendaftar sebagai pemilih
3. Semua anak Melayu yang berkerja di Pulau Pinang daftar sebagai pengundi dikawasan tempat kerja masing-masing walaupun mereka tinggal di kuarters
4. Isteri dan anak-anak yang layak mengundi daftar sebagai pengundi dikawasan yang mereka sewa. JANGAN balik kampung !
Mengikut Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan, salah satu fungsi SPR adalah untuk mendaftarkan warganegara yang layak sebagai pemilih supaya mereka dapat menyertai proses memilih wakil untuk menyuarakan pendapat mereka dalam Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.
Setiap hari boleh mendaftar ! Tidak ada alasan untuk tidak mendaftar
SPR menjalankan dua (2) jenis pendaftaran pemilih iaitu:
a. Pendaftaran Baru: SPR menerima permohonan warganegara yang memohon untuk mendaftar sebagai pemilih buat pertama kali.
b. Pendaftaran Tukar Alamat dan Pusat Mengundi:
Pemilih berdaftar yang telah berpindah alamat tempat bermastautin boleh menukar alamat pusat mengundi dengan cara membuat pertukaran alamat terlebih dahulu dalam Kad Pengenalan di Pejabat Pendaftaran Negara (JPN). Selepas itu bawa resit pertukaran alamat yang dikeluarkan oleh JPN dan pergi ke mana-mana kaunter SPR untuk membuat permohonan pertukaran alamat pusat mengundi dengan mengisi Borang A.
Urusan pertukaran alamat pusat mengundi hanya boleh dibuat di kaunter-kaunter SPR di Ibu Pejabat SPR dan Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri dan kaunter-kaunter Pejabat Pos besar yang ada sistem komputer.
Ayuh anak muda ! Kita buat sedikit pengorbanan dengan daftar sebagai pemilih. Ini hak Kita !
Dr Zaki Ibrahim
Timb Pengerusi Ummah
Pulau Pinang
Thanks
t.me/PERPAD