Kategori: ECRL: SEMASA NAJIB MENIPU DAN KINI SEMASA PH YANG TELUS DAN TERLEBIH BAIK.
Perbezaan Ketara ECRL Umno Dan PH
ECRL tarik pelancong, rangsang pasaran runcit tempatan
Jumlah pelancong dari China dijangka meningkat dengan sentimen dipacu oleh pelaksanaan semula projek ECRL.
KUALA LUMPUR: Jumlah pelancong dari China dijangka meningkat dengan sentimen dipacu oleh pelaksanaan semula projek Rel Laluan Pantai Timur (ECRL).
Presiden Persatuan Rantaian Runcit Malaysia (MRCA), Datuk Seri Garry Chua, berkata lazimnya sentimen pelancong China adalah sejajar dengan sentimen kerajaan yang mana pelaksanaan semula ECRL yang membabitkan kerjasama dengan China pastinya akan menarik lebih banyak pelancong dari negara berkenaan datang ke Malaysia, sekali gus akan merangsang pasaran runcit tempatan.
“Kemasukan pelancong akan merangsang ekonomi negara,” katanya ketika ditemui di Forum Industri Runcit 2019 di sini, hari ini.
Forum itu dianjurkan pertama kali oleh International Women’s Federation of Commerce and Industry Malaysia (IWFCIM).
Hadir sama, Presiden IWFCIM, Datuk Elaine Teh.
Pada tahun lalu, sebanyak 25.83 juta pelancong datang ke Malaysia, susut 0.4 peratus berbanding 25.9 juta tahun sebelumnya.
Walaupun mencatatkan pengurangan jumlah pelancong, jumlah perbelanjaan pelancong meningkat 2.4 peratus kepada RM84.1 bilion pada tahun lalu, berbanding 2017 iaitu RM82.2 bilion.
Penyumbang terbesar perbelanjaan pelancong ialah pasaran jarak dekat ASEAN, iaitu sebanyak M48.5 bilion, namun berlaku pengurangan 12.8 peratus, berbanding RM55.6 bilion pada 2017.
Sumbangan dari pasaran bukan ASEAN secara kumulatif sebanyak RM35.6 bilion seperti dari Asia Timur (RM18.4 bilion); Eropah (RM5.6 bilion); Asia Selatan (RM3.8 bilion); Asia Barat (RM3.1 bilion); Amerika (RM1.8 bilion); Australia (RM1.6 bilion); New Zealand (RM224.7 juta); Asia Tengah (RM135.7 juta) dan Afrika Selatan (RM93.7 juta).
Sementara itu, Chua berkata, industri runcit tempatan dijangka mencatatkan pertumbuhan 4.5 peratus tahun ini, lebih baik berbanding 3.9 peratus pada tahun lalu.
Katanya, pertumbuhan itu sejajar dengan unjuran pertumbuhan ekonomi negara yang dijangka berkembang 4.3-4.8 peratus tahun ini.
LALUAN ECRL TERBARU-PENUHI JANJI MANIFESTO PH IAITU KAJI SEMULA PROJEK MEGA ( ECRL )
Keputusan kerajaan untuk meneruskan projek Laluan Rel Pantai Timur, ECRL mendapat maklumat balas positif daripada warga Pantai Timur khasnya. Ini kerana, ia bukan sahaja memberi manfaat ekonomi kepada usahawan tempatan, tetapi juga kepada kontraktor tempatan.
https://web.facebook.com/amkcabangketereh/photos/a.207405570151046/301272594097676/?type=3&theater
PENUHI JANJI MANIFESTO PH IAITU KAJI SEMULA PROJEK MEGA ( ECRL )
■ Kos ECRL
▪Kos asal masa BN: RM65.5 billion
▪Kos per KM masa BN: RM 95.5 juta
▪Kos setelah dirunding PH: RM44 billion
▪Kos per KM masa PH: RM68.7 juta
▪Penjimatan: RM21.5 billion
▪Penjimatan per KM: RM26.8 juta per KM
■ Trek berkembar.
■ Laluan trek sepanjang 640km.
■ 20 stesyen yang melalui Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor & Putrajaya. (menepis fitnah pembangkang)
■ Laluan interchange ERL & MRT2 di Stesyen Putrajaya Sentral.
■ Laluan interchange KTM Komuter & ETS KLIA di Stesyen Bangi/Kajang.
■ Laluan baharu telah berjaya menyelamatkan Permatang Kuarza Gombak dari musnah.
■ Meningkatkan penyertaan tenaga tempatan dari perjanjian asal 30% kepada 40%.
●● Ini telah memenuhi manifesto Pakatan Harapan dengan mengkaji semula projek-projek mega yang berkaitan negara asing.
.
ECRL – PEMIMPIN NEGARA CHINA LEBIH ISLAMIK BERBANDING ULAMAK UMNOPAS
PEMIMPIN NEGARA CHINA LEBIH ISLAMIK BERBANDING ULAMAK UMNOPAS KERANA MEREKA SANGGUP MEMULANGKAN SEBAHAGIAN WANG RAKYAT MALAYSIA SEMASA BERURUSAN DENGAN NAJIB, BERBANDING ULAMAK UMNOPAS YANG SANGGUP BERSEPAKAT DENGAN NAJIB UNTUK MENCURI HARTA KEKAYAAN NEGARA MALAYSIA DEMI KEPENTINGAN PERIBADI SEMATA-MATA.
UMNOPAS SENTIASA MEWAR-WARKAN ORANG BUKAN ISLAM MENGHINA ISLAM UNTUK TUJUAN MENCETUSKAN PEPERANGAN DI ANTARA AGAMA DAN PERBALAHAN KAUM.
GOLONGAN BUKAN ISLAM DI MALAYSIA SEKARANG BOLEH MENILAI DAN MELIHAT SERTA BOLEH MERASAI SENDIRI BAGAIMANA KERAJAAN BN UMNO DAN PAS MENIPU RAKYAT JELATA. GOLONGAN BUKAN BUKAN MENGHINA ISLAM PADA HAKIKATNYA TETAPI MEREKA MENGHINA UMAT ISLAM MALAYSIA SEPERTI PAS YANG TIDAK BERJAYA MENJADI MODUL ISLAM SEBENAR. MEREKA MENUDUH ORANG BUKAN ISLAM YANG JAHIL TENTANG ISLAM MENGHINA ISLAM, MEMANG BENAR.. TETAPI MEREKA BUKAN ISLAM, SEDANGKAN UMAT ISLAM YANG RATA-RATA MEROMPAK, MENCURI, BERZINA DAN MELAKUKAN BERBAGAI JENAYAH SEBENARNYA TELAH MENGHINA ISLAM TANPA MEREKA SEDARI, WALLAHU A’LAMMU BISSOWAB.
Lihat secara lebih terperinci perbezaan perjanjian ECRL yg dbuat oleh Najib/UMNO dlm keadaan tangan bebas VS perjanjian ECRL yg dicapai Mahathir/PH dlm keadaan tangan terikat.
Latar belakang:
Perjanjian baharu Putrajaya-Beijing bukan perjanjian terbaik kerana kerajaan Mahathir/PH terpaksa berunding dlm rangka yg termeterai di era Najib/UMNO.
Ertinya, PH hanya mampu “make the best out of a shitty deal” sbb tangan diikat oleh tali yg dibuat Najib/UMNO.
1. KOS AKHIR PEMBINAAN ECRL
Sebelum : RM65.5 bil
Selepas : RM44 bil (pengurangan 32.8%, bersamaan dgn RM21.5 bil)
Sebelum : RM95.5 juta / km
Selepas : RM68.7 juta / km (pengurangan 28%, bersamaan dgn RM26.8 sekilometer)
2. JUMLAH STESEN
Sebelum : 22 (12 stesen penumpang, 3 stesen freight, 7 stesen campuran penumpang & freight)
Selepas : 20 (14 stesen penumpang, 1 stesen freight, 5 stesen campuran penumpang & freight)
3. CIRI-CIRI LANDASAN
Sebelum : 688km, standard gauge, double track
Selepas : 640km, standard gauge, double track DIKEKALKAN.
Maksudnya bahagian yg asalnya ada double track DIKEKALKAN. Ciri-ciri landasan adalah sama, tidak kurang. Ini secara langsung menyangkal fitnah pembangang.
4. LALUAN
Sebelum : 4 negeri (Selangor-Pahang-Terengganu-Kelantan)
Selepas : 5 negeri + 1 Wilayah Persekutuan (Selangor-WP Putrajaya-Negeri Sembilan-Pahang-Terengganu-Kelantan)
Maksudnya lebih ramai terima manfaat ECRL, lebih banyak kawasan bakal terima impak positif limpahan pertumbuhan ekonomi.
5. KONTRAKTOR TEMPATAN MALAYSIA
Sebelum : ECRL dibina oleh China, dgn penyertaan 20% – 30% kontraktor Malaysia.
Selepas : ECRL dibina oleh China, dgn penyertaan sekurang-kurangnya 40% kontraktor Malaysia.
Maksudnya lebih ramai kontraktor Bumiputera, sykt tempatan akan mengambil bahagian.
6. MENERAP RANGKAIAN LANDASAN SEDIA ADA
Sebelum : Pengkalan Kubor -> Gombak. Lepas tu bina line baru Gombak -> Pelabuhan Klang dgn kos RM9 bil.
Selepas : Kota Bharu -> stesen pertukaran di Putrajaya. Menerap rangkaian KLIA ERL sedia ada, serta rangkaian MRT2 & HSR di masa akan dtg.
7. PEMBAYARAN PENDAHULUAN
Sebelum : Bayar pendahuluan RM3.1 bil meskipun kerja2 Fasa 2 (Gombak-Pelabuhan Klang & Kota Bharu-Pengkalan Kubor) belum disiapkan.
Selepas : RM1 bil dari RM3.1 bil yg dibayar oleh Najib/UMNO dipulangkan kpd Msia. RM500 juta sblm 12 Mei + RM500 juta sblm 12 Julai.
8. PASCA-PEMBINAAN: KOS OPERASI, PENYELENGGARAAN & PENGURUSAN
Sebelum : 100% ditanggung olh rakyat Malaysia melalui Malaysia Rail Link Sdn Bhd
Selepas : 50% ditanggung oleh Malaysia (MRLSB), baki 50% ditanggung China (CCCC) hasil penubuhan sykt JV (usahama) antara MRLSB & CCCC.
9. PASCA-PEMBINAAN: PERKONGSIAN TEKNOLOGI & KEPAKARAN
Sebelum : Malaysia (MRLSB) pengurus tunggal ECRL. Tiada perkongsian teknologi/kepakaran dr China.
Selepas : Malaysia (MRLSB) – China (CCCC) menjadi pengurus-bersama ECRL. Suka atau tidak, China perlu berkongsi teknologi/kepakaran.
10. PASCA-PEMBINAAN: KESAN ALAM SEKITAR
Sebelum : Banjaran Titiwangsa dimusnah utk bina terowong RM10 bil; Permatang Kuarza Gombak (terpanjang di dunia) dimusnah, sekaligus menutup peluang diiktiraf sbg tapak warisan dunia.
Selepas : Banjaran Titiwangsa dielak; Permatang Kuarza Gombak dipelihara.
11. PASCA PEMBINAAN: PERANGKAP HUTANG
Sebelum : Pinjam RM56.7 bil dr Exim Bank China. Dah sign RM39.1bil, baki RM17.6bil belum.
Selepas : Pinjaman RM17.6bil yg belum sign boleh dikurangkan sbb kos ECRL turun kpd RM44 bil. Kita elak dari mendapat nasib seperti Sri Lanka, Kenya, Djibouti yg terperangkap dgn hutang.
12. PASCA PEMBINAAN: GUNA PELUANG SELESAI ISU SAMPINGAN
Sebelum : ECRL jalan. Najib/UMNO ambil peluang wujudkan rangkaian transaksi wang berbilion2 yg rumit utk diseleweng bg membayar hutang 1MDB.
Selepas : ECRL jalan. Mahathir/PH ambil peluang suruh China beli kelapa sawit.
Hasil mcm ni mmg susah dibidas pembangang. Sbb itu pembangang tidak berani jawab hujah dgn hujah, tidak berani hurai ciri-ciri ECRL secara spesifik mcm saya buat.
Mereka hanya mampu tabur fitnah kononnya tukar double track ke single track, hanya mampu ‘troll’, hanya mampu kelirukan org ramai.
Sebagaimana tidak salah seseorang memiliki kereta mewah, mmbina ECRL tidak salah.
Yg dipertikaikan adalah cara memiliki kereta mewah (rasuah, mencuri & sbgnya). Inilah yg berlaku dlm ECRL. Ciri-ciri perjanjian ECRL yg dibuat Najib/UMNO tidak betol, dan PH telah memperbetulkannya.
Adrian Lim Chee En..
https://web.facebook.com/WeAreAllJebonesta/photos/a.500642330320654/771504143234470/?type=3&theater