BIAR GAMBAR BERBICARA..
DALANG UTAMA kes bakar kereta rasmi Mufti Perlis TELAH DIDEDAHKAN, apa lagi helah walaun & lebai PAS nak putar belit pertahankan anasir2 ganas anggota Unit Amal PAS mereka ??!
BIAR GAMBAR BERBICARA..
DALANG UTAMA kes bakar kereta rasmi Mufti Perlis TELAH DIDEDAHKAN, apa lagi helah walaun & lebai PAS nak putar belit pertahankan anasir2 ganas anggota Unit Amal PAS mereka ??!
Kereta Rasmi Mufti Perlis Dibakar
KANGAR: Kereta rasmi Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dipercayai dibakar pada bahagian bonet dan cermin hadapan dipecahkan dalam kejadian di hadapan rumahnya di Jalan Persiaran Wawasan di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan dari kediaman Mohd Asri kira-kira jam 6.05 pagi tadi.
“Pihak polis bersama anggota bomba kemudian ke rumah beliau dan mendapati sebuah kereta Honda Accord hitam terbakar pada bahagian bonet hadapan.
“Kebakaran dapat dipadamkan anggota bomba dan kereta untuk kegunaan rasmi itu rosak teruk di bahagian bonet, enjin dan cermin hadapan dan belakang.
“Pihak polis tidak menolak kemungkinan ia adalah angkara khianat berikutan terdapatnya kesan pecah pada cermin hadapan dan belakang kereta akibat dibaling botol berisi petrol untuk tujuan membakar,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Noor Mushar berkata, pihaknya kini sedang menyiasat secara terperinci berhubung kejadian kebakaran berkenaan.
Katanya, pihak polis juga sudah mendapatkan maklumat berkaitan kejadian daripada Mohd Asri dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Sumber: Berita Harian Online