Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

10 PEMIMPIN PKR YANG KATA ANWAR TIDAK LAYAK JADI PM

MARI KITA KENALI 10 PEMIMPIN PKR YANG KATA ANWAR TIDAK LAYAK JADI PM

Berikut adalah 10 senarai pemimpin PKR yang dulu penyokong setia Anwar dan kini beralih arah: 

1. Azmin Ali. Siapa dia ini? Dia Timbalan Presiden PKR. Selama 40 tahun dia kata Anwar Ibrahim adalah bakal PM. Bila sudah dekat, dia kata (Anwar) tak layak. 

2. Zuraida Kamarudin. Siapa dia ini? Naib Presiden PKR, bukannya UMNO atau PAS. 20 tahun dia kata Anwar sepatutnya PM. Tapi 14 bulan ni dah kata Anwar tak layak pula. 

3. Amirudin Shari. Dia MB selangor. Dia ni siapa? Sepupu Khir Toyo ke? Bukan. Dia ni MPT PKR. Tapi bagitahu Anwar tak layak sebab Anwar ada masalah moral dan jahat. 

4. Khalid Jaafar. Siapa dia ni. Dia setiausaha akhbar ketika Anwar jadi TPM. Buat kerja untuk Anwar dari muda supaya Anwar jadi PM. Pernah jadi pengarah Institut Kajian Dasar dan dan pegang banyak jawatan dalam PKR. Sekarang kata Anwar tak layak dan patut berhenti dari politik. Dia kata Anwar adalah banduan dan peliwat. 

5. Kamaruddin Jaafar. Siapa dia ni? Sahabat Anwar. Masa Anwar jadi TPM. Dia pun pengarah IKD dan banyak dapat projek beratus juta dari Anwar. Jadi rakan kongsi Vincent Tan. Walaupun jagi Setiausaha Agung ABIM di zaman Anwar tapi sangat penting diri sendiri. Walaupun dia tau BERJAYA itu syarikat judi tapi tetap bersedia jadi rakan kongsi. Sama taraf Tengku Adnan. Masuk PAS, jadi Setiausaha Agung PAS. Keluar PAS masuk PKR dan diberi tempat. Sekarang dah kata Anwar tak layak jadi PM kerana sebenarnya tuduhan terhadap Anwar itu betul. 

6. Sarifuddin Abdullah. Masa Anwar dipecat, dia tak pernah bersama Anwar. Dia hanya bersama Anwar ketika Anwar jadi TPM. Bila kalah di Temerloh, kalah semua jawatan dalam UMNO, dah tak ada tempat dalam UMNO barulah masuk PKR. Dapat jadi menteri. Tapi sekarang kata Anwar tak layak jadi PM. Anwar tak pernah mampu mengalahkan Tun Mahathir. Jadi rugi ikut Anwar. 

7. Sivarasa Rasiah. Siapa dia ini? Seorang peguam Anwar selama bertahun-tahun. Berjuang untuk bebaskan Anwar. Tapi bila dah dekat nak jadi PM boleh pula dia kata Anwar tak layak. Azmin lebih layak. 

8. Tian Chua sanggup kena tahan di ISA dan kena macam macam dengan polis. Diangkat jadi pemimpin politik oleh PKR. Sekarang boleh kata Anwar tak layak jadi PM. 

9. Ketua Wanita PKR. Haliza dan Dorayah berjuang lama dalam PKR. Bila dah dekat sangat, boleh kata Anwar sepatutnya berhenti. 

10. Mansor Othman. Siapa dia ini? Bekas setiausaha politik Anwar masa jadi TPM. Berjuang dari dalam UMNO sampai ke PKR. Jadi timbalan ketua menteri dan sekarang ahli Parlimen. Berkerja keras dan setia dengan Anwar tapi bila dah dekat tiba tiba tak sokong Anwar. Dan sebut dengan jelas sebenarnya Anwar tak layak. 

Cukup sekadar saya nama kan 10 orang. Walaupun ada beratus tokoh PKR lagi tidak bersama Anwar. 

Peliknya berpuluh tahun berjuang untuk Anwar dan menafikan Anwar ada masalah moral dan peliwat. 

Tiba-tiba tak sokong Anwar kerana Anwar ada masalah moral dan memang peliwat. 

Tapi lebih kelakar dan gila sebab mereka sokong Azmin jadi PM. Kononnya Azmin teraniaya dan tidak ada masalah moral 

Apakah mereka ini buta atau nak jaga jawatan masing-masing? 

Mereka tahu jika Anwar jadi PM, tiada lagi tempat untuk mereka. 

Tapi apa yang saya nak sebut untuk UMNO dan PAS, siapa pun PM, kita lawan tanpa belas kasihan! –

28 Julai 2019. 

~HAMDAN TAHA

Bekas ahli PKR dan penganalisis politik. :CUu���

Gempar !!! Anwar akan bentang sokongan 113 ahli parlimen dalam masa terdekat

Khabar angin bertiup kencang mengatakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi akan cuba meyakinkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bahawa beliau mempunyai bilangan sokongan yang mencukupi dari kalangan Ahli Dewan Rakyat.

Sumber dalaman PKR memberitahu Astro AWANI bahawa beliau sudah mempunyai 113 sokongan dalam bentuk akuan bersumpah (SD).

Dengan jumlah tersebut, ia sekali gus memberi peluang kepada Anwar, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan dan Presiden PKR, untuk menjatuhkan Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut sumber itu lagi, Anwar sedang dalam perancangan untuk memohon perkenan menghadap Agong di Istana Negara dalam masa terdekat.

“Bagaimanapun ia tertakluk kepada jadual Tuanku Baginda,” menurut sumber itu lagi.

Dalam satu sidang media khas pada 23 September lepas, Anwar dilaporkan sebagai berkata beliau sudah mempunyai jumlah sokongan yang disifatkan “kukuh dan meyakinkan” untuk menjadi Perdana Menteri baharu.

Beliau kemudian diperkenan mengadap Agong pada 13 Oktober, dan telah mempersembahkan dokumen yang didakwa mengandungi butiran sokongan majoriti Ahli Parlimen yang diperlukan.

Bagaimanapun Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan susulan berkata, Anwar tidak mempersembahkan senarai nama Ahli-ahli Parlimen yang didakwa menyokong beliau.

“Sehubungan itu, Al-Sultan Abdullah telah menasihati Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk akur dan menghormati proses perundangan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya lagi.loading…

Dalam pada itu seorang pegawai menteri memberitahu Astro AWANI bahawa usaha terbaharu Anwar itu bukan sekadar khabar angin.

“Dengarnya usul itu akan cuba digerakkan sebelum Dewan Rakyat tamat pada Khamis depan (17 Disember, 2020).

“Berkemungkinan Anwar akan umum perkara ini esok atau lusa. Tetapi kami dengar ia akan berlaku sewaktu 3rd reading Budget (Bacaan Kali Ketiga Rang Undang-undang Pembekalan (Belanjawan) 2021, hari Selasa. Heard this time with SDs (kali ini dengan SD),” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-politik/anwar-akan-bentang-sokongan-113-ahli-parlimen-dalam-masa-terdekat-272867

Sengaja tidak hadir kerana kecewa dengan pimpinan Anwar – MP Warisan

Sengaja tidak hadir kerana kecewa dengan pimpinan Anwar – MP Warisan

Ketika sesetengah orang berdebar-debar menanti hasil bantahan blok pembangkang ke atas Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 di Dewan Rakyat hari ini, ada satu hal yang jelas.

Tiada seorang pun ahli parlimen Warisan hadir.

Ia menjejaskan peluang pembangkang menolak rang undang-undang itu yang kini dibahas di peringkat jawatankuasa.

Hari ini seorang ahli parlimen Warisan memberitahu Malaysiakini, ketiadaan mereka di Dewan Rakyat memang disengajakan. Alasannya, mahu menunjukkan rasa kecewa mereka kepada kepimpinan Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Labuan, Rozman Isli, berkata dia dan wakil lain Warisan berada di Kuala Lumpur namun bersepakat untuk tidak hadir dalam sesi undian berkenaan sebagai cara “menghantar isyarat” kepada Pakatan Harapan (PH).

“Kami dah penat dengan apa yang berlaku dalam blok pembangkang.

“Dan buat masa ini keputusan kami ialah, kami tidak akan menyertai sesi undi belah bahagi,” katanya ketika dihubungi.

Walaupun diakui berlaku ketidakhadiran ahli parlimen di kedua-dua belah pihak, ketiadaan wakil Warisan memang ketara.

Bukan strategi tepat

Keadaan itu membolehkan rang undang-undang untuk Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan diluluskan selepas undi pihak kerajaan mengatasi bantahan pembangkang.

Kata Rozman ahli parlimen Warisan akan terus bersikap begitu sehingga ke tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Menurut ketua whip Warisan itu lagi mereka kecewa dengan “perbalahan” berterusan yang akhirnya menyebabkan kerajaan PH jatuh baru-baru ini.

Katanya Warisan juga sangat kecewa dengan arahan saat-saat akhir Anwar semasa Belanjawan 2021 diundi untuk diluluskan pada peringkat dasar pada Khamis lalu.

“Tanpa membuat sikap begini, pembangkang seperti tidak sedar perlunya keputusan tegas dibuat.

“Seperti apa yang berlaku pada Khamis yang lalu, kami diberi pemberitahuan pada saat-saat terakhir. Ia mengecewakan,” katanya.

Menurut Rozman lagi Warisan masih berada dalam blok pembangkang namun pada masa sama parti itu mahu menyampaikan mesej kepada pemimpin yang berkenaan, mereka tidak mahu didorong ke sana sini.

“Dan saya tidak fikir mereka melakukan strategi yang tepat (atau) gerakan yang tepat,” katanya lagi.

Tidak seperti dijangka Belanjawan 2021 yang dibentangkan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz melepasi halangan pertamanya selepas cubaan mencabar sokongan ke atas usul itu gagal di Dewan Rakyat pada 26 Nov lalu.

Ramai pemimpin muda lagi

Ketika orang ramai menjangkakan ia mungkin terkandas – dan membawa kepada kejatuhan kerajaan Perikatan Nasional – belanjawan tersebut diterima secara majoriti apabila Anwar mengarahkan pembangkang agar tidak menyokong usul agar ia diundi secara belah bahagi.

Selain penyokong PH, arahan tersebut juga mengecewakan sesetengah ahli parlimen PH.

Rozman – yang meninggalkan Umno untuk menyertai Warisan pada Okt 2018 – berkata partinya mahu memberi tekanan kepada PH agar memilih pemimpin baru kerana ia memberi kesan kepada peluang mereka menghadapi pilihan raya umum (PRU).

“Tanpa arah tuju yang jelas dan tanpa perpaduan yang ketara, saya tak fikir kita mampu bersaing dalam PRU akan datang.

“Maka sebelum berdepan perang sebenar, kita perlu memberi sedikit isyarat, (melakukan) sedikit langkah bagi memastikan semua pihak dalam pembangkang mula sedar di sana perlu kepimpinan yang kuat dalam blok pembangkang.

“Warisan dah bosan dengan perbalahan dalaman dan beras pembangkang perlukan kepimpinan baru. Ada ramai pemimpin muda sama ada dalam PKR atau parti lain,” katanya.

Selain Rozman, ahli parlimen Warisan yang tidak hadir hari ini ialah Mohd Shafie Apdal (Semporna), Darell Leiking (Penampang), Isnaraissah Munirah Fakharudy (Kota Belud), Azis Jamman (Sepanggar), Ma’mun Sulaiman (Kalabakan), Ahmad Hassan (Papar) dan Mohamaddin Ketapi (Lahad Datu).

Turut tiada dalam Dewan Rakyat ialah Chow Kon Yeow (Tanjung), Christina Liew (Tawau), Masir Kujat (Sri Aman) dan Awang Husaini Sahari (Putatan).

Pada masa sama lima wakil kerajaan juga tidak hadir iaitu Najib Razak (Pekan), Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk), Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang), Richard Riot Jaem (Serian) dan Willie Mongin (Puncak Borneo).

Sumber berita

https://www.malaysiakini.com/news/553196

ANWAR IBRAHIM TERUS PAMERKAN KEBODOHANNYA

Tiada asas tolak belanjawan jika cadangan dipenuhi – Anwar

(SEBAB ANWAR TIDAK PANDAI BUAT BELANJAWAN BOLEH MEMBELA RAKYAT)

Presiden PKR Anwar Ibrahim hari ini menegaskan kompromi yang dibuat Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz dalam Belanjawan 2021 adalah kemenangan untuk rakyat dan pembangkang.

Anwar mempertahankan langkah PH yang tidak meminta pengundian belah bahagi untuk Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 di Dewan Rakyat khamis lalu.

“Seminggu sebelum (pengundian), saya keluarkan kenyataan. Jika cadangan kami tidak dipenuhi, kami akan tolak Belanjawan 2021 secara keseluruhan. Apa yang berlaku ialah menteri kewangan membuat kompromi besar,” katanya dalam wawancara bersama portal The Vibes yang diterbitkan hari ini.

“Jika kompromi dibuat membantu mereka yang menyimpan wang di bank, nelayan, petani, penjawat awam, pegutas barisan depan yang melawan Covid-19, mengapa kita perlu tolak (belanjawan)?

“Bagaimana kita akan jelaskan kepada orang ramai? Ini yang mereka mahu. Tengku Zafrul akur (kepada desakan PH). Adakah kita masih tolak? Atas dasar apa?” katanya.

Antara perubahan yang dibuat adalah meluaskan progran pengeluaran akaun 1 KWSP i-Sinar untuk merangkumi semua pencarum yang terjejas pendapatan, dengan peningkatan had keluar kepada RM10,000, serta moratorium pinjaman bank secara automatik kepada golongan B40 dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

“Secara (undi) suara kita menolak tetapi tidak menggesa belah bahagi untuk memberi laluan kepada perbahasan di peringkat jawatankuasa. Keputusan besar adalah pada 15 Disember, untuk menerima atau menolak belanjawan. Itu pusingan terakhir,” katanya lagi.

Menurut Anwar, penolakan di peringkat jawatankuasa masih memberi kesan sama dengan penolakan di peringkat dasar.

Dalam kenyataannya selepas sidang 26 Nov lalu, Anwar berikrar pihaknya akan meminta undi belah bahagi diadakan semasa peringkat jawatankuasa ketika anggota parlimen membahaskan perbelanjaan setiap kementerian.

Menjelaskan tindakannya setelah mengadakan pertemuan dengan ahli Parlimen PH, Anwar berkata gabungan itu tetap menentang belanjawan yang dibentangkan Perikatan Nasional (PN) atas sebab beberapa isu utama yang tidak dijawab, seperti perbelanjaan “tidak realistik”.

Terdahulu, Anwar dihujani kritikan termasuk dari dalam PH sendiri setelah arahan saat akhir agar gabungan itu tidak meneruskan undi belah bahagi.

Keesokannya, tiga ahli Parlimen PKR menyifatkan arahan itu sebagai mengecewakan memandangkan mereka sudah bersedia untuk menolak Belanjawan 2021.

Kenyatan itu dikeluarkan bersama oleh Akmal Nasir (Johor Bahru), Hassan Karim (Pasir Gudang) dan Nurul Izzah Anwar (Permatang Pauh).

“Ahli parlimen dipilih oleh rakyat untuk mewakili kepentingan mereka; dan sepanjang menggalas tanggungjawab itu, jelas kami tidak sempurna; tetapi kami perlu terus berusaha memenuhi harapan ramai,” kata mereka.

Ketua Parlimen DAP Anthony Loke turut memohon maaf kepada anggota dan penyokong parti itu kerana tidak meneruskan undi belah bahagi.

“Sebagai ketua Parlimen untuk ahli Parlimen DAP, saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap keputusan saya untuk memberikan arahan kepada ahli-ahli Parlimen DAP untuk tidak bangun meminta undi belah bahagi selepas mendapat mesej daripada pihak ketua pembangkang,” katanya.

Ada juga pihak yang mendakwa Anwar bekerjasama dengan sejumlah pihak dalam Umno yang tidak berpuas hati dengan kerajaan PN, tetapi mereka akhirnya tidak jadi untuk menolak belanjawan itu.

Sumber berita

https://www.malaysiakini.com/news/552998

Anwar Ibrahim Sudah Boleh Buang Ke Laut.

Kualiti pembangkang bawah Anwar sudah ke laut

Terdapat banyak suara dan cemuhan bahawa pentadbiran Perikatan Nasional yang dipimpin Muhyiddin Yassin adalah kerajaan paling teruk dalam sejarah negara ini. Tambahan pula, yang menjadikannya lebih nista dan menjengkelkan ialah ia tidak diundi dan direstui majoriti rakyat sebagai blok politik yang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018.

Blok politik ini hanya terbentuk selepas PRU14, dan dijadikan satu platform sendal terompah untuk mengkhianati mandat rakyat. Lebih sadis, blok ini terlalu mewakili satu kaum.

Namun, satu hal yang kurang juga diperkatakan ialah negara ini juga memiliki barisan parti pembangkang paling haruk, cacamarba, bercemperaan, kelam-kabut, tidak bersatu, tiada hala tuju, wawasan ke laut, serbah-serbih, tunggang-langgang, simpang-siur, mabuk, tak semenggah, hiruk-pikuk, tertonggeng, terlentang dan ke laut. Bukan sebarang laut, tetapi laut lepas; nun jauh di Laut China Selatan.

Terdapat banyak sebab-musabab untuk menyangkut semua kata sifat dalam perenggan di atas dengan barisan pembangkang, Pakatan Harapan.

Saya akan beri 3 yang paling membuatkan pengundi atas pagar meluat, dan berfikir banyak kali; wajar dan berbaloikah jika mereka diberikan undi sekali lagi pada PRU15?

Pertama, ini ialah barisan pembangkang yang paling tidak jelas siapa ketuanya. Sebagai ketua pembangkang, si dia adalah calon bayangan perdana menteri untuk pentadbiran paling tidak stabil, paling entah apa-apa dan paling kemaruk dalam sejarah Malaysia moden, dan sejarah orang Melayu berparlimen.

Ketua pembangkang misalnya bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong dengan sangkaan punya angka. Kita, yang duduk di atas pagar; selaku rakyat memerhatikan dengan jelak tikaman angka itu.

Kita diberikan khabar yang angin-angin bahawa angka itu mungkin saja ampuh dan kukuh kerana ada sekumpulan penyangak bersedia menghulurkan tangan. Like what?

Gara-gara itu, barisan pembangkang ini menjadi lebih kacau-bilau. Ada wakil dari Amanah misalnya, melompat ke parti gabungan itu, iaitu PKR, yakni sesama sendiri entah sebab apa.

Khabar angin secara meluas juga tersebar sesetengah wakil Amanah yang “kaki usrah rahmatan lil-alamin” ini cenderung kepada ketua pembangkang sebagai perdana menteri.

Dalam benak mereka, maqasid maqasid maqasid. Manakala yang selebihnya pula menerima dengan suam-suam kuku, suam-suam gusi, suam-suam ketiak dan suam-suam kelangkang ketua pembangkang itu.

Dalam DAP pula, ada yang tidak dapat menerima ketua pembangkang yang akan menenggek di atas punggung sehimpunan mereka yang ada kes. Sementara sekumpulan lain pula terhegeh-hegeh mengulum gula-gula yang diberi. Rakyat tidak faham. Rakyat tidak diberi isyarat yang betul.

Hal yang sama juga terkesan dalam parti ketua pembangkang itu sendiri. Terdapat satu falasi, jika ahli tidak menerima si A, maka ahli itu adalah puak B. Ini tidak benar.

Terdapat juga wakil atau ahli dewan yang tidak mesti memuja ketua pembangkang, dan tidak pula mesti berselimut dengan kumpulan yang meneran keluar dirinya, iaitu kaum pengkhianat.

Ada ahli atau wakil dalam parti itu memang ada fikiran dan kepala otak sendiri. Makanya, sokongan untuk ketua pembangkang itu sendiri tidak pernah padu padat.

Kedua, kita mempunyai jumlah pembangkang tertinggi dan ramai dalam sejarah negara, akan tetapi blok pembangkang ini gagal memiliki Kabinet bayangan yang utuh untuk dicermin dan dinilai rakyat.

Kami, tidak tahu markah yang harus diberikan kepada barisan pembangkang ini. Mereka terlalu bercempera sesama sendiri.

Di tengah-tengah itu, juga ada GPS yang kononnya keinginan mereka hanya untuk mengutamakan hasrat rakyat Sarawak. Macam ya!

Dalam masa sama, kita juga tidak merasakan kejelasan solidariti antara Warisan, Pejuang dengan blok pembangkang ini; yang jelas kerana mereka itu konon – bebas – ya ampun bebas macam apa? Manakala yang memilih untuk betul bebas, sekerat dua orang juga tidak terlihat punya kejelasan yang berwibawa.

Seorang manusia tidak ada istilah bebas, merdeka sesifar-sifarnya, dia si manusia ini tentu memiliki satu kecenderungan. Akan tetapi apa? Yang ini juga gagal dibaca rakyat menyebabkan kekeliruan berganda. Ini kerana ideologi yang sekerat dua ini juga menyebabkan kita pengundi biasa gagal menebak.

Pembentukan Kabinet bayangan ini tidak susah mana, jika blok pembangkang memang kuat dan tidak bercemperaan. Bahkan sesetengah wakil pembangkang ini sudah pun ada pengalaman dalam kerajaan selama 22 bulan, tetapi mereka tidak dilihat benar-benar bersedia menyelamatkan rakyat.

Ketiga, di tengah sorak-sorai belanjawan yang ditawarkan kerajaan sedia ada ini banyak kepincangannya, barisan pembangkang yang ramai ini tetapi kualitinya entah ke mana, tidak pun dapat menawarkan bajet alternatif jujur dan telus untuk rakyat.

Padahal sebelum ini, ketika pembangkang tidak seramai ini, mereka pernah dan telah menyediakan belanjawan tawaran secara tradisi dan ia menjadi panduan kepada rakyat atau pengundi atas pagar yang celik politik. Kali ini, tidak kali ini. Mereka ikut sama terbuai dengan ketidakstabilan kerajaan sedia ada. Orang bergaduh, dia pun syok bergaduh.

Tidaklah menghairankan sesetengah pihak melihat pihak kerajaan mahupun pembangkang patut dilaga dan dihantukkan kepala mereka antara satu sama lain.

Kegagalan jentera kerajaan dan pembangkang dapat dilihat pada satu sosok manusia. Nama manusia itu adalah Ebit Lew.

Kelihatan Lew tanpa berpijak mana-mana blok boleh menyediakan harapan untuk rakyat negara ini. Cuma, beliau masih berkebajikan atas nama kepercayaan agamanya. Jika Lew berlari membantu segala kaum lain dan agama selain Islam; maka beliaulah abah sebenar Malaysia.

Agak menyedihkan dalam keadaan krisis politik dan kesihatan yang begitu sengit ini, barisan pembangkang gagal muhasabah dan munasabah untuk menawarkan sesuatu yang hebat, dan memaparkan diri sebagai ganti yang berguna untuk kerajaan megafon hari ini.

Lebih dahsyat ialah formula pembangkang dan kerajaan hampir sama, iaitu gantinya; orang tua. Orang tua. Orang tua. Orang tua. Orang tua. Orang tua. Orang tua. Orang tua. Orang tua. Orang tua. Orang tua. Iaitu orang tua. Orang tua. Orang tua. Orang tua. Orang tua dari dekad 1980-an. Jadi, rakyat tidak dapat melihat bezanya.

Adakah Malaysia terperangkap dalam dekad 1980-an? Helo pembangkang, orang tua. Orang tua. Orang tua. Orang tua. Orang tua. Pembangkang tua.

Terima atau tidak, bajet paling mahal kali ini bukan soalnya. Siapa pun yang dipilih ke Parlimen nampak gayanya macam hampas. Baik di pihak kerajaan, mahupun pembangkang. Kekal atau tidak pemimpin atau pimpinan sedia ada ini selepas hari ini bukan lagi bicaranya.

Kami, rakyat sudah meluat. Apa maksud meluat? Dewan Bahasa dan Pustaka menjelaskan ia bererti “berasa hendak muntah; meloya”. Reti? Reti tidak duhai pembangkang?

Kami sudah jeran dan jelak. Kami malas. Tutup radio. Tutup TV. Tutup telefon bimbit. Tutup Twitter dan Facebook. Lagi satu, rencana ini tidak berbayar. Tiada jasa menabur bakti pada huruf dan perenggan yang sedang kamu baca ini.

Ini bukan rencana terserempak menteri sedang mengayuh basikal sambil mendengar lagu Whitney Houston.

Rasa hendak muntah dan loya ini tulen. Kerajaan dan pembangkang sama. Semua tentang kuasa. Kami rakyat menunggu mati.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/pandangan/2020/11/26/pembangkang-yang-kualitinya-ke-laut-lepas/

Berbagai kebajiakan rakyat boleh diberikan kepada rakyat dalam bajet baru, bukan sekadar 2 perkara ini sahaja. Jangan terlalu fikir dalam kotak fikiran umnopas tetapi biar ada wawasan lain yang lebih hebat. Kini nasi sudah menjadi bubur dan anwar terus tertipu dengan belitan media umnopas.

TERBUKTI ANWAR TERTIPU DAN KURANG BIJAK BERTINDAK .

Muhd Khusairy

Mudah difahami :1. Moratorium 6 bulan lulus.2. KWSP RM10K boleh dikeluarkan.Kalau tolak, nampak sangat tololnya, pasal keduanya utk kepentingan rakyat. Bukti DS ANWAR IBRAHIM itu tidak penting diri & gila kuasa spt yg diFitnah MAHACHAI SAKA TUA95 dan Walaun2 PASPISPUS PN MN PNgkhianat selama ini… C&P.

KENAPA 2 PERKARA INI MENJADIKAN ANWAR DAN PH TERLALU BODOH :

1. Moratorium 6 bulan lulus.

2. KWSP RM10K boleh dikeluarkan.

Dua perkara diatas dan lain-lain kebajikan rakyat boleh ditambahbaik lagi jika mahyuddin disingkirkan terlebih dahulu. Ekonomi negara akan muflis jika muhyiddin masih jadi PM Malaysia.

Anwar Ibrahim Terus Menipu

Pembangkang memutuskan untuk tidak mendedahkan bilangannya di Dewan Rakyat hari ini, selepas sekumpulan ahli Parlimen Umno memutuskan untuk menyokong Belanjawan 2021 ketika undian pertama.

Walaupun mereka menyuarakan bantahan menerusi undi suara, mereka tidak meminta agar undian belah bahagi diadakan, yang memerlukan setiap undi menyokong dan menolak dikira.

Ia akan mendedahkan jumlah sebenar ahli Parlimen yang menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, jika pembangkang tewas dalam undian itu, ia akan menunjukkan Muhyiddin memiliki majoriti dan seterusnya mengesahkan kedudukannya sebagai perdana menteri.

Ahli parlimen yang bercakap dengan Malaysiakini dan enggan nama mereka didedahkan, memberitahu mereka menerima arahan saat akhir daripada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim untuk tidak meminta undi belah bahagi.

Ia selepas Anwar menerima isyarat dari dalam Umno yang parti itu akan menyokong Belanjawan 2021 pada undi pertama hari ini.

Ketika ini, seramai 112 ahli Parlimen berada di pihak kerajaan dan 108 orang di pihak pembangkang.

Setakat ini, hanya Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yang membayangkan tidak akan menyokong Belanjawan 2021.

Sekumpulan ahli Parlimen Umno pula tidak menunjukkan secara jelas pendirian mereka menjelang pengundian hari ini, dan mendesak beberapa perubahan dibuat dalam belanjawan itu.

Dalam ucapan penggulungannya, Menteri Kesihatan Tengku Zafrul Abdul Aziz menuruti sebahagian daripada desakan itu, termasuk meluaskan pengeluaran akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada lebih ramai pencarum.

Keputusan untuk tidak mengadakan undi belah bahagi mungkin dilihat sebagai strategi prosedur atas faktor mereka tidak akan menang dalam proses itu, tidak semua anggota Parlimen pembangkang setuju dengannya.

Beberapa ahli Parlimen Amanah mengambil langkah berbeza dengan menyokong undi belah bahagi. Malah permintaan untuk undian itu dimulakan oleh Mahfuz Omar (Amanah-Pokok Sena).

Dia disokong oleh ahli Parlimen dari Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang diketuai Dr Mahathir Mohamad (Bebas-Langkawi).

Turut menyokong adalah Hassan Karim (PKR-Pasir Gudang) yang dikenali dengan pendirian menongkah arusnya, serta Baru Bian (PSB-Selangau).

Bagaimanapun mereka hanya 13 orang, kurang berbanding jumlah minimum 15 ahli Parlimen untuk membolehkan undi belah bahagi diadakan.

Setakat ini, Malaysiakini telah mengenal pasti 11 daripada mereka.

Ahli Parlimen lain yang menyokong ialah Khalid Samad (Amanah-Shah Alam), Dr Hatta Ramli (Amanah-Lumut), Hasanuddin Mohd Yunus (Amanah-Hulu Langat), Dzulkefly Ahmad (Amanah-Kuala Selangor), Shahruddin Md Salleh (Independent-Sri Gading), Amiruddin Hamzah (Independent-Kubang Pasu) and Mukhriz Mahathir (Independent-Jerlun).

‘Digagalkan pembangkang sendiri’

Selepas sesi pengundian, Mukhriz menciap di Twitter: “Biar mati berdiri, dari hidup melutut.”

Setiausaha Agung BN Annuar Musa pula berkata percubaan pembangkang untuk undi belah bahagi digagalkan oleh pembangkang sendiri.

Proses mengenal pasti ahli Parlimen lain yang menyokong sedang dibuat. Malaysiakini tidak termasuk dalam organisasi media yang dibenarkan membuat liputan di Parlimen.

Bagaimanapun, berdasarkan sejumlah rakaman dan pemeriksaan dengan ahli Parlimen, jelas kalangan dalam PKR dan DAP tidak menyokong permintaan Mahfuz walaupun menyuarakan pandangan ketika perbahasan sebelum proses undian.

Sejak September, Anwar mendakwa dia memiliki majoriti yang cukup di Dewan Rakyat dan malah mengisytiharkan kerajaan Muhyiddin sudah jatuh.

Dia turut mengadap Yang di-Pertuan Agong pada 13 Oktober untuk menunjukkannya.

Hari ini, Anwar tidak mencelah ketika Zafrul menyampaikan ucapan penggulungan.

Ketika dihubungi selepas undian, beberapa ahli Parlimen PKR dan DAP enggan menjelaskan sebab mereka tidak menyokong permintaan undi belah bahagi.

“Anda tanya Port Dickson (Anwar),” kata seorang ahli Parlimen. Beberapa ahli Parlimen lain juga menunjukkan sentimen sama.

Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR-Kapar) pula dilihat pada mulanya bangun untuk menyokong Mahfuz, tetapi kembali duduk tidak lama kemudian setelah menyedari kebanyakan ahli Parlimen PH tidak berbuat demikian.

Beberapa ahli Parlimen PH kini berdepan kritikan daripada penyokong masing-masing yang menuntut penjelasan mereka.

Misalnya Dr Kelvin Yii (DAP-Bandar Kuching) dan Kasthuri Patto (DAP-Batu Kawan) menyuarakan bantahan mereka terhadap belanjawan di media sosial.

Yii menyatakan Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 masih belum lulus sepenuhnya.

“Bandar Kuching tidak meyokong belanjawan ini dan akan bersedia untuk membahaskannya di peringkat jawatankuasa,” katanya di Facebook.

Ahli Parlimen masih ada peluang untuk menggesa undi belah bahagi untuk menguji majoriti Muhyiddin memandangkan Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 perlu melepasi peringkat kedua (jawatankuasa) dan bacaan ketiga.

Bagaimanapun hanya masa dapat menentukan sma ada Anwar dapat meraih cukup sokongan untuk menghalang Belanjawan 2021 di peringkat itu.

Ia amat penting bagi membuktikan dakwaannya yang Muhyiddin sudah kehilangan majoriti di Dewan Rakyat. Belanjawan ini juga dilihat sebagai satu bentuk undi percaya terhadapnya.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/552679

Kera jaan PN potong dana UiTM, 600 pensyarah sambilan UiTM berdepan sebarang kemungkinan

Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkemungkinan akan menghentikan program pensyarah sambilan dan memotong perancangan strategik setelah peruntukannya dipotong di bawah Belanjawan 2021 yang diumumkan bulan ini.

Naib canselor universiti itu, Prof Datuk Dr Mohd Azraai Kassim berkata pihaknya perlu menyemak semula rancangan strategik UiTM2025 yang baru dilancarkan pada Februari tahun ini.

Dia menyebut bahawa universiti harus “berjimat” dan menyemak semula projek yang melibatkan pengembangan infrastruktur fizikal dan kemudahan.

“Kita perlu berjimat dalam perbelanjaan kita, serta meningkatkan penjanaan pendapatan kita secara efisien melalui perkongsian pintar dengan kolaborasi industri strategik,” kata Mohd Azraai kepada The Malaysian Reserve.

Juga dinilai semula, katanya, adalah program pensyarah sambilan universiti yang kini berjumlah sehingga 600 pensyarah, atau sehingga 7% daripada 8,000 tenaga pengajarnya di seluruh negara.

Menurutnya lagi, program ini telah dijadualkan untuk diperbaiki sebelum pemotongan diumumkan kerana universiti juga memberi tumpuan untuk pembelajaran dalam talian.

Beliau berkata pengurangan pensyarah sambilan tidak akan mengganggu operasi kerana universiti selalu mengambil mereka mengikut keperluan apabila universiti membawa profesional untuk menyampaikan pengetahuan dan pengalaman mereka dari lapangan.

Mohd Azraai berkata, jumlah pekerja sambilan berbeza dari segi semester dan pengambilan pelajar.

“Tentu saja ini akan mempengaruhi program pensyarah sambilan”. Walau bagaimanapun, apa yang kita lakukan sekarang adalah lebih fokus pada pembelajaran terbuka dan jarak jauh (ODL). ODL telah membolehkan penyampaian yang lebih inovatif, termasuk kuliah interaktif, dilakukan kepada kumpulan pelajar yang lebih besar tanpa kekangan ruang, ”katanya.

Berita penuh : https://themalaysianreserve.com/2020/11/24/uitm-re-assesses-600-part-time-lecturers-after-funding-cut/