Seorang anggota polis berpangkat konstabel bakal berdepan 101 lagi pertuduhan rasuah yang dikenakan ke atasnya di Mahkamah Sesyen Ipoh di sini pada Rabu.
Tertuduh, Zubairi Abdul Mutalib, 60, berdepan 144 pertuduhan keseluruhan yang mana 43 daripadanya telah pun didakwa pada Selasa.
Bagaimanapun, dia mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan serentak bersama 43 pertuduhan pilihan di hadapan Hakim Priscilla Hemamalini.
Zubairi berpangkat koperal didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan di bawah Akta Perikanan 1985.
Mengikut pertuduhan kes, Zubari yang bertugas sebagai ketua jentera bot ronda di pengkalan Polis Marin Kampung Acheh, Sitiawan menerima suapan berupa wang tunai daripada Lim Mee Lan antara Mei 2016 hingga Julai 2019 supaya tidak mengambil tindakan terhadap 18 bot nelayan.
Dalam tempoh tersebut, tertuduh menerima suapan antara RM150 sehingga RM4,700 dengan jumlah keseluruhan RM146,350.
Jika sabit kesalahan, hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda daripada nilai suapan atau RM10,000 atau yang mana lebih tinggi.
Sementara itu, bagi pertuduhan pilihan pula, dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara boleh dipenjara 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
JOHOR BAHRU: Seorang anggota polis dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam dipercayai mengetuai satu ‘serbuan’ palsu ke atas hostel pekerja asing warganegara India di sekitar Medini, Iskandar Puteri pada Disember lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, suspek yang berpangkat konstabel itu merupakan antara tujuh individu termasuk seorang wanita yang melakukan jenayah samun berkumpulan terhadap 11 orang mangsa.
Katanya, perbuatan jenayah itu bagaimanapun tidak lama apabila empat suspek berusia antara 18 hingga 26 tahun melibatkan tiga lelaki dan seorang wanita berjaya diberkas pada pukul 10 pagi hari yang sama, manakala tiga yang lain masih bebas.READ Anggota PGA Sempadan ditembak senapang angin pula
“Dalam kejadian samun awal pagi itu, sekumpulan suspek ini bertindak memperkenalkan diri sebagai polis sebelum menyamun sekumpulan pekerja asing membabitkan kerugian wang tunai sebanyak RM6,310 dan tujuh buah telefon bimbit.
“Mereka turut bertindak memukul mangsa sehingga mengakibatkan kecederaan di beberapa bahagian tubuh badan termasuk di kepala,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.
Tambah Ayob Khan, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu termasuk anggota polis sekiranya didapati terlibat dalam perlakuan jenayah.READ Dendam punca tetak kenalan
“Sepanjang tahun lalu, seramai 43 anggota polis Kontinjen Johor telah didakwa di mahkamah melibatkan pelbagai kesalahan antaranya dadah, jenayah dan rasuah. Selain itu, 46 telah dibuang kerja, 57 ditahan kerja manakala 12 lagi digantung kerja,” ujarnya.
Sementara itu, tiga suspek lelaki termasuk anggota polis itu dan seorang lagi wanita telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, namun mereka membuat pengakuan tidak bersalah di hadapan Hakim V. Mabel Sheela.
Konstabel Haikal Fikri Anuar, 27; Razif Razali, 29, dan Muhammad Syukurilah Roszailah, 19, dituduh mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat, namun, wanita berusia 19 tahun itu tidak hadir ke mahkamah dan diberikan waran tangkap.READ Denda RM3K aib pekerja kedai dengan kata kata rasis dan ludah
Mereka dituduh bersama-sama melakukan rompak berkumpulan dan dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada seorang lelaki di Medini Iskandar Puteri kira-kira pukul 1.20 pagi pada 25 Disember lalu.
Mabel Sheela membenarkan semua tertuduh diikat jamin RM5,000 setiap seorang dengan dua penjamin dan memerintahkan mereka tidak mengganggu saksi pendakwaan, selain melapor diri setiap bulan di balai polis berdekatan serta menyerahkan pasport kepada mahkamah sementara menetapkan 24 Februari ini untuk sebutan semula kes.- UTUSAN ONLINE
Ketua AWAN, Aiman Athirah dalam kenyataannya berkata, peristiwa tahanan wanita yang dirogol di Balai Polis Miri pada 9 Januari 2021 lalu adalah satu berita yang sangat mendukacitakan, mengejutkan dan wajar dikecam sekeras-kerasnya.
“Siasatan menyeluruh darihal insiden tersebut adalah perlu disegerakan memandangkan ia merupakan kes berkepentingan awam, apatah lagi mangsa terlibat adalah seorang yang masih berstatus kanak-kanak dan insiden malang itu berlaku dalam pusat tahanan di bawah kendalian pihak berkuasa yakni polis,” katanya dalam satu kenyataan.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, kejadian itu memang berlaku dan tahanan lelaki terbabit sudah didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan, lapor Harian Metro.
Difahamkan, dua anggota polis yang bertugas ketika kejadian itu digantung kerja serta-merta sementara siasatan sedang dijalankan.
Bagaimanapun Aiman berpendapat peristiwa tersebut sangat jelas menunjukkan bahawa balai polis kini bukan lagi satu tempat yang selamat kepada awam khususnya kanak-kanak, “dan ini sama sekali tidak boleh kita terima dan kita biarkan.”
Beliau menyeru Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Bador mengkaji semula Standard Operation Prosedur (SOP) lokap, sekaligus melakukan pembaharuan tadbir urus lokap dan pusat tahanan sepertimana yang didesak oleh masyarakat dan kumpulan hak asasi manusia selama ini.
Beliau terkejut kerana dua anggota polis yang bertugas pada malam kejadian hanya diambil tindakan digantung kerja.
“Sewajarnya dua anggota tersebut disiasat segera di bawah Akta Kanak-Kanak
Beliau juga menggesa Pesuruhjaya Polis Sarawak segera menjelaskan:
Pertama – siapakah suspek terlibat yang telah membuka sel kanak-kanak itu dengan awalnya bertanya kepada mangsa sama ada dia mahu menggunakan tandas di dalam lokap, sebelum akhirnya merogol kanak-kanak malang itu?
Kedua – bagaimana suspek tersebut boleh memiliki kunci sel lokap kanak-kanak malang itu?
Ketiga – mengapa tahanan kanak-kanak perempuan ini tidak diasingkan daripada sel tahanan orang-orang lelaki dan dewasa?
Keempat – mengapakah tiada warden atau anggota polis wanita yang mengawal sel lokap tahanan gadis/ wanita?
Kelima – Seksyen 85 Akta Kanak-Kanak 2001 telah menetapkan pengaturan yang sesuai untuk mangsa yang masih di bawah umur ketika dia berada di bawah jagaan mereka, bahawa mereka mesti dipisahkan dari orang dewasa di balai polis, tempat tahanan atau mahkamah. Mengapakah peruntukan undang-undang sepenting ini gagal dipatuhi oleh pihak polis sendiri?; danSoalan keenam yang paling menyesakkan dada – tidakkah seolah-olah kejadian ini seperti disengajakan dan sepertinya telah biasa berlaku? Bezanya barangkali ialah tiada pihak yang berani melaporkannya?
Pihak berkuasa, termasuk mahkamah wajib mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terbabit, tanpa takut atau memihak.
Kuala Lumpur: “Tiga kali dia tumbuk muka saya, apa yang dia (anggota polis) nafikan itu adalah tidak benar, sebaliknya dia sudah menumbuk saya dua kali sebelum video itu dirakam,” kata Muhammad Farhan Awang Kafli, 30.
Muhammad Farhan berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan untuk menghantar isterinya ke tempat kerja sebelum melalui satu sekatan jalan raya (SJR).
“Saya memang akui bersalah kerana cuba melarikan diri tetapi saya berhenti apabila ditahan.
“Ketika ditahan itu anggota polis berkenaan sudah menumbuk saya sebanyak dua kali, kemudian dia datang lagi merampas kunci motor dan mendakwa saya melanggar kakinya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.READ Rakaman Curi Telefon Demo Set
Menurutnya, ketika cuba menjelaskan keadaan dia kemudian ditumbuk sekali lagi dan dilemparkan kata-kata kesat.
“Dia beritahu isteri saya kenapa saya ini bodoh sangat, saya tahu saya melakukan kesalahan namun tindakan dia (anggota polis) itu tidak boleh diterima.
Katanya, dia dan isteri kini sedang membuat laporan polis berhubung kejadian.
“Saya berharap siasatan yang telus dapat dijalankan kerana tindakan anggota polis itu tidak boleh diterima.
“Sekali lagi saya mengaku saya melakukan kesalahan tetapi tidak boleh menghukum saya dengan cara begitu,” katanya.
Terdahulu, anggota polis trafik yang didakwa menumbuk seorang penunggang motosikal di Kilometer 28.3 Lebuhraya Persekutuan menghala ke Kuala Lumpur, dekat sini, hari ini, membuat laporan menafikan perkara itu.READ LAPORAN KEJAR MENGEJAR DAN MELEPASKAN TEMBAKAN
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, satu SJR dilakukan di lokasi itu membabitkan tujuh anggota polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya jam 8 hingga 9 pagi tadi.
Satu video berdurasi 37 saat menunjukkan seorang anggota polis dilihat menumbuk seorang penunggang motosikal yang ditahan di tepi jalan untuk pemeriksaan tular di media sosial, hari ini.
Seorang perempuan berusia 16 tahun dirogol oleh tahanan bawah umur ketika ditahan polis di Balai Polis Pusat Miri, Sarawak pada minggu lalu.
Berdasarkan laporan polis yang dibuatnya, dia ditahan pada 8 Januari lalu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan perjudian haram.
Ketika ditahan di sel lokap berasingan daripada tahanan lelaki, mangsa mendakwa pintu sel lokap lelaki tidak berkunci.
Kemudian, pada 9 Jan, mangsa berkata pelaku, yang didakwanya mempunyai kunci, membuka pintu sel lokapnya dan merogolnya di tandas.
Menurut Senator Alan Ling, yang menemani remaja itu membuat laporan polis, pelaku tersebut merupakan pesalah juvana.
Perogol itu telah didakwa pada 12 Januari atas perbuatan itu dan mengaku bersalah.
Dalam laporannya, remaja itu menggesa polis agar menyiasat kecuaian yang menyebabkan dia dirogol, serta jika ada unsur “persubahatan dan penglibatan” pihak polis.
Ketua polis Sarawak Aidi Ismail ketika dihubungi berkata, dua pegawai polis yang ditugaskan menjaga lokap ketika kejadian itu telah digantung tugas dan kini dalam siasatan.
“Mereka sepatutnya menjalankan tugas tetapi gagal melakukannya.
“Kami juga akan menyiasat penyelia mereka, sama ada telah mengawasi kedua-dua anggota tersebut dan adakah semuanya dalam keadaan seperti sepatutnya atau tidak, “katanya kepada Malaysiakini.
Sementara itu, Ling dan pembantunya Lawrence Law – kedua-duanya merupakan peguam – mempertimbang untuk memfailkan
saman sivil bagi pihak remaja tersebut, bagi mendapatkan pampasan dan ganti rugi atas kejadian yang berlaku. –MK
Terdapat rangkaian atau “‘kartel” yang diwujudkan dalam pasukan polis dan didalangi pegawai kanan di peringkat pertengahan dengan motif untuk mendominasi pasukan itu bagi memudahkan mereka melakukan “kerja-kerja kotor”.
Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata, “puak-puak tersebut” merancang untuk memastikan rakan sekerja mereka sama-sama dinaikkan pangkat, seterusnya mendominasi pucuk pimpinan tertinggi polis pada masa depan.
Katanya, matlamat akhir rangkaian atau kartel segelintir anggota polis itu ialah memastikan seluruh pasukan tersebut dikawal dan kegiatan berunsur jenayah yang dilakukan dapat disembunyikan.
“Saya tahu perkara ini berlaku. Mereka ini akan wujudkan rangkaian sesama sendiri. Dalam tempoh 10 hingga 15 tahun, apabila mereka pula menjadi pegawai atasan dan mempunyai kuasa, mereka mula buat “kerja-kerja tidak senonoh”, termasuk bersekongkol dengan penjenayah di luar.
“Saya pandang serius perkara ini dan akan pastikan gejala ini disekat dan tidak terus berlaku.
“Saya tahu ada dalam kalangan mereka yang tidak sabar menunggu saya berhenti,” katanya, menurut laporan Utusan Malaysia, hari ini.
Hamid berkata, walaupun terdapat segelintir anggota terpalit dalam kes melibatkan integriti sejak kebelakangan ini, namun tahap prestasi kerja pasukan polis masih utuh.
Malah beliau turut mengucapkan terima kasih kepada masyarakat yang turut membantu mendedahkan kegiatan tidak bermoral anggota polis.
“Saya sedia mendengar apa jua aduan orang ramai tentang salah laku warga polis. Saya akan pastikan siasatan yang adil dijalankan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) dan tindakan diambil sekiranya salah laku itu terbukti berlaku,” katanya.
Beliau berkata, kunci utama setiap pegawai serta anggota polis sentiasa disegani dan disanjung tinggi ialah niat dan disiplin mereka.
Bahkan katanya, sempena tahun 2021, beliau mengimpikan semua anggota polis mengekalkan tahap disiplin yang tinggi.
“Cukup saya katakan, cara kerja warga polis tahun ini meningkat 60% dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat, di samping melaksanakan penguatkuasaan undang-undang.
“Jika dahulu, terdapat budaya dalam polis yang mana pegawai dan anggotanya ‘berlagak’ kononnya mereka mempunyai kuasa, tetapi kini perbuatan tidak baik itu tidak lagi berlaku.
“Saya juga sering mengingatkan kepada mereka agar tidak melengahkan siasatan yang dijalankan, selain jangan sesekali mengambil tindakan mengikut kaum atau agama tertentu,” katanya.
Jika Umno akhirnya terpaksa membawa haluan sendiri menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-15 nanti, ia bukanlah masalah, kata Pengerusi Lembaga Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah.
“Mengapa tidak?” katanya ketika disoal berkenaan kemampuan Umno untuk bergerak sendiri, tanpa penyertaan Bersatu dan PAS.
“Kita biasanya bergerak sendiri atas dasar yang ditentukan oleh BN. Dan segala bentuk tindakan kita merupakan bentuk berkebangsaan”.
Dengan sikap PAS yang semakin dilihat ‘menyebelahi’ Bersatu berbanding Umno, akui ahli parlimen Gua Musang itu, ia mungkin boleh menjejaskan peluang Umno untuk kembali mengetuai kerajaan pusat.
“Tetapi kena ingat, sebelum ini pun kita tak bergantung kepada mereka. Kita bertanding, atau menghadapi pilihan raya umum (PRU) sebagai BN. Dan kita menang banyak kerusi.
“Di sebelah selatan, tengah, Pantai Barat pun kita menang.
“Ini kekuatan yang telah dibuktikan oleh kita dalam PRU yang sudah-sudah,” katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini di rumahnya di ibu negara semalam.
Katanya, meskipun menyokong kerajaan PN, Umno bukan anggota PN.
Malah, tambahnya, kekuatan Umno melebihi parti-parti lain jika diukur daripada segi perwakilan kerusi parlimen, jumlah keahlian, dan sokongan akar umbi.
Hanya saja, Umno perlu memilih calon PRU-15 yang boleh diterima masyarakat iaitu calon yang tidak banyak masalah, serta bertanggungjawab untuk memberikan segala khidmat dan bantuan kebajikan kepada rakyat, lebih-lebih lagi ketika negara berperang dengan Covid-19.
Pada PRU-14 lalu, Umno menang 54 kerusi parlimen, namun hilang banyak kerusi apabila ahli-ahlinya lompat parti menjadi ahli Bersatu yang diasaskan beberapa bekas pemimpin kanan Umno.
Kini mereka memegang 38 kerusi.
Umno mula bersekutu dengan Bersatu apabila parti serpihannya itu keluar daripada PH hujung Februari lalu dan membentuk kerjasama dengan parti-parti lain – termasuk Umno dan PAS – bagi menumbangkan kerajaan PH, bawah payung PN.
Namun, kerjasama dua parti itu menempuh jalan sukar apabila ada sebahagian pemimpin Umno mendakwa parti mereka dianaktirikan bawah pentadbiran presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, malah tidak kurang juga yang menggesa ahli Umno menarik balik sokongan kepada perdana menteri.
Siri kekecewaan terbaru Umno ialah apabila syarat yang dikemukakan untuk menyokong Belanjawan 2021 – pengeluaran i-Sinar KWSP dan moratorium automatik – dikatakan dikompromi oleh kerajaan PN.
Gabungan PN didaftar pada 7 Ogos, membabitkan Bersatu, Umno, Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dan Parti Progresif Sabah (SAPP), manakala piagam MN yang dimeterai Umno dan PAS pada 14 Sep 2019 pula, sedang dalam fasa untuk merasmikan kerjasama.
Namun, kata Tengku Razaleigh, sama ada Umno akan bekerjasama bersama dengan PAS dalam MN atau turut bersama Bersatu menjelang PRU-15, adalah hal yang belum dimuktamadkan.
“Lagipun kita tak tahu sama ada dalam bentuk itu (kerjasama dengan PAS) boleh diterima oleh masyarakat umumnya,” katanya yang menyifatkan Umno bawah BN sebagai parti yang bersifat kebangsaan dan tidak mengamalkan sikap perkauman.
“Kerana kita selama ini pun menayangkan kedudukan kita sebagai satu parti dan satu gerakan kebangsaan, yang mewakili semua kaum, semua pihak dalam gerakan kita.
“[…] Jadi pada masa ini kita serah kepada pemimpin untuk menentukannya,” katanya.
Setiausaha Agung BN Annuar Musa beberapa hari lalu berkata rundingan agihan kerusi antara Umno dan PAS di bawah MN sudah mencapai tahap 60 ke 70 peratus, tetapi rundingan terperinci belum dimulakan dengan Bersatu.
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menggesa agar PRU segera selepas Covid-19 terkawal, dan pendirian itu nampaknya turut dikongsi oleh Muhyiddin.
1) Makanan dan produk makanan ni, kita sebagai umat yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, kena check detail status halal pada zahir makanan tersebut, dan juga bagaimana cara dapatkan makanan tersebut.
2) Daging yang diperoleh daripada haiwan yang mati tanpa disembelih menurut syarak adalah haram. Daging babi adalah juga haram walaupun disembelih mengikut syarak, kerana daging babi haram pada zahirnya.Daging daripada haiwan yang haram dimakan juga adalah haram.
3) Daging yang halal pada zahirnya, sudah disembelih ikut syarak, tetapi ia diperoleh secara mencuri – adalah juga haram dimakan. Daging halal yang dibeli menggunakan duit rasuah, korup, salah guna kuasa curi duit rakyat , juga haram. Pendek kata, daging yang diperoleh daripada duit haram atau cara yang haram, adalah haram dimakan.
4) Orang yang tidak beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, akan langgar salah satu atau kedua-dua jenis keharaman ini. Bukan sahaja mereka makan ikut suka, bahkan mereka juga akan jual ikut suka. Yang mahu untung lebih, akan belasah jual daging haram yang ditukar label halalnya. Haram tetap haram walaupun ada logo halal JAKIM yang ditampal tanpa pengesahan JAKIM.
5) 1500 juta tan daging yang kebanyakannya diseludup dari bolivia , China, Ukraine, Brazil dan Argentina, sudah tersebar ke seluruh negara. Maka berhati-hatilah membeli daging sejuk beku di pasaraya milik cina famili store , zeemart, tesco , econsave, nsk . Lebih baik bayar lebih sikit untuk mendapatkan daging tempatan yang dijual oleh penternak dan pejual daging di pasar basah yang diuruskan oleh orang yang kita yakin beriman kepada Allah dan hari Akhirat. Walau pun mahal sikit daging tempatan tp trjamin halal .
Badan bukan kerajaan (NGO) Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendakwa wujud pembabitan parti politik dalam isu kartel daging sejuk beku yang menjadi kontroversi ketika ini.
Menurut presidennya, Hamdan Mohd Salleh, parti politik itu juga terbabit dalam usaha menjatuhkan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).
Katanya, pembabitan parti politik terbesar itu bukannya baru malah didakwa berlaku lima tahun yang lalu.
“Hari ini kita membuat laporan polis mengenai pendedahan sebuah parti politik terbesar dan sekutunya dalam menjatuhkan industri daging dengan berkerjasama dengan pihak kartel.
“Mereka bersekongkol menjatuhkan syarikat GLC kerajaan seperti NFC dengan usaha mengagalkan perusahaan industri daging ini,” katanya dalam sidang media, di ibu negara hari ini.
Bagaimanapun kata Hamdan, dia tidak dapat mendedahkan parti yang terbabit memandangkan ia masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Hamdan membuat laporan polis berhubung isu berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
Awal bulan ini media melaporkan taktik jahat kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging tersebut dengan logo halal dan menjualnya ke pasaran seluruh Malaysia.
Hasil risikan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) kartel berkenaan dipercayai menyamar sebagai syarikat pembekal daging sejuk beku telah menjadikan gudang berkenaan sebagai lokasi untuk membuat label dan cap palsu yang kemudiannya akan ditampal pada kotak daging yang telah dibungkus semula itu.
Media pada 21 dan 22 Disember melaporkan bahawa kartel itu dikatakan bersubahat dengan beberapa pegawai dalam agensi-agensi kerajaan untuk membawa daging-daging ke dalam negara kononnya sebagai daging yang berstatus halal.
Antara daging yang dibawa masuk adalah daging kangaru dan kuda, yang dijual sebagai daging yang berstatus halal.
Dalam pada itu, Hamdan menggesa pihak berkuasa supaya segera mengambil tindakan dengan menyiasat pimpinan parti politik berkenaan.
“Kita tidak dapat dedahkan (parti terbabit) kerana ia dalam siasatan.
“Kalau tuan (wartawan) kaji isu NFC tuan dapat ketahui pihak yang terbabit,” katanya.