Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Panas!!! Annuar Musa Meroyan ‘sound’ Najib kaw-kaw….

Panas!!! Annuar Musa ‘sound’ Najib kaw-kaw….

“Lain tergigit,lain yang pedas…” kata bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa melalui satu ciapan di Twitternya pada Rabu.

Sindiran ringkas itu dipercayai merujuk kepada kenyataan Pengerusi Lembaga Penyelaras BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau turut berkongsi ciapan Twitter Astro AWANI mengenai laporan berita Najib membidas Annuar Musa kerana mengadakan sidang media untuk membuat pelbagai tuduhan.

Pada Selasa, Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Datuk Seri Ahmad Maslan menggantikan Annuar sebagai Setiausaha Agung BN.

Ia dibuat dalam satu pertemuan khas ketua-ketua bahagian UMNO bersama presiden parti di Dewan Tun Husseiin Onn, WTC.

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-politik/lain-tergigitlain-yang-pedas-annuar-musa-276430

Lepas kena pecat, Annuar Musa Meroyan dedah akuan bertulis Zahid sokong Anwar sebagai PM

Lepas kena pecat, Annuar Musa dedah akuan bertulis Zahid sokong Anwar sebagai PM

Bekas setiausaha agung Umno Annuar Musa hari ini mengesahkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi membuat perakuan bertulis menyatakan sokongannya kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Menurutnya, akuan itu juga dipersembahan kepada Yang di-Pertuan Agong sekali gus bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Saya mengesahkan wujudnya sokongan secara hitam putih oleh presiden Umno kepada Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan PN yang dianggotai BN.

“Akuan itu dialamatkan kepada Yang di-Pertuan Agong,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Sidang media berkenaan diadakan sehari selepas ahli parlimen Ketereh itu diketepikan daripada jawatannya sebagai setiausaha agung BN.

Annuar berkata, tindakan diambil Ahmad Zahid itu merupakan percubaan dan perundingan yang melibatkan DAP dalam apa yang diistilahkan pembentukan jajaran baru politik.

“Percubaan menggugat kestabilan kerajaan PN berkali-kali yang menyebabkan terjejasnya hubungan baik terutamanya antara Umno, PAS dan Bersatu yang merupakan parti teras yang telah mewujudkan Perpaduan Melayu dan Islam di negara ini,” katanya.

Menjelaskan pemecatannya semalam, menteri Wilayah Persekutuan itu berkata dia menerima keputusan dibuat Ahmad Zahid selaku pengerusi BN dan ia dimaklumkan kepadanya melalui WhatsApp pada jam 1.51 petang.

Tak mahu bersekongkol

Menurut Annuar selaku setiausaha agung BN dia hanya boleh melaksanakan tugas dengan baik jika wujud perasaan saling meyakini dan mempercayai dengan pengerusi gabungan tersebut.

“Walaupun sememangnya wujud suasana sedemikian sebelum ini, namun sejak kebelakangan ini, suasana tersebut telah berubah berikutan beberapa perkara, peristiwa dan dasar yang menuntut saya mempertahankan prinsip dan Pendirian politik saya secara tegas serta berterus terang,” katanya.

Kata Annuar selain sokongan secara hitam putih yang diberikan kepada Anwar, ada beberapa isu yang timbul sewaktu dia menjadi setiausaha agung BN.

Antaranya kata Annuar percubaan dan rundingan melibatkan DAP dalam pembentukan jajaran baru politik dan cubaan menggugat kestabilan kerajaan PN hingga menjejaskan hubungan baik terutamanya antara Umno, PAS dan Bersatu.

Selain itu isu yang disenaraikan Annuar ialah:

  • Situasi flip-flop pimpinan khususnya Pengerusi BN dalam perkara-perkara dasar berhubung Muafakat Nasional (MN) sehingga berlaku kesamaran dan kekaburan dalam hala tuju MN.
  • Seruan demi seruan untuk dibubarkan parlimen dan mengadakan pilihan raya dalam situasi rakyat menderita akibat penularan pandemik Covid-19 dan tekanan ekonomi yang sangat berat.
  • Kegagalan pimpinan mewujudkan keharmonian dan ketertiban dalam parti hingga berterusan bertelagah secara terbuka telah menyebabkan terhakisnya keyakinan rakyat terhadap visi yang dibawa oleh parti.
  • Keputusan-keputusan parti seperti No DAP, No Anwar, sokongan en-bloc kepada kerajaan PN dan lain-lain telah tidak dihormati.

“Perbezaan pendirian ini menuntut saya mengambil ketetapan untuk tidak bersekongkol dengan gerakan-gerakan yang tidak selari dengan keputusan rasmi MKT (Majlis Kerja Tertinggi Umno),” katanya.

Dengan perbezaan prinsip itu kata Annuar adalah lebih baik untuknya tidak bersubahat dengan hala tuju Ahmad Zahid.

Dengan tidak lagi menjadi setiausaha agung BN, katanya, dia lebih bebas bertindak dan membuat pendirian politik mengikut hati nurani saya sendiri bersama rakan-rakan yang sealiran.

“Justeru, saya dengan penuh reda menerima pemecatan ini dan berserah kepada Allah SWT.

“Saya akan terus berjuang atas wadah perjuangan Umno dan akan terus menyumbang ke arah Umno yang bermaruah, berintegriti dan kekal memimpin penyatuan ummah dan menunjangi permuafakatan nasional,” katanya.

Sumber: https://m.malaysiakini.com/news/557823

SEBAB ANNUAR MUSA DIPECAT

SEBAB ANNUAR MUSA DIPECAT

Saya baru lihat sidang akhbar sahabat saya Tan Sri Annuar Musa sebentar tadi.

Secara ringkas beliau berkata bahawa beliau telah dipecat (atau digantikan) kerana beliau tidak bersetuju dengan beberapa pemimpin UMNO yang mahu bekerjasama dengan Anwar dan DAP.

Pada hemat saya Tan Sri Annuar mungkin keliru.

Dia digantikan bukanlah kerana dia tidak bersetuju dengan Presiden UMNO berkenaan kononnya isu sokongan ke atas Anwar atau DAP.

Isu ini isu lama, surat yang dikatakan oleh Annuar Musa yang menunjukkan Presiden UMNO menyokong Anwar Ibrahim itu adalah surat bertarikh Oktober tahun lepas.

Dalam politik, tiga bulan lepas adalah sama dengan tiga dekad lalu.

Jika Annuar Musa tahu surat itu tulen seperti didakwa, maka mengapa beliau tidak bangkitkan ketidakpersetujuan beliau kepada Presiden pada ketika itu?

Dan jika telah dibangkitkan dan Presiden UMNO mahu memecat beliau (Annuar) oleh sebab ini, maka Annuar telahpun dipecat tiga bulan lepas dan bukannya sekarang.

Dan baru-baru ini, Presiden UMNO sekali lagi secara terang-terangan telah membuat kenyataan yang UMNO tidak akan bekerjasama dengan DAP.

Dan walaupun DAP menghulurkan cadangan untuk bekerjasama di Perak, namun UMNO dan Presiden UMNO telah pertimbang dan menolak cadangan tersebut.

Ini jelas dan bukanlah isu lagi.

Hakikatnya, Tan Sri Annuar Musa digantikan jawatannya bukan kerana isu Anwar atau DAP, tetapi kerana kecenderongannya kepada parti PPBM, iaitu parti yang ditolak oleh akar umbi UMNO.

Rata-rata bukan sahaja majoriti tetapi lebih dua-pertiga akar umbi UMNO yang telah bermesyuarat di peringkat bahagian mewakili cawangan-cawangan di seluruh negara telah membuat keputusan menolak kerjasama dengan PPBM.

Akar umbi UMNO tidak mahu ada pemimpin atau setiausaha yang ingin “menjual” UMNO kepada PPBM.

Secara dasarnya, Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN tidak boleh ada seorang setiausaha yang mana kecenderungan dan kenyataan-kenyataannya bercanggah dengan kemahuan akar umbi.

Sebab itu beliau diganti.

ISHAM JALIL

6 Januari 2021

P/S: Saya harap perbezaan pendapat ini tidak mengguris hati sahabat saya Tan Sri Annuar Musa. Perbezaan pendapat politik adalah perkara biasa, namun persahabatan tetap berkekalan.Nothing personal. 22TqЦ\��

Pemimpin BN sokong Anwar Ibrahim perlu keluar parti

KOTA BHARU: Dasar ‘No DAP, No Anwar’ merupakan ketetapan yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN) dan jika ada ahli yang melanggarnya maka mereka sudah melanggar dasar parti, kata Setiausaha Agong BN, Tan Sri Annuar Musa.Katanya, ia termasuk pemimpin BN dan UMNO jika benar dakwaan mereka memberi sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau menegaskan perkara itu ketika mengulas mengenai dakwaan terdapat akuan bersumpah (SD) ahli Parlimen UMNO menyatakan sokongan terhadap Anwar.”Saya boleh mengesahkan sebagai Setiausaha Agung BN, soal SD ini bukan merupakan keputusan parti dan tidak dibincangkan di peringkat parti.

“Peringkat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) MN adalah kerajaan Perak dan PN (Perikatan Nasional) dipertahankan dan dasar ‘No Anwar, No DAP’ tidak dikompromikan.”Dasar itu masih (terpakai) sehingga saat ini dan perkara yang lain itu melanggar keputusan parti,” katanya di sini, hari ini.Beliau berkata, Muafakat Nasional (MN) dan BN tidak pernah membincangkan cadangan atau perkara mengenai menandatangani SD sedemikian.Mengulas lanjut, Annuar berkata, jika dakwaan mengenai sokongan kepada Anwar tidak berasas, ahli Parlimen BN yang dikaitkan itu perlu membuat laporan.Beliau turut menjelaskan tidak mempunyai maklumat dakwaan Anwar memperolehi 113 tanda tangan SD daripada ahli Parlimen termasuk daripada BN.Annuar berkata, jika ada yang ingin melanggar dasar parti, mereka yang terlibat perlu berhenti menjadi ahli parti.

https://www.astroawani.com/berita-politik/pemimpin-bn-sokong-anwar-ibrahim-perlu-keluar-parti-272975

PANAS!!! Annuar Musa gocoh Nur Jazlan, Umno semakin berantakan

Dilabel sebagai tokoh yang sudah ‘mati’ dalam Umno, Setiausaha Agung BN Annuar Musa bingkas menempelak pihak yang melontarkan sindiran tersebut.

Dan menteri Wilayah Persekutuan itu membidas dengan kata-kata yang tidak kurang pedihnya.

Menjawab tempelakan yang ditujukan itu, Annuar berkata, apa yang penting baginya ialah mati sebagai seorang beragama Islam dan bersyukur jika ketika itu dia masih kekal sebagai ahli Umno.

Secara sinis, katanya, meskipun dituduh ‘mati’ di dalam Umno, setidak-tidaknya dia masih mampu menyumbangkan satu kerusi parlimen Umno, tidak seperti pihak lain yang hidup di negeri kuat Umno tetapi tidak menyumbang apa-apa kerusi buat parti.

“Ada yang kata saya dah mati dalam Umno. Kalau begitu, alhamdulillah. Yang penting saya mati dalam Islam, dan syukur jika saat itu saya kekal ahli Umno.

“Setidak-tidaknya saya masih mampu beri satu kerusi parlimen dan DUN (dewan undangan negeri) untuk Umno.

“Ada yang hidup di negeri kuat Umno tapi gagal sumbang kerusi untuk Umno.

“Pedih kan? You ask for it! (Kamu yang minta!)” kata ahli parlimen Ketereh itu di Facebooknya.

Tak ada pilihan lain

Untuk rekod, pada penggal ini, Annuar tidak bertanding di mana-mana kerusi DUN namun pernah mewakili kawasan Peringat dan Kok Lanas di Kelantan, masing-masing pada 1986 dan 2004.

Meskipun tidak menamakan sesiapa, sindiran itu dipercayai ditujukan buat Timbalan Pengerusi Umno Johor, Nur Jazlan Mohamed, yang dilaporkan menganggap Annuar sebagai figura yang “sudah mati” dalam perjuangan Umno.

“Dia ‘dah mati’ dalam Umno tetapi tak mahu lompat ke Perikatan Nasional (PN),” katanya seperti dilaporkan portal berita FMT.

Nur Jazlan mengulas kenyataan Annuar – Umno dalam wawancara bersama Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan malam kelmarin – antara lain menyatakan segelintir ahli Umno lupa bahawa parti itu ialah parti yang kalah dalam pilihan raya umum (PRU) lalu.

Kata Annuar, Umno kini tidak mempunyai pilihan lain untuk bertanding dalam PRU akan datang kecuali bersama PAS sebagai sekutu ketika PAS tetap bertegas mahu bersama Bersatu sebagai rakan.

“Pilihan ini tidak wujud. […] PAS berpegang pada dasar (iaitu) Umno, PAS dan Bersatu hendaklah bersama,” katanya dalam wawancara itu.

Untuk rekod, Nur Jazlan merupakan bekas ahli parlimen Pulai di Johor selama tiga penggal sebelum tewas kepada Salahuddin Ayub dari Amanah pada PRU lalu.

Ketika ini dia merupakan timbalan ketua Umno Johor.

Johor sebelum ini dikenali sebagai kubu kuat Umno-BN namun pada PRU lalu negeri itu tumbang ke tangan PH yang terdiri daripada DAP, PKR, Amanah dan juga Bersatu – parti serpihan Umno sendiri.

Namun, seiring dengan kejatuhan PH di pusat pada hujung Februari lalu kerana kerjasama PN, kerajaan Johor juga bertukar apabila Bersatu bekerjasama dengan Umno di negeri berkenaan.

Sejak PRU-14, Johor sudah mempunyai tiga orang menteri besar, dengan yang terbaru merupakan Adun Benut, Hasni Mohammad dari Umno.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/551937

Annuar Musa ‘dah mati’ ?

Annuar Musa ‘dah mati’ dalam Umno tetapi tak mahu lompat ke PN

Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan dakwaan Setiausaha Agung BN Annuar Musa bahawa PAS bertegas supaya Umno mesti turut menjadi rakan sekutu dengan Bersatu sebagai “tidak tepat.”

“Kerana keputusan Jawatankuasa Induk Perundingan Muafakat Nasional Rabu lepas bersetuju untuk mendaftarkan Muafakat Nasional (MN) antara Umno dan PAS sebagai dua parti teras mewakili bumiputera, Melayu, Islam.

“Tidak timbul langsung soal PAS beri kata dua tidak mahu kerjasama dengan Umno tanpa Bersatu,” jelas Asyraf pada hantaran di media sosial malam ini.

Terdahulu, Annuar memaklumkan Umno tidak lagi ada pilihan untuk bertanding dalam PRU akan datang hanya bersama PAS sebagai sekutu, seperti rancangan awalnya dahulu.

“Dalam kajian kita, Umno dan PAS ada kekuatan sendiri dan memang boleh menang (dalam PRU akan datang).

“Tapi tanya PAS, adakah PAS boleh menerima idea hanya Umno dan PAS dan tinggalkan Bersatu?

“Pilihan ini tidak wujud. […] PAS berpegang pada dasar Umno, PAS dan Bersatu hendaklah bersama,” katanya dalam temu bual bersama Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan malam semalam.

Bertentangan dengan kenyataan Aysraf malam ini, Annuar pula mendakwa PAS menyatakan pendirian itu dengan jelas dalam mesyuarat Muafakat Nasional (MN) Rabu lalu.

Menurut Annuar lagi, keputusan untuk bekerjasama dengan Bersatu adalah keputusan bersama parti itu, dalam usaha untuk menolak kerjasama dengan presiden PKR Anwar Ibrahim dan DAP.

Selepas kerjasama antara Umno dan PAS membuahkan kemenangan di beberapa PRK selepas PRU 2018, kedua-dua parti itu memeterai kerjasama Muafakat Nasional pada September 2019.

Bagaimanapun, PAS kini merupakan antara ahli Perikatan Nasional gagasan Bersatu.

Umno pula dikatakan ‘dingin’ dengan Bersatu apabila parti itu mendakwa tidak mendapat layanan dan penghormatan sewajarnya sebagai parti terbesar dalam gabungan PN yang membentuk kerajaan Persekutuan.

Sumber:https://www.malaysiakini.com/news/551870

MUDAHNYA ANUAR MUSA MEMPERBODOHKAN BANI MELAYU

ARAK DENGAN BIR TU SAMA LA…MUDAHNYA ANUAR MUSA MEMPERBODOHKAN BANI MELAYU…

Ape beza Arak dan Bir.. sama lah.. Hat Carlsberg.. Tiger, Heineken tu Bir lah.. Sejak Bila Wine ,Vodka Wiski juak kat Kedai Serbaneka dan Kedai Runcit… ? Nampak tak macam mana Anuar Musa nak game Bani Melayu..

Sejak minggu lepas bila DBKL buat kenyataan akan haramkan jualan arak dikedai Runcit dan Serbaneka.. Ramai kalangan bani Melayu, Terutama Pemimpin PAS pakat puji melambung pada Menteri Wilayah..

Dan kita pun tahu game Anuar Musa.. Tu sebab dia letak tarikh perlaksanaan Oktober 2021 setahun lagi.. Sebab apa plan dia nak beli hati Melayu.. target dia, dia nak umpan DAP.. Selepas PRU 15.. dia tukar lah keputusan..alasan dia mudah, Dapat bantahan pekedai Runcit.. Kedai Serbaneka..

Tapi biasa lah DAP…Baru Anuar Musa umpan dah masuk perangkap..DAP kutip sokongan buat bantahan.. Rupanya DAP pun umpan MCA.. kalau DAP tak bertindak pun MCA akan bantah.. MCA bijak, Dia bisik kat telinga Anuar Musa jer.. Kalau tak U-turn giliran depa beraksi pulak..

Rupanya tak sampai Seminggu.. Laporan Berita hari ini..Katanya Bir dan arak minuman Keras Perubatan China tak masuk dalam senarai larangan.. Pulak dah.. Jadi sia sia jer Ketua Pemuda PAS…Ulama PAS memuji Menteri Wilayah.

Maklum lah lebai mana tahu Bir tu apa…Depa dok ingat Bir tu Root Beer A&W…depa tak tau Bir tu lah Carlsberg, Heniken dan Tiger…hat orang PAS selalu mengamuk kat kedai Speedmart, 7 ELeven.. depa panggil Arak..Anuar Musa panggi Bir..macam Bani Melayu sebut Babi lah..Lembut sikit Khinzir..

Nabi dah habaq dah..

لَيَشْرَبَنَّ نَاسٌ مِنْ أُمَّتِى الْخَمْرَ يُسَمُّونَهَا بِغَيْرِ اسْمِهَا..

“Demi sesungguhnya manusia di kalangan umatku akan minum arak yang mereka menamakannya dengan nama yang lain.”Kredit:

Ipohmali#TakeBeer#KERAjaanIsleMemimpin

https://web.facebook.com/muhamad.khusairy.73

ARAK DIBENARKAN JUAL DI KEDAI RUNCIT – TUAN GURU ANNUAR MUSA (ASWAJA).

ANNUAR MUSA SELEWENG RM129 JUTA DANA MARA

Lengkap pendedahan bagaimana RM129juta dana MARA diseleweng dalam pembelian hartanah di Australia. Sila sebarkan agar rakyat tahu.Dokumen lengkap, gambar di http://rafiziramli.com/…/penyelewengan-rm63-juta-dana…/

PENYELEWENGAN RM63 JUTA DANA MARA DALAM PEMBELIAN HARTANAH KEEMPAT, JUMLAH PENYELEWENGAN RM129 JUTA DANA MARA

Hartanah keempat yang dimiliki oleh MARA Inc di Australia ialah sebanyak 281 unit kediaman untuk pelajar-pelajar di sebuah bangunan yang beralamat 746 Swanston Street, Melbourne. Kediaman ini diuruskan di bawah jenama Unilodge iaitu sebuah syarikat penyediaan kediaman pelajar yang ternama di Australia.

Mengikut dokumen dalaman MARA yang dibentangkan kepada Tan Sri Annuar Musa pada 20 Mei 2014, unit-unit kediaman ini dibeli pada harga RM138.6 juta (atau AUD$41.8 juta) pada 28 Ogos 2012.

Di Australia, setiap jual beli sesebuah hartanah selalunya dilaporkan dan harga jual beli akan dimuatkan di laporan-laporan hartanah yang boleh diperolehi secara percuma kerana ketelusan sektor hartanah di negara itu. Malah, harga pasaran sesebuah hartanah juga boleh disemak dengan mudah.

NOW telah membuat semakan ringkas dengan sebuah perunding hartanah OnTheHouse di lamannya www.onthehouse.com.au untuk mendapatkan sejarah urusniaga jual beli yang melibatkan unit-unit di 746 Swanston Street serta nilaian terkini hartanah tersebut.

Carian NOW di www.onthehouse.com.au pada 1 Julai 2015 jam 537 petang (seperti tertera di mukasurat atas laporan yang disertakan bersama) mengesahkan bahawa sepanjang tahun 2012 (tahun MARA membeli unit-unit hartanah ini), hanya ada 6 urusniaga jual beli melibatkan unit-unit di alamat itu. Daripada 6 urusniaga jual beli tersebut, hanya ada satu jual beli yang melebihi dari satu unit dan dilabelkan sebagai unit S5, 746 Swanston Street (S5 mewakili 281 unit yang dibeli).

Urusniaga itu dilaporkan berlaku dalam bulan November 2012 pada harga AUD$23.5 juta (atau RM75.7 juta pada kadar tukaran AUD$1 bersamaan RM3.22 pada tarikh jual beli 28 Ogos 2012) mengikut laporan www.onthehouse.com.au

Ini bermakna, terdapat perbezaan harga jual beli sebanyak RM63 juta diantara jumlah yang dilulus dan dilaporkan oleh MARA (iaitu RM138.6 juta seperti di dalam laporan dalaman MARA) dan jumlah harga jual beli yang dilaporkan perunding hartanah bebas (iaitu RM75.7 juta).

Jumlah ini berkemungkinan adalah jumlah yang diselewengkan kerana jumlah yang diluluskan oleh MARA tidak semuanya digunakan untuk membeli unit-unit hartanah di 746, Swanston Street yang dilaporkan bernilai lebih kurang separuh dari peruntukan yang dibelanjakan dan dilaporkan oleh MARA Inc.

Persoalannya: jika dana MARA sebanyak RM63 juta ini tidak digunakan untuk membeli unit-unit hartanah di 746 Swanston Street, ke manakah dana RM63 juta ini diselewengkan dan siapakah yang mendapat laba dari skim pembelian hartanah ini?

Semakan nilaian semasa unit-unit hartanah milik MARA ini juga menunjukkan nilaian semasanya adalah sekitar AUD$23.6 juta ke AUD$26.6 juta, iaitu hampir separuh dari jumlah yang dibelanjakan oleh MARA Inc untuk membelinya dalam tahun 2012. Ini juga bermakna pada kadar tukaran matawang terkini, nilaian maksima unit-unit hartanah ini hanyalah RM77 juta yang menyebabkan MARA Inc akan kerugian RM62 juta jika MARA Inc menjual unit-unit hartanah ini sekarang.

Oleh yang demikian, rumusan penyelewengan pembelian keempat-empat hartanah MARA di Australia adalah seperti berikut:

Dudley House RM15.2 juta

333 Exhibition Street RM33 juta

51 Queen Street RM18 juta

746 Swanston Street RM62.9 juta

Jumlah RM129 juta

Walaupun pihak berkuasa di Malaysia akan memberikan pelbagai alasan bahawa urusniaga-urusniaga ini tidak menyalahi undang-undang dan besar kemungkinan tiada tindakan lanjut akan diambil, sebarang urusniaga di Australia yang dilihat cuba menyembunyikan harga sebenar boleh disiasat bagi kesalahan mengelak cukai (tax evasion) dan mengubah wang haram (money laundering).

Oleh itu, Saudara Akmal Nasir akan berada di Melbourne, Australia minggu depan dari 10 hingga 14 Julai 2015 untuk membuat laporan dengan pihak-pihak berkuasa Australia agar keempat-empat urusniaga melibatkan MARA ini disiasat bagi kesalahan mengelak cukai dan mengubah wang haram.

Hanya dengan cara ini individu dan pihak yang terlibat boleh dibawa ke muka pengadilan bila mana kes-kes penyelewengan yang nyata seperti ini tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa Malaysia.

Isnin ini (6 Julai 2015),

NOW akan mendedahkan individu-individu di belakang urusniaga ini dan bagaimana urusniaga ini dilaksanakan di Australia.

RAFIZI RAMLI

AKMAL NASIR

Pengarah Eksekutif

NOW2 Julai 2015

http://tukartiub.blogspot.com/2016/04/rasuah-dan-jual-agama.html