Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

10 BENDA PALING BEST BERLAKU DI MELAKA SEJAK PRU14. NO2 TU CUKUP MELEGAKAN UNTUK YANG BERKELUARGA

10 BENDA PALING BEST BERLAKU DI MELAKA SEJAK PRU14. NO2 TU CUKUP MELEGAKAN UNTUK YANG BERKELUARGA

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

 

1. Projek Perumahan Untuk Rakyat

Ini ‘rare’, kepada rakyat Melaka ini berita memang terbaiklah, Kerajaan Melaka kini melaksanakan Projek 60 Perumahan Peduli Rumah Peduli diberikan secara percuma kepada rakyat memerlukan, Rumah Berkat sebagai rumah transit  bagi membantu pasangan suami isteri yang baru berkahwin, Rumah Belia khusus buat golongan belia. Amacam?

 

2. Hospital Kanak-Kanak dan Wanita

Pengumuman pembinaan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (WCH) oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad baru-baru ini ternyata bakal melegakan golongan ibu bapa negeri ini kerana umum mengetahui wad kanak-kanak dan wanita di hospital kerajaan sentiasa ‘full house’. Dengan terbinanya WCH itu, ia bakal menempatkan sebanyak 440 katil dijangka sekali gus mengurangkan kesesakan di Wad Pediatrik serta Obstetrik dan Ginekologi di HM antara 35 hingga 40 peratus. Terima kasih kerajaan PH!

 

3. Petak letak kereta percuma Sabtu & Ahad

Kepada mereka yang kaki jalan, suka melancong di hari minggu, ini memang berita baik untuk anda. Mana tidaknya, setiap hari Sabtu dan Ahad, anda tidak perlu lagi membeli tiket parking MBMB, MPAG, MPHTJ dan MPJ kerana kerajaan PH mengumumkan parkir adalah percuma di setiap petak parkir PBT. Ia melibatkan 27,880 petak parkir kenderaan di bawah pentadbiran empat PBT di negeri ini.

 

4. Hari Bertemu Rakyat Perdana

Yang  terakhir, tak perlu nak cakap panjang lebar. Sekarang kita makin senang dan mudah nak jumpa dengan YB! Dengan wujudnya Hari Bersama Rakyat Perdana yang akan dijadikan sebagai agenda setiap suku tahun (4 kali setahun), kita dapat berjumpa sendiri dengan semua Exco Kerajaan Negeri Melaka bersama-sama Ketua Menteri pada hari Jumaat di Seri Bendahara. Syabas Kerajaan Negeri Melaka! Boleh dikatakan ini usaha yang baik untuk merapatkan lagi ukhwah antara rakyat dan kerajaan!

 

5. Pembukaan Laluan Baru Air Asia ke Pulau Pinang

AirAsia kini di Melaka? Ya, kini anda boleh menikmati penerbangan tambang rendah AirAsia Berhad dari Melaka ke Pulau Pinang tujuh kali seminggu! Wow, menarik bukan? Makin rancak ekonomi Melaka, tidak mustahil boleh capai misi 20 juta pelancong tahun ini.

 

6. Perkhidmatan Bas Percuma

Satu lagi kemudahan yang memberi manfaat buat rakyat Melaka iaitu perkhidmatan bas percuma atau dikenali sebagai Bas Melaka Berwibawa. Memang ‘superb’ dan kira-kira 290,000 pengguna menikmati kemudahan percuma ini dengan jumlah subsidi RM1.4 juta. Serius, memang amat membantu.

 

7. ‘Flyover’ Persimpangan MITC Dan Peringgit Siap Dibina

Ha yang ini memang nampak lah kemajuan. ‘Flyover’ yang kita nantikan selama ini dah pun siap dan dibuka untuk kegunaan ramai. ‘Average’ masa yang kita boleh jimat ialah 20 minit! Pembukaan dua ‘flyover’ tersebut pada 11 Februari lalu memberikan keselesaan kepada masyarakat, sekali gus menyuraikan kesesakan lalu lintas di negeri ini.

 

8. 6 Bulan Sewa Percuma Buat Usahawan Wanita Yang Ingin Berniaga Di Kota Tun Fatimah

Berita baik untuk semua usahawan wanita! Kalau nak tahu, penjenamaan semula pusat perniagaan Kota Fesyen kepada Kota Tun Fatimah bakal memberi peluang usahawan wanita dalam memasarkan pelbagai produk yang mampu meraih pendapatan. Jom akak-akak semua kita kasi gegau!

 

9. Dermasiswa Pelajar Mesir

Dermasiswa Pelajar Mesir? Apa tu? Okay, ini adalah peruntukan sebanyak RM15 juta setahun yang disalurkan menerusi bidang pendidikan di negeri ini melalui pembiayaan pinjaman pendidikan dan Dermasiswa Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM). Untuk siapa? Mesti tertanya-tanyakan. Peruntukan ini akan disalurkan kepada pelajar yang melanjutkan pengajian pelbagai bidang ke luar negara khususnya pengajian di negara Timur Tengah. Jadi, kalau adik-adik yang berminat nak sambung ke Mesir atau mana-mana negara Timur Tengah, boleh je teruskan impian anda!

 

10. Pelayaran Kapal Kontena Pertama Di Tanjung Beruas

Sesuatu yang patut direkodkan dalam sejarah negeri Melaka ‘confirm’lah  merupakan pelayaran pertama oleh Syarikat Xinyi Energy Smart (M) Sdn. Bhd. di negeri ini selepas 45 tahun terbinanya Jeti Pelabuhan Tanjung Beruas! Pelayaran itu merupakan kapal kontena pertama yang berlabuh di negeri ini bagi memasarkan pasaran eksport syarikat terbabit ke Humen, China. Boleh dikatakan ini mampu peluang kepada kemajuan import dan eksport negeri kita! Inn shaa allah, ia sekaligus membuka lebih banyak ruang pekerjaan khusus untuk anak Melaka. Aamiin.

https://melakakini.my/10-inisiatif-terbaik-kerajaan-ph-melaka/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

 

Melaka tandatangani perjanjian pembangunan bercampur bernilai RM1 bilion

Melaka tandatangani perjanjian pembangunan bercampur bernilai RM1 bilion

AYER KEROH 3 Okt.- Ketua Menteri, Adly Zahari menandatangani perjanjian pembangunan dan pembinaan resort banglo, villa air, hotel, taman tema air, dan tempat perayaan melibatkan kawasan konsesi 100 ekar di daerah Melaka Tengah antara Syarikat Bitara Niaga Development Sdn. Bhd bernilai RM1 bilion di Seri Negeri, sebentar tadi.

Pada sesi menandatangani tadi, Syarikat Bitara diwakili wakil pengarahnya, Datuk Sean Yap Jyh Shyong.

Hadir manyaksikan majlis itu, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Hanafi Sakri dan Pemegang Saham Bitara Niaga Development Sdn. Bhd., Abdul Latif Mohd Dris.

Menurut Adly, kerja-kerja pembangunan akan dijalan dalam tempoh enam bulan selepas proses dokumentasi berkaitan selesai dan dijangka selesai sepenuhnya dalam tempoh 15 tahun.

Katanya, projek berkenaan merupakan mercu tanda pelancongan baharu buat Melaka dan dijangka memberikan hasil positif kepada kerajaan negeri.

“Kita berharap dengan perjanjian yang ditandatangani dan pelaksanaannya dapat menjadi pemangkin pembangunan negeri dan menjadi mercu tanda pelancongan baharu pelancongan,” katanya ringkas pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Antara Kerajaan Negeri Melaka dan Bitara Niaga Development Sdn. Bhd, hari ini.

Terdahulu Adly turut menerima replika cek bernilai RM8,005.200 juta disampaikan Shyong sebagai bayaran fi komitmen.

 

https://melakakini.my/melaka-tandatangani-perjanjian-pembangunan-bercampur-bernilai-rm1-bilion/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

Tahniah Kerajaan Pakatan Harapan Melaka Kerana Mampu Merekod Sejarah Tersendiri

Image may contain: 2 people, people smiling, text

Tahniah Kerajaan Pakatan Harapan di Melaka!

Sejak sekian lama Melaka di bawah pentadbiran BN, Melaka kerap mengalami defisit. Apabila PH mengambil alih Melaka pada pertengahan 2018, PH berjaya kurangkan defisit tersebut dan pada pertengahan 2019, Melaka akhirnya menikmati surplus atau lebihan perolehan.

Teruskan usaha! Tunaikan amanah!
#MalaysiaBaru
#SayangiMalaysiaku

Melaka catat lebihan RM10juta perolehan hasil Perbelanjaan berhemah – Tahniah PH Melaka

Melaka catat lebihan RM10juta perolehan hasil

IPOH 26 Ogos – Prestasi kewangan Kerajaan Melaka terus menunjukkan pencapaian memberangsangkan dalam tempoh setahun lalu berbanding defisit yang dialami pada 2017.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, setakat Ogos lalu, kerajaan negeri berjaya mencatat lebihan perolehan hasil sebanyak RM10 juta susulan kejayaan mengurangkan defisit sebanyak RM53 juta pada tahun lalu.

Sebagai perbandingan, katanya, Melaka mencatatkan defisit berjumlah RM79 juta pada 2017.

“Melalui pelbagai langkah penjimatan yang dilaksanakan pada tahun lalu, jumlah defisit tersebut berjaya dikurangkan kepada RM26 juta pada tahun lalu.

“Penjimatan sebanyak RM8 juta setahun juga berjaya kita lakukan hanya melalui pengurangan dalam perbelanjaan pelbagai jamuan yang melibatkan program-program kerajaan negeri,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Perak di Hotel Tower Regency di sini kelmarin.

Turut hadir adalah Penasihat Umum Amanah, Datuk Seri Ahmad Awang dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa yang juga Naib Presiden Amanah.

Adly berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Melaka juga meluluskan kertas cadangan untuk memperkenalkan inisiatif Rizab Negeri Melaka, dua minggu lalu.

Kerajaan negeri ujarnya, mensasarkan untuk memiliki rizab tunai sebanyak RM1 bilion dalam tempoh lima tahun melalui inisiatif berkenaan.

“Ini antara perkara yang sedang kita lakukan di Melaka ketika ini,” katanya.

Menurut Adly, kerajaan negeri juga memperkenalkan lima program perumahan rakyat iaitu Rumah Peduli, Rumah Berkat, Rumah Harapan, Rumah Belia dan Rumah Mampu Milik Melaka.

Beliau berkata, kerajaan negeri memberi penekanan kepada soal perumahan kerana pemilikan rumah merupakan masalah utama yang dihadapi rakyat berpendapatan rendah dan sederhana terutama di Melaka.

“Kerajaan membina Rumah Peduli berharga RM37,500 seunit untuk diberi secara percuma kepada rakyat miskin tegar yang memiliki tanah adalah model yang boleh diperkenalkan di mana-mana negeri,” tambahnya.

https://melakakini.my/melaka-catat-lebihan-rm10juta-perolehan-hasil/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

Kerajaan Pakatan Harapan Memberi Rumah Percuma RM30 Ribu Kepada Rakyat – Tahniah Kerajaan PH

Image may contain: 2 people, text

Teruskan PH membina perubahan in shaa allah masih ada masa lagi utk perubahan Demi perubahan

Amanah Finance House (AFH) berjaya mengutip sehingga RM30 juta dalam tempoh dua tahun

AFH sasar jana RM30 juta dalam dua tahun

BUKIT BARU 3 Jun – Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari menjangkakan Amanah Finance House (AFH) mampu mengutip sehingga RM30 juta dalam tempoh dua tahun untuk pemberian kredit kepada golongan berpendapatan rendah (B40) dan berpendapatan bawah sederhana (M40) untuk memulakan perniagaan.

Katanya, institusi yang ditubuhkan sebagai hub pembangunan usahawan dan pemberi pinjaman pemilikan rumah itu akan diperluaskan ke seluruh negeri dalam usaha menambah jumlah dana sedia ada.

“Sebagai sebuah badan pemberi pinjaman kredit, institusi ini juga akan dibangunkan sebagai hub pembangunan usahawan sebagai pelan jangka sederhana yang akan diaktifkan sebagai pinjaman mikro kredit kepada usahawan kecil yang sukar mendapatkan pinjaman terutama B40 dan M40.

“Kita juga melaksanakan peminjaman pemilikan rumah, namun dana sedia ada amat terhad mungkin RM4 juta ringgit dan ia akan dikembangkan ke peringkat negeri supaya dapat mencari badan penyumbang dana dan bekerjasama dengan agensi yang mempunyai dana besar untuk mengukuhkan dana institusi ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan AFH di sini baru-baru ini.

Mengulas isu pemberian sumbangan bubur lambuk oleh seorang paderi di Melaka kepada pemandu jalan raya yang tular di media sosial baru-baru ini, beliau mahu semua pihak tidak mempolitikkan isu berkenaan.

“Bagi saya pemberian sepanjang bulan Ramadan tidak perlu dipolitikkan dan kerajaan negeri tidak akan
menghalangnya,” katanya.

https://melakakini.my/afh-sasar-jana-rm30-juta-dalam-dua-tahun/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook