Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

MEREKA DIBUANG, TAPI TERBILANG.

Image result for menteri dari amanah

MEREKA DIBUANG, TAPI TERBILANG.*
*_Seramai 5 Menteri dan 6 Timbalan Menteri Kabinet kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mengangkat sumpah jawatan pagi tadi adalah mantan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sesi 2013-2015._*
*Berikut adalah Senarai Menteri : -*
1. Menteri Pertahanan.
– Mohamad Sabu
2. Menteri Pertanian.
– Salahuddin Ayub
3. Menteri Kesihatan.
– Dr Dzulkefly Ahmad
4. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama).
– Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa
5. Menteri Wilayah.
– Khalid Abd. Samad
*Senarai Timbalan Menteri : -*
1. Timbalan Menteri Kewangan.
– Datuk Amiruddin Hamzah
2. Timbalan Menteri Sumber Manusia.
– Datuk Mahfuz Omar
3. Timbalan Menteri Kerja Raya.
– Mohd. Anuar Mohd. Tahir
4. Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan.
– Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli
5. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang).
– Mohamed Hanipa Maidin
6. Timbalan Menteri Pengangkutan.
– Datuk Kamarudin Jaffar
*_Diperingkat Negeri 1 Ketua Menteri, 2 Speaker dan 5 Exco dari Seluruh Malaysia adalah dari Mantan ahli Jawatankuasa PAS Pusat sessi 2013-2015._*
1. Ketua Menteri Melaka.
– Adly Zahari
2. Speaker Negeri Sembilan.
– Zulkefly Mohamad Omar
3. Speaker Negeri Johor.
– Suhaizan Kaiat
4. Exco Negeri Perak.
– Asmuni Alwi
5. Exco Negeri Perak.
– Mohammad Nizar Jamaluddin
6. Exco Negeri Selangor.
– Dr Siti Mariah Mahmud
7. Exco Negeri Sembilan.
– Mohamad Taufek Abd. Ghani
8. Exco Negeri Johor.
– Aminolhuda Hassan
*_Tahniah Kepada Semua, Selamat menunaikan Amanah besar ini._*
*_Sirru ala barakatillah._* C&P

Lokman Noor Adam membuat laporan polis

PENDEDAHAN PANAS DAN SIDANG MEDIA BERHUBUNG LAPORAN POLIS KE ATAS SHUKRI ABDULL, ZETI AZIZ DAN KEKAYAAN AZMIN ALI YANG LUAR BIASA DILUAR NEGARA 24/6/2018
LAPORAN POLIS KEATAS YB DATO SRI AZMIN ALI, DATIN SRI SHAMSIDAR TAHARIN, JOHAN TAHARIN DAN MUHAMMAD GHADAFI KAMAL YANG MEMPUNYAI AKAUN DIBEBERAPA NEGARA DENGAN JUMLAH JUTAAN RINGGIT
Oleh Lokman Adam
24 Jun, 2018
Pemantau Malaysia Baru hari ini telah membuat satu laporan polis, bertujuan utk meminta pihak polis menyiasat berkenaan dgn satu laporan yang ditulis di dalam satu laman sesawang  (https://toyolofselangor.wordpress.com) pada hari ini bertajuk “toyol of selangor”.
Didalam portal ini,  penulis tersebut telah mendakwa bahawa beliau merupakan seorang pegawai YB Dato Sri Azmin Ali dan beliau telah mendapati terdapatnya salah laku, penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang serius oleh YB Dato Sri Azmin Ali semasa beliau bertugas sebagai Menteri Besar Selangor.
Mengikut laporan tersebut YB Dato Sri Azmin Ali telah didakwa menyalahgunakan kuasanya sebagai Menteri Besar Selangor untuk mengumpul kekayaan bagi diri beliau, isterinya Datin Shamsidar Taharin, adik ipar beliau Johan Taharin dan proxy beliau Muhammad Gaddafi Kamal.
Mereka didakwa mempunyai akaun-akaun bank di beberapa negara selain daripada Malaysia seperti di Singapura, Hong Kong, Indonesia, Dubai, India, Shanghai, Abu Dhabi, Australia, Zurich dan Amerika Syarikat.
Laporan itu juga menyenaraikan nama- nama bank, nombor-nombor akaun, jumlah yang terdapat di dalam setiap akaun-akaun tersebut dan nama tuan punya akaun-akaun tersebut secara terperinci.
Oleh yang demikian saya ingin meminta pihak PDRM untuk menjalankan siasatan ke atas kandungan laporan ini yang mendakwa kekayaan luar biasa yang dipunyai oleh YB Azmin Ali dan juga oleh isteri dan saudara mara serta proxy beliau. Jika terdapat penyalahgunaan kuasa dan / atau rasuah dipihak YB Dato Sri Azmin Ali, isteri, adik ipar dan proxy beliau seperti di dakwa.  Adalah diharapkan agar mereka yang terbabit dihadapkan ke muka pengadilan sekiranya terdapat bukti yang kukuh. C&P

Siapa Jho Low sebenar ?

Photo

PERTANYAAN KEPADA NAJIB, MANA SATU YANG BETUL TENTANG JHO LOW?
Jho Low yang selama ini dianggap dalang dalam skandal 1MDB dipuji oleh bekas Perdana Menteri, Najib Razak sebagai mempunyai hubungan strategik yang memberi kelebihan kepada Malaysia.
Kata beliau, Jho Low mempunyai hubungan khas dengan pimpinan di bawah Raja Arab Saudi, Raja Abdullah dan keluarganya.
“Ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang itu juga mengenali beberapa keluarga Diraja di beberapa negara lain, terutamanya di Emiriyah Arab Bersatu,” tambah Najib.
Itu sebabnya, tegas Najib lagi, mengapa Jho Low mempunyai peranan yang besar dalam 1MDB.
Tetapi jika kita imbas, kenyataan Najib sebelum ini tentang Jho Low nyata amat berbeza.
Menurut kata Najib, Jho Low tidak mempunyai sebarang kaitan dengan 1MDB dan semua keputusan serta urusniaga 1MDB dibuat oleh pengurusan dan lembaga pengarahnya.
“Jho Low tidak pernah bekerja di 1MDB dan semua keputusan serta urus niaga syarikat pelaburan itu dibuat oleh pengurusan dan lembaga pengarah 1MDB,” jelas beliau dalam satu jawapan bertulis di Parlimen.
(Jawapan Najib di Parlimen itu direkodkan pada 16 Mac 2015 di mana ketika itu beliau masih lagi sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB)
Wahai Najib yang kini sudah hilang kuasa, bakal didakwa dan dilihat semakin sukar mengelak daripada masuk penjara, mengapakah ada perbezaan kenyataan mengenai Jho Low?
Kenapa dulu lain dan sekarang lain?
Mana satu yang betul?
Apa pula agaknya jawapan Najib dalam mahkamah nanti? C&P

Zamihan Aswaja Tetap Setia Kepada Umno

Kaderisasi Aswaja Malaysia: Bahaya Hizbut Tahrir dan Menjawab Hujjah Syi'ah Wahhabi - Muslimedia News - Media Islam | Voice of Muslim

KENYATAAN MEDIA
1. Pemilihan UMNO kali ini merupakan medan yang amat penting  bagi menentukan perjuangan dan hala tuju orang Melayu-Islam di negara ini. Meskipun kini bergelar pembangkang namun, kedudukan dan peranan UMNO dalam memartabatkan Islam, orang Melayu-Bumiputera amat membanggakan.
2. Walaupun dilanda tsunami pengundi muda, UMNO masih lagi menjadi parti tunggal yang memiliki jumlah kerusi terbanyak di Dewan Rakyat. Malah, kerusi yang dimenangi UMNO adalah hasil sokongan padu Melayu Muslim di negara ini. Ia adalah fakta realiti yang tidak boleh dimungkiri sesiapapun.
3. Pasca PRU14, tidak dapat dinafikan ia adalah permulaan politik baharu yang lebih mencabar dengan menggugat kedudukan Islam dan keistimewaan Raja-Raja Melayu apabila UMNO tidak lagi menjadi kuasa dominan dalam kerajaan.
4. Tidak menafikan suara majoriti rakyat yang membuat keputusan dengan memilih kerajaan Pakatan Harapan, namun, UMNO perlu bangkit dengan lebih bertenaga untuk kembali memperjuangkan agenda Islam, hak Melayu-Bumiputra dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.
5. Oleh itu ASWAJA melihat peri pentingnya untuk perwakilan UMNO kali ini memilih pemimpin yang memiliki watak pejuang kental, menguasai pengetahuan agama Islam yang mendalam dan berjiwa kesufian untuk melestarikan kepimpinan ala Nubuwwah.
6. Sejak sekian lama, UMNO dilihat sebagai parti bersifat elitis walaupun matlamat asal perjuangannya untuk agama, bangsa dan negara. Justeru bagi menginsafi kegagalan dalam PRU14, UMNO sewajarnya kembali diperkuatkan dengan roh akidah Islam dan elemen kesufian yang benar bagi memastikan perjuangan ini sentiasa dalam keredhaan Allah SWT.
7. Oleh itu ASWAJA melihat Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai pemimpin yang paling tepat untuk memimpin UMNO era pasca PRU14. Ini kerana beliau satu-satu pemimpin yang memiliki pakej lengkap dunia-ukhrawi dalam kepimpinan UMNO sekarang. Kita sudah muak dengan sikap kepimpinan sekular, liberal dan materialistik. Justeru sewajarnya beliau diberi peluang untuk memimpin UMNO bagi menjelmakan kembali roh perjuangan UMNO yang menjunjung tinggi agama Islam menerusi acuan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
8. Oleh itu ASWAJA berharap perwakilan UMNO dapat membuat pertimbangan yang waras demi survival dan kebangkitan UMNO bagi memartabatkan agama, bangsa dan negara.
Seruan Agama Yang Ikhlas,
Ustaz Dr Zamihan Mat Zin al-Ghari
Presiden
Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA) C&P

Pas membantah usaha memerangi rasuah dan pecah amanah

Image result for Muhammad Najhan Halim

*Menjawab Penggubahan Wang Haram dalam Akaun PAS: Tuduhan Lama pun tiada Bukti, Inikan tuduhan Baru*
Firman Allah swt dalam Surah al Maidah ayat 8,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
_”..Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.”_
Keceluparan peguam PAN Sdr Faiz Fadzil Timbalan Ketua Pemuda PAN sepatutnya berasaskan kepada undang-undang dan apa yang dipelajarinya dan diamalkan sebagai pengamal Undang-Undang.
Sewenang-wenangnya cubaan buat ke sekian kalinya para pimpinan PAN sejak tahun 2016 utk cuba membina persepsi buruk terhadap PAS samada dengan memfitnah PAS bergabung dengan UMNO atau menerima duit UMNO walaupun telah diperjelaskan oleh pimpinan PAS sebelum ini.
Itulah modus operandi mereka bertahun lamanya dan tak pernah berasa menyesal dan bersalah walaupun kaedah itu bercanggah dengan prinsip Islam dan prinsip undang-undang itu sendiri yang kononnya mereka adalah pembela dan pejuang prinsip itu.
Pembuktian terhadap tuduhan PAS sehingga hari ini masih sekadar tuduhan melulu, telahan tiada berasas, berbentuk fitnah dijaja ke sana ke sini, malah PAS telah berjaya di beberapa peringkat prosiding mahkamah samannya di London langsung tidak diendahkan.
Cadangan membekukan akaun PAS hanya berpandukan tuduhan ciptaan lidah bercabang PAN bahawa PAS mesra UMNO menjadi ratib setiap saat para pimpinan PAN, walaupun kini kelihatan bekas pimpinan UMNO yang kalah pilihanraya berbondong-bondong menyertai PH samada PKR atau PPBM. Ini mesra apa.? Mesra fulus dan pangkat.?
Saya ingin menegur dan mengecam keceluparan Faiz Fadhil ini, janganlah berlagak sombong menjadi kerajaan ingin menggunakan kuasa yang rakyat beri dengan semudah menghukum pembangkang.
Saya berharap Kerajaan PH tidak hanya laju dan pantas mencari dan mendedahkan kesilapan dan kepincangan bekas pimpinan kerajaan yang kalah, tapi menutup membuta mata dan memekakkan telinga kepincangan yang pernah dilakukan di kalangan pimpinan kerajaan PH sekarang.
PAS tidak terkejut dan tidak hairan apa yang sedang dibuat oleh Kerajaan PH sekarang dalam mendedahkan korupsi pimpinan UMNO dan bekas pimpinan kerajaan kerana mereka bukan lagi berkuasa. Apa yang mengkagumkan ialah kejayaan mendedahkan korupsi pimpinan kerajaan yang sedang berkuasa sekiranya ada bukti.
Saya ingin mengingatkan pimpinan Kerajaan PH bahawa tiada kerajaan yang kekal di dunia ini kalau sikap begini diamalkan untuk menghukum pembangkang, bagaimana nasib mereka nanti sekiranya Kerajaan Persekutuan dipegang oleh UMNO kembali?
*Beristiqamah Sehingga Kemenangan*
Muhammad Najhan Halim
Setiausaha Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor
29 Jun 2018 / 15 Syawwal 1439H  Sumber Tel +6019 278 2201

Rampasan 1.1Bilion

RAMPASAN 1.1BILLION

Image result for ramapasan 1mdb 1.1b

*Makhluk jenis apa sebenarnya Najib dan Rosmah ini ?*
Manan Razali, 27 Jun 2018
Hari ini ialah hari yang sungguh malang dan sedih untuk Malaysia kerana polis akhirnya telah umumkan bahawa harta benda yang mereka rampas dari tempat simpanan rahsia Najib dan Rosmah di Pavillion Residence kira2 sebulan lalu mempunyai nilai pasaran yang dianggarkan mencecah RM 1.1 billion.
Barang-barang yang dirampas adalah wang tunai sebanyak RM116 juta dan 12 ribu jenis benda yang terdiri dari barang2 kemas, beratus2 buah beg tangan, berpuluh2 jam tangan dan cermin mata mewah yang kesemuanya dianggarkan bernilai sebanyak RM910 juta. Bayangkan, wang tunai saja sampai RM116 juta disimpan dengan selamba saja dalam rumah!
Saya kata hari ini sangat malang kerana ramai dari kita yang waras dan siuman rasa tergamam dan terkedu tidak tahu apa nak kata kerana tidak boleh bayangkan apa yang telah dilakukan oleh Najib dan Rosmah kepada negara tercinta kita ini dan juga kepada kita dalam tempoh 9 tahun Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Sangat malang kita dibuatnya kerana bingung memikirkan betapa tergamaknya mereka berdua mencuri berbillion-billion Ringgit dari kita dan tidak henti2 menipu kita pagi petang siang dan malam. Sejak berapa lamalah  agaknya mereka berdua sudah mula mencuri untuk kumpul sampai RM 1 billion?
Masih ramai lagi dari kalangan rakyat kita yang miskin dan tidak cukup makan. Bilangan orang yang bergelandangan tanpa rumah hingga terpaksa merempat tidur di kaki2 lima kedai dan bawah jambatan di sekitar kota Kuala Lumpur pun semakin bertambah. Orang sakit yang tidak cukup wang untuk menjalani rawatan dan membeli ubat pun semakin ramai.
Dan bermacam2 lagilah kisah sedih rakyat yang bergelut dengan masalah2 kesempitan hidup. Semua ini berlaku dalam suasana negara semakin kelam sementara Najib dan Rosmah mengumpul harta2 yang mereka curi dari kita dan juga dari masa depan anak cucu kita.
Sungguh malang apabila yang melakukan jenayah berskala mega diluar batasan siuman ini adalah orang Melayu yang mengaku beragama Islam. Malang apabila mereka berdua yang mengaku menyembah Allah dan mengikuti ajaran RasulNya telah menjadi pencuri, penyamun dan penyangak yang terbesar dalam dunia.
Malah saya percaya pasangan laki bini ini mungkin telah mengalahkan Qarun di zaman Fir’aun di Mesir dahulu yang Allah kisahkan cerita mengenainya di dalam Qur’an untuk kita jadikan iktibar dan ambil pengajaran.
Bahkan lebih malang lagi apabila ramai lebai2 telah menyokong dan mendokong Najib dengan menggunakan berbagai-bagai alasan agama sebelum ini utk mewajarkan tindakan mereka cuba mengekalkan Najib sebagai PM Malaysia.
Kalau dalam tempoh 9 tahun Najib dan bini dia boleh buat begini, bayangkan apa yang akan jadi kepada kita semua dan negara ini sekiranya dia menang pada 9 Mei lalu dan terus memerintah Malaysia dengan bantuan lebai2 bengong yang tidak boleh bezakan apa yang betul dan salah.
Sedikit pun mereka tidak boleh hidu bau pekung Najib padahal kita yang duduk berpuluh2 batu jauh dari dia pun sudah boleh terhidu bau busuk itu. Apa jenis punya politik Islam yang mewajarkan umatnya menyokong makhluk macam Najib supaya terus memerintah?
Dari luaran mungkin nampak macam Najib ni baik dan ingin sokong Islam. Padahal di belakang kita, dia hancurkan negara dan rosakkan agama pada masa yang sama. Sia2 jadi lebai kalau tidak boleh bezakan ini dan termakan dengan tipudaya penyamun gergasi yang hidup matinya bersyahadah dengan kalimah “Cash is King”.
Jika yang sudah terjumpa di depan mata kita dalam bentuk tunai dan barang2 fizikal yang disorok dalam rumah sahaja sudah berjumlah sebanyak RM1 billion, bayangkan banyak mana lagi yang mungkin disorok oleh dua ekor laki bini ini di luar negara.
Kesimpulan saya ialah Najib dan Rosmah bukan manusia. Mustahil mereka berdua ini manusia. Saya tak tahu mereka ini makhluk apa sebenarnya. Makhluk jenis apa yang tergamak mencuri, mengambil hak orang lain, mengumpul dan sorok semua ini di dalam rumah sehingga jumlahnya mencecah RM1 billion?
RM 1 billion tau!! 1 ribu juta Ringgit!! Mustahil ini semua hadiah pemberian orang. Mana ada manusia dalam dunia ini yang menerima hadiah dari orang lain sehingga RM 1 billion? Atas alasan apa yang ramai sangat orang berlumba-lumba nak bagi banyak sangat hadiah kepada Najib dan Rosmah sehingga jumlahnya mencecah 1 ribu juta Ringgit? Hanya yang bangang dan tolol saja boleh terima kemungkinan ini.
Bagi yang selama ini terhegeh2 menyokong mereka berdua sehingga ada yang terkinja-kinja macam anak haram kera meraikan Najib dan bini dia berkaraoke di sebuah majlis pada hari Ahad lepas di tempat bernama The Diplomat yang sedang tular videonya, apakah mereka masih tidak insaf dan kesal lagi? Apakah mereka masih yakin dan percaya dengan penuh jujur bahawa Najib dan Rosmah tidak bersalah?
Dan adakah mereka akan terus berbangga dan gembira menjadi cyber trooper Najib untuk memuntahkan berbagai2 propaganda dan fitnah memuji2 dan mempertahankan kemungkaran makhluk seekor ini?
Dalam keadaan ingin meluahkan isi hati, saya sebenarnya mati akal tidak tahu apa nak tulis lagi. Terlalu sedih memikirkan mengapa hal yang sungguh parah begini boleh dilakukan oleh orang yang mengaku beragama Islam dan disokong juga oleh orang2 Islam.
Dalam kepala saya sedang fikir satu benda saja sekarang : Tuhan apa yang mereka semua ini sembah sebenarnya?
Malang.. sungguh malang..
C&P

Pas Amat Mencintai Najib

Image result for hadi dan najib
Dulu masa BN masih berkuasa, para wartawan ada tanya kepada Hadi Awang dan pimpinan2 PAS tentang isu atau tuduhan tentang ‘rompakan Najib/Rosmah terhadap 1MDB’.
Apa kata PAS dan Hadi?
1. “PAS dan saya sendiri yakin itu semua agenda untuk menjatuhkan Najib. PAS lebih cenderung mempercayai Najib kerana pihak yang menuduh tidak pernah mengemukakan sebarang bukti dan 4 orang saksi”.
2. “Saya telah bertemu 4 mata dengan DS Najib…dan saya serta PAS tidak ragu2 untuk mengakui bahawa DS Najib adalah seorang pemimpin yang baik, jujur serta ikhlas dalam menjalankan urusannya sebagai PM”.
3. “Wakil PAS ada bertemu dengan Arul Kanda secara tertutup dan kami menerima penjelasan beliau bahawa 1MDB telah berjaya dalam memajukan sektor ekonomi negara”.
hari ini terbuktilah bahawa ROMPAKAN itu benar2 wujud. Soalannya: Jika hari ini kamu pergi bertanya perkara yang sama kepada Hadi atau pemimpin2 PAS yang…adakah jawapannya tetap sama seperti dahulu?
C&P

Agenda pemerkasaan Melayu dan Bumiputera

Image result for Tun Mahathir program memperkasakan ekonomi bumiputera
Image result for Tun Mahathir program memperkasakan ekonomi bumiputera
Image result for Tun Mahathir program memperkasakan ekonomi bumiputera
Alhamdulillah, Dengan jelas dan tegasnya, dalam temubual Media antarabangsa, Tun Mahathir secara terbuka mengatakan dia akan meneruskan agenda pemerkasaan Melayu dan Bumiputera.. antaranya menambah biasiswa melibatkan orang melayu miskin dan mengukuhkan kedudukan ekonomi orang Melayu.. Aku yakin usaha Tun Mahathir berjaya dan telah dibuktikan berjaya..
2- Sebelum ini aku pernah mencadangkan kepada Menteri Ekonomi  Azmin Ali dan Tun Mahathir, mewujudkan semula Fungsi Kementerian Pembagunan Usahawan dan Bumiputera(MECD), bagi aku kementerian ini telah berjaya memacu ekonomi bumiputera, Malangnya di awal Pentadbiran Najib bagi membeli hati pengundi cina, Najib menghapuskan kementerian ini.. Aku Tak setuju kementerian ini dimansuhkan Najib ketika itu..
3- Agensi agensi Kerajaan melibatkan kepentingan Melayu dan Bumiputera harus diletakkan kembali dibawah satu bumbung, Agensi seperti UDA, MARA, TEKUN, PUNB, Amanah Ikhtiar dan pelabagai Agensi, Selepas Najib mengambil alih pentadbiran, Agensi agensi bumiputera ini banyak yang berterabur, duduk di pelbagai kementerian.. disebabkan penghapusan MECD ini lah banyak dari aset UDA, MARA tergadai, termasuk pasaraya milik UDA seperti BB MALL..
4- Dan banyak Agensi Kerajaan, terutama milik Kerajaan, melibatkan kepentingan Bumiputera, Fungsinya bertindih, Umpamanya MARA, TEKUN, Amanah Ikhtiar ketiganya mempunyai fungsi yang sama mengagihkan dana Perniagaan.. dan setiap agensi ni dah tentu ada Pengarah, Pengurus kanan, staf dan Ibu Pejabatnya Sendiri.. Bagi Aku ini satu pembaziran.. Peruntukan tahunan hanya dihabiskan untuk perbelanjaan pengurusan, ia tidak sampai kepada sasaran..
aku minta ada agensi yang bertindih ini dibubarkan diletakkan dibawah satu bumbung.. Bayangkan, peruntukan Kerajaan setiap tahun banyak mengalir kepada peruntukan pengurusan berbanding Bajet Pembagunan Aset milik Bumiputera dan Pembiayaan melibatkan Bumiputera..
5- UDA harus kembali Berperanan dan diberi peranan membangunkan setor hartanah milik Bumiputera, Selain membangunkan Pasaraya, Premis Perniagaan, Rumah rumah Kedai dikawasan Strategik untuk Bumiputera..,
adalah lebih lebih baik UDA menggantikan SPNB, PRIMA bagi tujuan membina hartanah, Perumahan murah dan sederhana kepada Rakyat.. dizaman Najib banyak dari aset UDA tergadai.. Banyak Tanah Tanah Kerajaan dan milik agensi Kerajaan masih boleh dibangunkan agensi seperti UDA..
6- Aku harap dengan mewujudkan kembali Kementerian Pembagunan dan Usahawan Bumiputera(MECD) , akan membuka mata UMNO dan PAS, walaupun Menteri Kewangannya berbangsa Cina,
 Agenda pemerkasaan ekonomi Melayu dan Bumiputera akan dilaksanakan tanpa slogan slogan Perkauman.. PAS dan UMNO hari ini masih memainkan agenda Pekauman, membayangkan Melayu dan Islam akan tergadai dibawah pemerintahan PH, Propaganda Jahat ini lah perlu kita tangani..
Tugas Kerajaan membantu membina kembali struktur Masyarakat agar berdaya saing.. Yang lemah akan terus dibantu, supaya tidak ada satu kaum pun tertinggal..
Inilah Malaysia baru.. Bagi aku kalau Kementerian Pembagunan dan Usahawan Bumiputera(MECD) ini diwujudkan kembali.. Menteri yang sesuai untuk jawatan ini adalah saudara Saifuddin Nasution..
C&P