Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

KE MANA GENG KARTEL MAHU PERGI?

1 6SEMBURIT JAHANAM1 REZEKI HALAL UTK ANAK ISTERI

* KE MANA GENG KARTEL MAHU PERGI? *

Sebelum MPP mengambil tindakan memecat/gantung geng kartel mereka begitu sombong dan angkuh tidak menghormati DSAI. Pimpinan kartel yang diketuai oleh Azmin Ali dan Zuraida telah lupa daratan dan tidak mengenang budi langsung kepada PKR kerana sedikit kuasa yang ada pada mereka mahu mencabar DSAI

Kamu berdua memegang jawatan dalam kabinet PH pun kerana dipilih oleh PKR namun team kamu semua telah menjadi pengkhianat kpd parti sendiri. Bila berjawatan, kamu telah menggunakan kedudukan dan wang ringgit sebagai habuan untuk menawarkan pelbagai projek kepada kepala-kepala geng kartel dengan tujuan menghancurkan PKR dari dalam. Syukur kepada Tuhan kerana tindakan pengkhianat mula diketahui umum. Justeru itu dalam Kongres Keadilan di Melaka jelas dan nyata laungan pecat pengkhianat bergema hebat dalam dewan. Oleh itu tindakan Lembaga Disiplin PKR memecat dan menggantung pengkhianat mendapat sokongan penuh daripada ahli PKR di seluruh negara. Kepada Ahli Lembaga Disiplin jangan melayani rayuan buaya untuk dikekalkan dalam PKR nanti kerana kita akan dibaham buaya yang mula berpura-pura ingin kekal dalam PKR sebenarnya ada agenda tertentu.

Kini mana-mana pemimpin pengkhianat telah dikutuk di seluruh negara. Kamu Azmin dan Zuraida serta geng kartel yang mengkhianati mandat rakyat melalui PRU14 tunggulah masanya kerana semua pengkhianat akan dihukum oleh rakyat dalam PRU15. Mengikut sejarah dalam pimpinan PKR mana-mana pengkhianat kepada parti sama ada dipecat atau keluar parti akhirnya tidak ada harga diri dan telah dibenci oleh rakyat. Kamu akan dipandang hina dan sentiasa disumpah oleh rakyat angkara perbuatan yang tidak bermaruah oleh pemimpin yang tidak jujur kepada mandat rakyat

Azmin yang bercita-cita ingin menjadi PM atau TPM telah dikencam hebat oleh UMNO kecuali PAS masih berdiam diri kerana terhutang budi kepada Azmin kerana MP nya diberi jawatan dalam kabinet dan GLC oleh Mahyudin atas rekmen Azmin walaupun PAS mempunyai 18 kerusi parlimen tapi PAS berlagak sombong dan menabur fitnah kepada DSAI melalui DUTA KHAS cap ayam.

Bila disebut Azmin maka tidak lengkap jika tidak disebut “Azmin Semburit begitu juga Zuraida akan disebut Maklapir” . Inilah hinanya mereka berdua dimata rakyat sekarang.
Ramai geng kartel telah dipecat daripada PKR. Begitu juga ada yang telah digantung daripada ahli PKR. Elok sangat Azmin/Zuraida kumpulkan mereka supaya bersama kamu menubuhkan parti baru. Saya yakin UMNO dan PPBM pun berhati-hati dengan Azmin dan Zuraida serta G10 (Geng MP 10 katak) yang melompat bersama PN.
Kamu G10 tidak amanah dan mementingkan jawatan dalam kabinet PN dibawah pentadbiran pintu belakang sesuai dengan ketuanya Azmin Semburit.

Kepada pimpinan tertinggi PKR jangan biarkan mana-mana geng kartel berada dalam PKR dan mereka ini mesti dipecat atau paling kurang digantung segera sebelum menjadi barah atau kanser kepada PKR.
Ahli Lembaga Disiplin PKR mesti bertegas dan jangan melayani sebarang rayuan mereka yang dicadangkan oleh MPN setiap negeri perlu dikekalkan cadangan oleh MPN pecat/gantung dan jangan biarkan saki baki kartel bergerak dalam PKR. “Sediakan Payung sebelum Hujan”.

Kami semua tetap bersama DSAI dan seluruh pimpinan tertinggi PKR untuk berhadapan dengan G10 dan PN. Percayalah cakap saya bahawa UMNO/PAS tidak sebegitu mudah untuk memberi kerusi parlimen/DUN kepada PPBM dan juga kepada G10 (MP/ADUN PKR KATAK PENGKHIANAT). Ayuh kepada semua ahli PKR kita bersedia menghadapi PN dan kuncu-kuncunya dalam PRU15. Kita menyeru kepada Majlis Presiden PH (PKR/DAP/AMNH) sebaik-baiknya GUNA LOGO PKR dalam PRU15 kerana Bendera HARAPAN belum dikenali ramai berbanding logo PKR yang telah lama digunakan dalam setiap kali Pilihanraya Umum.

Terima kasih
Biar surat ini berbicara:

PN GIAT AKTIV TETAPI PERTUBUHAN HARAM ?

1 PENGKHIANAT BERDOA B

25 April 2020

Kepada
Ketua Pengarah
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
Aras 8 & 9, Block D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Perseketuan
42546, Putrajaya.

ADUAN BERKAITAN SEBUAH ‘PERTUBUHAN’ YANG DISYAKI BERGERAK SECARA HARAM.

1. Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sejak 1 Mac 2020, terdapat satu pertubuhan atau perikatan politik yang disyaki ‘haram’ telah beroperasi dalam negara Malaysia.

3. Pertubuhan / perikatan politik tersebut dikenali sebagai ‘Perikatan Nasional’, yang kononnya merupakan sebuah perikatan antara beberapa parti politik yang telah bertindak membentuk sebuah kerajaan ‘tebuk atap’ pada awal Mac yang lalu.

4. Maklumat berkaitan Perikatan Nasional adalah sebuah pertubuhan haram diperkuatkan oleh Timbalan Presiden UMNO yang mengesahkan bahawa Perikatan Nasional tidak pernah berdaftar seperti Barisan Nasional.

5. Pihak JPPM perlu bertindak tegas atas pertubuhan haram ini, kerana sudah ramai rakyat yang terpedaya dan ditakuti akan diikuti oleh rakyat dengan menjalankan aktiviti atas nama pertubuhan yang tidak didaftar ataupun pertubuhan haram.

6. Semoga aduan ini diambil perhatian sewajarnya dalam usaha menegakkan kedaulatan undang-undang di kalangan rakyat.

Saya yang melapor

RIDZWAN BIN ABU BAKAR
Rakyat Malaysia.

(surat ini akan dihantar kepada Ketua Pengarah JPPM pada hari isnin – ini merupakan salinan awam).

PARTI NERAKA (PN) ?

1 PAS ARAK TUTUP.1 KAPAL CINA VS AMERIKA

KITA MENGHARAP MENTERI YANG PERNAH MENGGADAI ASET-ASET PERTAHANAN NEGARA UNTUK MELINDUNGI NEGARA MALAYSIA TERCINTA ?

1 MEMALI1 HADI SESAT 4

‘Bantu Saya Keluar Dari sini!’ PM Berbisik Kepada Wartawan

‘Help Me Get Out Of Here!’ PM Whispers To Journalists

PETALING JAYA: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengejutkan wartawan malam tadi dengan meminta mereka membantunya melepaskan diri dari pekerjaan ini yang tidak pernah dia mahukan setelah merakam wawancara pertamanya.

“Setelah kamera berhenti, Muhyiddin menghabiskan beberapa saat mendesak Zaleha Khairene Ismail RTM dan Essan Yahya dari Astro Awani untuk menyeludupkannya keluar dari Putrajaya secepat mungkin,” lapor sebuah studio.

Muhyiddin terdengar mengatakan sejak dilantik, hidupnya menjadi neraka kerana Azmin Ali, anggota parti Bersatu, UMNO, PAS dan GPS sekutu Perikatan, semuanya bergilir-gilir memukul bola Perdana Menteri sambil melobi jawatan kabinet dan ketua GLC mengetahui tanpa mereka dan majoriti parlimen mereka yang tipis sokongan, kerajaan Perikatan ini boleh runtuh dalam sekejap masa.

“Muhyiddin tidak dapat bersenang-senang. Kita mengalami krisis Covid-19 yang belum pernah terjadi sebelumnya, ekonomi koma, anak-anak elit dan Wakil Menteri mencabul PKP mengetahui mereka tidak boleh ditegur, dan pengundi yang tidak puas tidak sabar menunggu peluang untuk menghukum pemerintah atas Langkah Sheraton, “Bahkan Tun tidak bercakap dengannya!”

Dalam perjalanannya, Muhyiddin menggerutu apa yang sebenarnya dia mahukan adalah tidur siang dan peluang untuk menghabiskan Musim 4 dari “Money Heist.”

C&P.

5 BALA MENIMPA PN DAN 13 ISU MARUAH ISLAM/MELAYU TERKUBUR DI ZAMAN KERAJAAN PINTU BELAKANG.

1 RENUNGAN MELAYU

1 BUKTI TSMY KHIANAT

52 hari berlalu

Apa yg telah terjadi selepas PH tumbang :

1. Solat Jumaat tidak dibenarkan.
2. Kuliah agama tidak dibenarkan di masjid.
3. Bazar Ramadhan tidak dibenarkan.
4. Solat tarawih tidak dibenarkan di masjid.
5. Solat 5 waktu tidak dibenarkan di masjid.
6. Mereka yg ingkar PKP solat berjemaah ditahan.
7. Kluster Tabligh menjadi fokus utama.

Ya, kita faham, larangan dan tindakan yg diambil itu utk kebaikan semua.

Cuma, bayangkan jika PH masih memerintah. Apa yg mereka akan kata?

Mesti teruk PH kena hentam dan mereka akan main sentimen PH anti Islam.

Apa yg berlaku, ada hikmah disebalik kejadian.

Kenapa PH tumbang, tp perkara ini masih berlaku :

1. Pemandu mabuk terus wujud.
2. Aktiviti judi dan parti liar masih ada.
3. Penjualan arak masih beroperasi.
4. Hina agong, hina Islam, hina polis dan hina tentera.
5. Isu LGBT

Kalau ikut logik mereka, bila PH tumbang, maka semua isu ini menjadi sifar.

Golongan ini masih wujud walaupun keterbatasan PKP.

Boleh dikatakan zaman PH, saban hari mereka hangatkan dan ‘up’ kan isu di atas.

Dan disambut oleh mereka yg ada kepentingan politik utk hentam PH.

Ya, kita faham, ada isu yg telah diselesaikan. Cuma bayangkan jika PH masih memerintah.

Apa yg mereka tak kata kat menteri agama? Liberal, tunduk dgn kapir, rambutan pak amin.

Walaupun zaman PH byk tindakan telah diambil mengikut lunas undang-undang.

Selepas mereka ambil alih dan mendapat habuan, isu ini menjadi suam-suam kuku.

Bila mahu selesaikan isu ini :

1. Pembunuh adib, bila mahu tangkap?
2. RUU355 dan hudud apa khabar?
3. Bila nak tubuhkan RCI TH?
4. Bila nak dakwa pemimpin PH?
5. Apa status isu LTTE?
6. Bila nak haramkan DAP?
7. Apa status UEC?
8. Bila DZN boleh beri syarahan?

Kalau zaman PH tiap-tiap hari mereka minta parlimen dibubarkan.

Dan tuntut kes dan isu di atas diselesaikan segera. Tp smp skrg status kes² unknown.

Saban hari mereka menunggang agama bg menyebarkan kebencian.

Mereka guna sentimen perkauman demi meraih sokongan.

Skrg, dari presiden sampai lah ajk. Dari ‘pakar’ sampai lah cybertrooper jd sunyi sepi.

Ya, kita tunggu kes covid ini selesai dulu. Tp rakyat tidak akan lupa.

Itu belum termasuk dgn isu dulu anti komunis, skrg bantuan china diterima.

Dulu, selamatkan entnik uighur, sekarang pakar perubatan china diterima.

Dulu, selamatkan etnik Rohingya. Sekarang sebahagian mereka dihalang masuk.

Dulu, selamatkan umat Islam di India. Sekarang bina hubungan baik utk eksport sawit.

Dulu, duta khas china satu pembaziran, sekarang satu keperluan.

Cuba bayangkan kalau PH meneruskan apa yg mereka lakukan hari ini.

Mereka akan kata, PH sokong komunis dan sokong pembantaian umat Islam.

Ya, kita faham, demi kebaikan negara, hubungan diplomatik kena jaga.

Selama ini mereka hanya mempolitikkan isu sensitif demi kuasa.

Mereka sudah dapat apa yg dimahukan. Sekarang buktikan dgn usaha.

ADAKAH KERAJAAN PN KERAJAAN YG MEMBELA RAKYAT?

1 PN PAU RAKYAT1 PN PAU RAKYAT 2

ADAKAH KERAJAAN PN KERAJAAN YG MEMBELA RAKYAT?

20 APRIL 2020

1. Pasangan suami isteri didakwa bawah PKP kerana suami nak bawa isteri pi klinik dalam negeri yg sama, adil atau zalim???

https://www.msn.com/en-my/news/berita/pkp-pasangan-suami-isteri-dihadap-ke-mahkamah/ar-BB12UBGr?ocid=spartandhp

2. Malaysia kena bayar seorang lagi gaji dan elaun menteri; sudahlah menteri2 dan timbalan2 ditambah, duta khas taraf menteri ditambah lagi. Lagi wang rakyat hangus utk kayakan ahli2 politik???

https://www.msn.com/en-my/news/national/tiong-king-sing-appointed-special-envoy-to-china/ar-BB12V6zm?ocid=spartandhp

3. Kerajaan PN zalim kepada rakyat yg tinggal di kawasan pembangkang? Timbalan menteri arah JKM hanya bantu kawasan PN???
https://www.msn.com/en-my/news/national/oppositions-mps-cry-foul-over-deputy-ministers-directive-to-welfare-dept-on-covid-19-food-aid-to-selected-coordinators/ar-BB12TVi3?ocid=spartandhp

4. Kenapa susahkan rakyat nak ke bandar sehingga jem berkilometer sehingga ada yg terberanak dalam kereta???

Ini ditempat saya dan saya yakin ianya berlaku di seluruh negara. Haritu kerajaan PN umum hanya boleh gerak dlm 10 km dari rumah (menteri tak tahu ka org di kg2 nak pi bandar ada yg lebih dari 10 km) kemudian umum pulak tak boleh rentas sempadan negeri (menteri tak tau ka kl-selangor-putrajaya tu sempadan pun tak tau kat mana) tiba2 sekarang rakyat nak masuk bandar pun ada sekatan jalan hingga jem berkilometer. Terbaca dlm berita tv3 tadi di Sabah kalau tak silap ada yg sampai terberanak dlm kereta. Tu belum kira yg datang bandar dari jauh tiba2 jem punya pasal tak sempat nak pergi bank dan sebagainya. Kerajaan PN buat peraturan yg menyusahkan rakyat???

Jom bersama MEJAR ZAIDI dalam NGO PEMBELA RAKYAT kita tegur kerajaan ini, jika teguran tidak dipeduli kita JATUHKAN kerajaan ini pada PRU yg akan datang:
Follow this link to join my WhatsApp group: https://chat.whatsapp.com/EP6HCRHzGq5Df595F7tWEz

 

Zaman PN lebih Teruk Daripada Zaman Najib, Berbagai Duta Khas Dilantik ?

1 KHADAM YANG SESAT1 KABINET TOLOL1 HADI BULUH.

Tengok laporan Awani tadi.. Tiong King Sing dilantik Duta Khas Perdana Menteri ke China, Sebelum ni lantik Haji Hadi jadi Duta Khas ke Asia Barat… Nampak tak, Mudahnya depa faraidkan jawatan Politik biarpun mereka bukan kerajaan yg dipilih rakyat..

Apa yang kita nampak jawatan Duta Khas itu seolah olah mereka akan dihantar negara tersebut.. hakikatnya ia hanyalah istilah Politik bagi mengaburi mata rakyat, Duta Khas itu adalah jawatan Menteri.. bertaraf Menteri, dan dapat keistimewaan seperti Menteri..

Oleh kerana Kuota Menteri dah habis digunakan..sampai 70 Menteri..Sampai Satu Kementerian terpaksa dikongsi 3 Menteri.. ditambah dengan 2 Timbalan Menteri.. jadi perlantikan Duta Khas bertaraf Menteri adalah penyelesaian Politik depa selalin jawatan dalam GLC.. nampaknya zaman PN lebih teruk dari zaman Najib..

Mudah kan.. duduk goyang kaki di Malaysia, tak perlu keluar Negara..Cuma pergi bila diarahkan atas tugas2 khas.. jadi esok, nak melancong pakai duit rakyat pun senang..cuma time ni masa PKP.. nak melancong pun tak boleh..

Aku rasa bukan hanya Tiong King Sing dan Haji Hadi… kalau semua ahli Parlimen yang tak dilantik Menteri..mereka boleh dilantik Duta Khas.. setiap ahli Parlimen, Satu jawatan Duta Khas..

Kita ada 195 Negara..kalau ikut Menteri Kesihatan, kita ada 500 negara.. jadi masih banyak kekosongan jawatan Duta Khas yang masih boleh di isi.. kalau boleh Adun yang lompat, tak dapat jawatan Exco pun boleh lantik Duta Khas..

Umpamanya ramai lagi dari MIC boleh dihantar Duta Khas ke India, Kashmir, Pakistan dan bangladesh.. Manakala MCA Duta Khas ke taiwan, Hongkong dan Korea Utara..

malah dikalangan Ulama PAS juga mungkin boleh dilantik.. umpamanya Nik Abduh boleh dilantik Duta Khas ke Antartika.. Mokhtar Senik Duta Khas ker lombok..dan mungkin juga Mufti Utara ke Afganistan, Dan Pakar Hadis ke Saudi. 🙂

Ipohmali

Menteri Dan Timbalan Menteri Kesihatan Yang Tidak Sihat

Kenyataan Media
*Menteri Dan Timbalan Menteri Kesihatan Yang Tidak Sihat*.
1.Gelagat Menteri dan Timbalan Menteri Kesihatan telah mendapat perhatian dari berbagai pihak. Namun reaksi orang ramai itu tersangat negatif berbanding pujian dan sanjungan pada Ketua Pengarah Kesihatan dan pasukan Doktor serta Jururawat barisan hadapan yang sedang bertarung melawan Covid19.
2.Sepatut Menteri dan Timbalannya menjadi contoh yang baik kepada masyarakat dan kebanggaan dan pendorong semangat kakitangan Kementerian kesihatan keseluruhan khusus barisan hadapan yang berkorban masa, tenaga dan keluarga dengan risiko terdedah pada jangkitan covid19. Apa yang berlaku timbalan menteri tidak mendidik masyarakat untuk patuh pada peraturan tidak bolih berkumpul sebaliknya makan beramai ramai di Tahfiz.Para Doktor merayu orang ramai stay at home, Timbalan Menteri dan exco kerajaan negeri makan bersama orang ramai di tahfiz. Sudah tentu tindakan ini mengecewakan barisan hadapan. Anak buah dikerah ke medan tempur, boss pula memecah kubu dan membuka ruang untuk musuh (covid19) menyerang.
3.Menteri pula punya lah seronok nak tunjuk pada Presiden partinya konon operasi memerangi covid19 adalah kejayaan beliau, akhirnya menjadi bahan jenaka rakyat Malaysia dan dunia. Menteri dengan penuh rasa bangga beritahu Presiden Partinya yang dia dah buat persidangan vedio langsung dengan Who 500 negara. Dia kata dunia iktiraf apa yang dia buat. *Hari ini beliau nafi 500 negara, yang beliau maksudkan 500 peserta*.
4.Tak kan tak tau beza negara dan peserta masa nak taklimat pada Presiden.Pasai apa ambil masa dari 18 apr 1pm selesai taklimat pada Presiden Umno hingga 19 apr baru buat pembetulan 500 negara ke 500 peserta. Si Presiden Umno pun penuh yakin ucap tahniah kejayaan bila diberitahu Menteri kesihatan buat persidangan vedio langsung dengan Who 500 negara. Tak kan Presiden Umno tak tau yang jumlah negara 193 saja. *Atau sama sama bangang*. Yang saya hairan kedua dua orang menteri dan Timbalannya adalah pengamal perubatan yang kini menjawat jawatan menteri dan Timbalan.
5. *Mereka bukan bomoh atau tok mudim kampung*. Mereka berdua ada kelulusan dalam bidang perubatan tidak bolih bertindak dan bercakap macam orang tiga suku.Tindakan dan percakapan mereka yang akhirnya telah menimbul rasa malu dan beri tekanan yang melemahkan semangat barisan hadapan. Mereka berdua sepatutnya memimpin bukannya nak *tunjuk mereka lebih hebat dari arwah Ahmad Nisfu*.Lebih baik mereka berdua jadi jaga di kementerian kesihatan dan beri tanggung jawab kepada ketua Pengarah Kesihatan memimpin sepenuhnya atau lantik Ketua Pengarah Kesihatan jadi Menteri dan timbalan ketua Pengarah jadi Timbalan menteri Kesihatan.
6.Kepada Doktor, Jururawat dan semua yang di barisan hadan melawan Covid19, ayuh teruskan perjuangan. *Saya percaya anda semua kuat tidak terkesan dengan gelagat dan percakapan Menteri dan timbalan*. Abaikan apa yang dicemuh dan dipertawakan olih rakyat pada menteri dan timbalan kerana rakyat bersama anda semua. Terima kasih dari rakyat atas pengorbanan anda dan keluarga.
*Kemenangan Menentang Covid19 Milik Kita Bersama*
*Kuatkan Imun Teguhkan Iman*
*Hj Mahfuz Hj Omar*
Ahli Parlimen Pokok Sena
Naib Presiden Amanah
19 apr 2020