Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

ANWAR PEROSAK PKR DAN PH.

PKR atau sebelum itu dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional sebelum ini sebuah parti kukuh yang teruji ketika Wan Azizah menjadi Presiden sehinggalah Anwar yang lemah dan menjadi Presiden yang meletakkan matlamat peribadi sebagai matlamat parti telah memecah belahkan PKR.

Kali ini pula Anwar selaku ketua pembangkang telah memecah belahkan pembangkang. Tamak dan hanya pentingkan matlamat peribadi telah menghancurkan pembangkang. Selama ini pembangkang kalah dalam undian belah bagi itu bukan masalah. Tetapi bila Anwar yang sombong dan menipu takut malu bila dia tahu kalau dia ketuai undi belah bagi akan kalah maka Malaysia akan nampak jelas dia menipu konon umum itu ini yang dia ada majoriti sokongan konon.

Tak nak malu dia buat “deal” belakang sehingga buat arahan saat akhir suruh sokong belanjawan kerajaan. Maka yang bangun bantah hanya Mahathir kuncunya dan beberapa ahli parlimen Amanah sahaja. Manakala Presiden dan Timbalan Presiden Amanah akui telah berdiri tetapi terpaksa duduk semula lepas ditarik tangan disuruh duduk oleh DAP.

Respon penyokong pembangkang terhadap kejadian minggu lepas dalam Dewan Rakyat ialah dengan mengecam pembangkang. Malah ahli parlimen PKR termasuk anak Anwar sendiri menyatakan kekecewaan terhadap apa yang berlaku. Sedar dengan perkembangan itu desakan terhadap Anwar untuk berundur semakin kuat dikalangan pembangkang termasuk dalam PKR sendiri.

Anwar terdesak untuk perlahankan tekanan telah berjanji ia hanya strategi untuk sokong belanjawan peringkat dasar tetapi akan berjanji halang belanjawan peringkat jawatankuasa. Beberapa ahli parlimen termasuk ahli parlimen PKR sendiri nyatalan dalam keadaan terhimpit Anwar telah melafazkan janji akan pastikan kerajaan PN jatuh dalam masa 7 hari atau dia akan “pencen”.

Tetapi yakinlah WAJIB pasti akan ada cerita “kencing” baru untuk cover benda ini dari kem Anwar. Sudah jadi rahsia terbuka cakap cakap kalangan pembangkang mengenai “deal” belakang Anwar dengan pihak kerajaan.

Itulah bahana mengambil seorang yang banyak sangay beban “jenayah dan seumpamanya” sebagai ketua… Anwar seorang yang penting diri dia akan buat apa saja untuk dia selamat. Selamatkan Anwar umpama selamatkan anjing tersepit.. dia lepas dia gigit balik..

Mungkin ini masa menulis pengalaman berunding bagi pihak Anwar….

Selanjutnya klik https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=391690838706246&id=100035959996986

KEBODOHAN ANWAR SEMAKIN JELAS

INI BUKAN SOAL BELANJAWAN.. INI SOAL KEABSAHAN KERAJAAN DAN PM..

Bila aku kritik kenapa PH tidak minta undi belah bahagi.. Ada Sahabat tag aku, Tulisan yang tadi baru kelulusan peringkat Dasar.., Bab tu aku pun tahu..tak payah habaq.. Nanti akan dibahaskan lagi ke peringkat jawatankuasa dan Kementerian.. lepas tu ada sekali lagi pengundian…

Ini bukan soal Belanjawan.. Tetapi keabsahan Kerajaan dan PM !.. Kalau soal Belanjawan..tak perlu tolak pun.. Kalau nak buat cara Politik matang dan Sejahtera zaman PAS dulu.. habaq lah awai awai.. Ini buat drama nak buat Move, Nak tukar Kerajaan.. semua pakat tunggu 26 NOV.. dah semua orang mai kenduri..baru bagi tau, Ini baru Merisik..

Senang faham macam ni..Macam kita bagi tahu, Itu baru keputusan Parlimen..ada lagi keputusan peringkat Dun… kalau dah menang Parlimen..Soal Negeri bukan penting mana sangat pun.. yang penting kita nak tukar PM dan Kerajaan.. bukan takat tukar Exco..

Kalau takat nak buat serangan hendap..tak payah cukup sokongan pun..time PAS dan UMNO dulu pun dah buat.. Itu takda kaitan dengan Keabsahan seorang PM dan Kerajaan..

Itu sebab aku kata sejak awal.. Pentingnya Kerajaan PH rangka Belanjawan sendiri.. ada model Ekonomi sendiri..kalau terikut ikut Najib.. kan dan terperangkap.. yang untung dan dapat nama tu Najib, Bukan PH..kita pulak terpaksa ikut dia.. Kita nak pertahan apa..sebab apa pun kita tak kemukakan…

Betul, Masih ada satu peluang..tu semua orang tahu.. Tapi masa tu orang pun dah tak heran pun.. dia sebenarnya satu jer.. Kita tak minta Belah Bahagi sebab takda sokongan itu jer.. Dia macam ni..Sorang nak tengok Sokongan..Sorang taknak bagi tau..aku takdak sokongan..sembang jer.. Mudah faham kut.. 🙂

Ipohmali