Kerajaan tak sekat warga China kecuali dari Wuhan, Wilayah Hubei – Punca Virus Covid 19 Merebak.

1 MUHYIDDIN BENARKAN HIMPUNAN TABLIGH1 MUHYIDDIN KDN

Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Muhyiddin (kanan) sewaktu meninjau saringan kesihatan di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di Johor Bahru pada Selasa. FOTO: BERNAMA.

KERAJAAN tidak bercadang mengenakan sekatan terhadap semua pelawat warganegara China kecuali dari Wilayah Hubei, termasuk Bandar Wuhan, untuk memasuki negara ini, memandangkan tiada keperluan berbuat demikian setakat ini.

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pihak Jabatan Imigresen sentiasa berpandukan kepada keputusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung status novel koronavirus 2019 di negara ini.

ARTIKEL BERKAAITAN: Koronavirus: Kanak-kanak warga China dirawat di Langkawi sembuh, dibenar pulang

“Jadi, di Jabatan Imigresen berpandukan kepada keputusan dibuat KKM. Jangan salah faham, hanya bila KKM nyatakan perlu kita kawal, kita akan guna Akta Imigresen untuk kenakan sekatan macam yang kita telah putuskan (ke atas warganegara China dari Wilayah Hubei, termasuk Bandar Wuhan).

“Jadi setakat ini, masih kekal (sekatan ke atas warganegara China dari Wilayah Hubei, termasuk Bandar Wuhan) sehingga ada isyarat (baharu) daripada KKM, maka barulah kita (putuskan kelak),” katanya selepas meninjau saringan kesihatan di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di Johor Bahru pada Selasa.

Beliau mengulas mengenai kebimbangan orang ramai berhubung keputusan kerajaan, yang hanya membuat sekatan terhadap warganegara China dari Wilayah Hubei, termasuk Wuhan, dan bukannya daripada keseluruhan negara tersebut.

Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) tidak meminta supaya negara “menyekat sepenuhnya” kemasukan warganegara China ke negara masing-masing, meskipun pertubuhan itu mengumumkan koronavirus sebagai darurat kesihatan awam global.

Beliau, bagaimanapun berkata pihaknya bersedia untuk bertindak mengikut keperluan dan sentiasa memantau pintu masuk negara, bagi mengawal penularan koronavirus.

“Dari 27 Januari hingga semalam (3 Februari), sejumlah 147 orang yang dihalang masuk ke Malaysia, semuanya dari Wuhan serta (dalam wilayah) Hubei di negara China. Paling tinggi kemasukan adalah melalui Pelabuhan Klang iaitu 65 orang yang terdiri daripada kelasi dan mereka yang bekerja di kapal,” katanya.

Ketika ditanya sama alat pengimbas haba yang ditempatkan di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) mencukupi, beliau berkata terdapat keperluan untuk menambah bilangan alat itu, memandangkan 70 peratus pelawat yang masuk ke negara ini menggunakan laluan tersebut.

Sementara itu, ditanya sama ada perlu membatalkan Festival Perarakan Chingay yang dijadual berlangsung di sini pada 14 Februari ini, Muhyiddin berkata tiada keperluan berbuat demikian.

“Kita dah kawal pintu masuk jadi buat apa kita batalkan (Chingay)?…yang dah ada dalam negara untuk saksikan, tidak perlu ada halangan atau sekatan, buat apa kita batalkan majlis, tidak perlu,” katanya. –BERNAMA.

https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2020/02/05/sekat-china/