Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

BILA PM TAK PUAS HATI DENGAN SPRM…..

9 PH1 Rasuahf92bd-kereta2bazalina1 UMNOPAS5 UMNOPAS9d7ca-mukmin2bkuat

BILA PM TAK PUAS HATI DENGAN SPRM…..
Nampaknya ada rasa tidak puas hati yang ketara dalam diri Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad terhadap SPRM berhubung kenyataan Ketua Pesuruhjaya agensi tersebut, Shukri Abdull yang baru semalam mengesahkan tiada kemasukan dana RM90 juta daripada UMNO ke dalam akaun rasmi Pas.
Kata Tun Mahathir, SPRM mungkin belum mendapat maklumat secukupnya berhubung siasatan perkara tersebut, selain memerlukan masa untuk menyiasat kecurian wang oleh Najib Razak yang dikaitkan dengan 1MDB.
“Yang itu SPRM kata. Dia ambil masa. Ini tak bermakna Najib tak curi, cuma tak diselidik.
“Kita tunggu sama ada benar atau tidak,” kata beliau ketika ditanya berhubung kenyataan SPRM yang dilihat telah membersihkan nama Pas, meskipun siasatan belum lagi selesai sepenuhnya.
PENGUMUMAN – Untuk memberi lebih kemudahan dan keselesaan pembaca yang sentiasa berkembang, bermula 1 Mac 2019, blog ini akan berpindah sepenuhnya daripada Blogspot kepada WordPress. Ia kemudian boleh dilayari melalui Shahbudindotcom.net. Terima Kasih.
Dalam bab ini, ramai juga yang hairan sebenarnya mengapa Shukri Abdull begitu tergesa-gesa mengeluarkan kenyataan sedemikian, sedangkan sebelum ini agensi anti rasuah itu turut mengeluarkan kenyataan bahawa siasatan juga merangkumi akaun bank beberapa pemimpin Pas.
Sudahkah disiasat juga akaun pemimpin-pemimpin Pas itu?
Jika siasatan belum selesai lagi, untuk apa sebenarnya Shukri Abdull mengeluarkan kenyataan yang memperlihatkan nama Pas seolah-olah telah dibersihkan berkaitan dana RM90 juta itu?
Kenapa tidak ditunggu sehingga siasatan selesai, termasuk dapatan dalam akaun pemimpin-pemimpin tertentu Pas, barulah beliau bercakap mengenainya dengan media?
Bukankah dalam banyak keadaan,  kedudukan akaun peribadi dan akaun bank parti ada hubung-kaitnya?
Apa pun, terzahirnya rasa tidak puas hati Tun Mahathir itu menggambarkan seperti ada yang tidak kena dalam SPRM sekarang ini.
SPRM sebenarnya tidak perlu terlalu banyak bercakap dengan media atas sesuatu perkara kerana yang ingin dilihat oleh rakyat berkenaan dengan agensi itu ialah tindakannya dalam menyelesaikan kes-kes rasuah dalam negara ini.
Bercakaplah hanya bila perlu saja atau jika siasatan masih belum selesai, tutuplah mulut terlebih dahulu sehingga kes sudah benar-benar muktamad.
Dalam kes dana RM90 juta ini misalnya, dengan Perdana Menteri sendiri menzahirkan rasa tidak puas hatinya, bukankah ia sesuatu yang memalukan SPRM?
Yang nyata, daripada teguran tidak puas hati ini, Perdana Menteri mahu SPRM terus menjalankan siasatannya, malah dengan lebih teliti,  bukan saja berkaitan dana yang dimasukkan ke dalam akaun Pas, tetapi juga siapa pemberi atau perantaranya.
Dapatan SPRM sehingga ini jelas tidak menggembirakan Perdana Menteri. Ini yang SPRM dan Shukri Abdull harus betul-betul faham.
(ShahbudinHusin 25/02/2019) C&P…

Didiklah masyarakat benci rasuah

Image result for benci rasuah

RASUAH bukanlah suatu isu baharu dalam masyarakat kita. Sudah sekian lama negara ini berhadapan dengan masalah sosial ini yang jelas kelihatan terus berlaku dan berleluasa seolah-olah tiada kesudahannya.

Buktinya, sudah banyak kali kita didedahkan dengan perbuatan penyelewengan dan salah laku yang menjurus kepada suapan dan rasuah membabitkan pelbagai golongan masyarakat.

Baik penjawat awam, pekerja swasta dan korporat hinggalah ke orang perseorangan semuanya ada bahagian masing-masing.

Kebanyakana kes itu melibatkan tuntutan palsu, rasuah serta salah guna kuasa yang dipercayai membabitkan pegawai tinggi kerajaan, swasta dan pertubuhan.

Apa yang membuat kita berasa cukup geram, kecewa dan marah apabila didedahkan dana kebajikan yang sepatutnya disalurkan untuk rakyat.

Bukankah semua tindak tanduk ini satu bentuk kezaliman terhadap masyarakat dan pengkhianatan terhadap negara?

Penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah berlaku di hampir semua peringkat dan membabitkan semua pihak berkepen­tingan.

Walaupun tangkapan demi tangkapan dibuat oleh SPRM dan ramai juga yang dijatuhkan hukuman namun hakikatnya rasuah dan penyelewengan tetap berlaku malah boleh dikatakan semakin meningkat.

Maka timbul persoalan di mana silapnya dan apa yang tidak kena dengan masyarakat kita?

Apakah ia semakin menjadi-jadi akibat desakan hidup yang menghimpit atau ia sudah menjadi satu amalan biasa dalam kalangan sekelompok masyarakat kita yang sedikitpun tidak rasa bersalah untuk melakukannya.

Alasan desakan hidup sama sekali tidak boleh menjustifikasikan perbuatan salah laku seperti ini.

Bayangkan apa akan jadi kepada masyarakat andai semua orang menggunakan alasan desakan hidup untuk menerima rasuah mahupun memberi suapan. Ringkasnya masyarakat akan hancur dan rosak selamanya.

Maka yang salah tetap bersalah dan kita perlu mencegah budaya matlamat menghalakan cara.

Justeru kita perlu memberi fokus kepada punca utama yang sering mendorong rakyat kita terjebak dalam kancah salah guna kuasa ini.

Impian untuk hidup mewah dan kaya cepat, tamak untuk merebut sesuatu projek serta adanya ruang dan peluang untuk menyalah guna kuasa mahupun mengambil kesempatan dilihat antara faktor utama yang merosakkan masyarakat kita.

Dalam isu ini di samping tangkap dan menghukum orang yang terbabit sebagai tindakan pembetulan dan pengajaran, apa yang lebih penting adalah penekanan terhadap aspek pencegahan agar ia tidak berulang dan berjangkit pada yang lain.

Pencegahan boleh dilakukan melalui didikan ke atas masyarakat agar sentiasa benci rasuah dan salah guna kuasa di mana didikan ini perlu bermula seawal zaman persekolahan lagi. Ia perlu dididik, dibentuk dan dipupuk sejak kecil lagi umpama melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Kita tidak mahu generasi yang akan datang terus hanyut dengan masalah sosial seperti ini yang boleh menghancurkan masa depan diri, keluarga dan juga negara.

Ternyata tangkapan dan hukuman selama ini masih belum mampu menakutkan semua pelaku yang terbabit.

Namun kita tetap berharap agar SPRM terus mempergiatkan usaha penangkapan serta membawa mereka semua ke muka pengadilan.

Cuma kita berharap sebagai langkah pencegahan dan juga pendekatan jangka panjang aspek pendidikan turut terus dititikberatkan supaya negara ini dapat melahirkan generasi yang berjiwa kental, kuat budaya integriti dan tidak mudah hanyut dengan pelbagai godaan dan sogokan.

Justeru kita berharap semua pihak dapat memainkan peranan masing-masing agar virus rasuah ini dapat dicegah dan diubati dengan baik.

Baik ibu bapa, masyarakat, pihak berkuasa mahupun pihak sekolah dan universiti perlu diberi tanggungjawab mengikut skop tugas, tanggungjawab dan kuasa masing-masing agar dapat mendidik anak-anak kita membenci rasuah.

Sehati sejiwa memerangi rasuah.

ZEERA YASMIN ROSLAN,
Gombak

https://www.ismaweb.net/2017/03/21/didiklah-masyarakat-benci-rasuah/