Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Pas Menjuarai Golongan Mentakfirkan Sesama Islam.

3 AHZAB1 ISLAM TERANCAM1 TEGANU JIWA1 PAS IDAK CERDIKGENG LAWYER BURUK KELANTAN

PEMIMPIN PAS KHADAM MCA DAN MIC

Semenjak dulu, pemimpin Pas suka melabel sesiapa saja yang tidak sealiran dengan mereka dengan label buruk.

Melabel orang lain khadam DAP adalah natijah pemikiran takfiri yang bersarang dalam otak mereka.

Kalau orang Umno mereka pernah kafirkan, orang Amanah mereka pernah nerakakan, apalah sangat label khadam.

Pemimpin Pas tak boleh nafi, mereka irihati dengan kejayaan PH. Mereka menjangka apabila PR berkubur, Pas akan menang.

Percaturan mereka silap. Mereka gagal. Untuk menutup malu kegagalan itu, maka diciptalah label khadam DAP.

Tujuannya, melepas geram dan melampias dendam. Bukan setakat dengan lidah tapi pernah pukul dan bakar kereta.

Mereka kata, Amanah, DAP yang tubuhkan. Kami pun boleh kata, selingkuh Pas Umno, MCA yang bapak ayamkan.

Menuduh tanpa bukti, sesiapa saja boleh lakukan. Macam Quraisy tuduh Nabi tukang sihir, bukan pernah ada bukti.

Cuma pemimpin Pas lupa. Kalau mereka boleh berkata buruk kepada orang lain, orang lain juga boleh berkata buruk kepada mereka.

Namun, begitulah pemimpin Pas yang tidak pernah akur kelemahan dan kesilapan diri mereka sendiri.

Cantik orang lain, mereka nampak hodoh. Tapi hodoh mereka, diperasan cantik.

Mereka yang menyingkirkan orang. Namun, apabila orang yang disingkir berjaya, mereka irihati.

Cara nak ubat irihati itu, senang saja, label orang lain dengan label buruk. Antara label yang dipuas hati ialah khadam DAP.

Sama macam pembuat produk tak berkualiti. Apabila produknya tak laku, diburuk-burukkan produk orang lain.

Politik label, Takfiri dan mulut busuk yang dibawa oleh Pas bercanggah dengan budaya politik sihat.

Orang berpolitik untuk mempromosi kebaikan, mereka berpolitik untuk menyubur kebencian.