Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Adun AMANAH tuntut kerajaan laksana Moratorium Automatik tanpa syarat

Adun AMANAH tuntut kerajaan laksana Moratorium Automatik tanpa syarat

Adun AMANAH tuntut kerajaan laksana Moratorium Automatik tanpa syarat

Kerajaan didesak melanjutkan moratorium tanpa syarat kepada selepas pengisytiharaan perintah kawalan pergerakan (PKP) dan darurat dikuatkuasakan.

Adun Kota Iskandar, Sr Dzulkefly Ahmad berkata, penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) PKP buat masa ini banyak menyekat ruang ekonomi rakyat.

Beliau berkata, tempoh moratorium yang dilanjutkan di bawah Pakej Bantuan Khas Permai yang diumumkan Perdana Menteri adalah moratorium bersasar ataupun bersyarat.

“Kesan negatif kepada sektor ekonomi jelas dapat dilihat apatah lagi mereka yang berniaga secara kecil-kecilan.

“Waktu perniagaan, tahap perkerjaan, urusan harian dan sebagainya banyak menjejaskan ekonomi rakyat. Sudah tiba masanya kerajaan perlu memberikan semula moratorium secara menyeluruh.

“Dalam laporan yang saya terima terdapat pekerja yang terpaksa dipotong gaji kerana majikan perlu mengurangkan pekerja.

“Sekiranya mereka diminta untuk tidak hadir ke tempat ia akan dikira sebagai ‘unpaid leave’ bermakna tidak bergaji.

“Bayangkan sekiranya mereka hanya dikehendaki hadir ke tempat kerja sebanyak 15 hari sebulan, bermakna gaji yang diperolehi hanya separuh bulan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau yang merupakan Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor menegaskan kebajikan rakyat bagi meringankan bebanan hidup perlu diberi keutamaan.

Tambahnya, kerajaan perlu membuat tinjauan lapangan untuk mengenal pasti keadaan rakyat yang terjejas dengan pelaksanaan PKP.

“Kerajaan jangan hanya memandang pembangunan ekonomi negara sahaja, ekonomi rakyat juga perlu dititik beratkan.

“Kita boleh lihat bagaimana rakyat hari ini ‘struggle’ dalam mengendalikan hidup mereka. Justeru apa-apa sahaja pelaksanaan dari kerajaan perlu dilihat dari pelbagai sudut.

“Dalam pertimbangan ini kerajaan seharusnya memberikan semula moratorium tanpa syarat bagi meringankan bebanan rakyat sekaligus dapat memberi mereka peluang untuk mengimbangi ekonomi mereka terlebih dahulu.

“Golongan pekerja dalam sektor ekonomi tidak rasmi yang memperolehi pendapatan secara harian seperti peniaga gerai di tepi jalan, peniaga pasar pagi, pasar tani dan pasar malam yang menerima upah atau gaji harian adalah golongan yang sangat memerlukan moratorium tanpa syarat ini.

“Kita bimbang jika perkara ini tidak dipertimbangkan, kita akan melihat banyak kereta ditarik balik oleh pihak bank dan juga banyak rumah akan dilelong dalam masa enam bulan akan datang,” katanya lagi.-JK

Blogger Umno luah rasa kesal dengan sikap pemimpin Umno, puji pemimpin PH

Satu benda yang saya belajar dalam politik, kamu hanya di ingat jika ada memberi faedah kepada parti itu bukan setia kawan dalam susah dan senang.

Saya terharu dengan pesanan mesej dari pemimpin politik dari PKR.. Amanah dan DAP.. Tetapi tidak ada satu mesej dari pemimpin UMNO.

Tidak ada seorang pun menghantar msg bertanya khabar. Agaknya pemimpin UMNO ini.. kamu sakit, kamu mampuslah.

Maka jangan berharap dengan pemimpin UMNO jika kamu sakit.. Tidak saperti pemimpin PH.. Memberikan semangat dan meminta saya tabah.

Sang Kelembai. – FB
https://www.facebook.com/plugins/post.php?href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2FZaharinMyasin%2Fposts%2F10219609312203158&width=500&show_text=true&height=275&appId

Darurat Adalah Propaganda Politik Mahyuddin, PKP sudah cukup untuk mengawal Covid-19.

[VIDEO] Pegawai Muhyiddin ‘kantoi’ dedah mohon darurat bermotif politik

Muhyiddin kantoi lagi !

Kali ini bukan yang empunya badan yang buat, sebaliknya melalui kesilapan oleh pegawai beliau sendiri, Azman Mat Hussin.

PKP sudah cukup untuk mengawal Covid-19.

Saksikan pendedahan ini.

Sumber : https://www.youtube.com/watch?v=kRYXsGdCIpw&feature=youtu.be&ab_channel=SEDARMedia

Kerajaan Melayu Islam Lulus Tapak Kuil Hindu.

Masyarakat India menyambut langkah kerajaan Kedah meluluskan tapak bagi membina kuil Hindu di Taman Ladang Henrietta, Padang Serai.

Pengerusi Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) K Kumaresan berkata, masyarakat India teruja di atas keprihatinan kerajaan negeri meluluskan tapak kuil bagi membolehkan penganut Hindu membina kuil di situ.

Katanya, ramai masyarakat India di Kedah merakam ucapan penghargaan kepada Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor kerana bersedia meluluskan tapak kuil tersebut.

“Tidak kurang juga yang menzahirkan sokongan terhadap Menteri Besar di atas keprihatinannya menjaga hak semua kaum dan agama di Kedah,” katanya di sini hari ini.

Selasa lepas Menteri Besar mengumumkan kerajaan Kedah sedia menimbangkan kelulusan tapak kuil untuk penganut agama Hindu di Taman Ladang Henrietta, Padang Serai.

Perkara itu diumumkan selepas mesyuarat mingguan Exco di Wisma Darul Aman.

Tahun lalu, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) meroboh kuil yang dibina di tanah milik kerajaan kerana tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan.

Berikutan itu, ada parti tertentu yang mewakili masyarakat India membantah tindakan tersebut sehingga menganggap Menteri Besar Kedah sebagai rasis.

K Kumaresan yang juga Pegawai Khas Menteri Besar (Hal Ehwal Masyarakat India) memberitahu ramai penduduk India menghubunginya bagi merakam ucapan terima kasih dan penghargaan kepada kerajaan negeri. – HD

Kenduri perkahwinan dan tahlil menjadi punca 21 ahli keluarga positif Covid-19

Sejumlah 21 individu dikesan positif melibatkan Kluster Kampung Lebu yang merupakan salah satu daripada enam kluster baharu yang dikesan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan memaklumkan, kluster tersebut berkait kenduri perkahwinan dan tahlil melibatkan daerah Bentong dan Kuantan di Pahang.

“Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-122,732) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Januari 2021 hasil saringan kontak rapat.

Data berkait Kluster Kampung Lebu yang dikeluarkan oleh KKM.

Data berkait Kluster Kampung Lebu yang dikeluarkan oleh KKM.

“Saringan yang telah dijalankan ke atas kontak rapat terutama ahli keluarga dan tetamu majlis seterusnya mendapati seramai 20 lagi individu dikesan positif COVID-19.

“Nama kluster merujuk kepada lokaliti majlis tersebut berlangsung iaitu di Kampung Lebu, Bentong,” katanya.

Sehingga 16 Januari, sejumlah 80 individu telah disaring. – AA

Kerajaan Pintu Belakang (PN) terbukti gagal jaga kebajikan rakyat – Najib

Kerajaan PN terbukti gagal jaga kebajikan rakyat – Najib

Rakyat Malaysia dan Parlimen harus diperkasakan lagi kerana kerajaan semasa gagal menegakkan kebajikan rakyat, kata Najib Razak.

Bekas perdana menteri itu berkata pentadbiran Perikatan Nasional kini tidak menjaga rakyat dan keadaan ini perlu segera diperbetulkan.

Bekas perdana menteri Najib Razak berkata fungsi besar kerajaan ialah menjadi pelindung kepada rakyat dan pembekal kepada keperluan rakyat. – PI

Hilang majoriti: Muhyiddin harus segera mengadap Agong – Elakkan Masa Depan Negara Daripada Muflis.

Apabila Ahli Parlimen Machang, Ahmad Jazlan tidak lagi menyokong Muhyiddin Yassin dan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) bermakna ketika ini jumlah ahli Dewan Rakyat yang menyokong Perdana Menteri Muhyiddin dan Kerajaan PN hanya ada 110 orang sahaja.

2. Dalam keadaan ini Perdana Menteri Muhyiddin hilang majoriti di Dewan Rakyat dan Kerajaan PN tumbang.

3. Berdasarkan Perkara 46 Perlembagaan Persekutuan, Ahli Dewan Rakyat ada 222 orang yang dipilih melalui pilihanraya. Dua orang Ahli Parlimen telah meninggal dunia iaitu Ahli Parlimen Batu Sapi di Sabah dan Ahli Parlimen Gerik di Perak. Ini menjadikan jumlah ahli Dewan Rakyat bagi penggal parlimen ke-14 tinggal 220 orang.Jumlah sokongan 110 sahaja yang dimiliki oleh Ahli Parlimen Pagoh itu sekarang, menjadikan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Kerajaan PN pimpinannya tidak ada majoriti di Dewan Rakyat.

4. Yang di-Pertuan Agong melantik Muhyiddin Yassin pada 1hb Mac 2020 sebagai Perdana Menteri berdasarkan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan iaitu bahawa pada hemat Baginda Ahli Parlimen Pagoh itu mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

5. Sepanjang 10 bulan Muhyiddin menjadi Perdana Menteri Kerajaan PN, beliau telah mengelak dan menafikan pembentangan usul tidak percaya terhadapnya sebagai Perdana Menteri di Parlimen. Malah usul percaya terhadap beliau sebagai Perdana Menteri yang dibawa oleh ahli parlimen kerajaan juga tidak diberi peluang dibentangkan.

6. Perkara yang paling hampir yang boleh ditafsirkan sebagai undi percaya kepada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri ialah melalui pengundian semasa pembentangan Belanjawan Tahun 2021 di Dewan Rakyat. Undi yang paling tinggi dicapai oleh Kerajaan PN yang menyokong Belanjawan tersebut diperolehi pada 15hb, Disember 2020 semasa pengundian belah bagi bacaan ketiga Belanjawaan 2021 tersebut. Kerajaan PN mendapat 111 undi manakala pembangkang mendapat 108 undi. 111 undi yang diperolehi oleh Kerajaan PN ketika itu adalah termasuk sokongan dari Ahli Parlimen Machang, Ahmad Jazlan.

7. Kini Ahli Parlimen Machang itu telah menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin dan juga Kerajaan PN. Dalam keadaan ini, elok kita merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan sekali lagi. Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan menyatakan seperti berikut:

“Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.”

8. Peruntukan Perlembagaan Persekutuan ini adalah jelas. Maka saya selaku salah seorang ahli Dewan Rakyat menyeru kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya mematuhi peruntukan undang-undang tubuh negara kita ini, Perlembagaan Persekutuan, iaitu dengan segera mendapatkan perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, dengan seberapa segera. Yang Berhormat Ahli Parlimen Pagoh semasa mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia telah berikrar akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan. Inilah masanya untuk membuktikan ikrar dan sumpah jawatan tersebut.

Hassan Abdul Karim

Ahli Parlimen Pasir Gudang

Bertarikh Ahad 10 Januari 2021.

Sumber: https://shahbudindotcom.net/2021/01/10/hilang-majoriti-muhyiddin-harus-segera-mengadap-agong.html

Kakitangan awam diarah kerja dari rumah: Bil telefon, elektrik siapa nak bayar, Cuepacs persoal kerajaan

Kakitangan awam dilaporkan “berang” berhubung arahan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang melarang mereka membuat sebarang tuntutan atas penggunaan telefon dan data internet apabila bekerja dari rumah susulan pandemik Covid-19.

Setiausaha Agung Cuepacs Abdul Rahman Mohd Nordin mengesahkan surat pekeliling terbaru JPA itu yang berkuat kuasa pada 1 Jan dan menyifatkannya sebagai tidak adil kepada ahli Cuepacs yang bekerja dari rumah.

Surat pekeliling itu mewajibkan kakitangan awam memiliki telefon bimbit sebagai syarat bekerja dari rumah, namun, tidak menyediakan sebarang elaun untuk mereka berbuat demikian, kata beliau.

Abdul Rahman berkata, dasar baharu itu tidak adil kerana kakitangan awam terpaksa menanggung bil elektrik dan kos penggunaan data lebih tinggi apabila menjalankan tugas dari rumah susulan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) dan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

Setiausaha Agung Cuepacs Abdul Rahman Mohd Nordin.

“Bekerja dari rumah memaksa kakitangan awam menggunakan data internet berlebihan berbanding keadaan biasa. Ramai kakitangan awam hanya melanggan pakej pra bayar atau pakej asas langganan data.

“Sepatutnya kakitangan awam yang dikehendaki bekerja dari rumah harus diberikan telefon percuma supaya faktor bayaran bil ketika menjalankan urusan rasmi tidak diletakkan di atas bahu mereka,” kata beliau.

Abdul Rahman berkata surat pekeliling itu juga mengarahkan kakitangan awam memastikan telefon bimbit dan komputer yang diguna untuk tujuan kerja diasingkan daripada penggunaan peribadi bagi memastikan tiada “kebocoran” maklumat atau rahsia kerajaan.

Beliau berkata, arahan itu tidak munasabah kerana sebilangan besar kakitangan awam tidak mampu memberi telefon bimbit dan komputer khusus untuk menjalankan kerja pejabat.

“Ramai daripada kami hanya mampu memiliki satu telefon, jadi macam mana nak asingkan kerja dengan kegunaan peribadi.”

Abdul Rahman berkata, Cuepacs turut terkilan kerana hanya pegawai Gred 44 ke atas menikmati elaun telefon, manakala 70% daripada kakitangan awam tidak diberikan imbuhan itu walaupun telefon menjadi peralatan penting dalam tugasan harian mereka.

“Surat pekeliling JPA ini tidak adil dan tidak masuk akal. Inilah sebabnya Cuepacs sering merayu JPA supaya berdialog dengan kami sebelum menggubal sebarang dasar baharu atau mengeluarkan surat pekeliling,” kata Abdul Rahman.

“Kami sememangnya sudah memberikan maklum balas dan cadangan kepada kerajaan mengenai dasar bekerja dari rumah sebelum ini apabila sebilangan besar ahli kesatuan terpaksa bekerja dari rumah semasa PKP dan PKPB dikuatkuasakan,” tambah beliau.

Abdul Rahman berkata surat pekeliling itu memberi kesan mendalam kepada kakitangan awam, di sebalik spekulasi bahawa PKP akan dikuatkuasakan semula susulan kes positif Covid-19 yang semakin meningkat.

Beliau menjangka lebih ramai kakitangan awam akan bekerja dari rumah dan terpaksa mematuhi surat pekeliling “tidak adil” itu jika PKP diperkenalkan semula di seluruh negara.

Surat pekeliling itu ditandatangani oleh Ketua Pengarah JPA Mohd Khairul Adib Abd Rahman, menyebut: “kerajaan tidak akan menanggung apa-apa kos utiliti seperti bil telefon, bil elektrik, sewaan jalur lebar dan pembaikan kerosakkan peralatan” sepanjang tempuh bekerja dari rumah.

Ia mewajibkan pegawai kerajaan memiliki telefon bimbit dan kemudahan capaian internet yang “sewajarnya.”

Surat pekeliling itu turut melarang kakitangan awam berkongsi dokumen kerajaan dengan menggunakan Wifi di tempat awam.

Kakitangan juga tidak layak mendapat elaun lebih masa sewaktu bekerja dari rumah, kecuali diarahkan bekerja di lokasi selain rumah, di luar waktu bekerja, menurut surat pekeliling JPA itu.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/01/10/diarah-kerja-dari-rumah-tapi-bil-telefon-elektrik-siapa-nak-bayar-cuepacs-persoal-kerajaan/?fbclid=IwAR2ad2T4JjFTD01UwgbkXUVb7ZVU85KpLsEp09ejdh8ZUDG9sjwt9F6SfR0

Muhyiddin hilang majoriti: Agong punya kuasa panggil sidang khas Dewan Rakyat – Pakar Perlembagaan

Muhyiddin hilang majoriti: Agong punya kuasa panggil sidang khas Dewan Rakyat – Pakar Perlembagaan

Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa memanggil Persidangan Khas Dewan Rakyat untuk menentukan jika benar Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah hilang majoriti menerusi usul undi percaya.

Jika tidak, Pakar Perlembagaan, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mempunyai cara Baginda sendiri termasuk melantik Perdana Menteri Interim.

Perkara itu boleh berlaku jika pada hemat Baginda tiada mana-mana wakil rakyat yang memiliki sokongan majoriti.

“Kalau pun tidak dipanggil Sidang Dewan Rakyat secara tergempar, mungkin dalam suasana yang lebih kondusif Yang di-Pertuan Agong sendiri menentukan sama ada (Perdana Menteri) telah hilang majoriti atau tidak dengan memanggil 220 ahli Dewan Rakyat.

“Jika tiada seorang yang mempunyai majoriti, maka Agong ada kuasa prerogatif untuk melantik kerajaan sementara iaitu melantik PM Interim, seperti yang berlaku pada Februari 2020,” katanya kepada Astro AWANI, di sini pada Ahad.

Selain melantik Perdana Menteri Interim, Nik Ahmad Kamal berkata pilihan yang boleh dibuat adalah mengusahakan pembentukan Kerajaan Perpaduan, dan melantik Perdana Menteri yang telah dipersetujui sementara menunggu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Jelas beliau lagi, apa yang berlaku ketika ini boleh disifatkan sebagai spekulasi selagi mana tiada bukti konkrit dan objektif bahawa Perdana Menteri telah hilang majoriti.

“Maksud saya, atas kertas mungkin nampak telah hilang majoriti tetapi keadaan politik sekarang yang amat fluid (berubah-ubah) memaparkan kemungkinan demi kemungkinan.

“Hari ini mungkin nampak Tan Sri Muhyiddin hilang majoriti, tetapi beliau masih boleh lagi menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk tunjukkan bahawa beliau masih lagi ada majoriti.

“Jadi, selagi tiada sesuatu yang konkrit maka pada asasnya beliau masih lagi Perdana Menteri hari ini,” ujarnya.

Ketika ini Muhyiddin dikatakan memiliki 110 sokongan ahli Parlimen selepas Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub menyatakan tidak lagi menyokong Ahli Parlimen Pagoh itu.

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-politik/hilang-majoriti-sidang-khas-dewan-rakyat-boleh-dipanggil-pakar-perlembagaan-277025