Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Pelajar Di Kelantan Bersikap Kurang Ajar

POLIS sudah mengenal pasti empat pelajar lelaki yang merosakkan kerusi di sekolah agama di Kota Bharu, semalam sehingga video perbuatan itu tular di media sosial.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd Suhaimi Ali berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada pihak pentadbiran sekolah pada petang hari ini.

“Empat pelajar berusia 14 tahun terbabit sudah dikenal pasti melakukan perbuatan khianat itu.

“Mereka akan dipanggil untuk merakam percakapan untuk siasatan lanjut.

“Setakat ini, kita sudah mengambil keterangan daripada pihak pentadbiran sekolah,” katanya ketika ditemui di sekolah terbabit, hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian khianat itu berlaku pada 12 tengah hari semalam di dalam sebuah kelas di sekolah terbabit.

Katanya, siasatan mendapati lapan kerusi plastik dirosakkan dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan dengan anggaran kerugian RM70.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat terhadap harta awam,” katanya.

Terdahulu, tular di Facebook mengenai video berdurasi 13 saat memaparkan beberapa pelajar membaling dan menyepak beberapa kerusi plastik di dalam kelas selepas sesi terakhir sekolah semalam.

Tindakan mereka itu dirakam menggunakan telefon pintar milik salah seorang rakan mereka sebelum tular di media sosial sejak pagi hari ini.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/11/519612/polis-belum-terima-laporan-video-tular

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/11/519790/bakpo-buat-lagu-tu?fbclid=IwAR3OI4gf-9iMj9oBt5Jt6HczH0wDabXo7SSkovDwM6f1mDLG59dvQXA-e1o

Kerajaan Islam Kelantan Lelong Tanah Rezab Melayu (Komersial).

No photo description available.

Komentar Ipoh Mali.

Semalam dalam ruangan Iklan di berita Harian, Pihak Maybank mengiklankan pengisytiharan jualan dan lelongan aset PMBK(Perbadanan Menteri Besar Negeri Kelantan), iaitu lelongan 11 Lot tanah pada nilai harga RM 66 Juta..Tanah yang tergadai ini tanah Komersial dan Rezab Melayu..

Bila wartawan bertanya kepada MB, MB suruh rujuk PMBK.. Sedangkan dia adalah pengerusi PMBK, Nama pun Perbadanan Menteri Besar, kalau di Perak ni MB Inc.. Kalau dipusat, boleh dinisbahkan Syarikat khazanah..

Bulan Lepas digemparkan cerita anak Syarikat PMBK, PMBK Sawit ditutup, Bankrap.. Pekerjanya diberhentikan beramai ramai, sedangkan Syarikat ini menjana keuntungan dan pendapatan pada Negeri di era pemerintahan Almarhum Tok Guru Nik Aziz dan Husam Musa..

Inilah kalau nak tahu kelompok Ruwaibidhah, Bercakap pandai, kritik pandai.. kononnya Tabung Haji Gadai Aset Ummat Islam, Kerajaan jual kepentingan Ummat Islam dan melayu.. walhal Aset tabung Haji diselamatkan dibawah Kementerian kewangan..

Korang kutuk dan fitnah Lim Guan Eng sebagai anti islam, Kafir bagai.. Dia luluskan peruntukan jaminan RM 17 Billion atau dengan bahasa lebai mudah faham, 17 ribu juta untuk selamatkan aset Tabung Haji.. dan Lebih 6 Billion selamatkan FELDA..

Di Kelantan apa yang Kerajaan negeri mampu Selamatkan sampai harta Negeri dilelong oleh Bank, Korang cagar gadai tanah tu untuk buat apa ? Patut kebelakangan ni MB kelantan puji semacam Kerajaan pusat, maknanya dana depa dah kering digadai, zaman najib boleh ditutup tutup..

Itu belum cerita Kerajaan terengganu tutup lebih 50 anak Syarikat, kalau Kerajaan PH buat pengstrukturan semula dituduh gadai aset Ummat Islam.. hangpa buat sampai kena lelong Bank tu lagi memalukan.. kalau dah harta negeri sampai kena Lelong tu maknanya dah beberapa tindakan, Prosuder dan tuntutan dibuat oleh bank.. Maknanya Kerajaan Negeri dah tak mampu nak selamatkan tanah depa sendiri..

Lain kali tak payah lah berlagak macam Pakar Ekonomi.. kononnya Islam penyelesaian kita.. kononnya Teknokrat, Nak Selamatkan tanah sendiri, anak syarikat sendiri pun tak mampu.. Tanah Sawit tergadai berpuluh ribu hektar, Syarikat Sawit Rugi.. Tanah Balak habis gondol satu bukit, Syarikat Perkayuan Kelantan pun rugi.. ini lah cara lebai memerintah..Itu pun ada hati nak minta urus sendiri Industri Minyak.. kalau tak standard Negara Sudan jer lah..Minyak ada pun jadi negara Miskin..

Sembang kencang, Inilah gambaran yang Nabi dah habaq mai.. Kelompok Khawarij dan Ruwaibidah, disifatkan kelompok ini banyak bicaranya.. tetapi Bodoh dalam urusan Dunia.. Jadi Allah dah zahirkan depan mata kita..

siapakah kelompok Ruwaibidhah ?

Sabda rasulullah Saw ..

سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتٌ؛ يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ وَيُخَوَّنُ فِيهَا الْأَمِينُ وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ…

.“Sesungguhnya,akan datang kepada manusia tahun-tahun yang sangat menipu. Para pendusta pada zaman itu dianggap sebagai orang yang jujur, sementara orang yang jujur dianggap pendusta. Para pengkhianat pada zaman itu dipercayai, sementara orang-orang yang amanah dianggap pengkhianat. Pada zaman itu pula Ruwaibidhah banyak berbicara…”

قِيلَ… وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ ؟ قَالَ:..
Ditanya kepada Nabi Saw.. Siapakah kelompok Ruwaibidhah? jawab nabi..

الرَّجُلُ التَّافِهُ يَتَكَلَّمُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ…

“Orang Bodoh yang membicarakan urusan manusia(Masyarakat/Politik)…”

Aku harap kerajaan Pusat buka kertas siasatan, mana pergi hasil cagaran Tanah Kerajaan tu pergi..kemana pelaburan tu Menghilang di tibai lebai lebai ni mcm depa lesapkan dn rugikan pelaburan Kohilal..

Lelongan Aset Kerajaan Negeri Kelantan Pada 27 Mei 2019.

 

Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakob enggan mengulas berhubung iklan pemberitahuan mengenai lelongan aset kerajaan negeri yang dijadualkan pada 27 Mei ini.

Sebaliknya, beliau meminta supaya media merujuk perkara itu kepada pihak berkaitan iaitu Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

“Itu kena rujuk pihak PMBK,” katanya yang juga pengerusi PMBK.

Ahmad berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan biskut raya aidilfitri kepada anggota keselamatan di Kompleks Kota Darul Naim, Kota Bharu, hari ini.

Terdahulu, satu notis pengisytiharan jualan mengenai lelongan aset PMBK diiklankan melalui akhbar tempatan pada 13 Mei lalu.

Iklan tersebut menyatakan permohonan lelongan sebanyak 11 lot tanah oleh Malayan Banking Berhad (Maybank) selaku plaintif, manakala PMBK sebagai defendan.

Menurut notis tersebut, jualan melalui lelongan awam itu akan dibuat pada 27 Mei nanti di Mahkamah Tinggi Kota Bharu.

Lokasi lot tanah berkeluasan kira-kira 12.6 hektar tersebut terletak di Bandar Baru Tunjong, Kota Bharu yang terdiri daripada lapan petak tanah komersial, satu petak tanah kediaman, satu petak pencawang elektrik dan satu petak tapak tangki air.

Kenyataan notis tersebut juga menyebut hartanah milik anak syarikat kerajaan negeri Kelantan itu akan dijual dengan harga rizab bernilai RM66.7 juta.

Sementara itu, Malaysiakini sedang menghubungi pihak PMBK untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara itu.

https://www.malaysiakini.com/news/476182?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR1jI2db_vaFSarvAEdULaedt_8mp083MMdi2Q0iL2yRintVMwabxrT8zyU