*Penjelasan mengenai ‘Program Pelajar Melayu Muslim di Kuil’ : Berikut adalah Penjelasan Pensyarah UniSZA*
Assalamualaikum W.B.T. Pada dua tiga hari ini telah tersebar gambar-gambar di media sosial yang menunjukkan bahawa 13 pelajar universiti telah memasuki Kuil di KualaTerengganu dan telah dimanipulasikan tajuk gambar yang mengatakan bahawa pelajar-pelajar tersebut mengikuti acara keagamaan mereka.
Sebenarnya apa yang tersebar adalah fitnah dan rekaan semata-mata . Disini ingin saya perbetulkan, kunjungan pelajar ke Kuil tersebut adalah bertujuan untuk membuat kajian berkaitan dengan Agama lain melalui subjek “Agama dan Masyarakat” di bawah Jurusan Antropologi dan Dakwah.
Melalui tugasan ini pelajar perlu merakam dan mendapatkan sedikit maklumat berkaitan dengan Agama Hindu. Gambar yang menunjukkan makanan berada dihadapan pelajar adalah bukan bermaksud pelajar memakan makanan itu, tetapi makanan itu telah dihidangkan kepada mereka.
Telah menjadi pilihan pelajar untuk menolak dan memakan makanan tersebut. Makanan tersebut juga sebenarnya telah ditempah daripada orang Melayu islam. Jadi tiada masalah sebenarnya untuk makan tetapi telah dimanipulasi oleh individu atau netizen yang tidak tahu cerita sebenar.
Jadi di sini, saya ingin menyuarakan agar semua masyarakat dan netizen media sosial menghentikan menyebar gambar dan maklumat palsu.
Hukum memasuki kuil adalah harus sekiranya bertujuan untuk melakukan sebarang tugasan. Masyarakat janganlah menyempitkan fikiran dengan memberikan kecian kepada individu atau kumpulan yang memasuki Kuil sebagai satu kesalahan yang sangat besar.
Memasuki gereja, kuil atau sebagainya adalah perkara biasa bagi pelajar universiti yang melakukan kajian.
Akidah seseorang takkan terpesong selagi pegangan Agama islamnya dipegang dengan sebetul-betulnya.
Sumber : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2827582337305973&id=100001627022683