GAJI ELAUN ADUN PAS KELANTAN…BILA USTAZ BERBOHONG..

GAJI ELAUN ADUN PAS KELANTAN…BILA USTAZ BERBOHONG..

Tak pasti tulisan ustaz atau YB mana dari Kelantan yang beredar di Whatsapp.. kononnya nak mempertahankan kenaikan elaun adun dan Exco di Kelantan… pandai dia bersilat fakta cuba mengelirukan atau berbohong..Kononnya Elaun Adun PAS sebelum 2015 hanya RM 4 ribu.. Lebih rendah dari pegawai Kerajaan..

Kenapa dia sebut sebelum tahun 2015 ? Kenapa tak selepas 2015..Memang benar..Sebelum tahun 2015 tu tahun dimana MB nya adalah seorang Ulama yang zuhud iaitu Almarhum Tok guru Nik Aziz.. masa tu Husam masih Exco yg jaga Ekonomi.. masa zaman Tok guru Nik Aziz berpuluh tahun..memang Elaun adun tak lebih pun RM 4000.. Memang cukup rendah.. gaji cikgu hari ni lagi tinggi..

Tapi kita tahu tak..Selepas saja Tok Guru Nik Aziz Meninggal Dunia.. Bila Kelantan ditadbir kelompok Ruwaibidhah dan Ulama jahat.. Tok Guru Nik Aziz meninggal bulan febuari 2015..Bulan November depa dah naikkan elaun Adun dari RM 4600 kepada RM 8000.. Depa naik hampir sekali ganda… itu belum kenaikan Elaun MB dan Exco.. depa naik tu time tu tahun yang sama banjir besar melanda Kelantan.. kenaikan kali ini time wabak Melanda Negara..

Tapi awat Ustaz tu berbohong dan sorokkan fakta kenaikan kepada RM 8000 pada hujung tahun 2015.. kenapa sebut elaun sebelum 2015 ? saja kononnya nak nampak Elaun adun kelantan kononnya rendah ? betul betul membohong lah… Dari RM 8 ribu maknanya nak tambah dari RM 3 hingga RM 5 ribu.. nampak tak ?

Ni nak habaq..TG Nik Aziz tu betul betul Zuhud.. Dia Meninggal Dunia, gaji memang rendah..dah lah rendah.. separuh dia Infaq… Mana ada koleksi kereta.. dia pergi tanpa apa apa harta dan kenderaan kemegahan.. kereta Honda pun takda.. jangan kata Vellfire atau Mercedes.. walhal dia MB 20 tahun.. Hutang Kerajaan pusat tak pernah tak bayar walaupun hasil negeri sikit..tu orang panggil berkat..

Pesan kat MB Kelantan..Toksah lah berlakon zuhud naik basikal Pi Masjid.. Kononnya beli nasi bungkus naik motor.. atau ada Ulama dunia tunjukkan rumah dia dari papan..lantai dimakan anai anai kononnya..Sedangkan kereta mewah.. Nombor Plat kereta pun harga berpuluh ribu… lagi mahal dari rumah lantai anai anai dia.. Dok tibai gaji Duta berstatus Menteri dekat berpuluh ribu sebulan..tapi lantai rumah pun tak boleh nak ganti.. Tu orang tak panggil zuhud..

Nak naik gaji..naik jer.. tak payah Bagi dalil.. berlakon zuhud..apalagi cuba buat perbandingan Bohong dengan bandingkan gaji dan Elaun sebelum 2015… 🙂

Ipohmali
(melayoumembangsatkanmelayu)

BELANJAWAN 2021 YANG AMAT BERBAHAYA

BELANJAWAN 2021 TIADA YANG MENARIK, MALAH BAHAYA JIKA UNDIANNYA DISOKONG

Rata-rata rakyat tampak tidak gembira dengan Belanjawan 2021 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz petang tadi.

Bagi mereka, tiada perkara menarik yang boleh membuatkan rakyat tersenyum dengan pembentangan belanjawan kali ini.

Yang sinis berkata, kalau ada pun yang menarik hanyalah tentang kejayaan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang berjaya membuatkan Speaker, Azhar Azizan Harun terpaksa membuat U-Turn dengan membenarkan kesemua 222 Ahli Parlimen berada di Dewan Rakyat mendengar pembentangan Belanjawan 2021.

Jika semalam beliau mengeluarkan arahan hanya 80 Ahli Parlimen saja dibenarkan berada di Dewan Rakyat, hari ini berikutan desakan Anwar yang kemudian disokong empat Ahli Parlimen UMNO, Azhar terpaksa mengubah keputusannya dengan rasa yang cukup kecewa.

Kekecewaannya jelas terpancar apabila beliau kemudian menyatakan agar di lain kali permohonan seperti itu seharusnya diberi notis awal terlebih dahulu kepadanya.

Apakah ini petanda awal Belanjawan 2021 akan berdepan masalah ketika pengundian nanti?

Dua perkara yang paling membuatkan rakyat kecewa dan tidak puas hati ialah berkaitan pengeluaran wang daripada KWSP dan perlanjutan tempoh moratorium pinjaman bank.

UMNO, khususnya melalui Najib Razak, sejak dua tiga minggu lalu, giat mendesak kerajaan agar membenarkan rakyat mengeluarkan wang caruman sebanyak RM10 ribu daripada Akaun 1 KWSP.

Pengeluaran wang itu adalah untuk tujuan mereka menyelesaikan urusan kehidupan berikutan pandemik Covid19 yang membuatkan ramai hilang pekerjaan dan tiada pendapatan.

Dengan RM10 ribu dapat dikeluarkan dan jika pasangan turut berbuat demikian, bermakna jumlah RM20 ribu yang ada dalam tangan mampu menyelesaikan banyak urusan kehidukan, antaranya tentang bil-bil yang tertunggak.

Jika kebenaran itu diberikan, ia dianggarkan mampu memberi manfaat dan keselesaan kepada kira-kira 4.7 juta pencarum.

Malangnya, desakan dan permintaan UMNO itu tidak dipedulikan oleh Tengku Zafrul.

Dalam pembentangannya, beliau mengumumkan hanya pencarum hilang pekerjaan dibenarkan mengeluarkan wnag daripada Akaun 1 KWSP dengan jumlah RM500 sebulan selama setahun.

Dalam erti kata lain, jumlah dibenar dikeluarkan adalah RM6000 sahaja, tetapi dengan RM500 sebulan, apa yang boleh diselesaikan?

Itu pun, oleh kerana ia terhad kepada mereka yang hilang pekerjaan, manfaatnya hanya untuk 600 ribu pencarum semata-mata berbanding sasaran daripada cadangan asal ialah 4.7 juta pencarum.

Bagi moratorium pinjaman bank, kedua-pihak iaitu UMNO dan PH telah membuat desakan agar ia dilanjutkan selama tiga atau enam bulan lagi bagi tujuan meringankan beban hidup rakyat akibat Covid19.

Desakan ini juga tidak diterima, sebaliknya Tengku Zafrul sekadar mengumumkan moratorium bersasar untuk golongan B40 di mana mereka yang berkenaan perlu berurusan dengan pihak bank untuk memohonnya.

Selain itu, mereka juga diberi pilihan sama ada mengambil moratorium selama tiga bulan atau mengurangkan jumlah bayaran bagi tempoh enam bulan dengan membuat perisytiharan bahawa pendapatan mereka telah berkurangan.

Yang nyata di sini, desakan UMNO dan PH langsung tidak diberi perhatian oleh PH, walaupun ia adalah untuk manfaat majoriti rakyat.

Dalam hal ini, ada yang berkata – inilah padahnya bila wakil bank dan bukan wakil rakyat jadi Menteri Kewangan.

Baik UMNO atau PH, terutama berkaitan dua aspek di atas iaitu pengeluaran wang KWSP dan moratorium pinjaman bank, adalah bahaya bagi masa depan mereka jika menyokong kelulusan Belanjawan 2021 ketika pengundian nanti.

Menyokongnya bererti tidak peduli terhadap keperluan rakyat yang majoritinya benar-benar perlukan wang daripada KWSP dan moratorium dilanjutkan lagi.

Sebaliknya, dengan menolak belanjawan dan menunjukkan kebersamaan terhadap keperluan hidup rakyat, peluang memenangi PRU akan datang adalah lebih cerah, terutama jika PRU15 diadakan seawal tahun depan.

-https://shahbudindotcom.net/

Kenapa belanjawan 2021 wajib ditolak…

Simple. 81 Juta untuk unit propaganda kerajaan hanya untuk selamatkan Moo dan Jemin; yang mana 2.2 kali ganda lagi besar pada zaman BN. No amount of propaganda monies boleh selamatkan kerajaan tebuk atap, tak percaya survey2lah sentiment rakyat dalam komen terhadap Moo.

Sebab itu zaman PH, kita masih boleh survive walaupun tanpa GST; ini yang di panggil berkat.

Ironically, pesakit kanser stage 4 potong budget untuk cancer dan prioritikan budget JASA 81 juta. Sebab apa? Dia rawat kanser di hospital swasta, yang pak mat tempe dan makcik kiah kalau kena kanser nanti sendiri mau ingatlah bayar sendiri kos rawatan.

Oh lupa nak cakap, budget farmasi juga kena potong sampai 73%, jadi kalau makcik teksi di langkawi deman denggi, nampaknya akan terus dapat HIV la sebab harga ubatan pun jadi mahal sebab tiada subsidi.

Berkat itu macam rezeki yang sedikit tapi cukup untuk semua. Ini belanjawan yang membusung paling terbesar dalam sejarah tapi rakyat yang miskin terpinggir.

Boleh pula bagi rebat 200 ringgit untuk beli peti ais dan penyaman udara; i guess kalau rakyat yang kena buang kerja, perkara pertama ialah tambah hutang lagi; tukar penyaman udara dan peti ais; i say why not, alang-alang susah, bagi terus jadi sengsarakan?

Itupun masih tak jelas dari mana sumber dia nak fund budget yang membusung tu. Macam kerja kerani sembang nak tukar kereta baru padahal anak-anak kat rumah dah start kena makan nasi kosong dengan kicap.

Tapi cakaplah apapun, yang penting Drmaza akan redha dan akan cari dalil dari langit ke 7 untuk halalkan budget pengkhianatan.

Sumber : https://codeblue.galencentre.org/…/government…/…

Orang kuat Azmin disebut-sebut bakal terajui JASA

Orang kanan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Dr Afif Bahardin disebut-sebut bakal dilantik menjadi Ketua Pengarah Jasa yang baru selepas bajet sebanyak RM85.5 juta diluluskan untuk pembentukannya.

Menurut kelab penyokong Perikatan Nasional, Perikatan Nasional Fans, mereka belum mendapat kepastian dari pihak Dr Afif lagi, namun poster tahniah kepada beliau sudah disebarkan.

“Belum dapat kepastian dari dari pihak Dr Afif. Kalau benar, tahniah dari PN Fans. Kita jaga sesama kita ke YB. Kempen PN kaw-kaw,” tulis kelab penyokong kerajaan PN itu menerusi facebook mereka.

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan menghidupkan semula unit propaganda Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), dengan peruntukan RM85.5 juta di bawah Belanjawan 2021.

Menurut anggaran perbelanjaan persekutuan, terdapat dua peruntukan untuk unit itu di bawah belanjawan Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Peruntukan pertama sebanyak RM4 juta di bawah belanjawan komunikasi strategi dan peruntukan kedua sebanyak RM81.5 juta di bawah dasar baru.

Jumlah kedua-duanya, iaitu RM85.5 juta adalah peningkatan 185 peratus daripada RM30 juta yang diperuntukkan kepada jabatan itu oleh kerajaan BN di bawah Belanjawan 2018.

Berita penuh : https://malaysiadateline.com/dr-afif-disebut-sebut-calon-ketua-pengarah-jasa/

Pemimpin PN berkumpul di Hilton KL petang ini

Gempar !!! Pemimpin PN berkumpul di Hilton KL petang ini

Pada pemimpin Perikatan Nasional (PN) mula tiba di Hotel Hilton Kuala Lumpur tengah hari ini untuk menghadiri mesyuarat praparlimen.

Antara tiba ialah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang dilihat memasuki hotel berkenaan kira-kira jam 12.20 tengah hari. Sebelum itu beberapa pemimpin lain lebih awal sampai.

Mereka ialah Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Lain-lain ialah Presiden Parti Bersatu Sabah, Maximus Ongkili; Presiden MCA, Wee Ka Siong; dan Presiden MIC, S Vigneswaran.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/548944

Pasukan perubatan terkejut dengan pemotongan peruntukan kesihatan

Panas !!! Pasukan perubatan terkejut dengan pemotongan peruntukan kesihatan

Kumpulan perubatan kurang berpuas hati terhadap Belanjawan 2021 dengan berkata, mereka menghargai komitmen kerajaan dalam menyokong sektor kesihatan di tengah-tengah penularan pandemik Covid-19, tetapi percaya peruntukan dan langkah yang diumumkan tidak memberangsangkan.

Dr Subramaniam Muniandy, presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), menghargai peruntukan sebanyak RM1 bilion untuk memerangi Covid-19 dan bayaran RM500 kepada barisan harapan, tetapi berkata, beberapa kepentingan kelompok perubatan tidak ditangani secukupnya.

“MMA mengusulkan pengurangan dan insentif cukai bagi memberi galakan kepada kumpulan ini, selain memasukkan 7,000 pengamal perubatan awam ini dalam perang menghadap wabak itu. Malangnya gesaan itu tidak diendahkan,” katanya.

Beliau juga bertanya sama ada Program Pekerjaan Jangka Pendek akan merangkumi peranan tambahan kepada pengamal perubatan memandangkan permintaan yang meningkat disebabkan pandemik.

“Malangnya, kita tidak melihat sebarang peruntukan besar untuk memberi rangsangan yang sangat diperlukan oleh petugas kesihatan kita,” katanya, selain menambah bahawa kurangnya kesedaran mengenai “isu-isu lama mengenai jawatan tetap dan kontrak untuk petugas kesihatan junior”. .

Namun katanya, peruntukan RM90 juta untuk program imunisasi pneumokokal, inisiatif pelepasan cukai dan fokus kerajaan terhadap kesihatan mental merupakan langkah yang harus dipuji.

Ketua eksekutif Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial, Azrul Mohd Khalib pula berkata, kerajaan membuktikan bahawa ia memberi keutamaan kepada usaha menangani pandemik Covid-19, tetapi meramalkan ia boleh membawa kesan negatif yang tidak dijangka.

“Pengalihan sumber dan potongan untuk membiayai respons terhadap Covid-19 boleh memberi kesan negatif yang signifikan terhadap respons kita terhadap penyakit tidak berjangkit seperti kanser, buah pinggang dan penyakit kardiovaskular,” katanya.

“Sebagai contoh, sangat mengejutkan apabila peruntukan untuk penyakit kanser dikurangkan secara drastik daripada RM328.7 juta pada tahun lepas kepada RM136.4 juta. Nefrologi juga mengalami pengurangan yang banyak.

“Kita tidak boleh melihat satu krisis pada satu-satu masa. Kepercayaan bahawa kita boleh menangani penyakit kanser dan buah pinggang selepas kita selesai dengan Covid-19 bukanlah satu pilihan,” kata Azrul.

Katanya, pengurangan peruntukan itu berisiko menyebabkan orang ramai lebih terdedah daripada sebelum ini, sekali gus menggesa kerajaan mengkaji semula peruntukan untuk sektor kesihatan.

Sementara itu presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) Kuljit Singh berkata, persatuan itu “gembira apabila mendapati belanjawan tahun ini memberi tumpuan kepada usaha mengekang dan mengawal wabak Covid-19, termasuk mendapatkan vaksin apabila ia tersedia untuk rakyat.”

Namun tambahnya, APHM masih berharap kerajaan menyediakan dana untuk membolehkan pemindahan pesakit yang menunggu rawatan ke hospital swasta tanpa perlu mengelaurkan perbelanjaan sendiri, sekurang-kurangnya dalam tempoh pandemik.

Beliau turut menyambut baik peruntukan sebanyak RM35 juta kepada Majlis Pengembaraan Kesihatan Malaysia, dengan berkata, pendapatan yang dijana daripada pelancongan perubatan di hospital swasta lupus sama sekali kerana penutupan sempadan negara.

Berita penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/11/07/kumpulan-perubatan-kurang-teruja-dengan-peruntukan-belanjawan/

Kerajaan perlu perjelas peruntukan RM85.5 juta kepada Jasa, kata Umno

Jasa dibubarkan pada Mei 2018 selepas Pakatan Harapan melancarkan kempen berjimat berikutan kemenangannya dalam pilihan raya umum sebelum itu. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Umno percaya peruntukan RM85.5 juta yang dikhususkan kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia merupakan jumlah yang berlebihan dan perlu diberikan penjelasan segera, kata naib presiden parti itu, Khaled Nordin.

“Kita alu-alukan wujudkan semula Jasa, tetapi peruntukan sebesar ini memerlukan penjelasan lanjut. Perlu dijelaskan mengapa perlunya peruntukan yang besar.

“Kalau ada justifikasi munasabah, ia OK untuk peruntukan besar. Mungkinkah kerajaan yang lemah memerlukan ‘pembesar suara’ yang lebih besar,” katanya kepada FMT.

Dalam anggaran perbelanjaaan persekutuan bagi tahun 2021 di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia disiarkan yang di laman rasmi Kementerian Kewangan menyebut tentang fungsi Jasa, iaitu membangunkan komuniti sehingga ke peringkat akar umbi melalui komunikasi berkesan antara kerajaan dan rakyat.

Peruntukan pertama sebanyak RM4 juta dibuat di bawah belanjawan komunikasi strategi dan peruntukan ke-2 berjumlah RM81.5 juta diberikan di bawah dasar baru.

Sehingga kini, Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah dan timbalannya tidak memberikan sebarang ulasan lanjut berhubung peruntukan berkenaan.

Ketua Penerangan Umno Shahril Sufian Hamdan dilaporkan berkata, kerajaan persekutuan perlu memberikan penjelasan lebih lanjut mengenai fungsi Jasa dan mengapa ia memerlukan peruntukan yang besar.

“Saya juga persoalkan perkara sama. Saya tidak lihat lagi penjelasan mengapa ia memerlukan peruntukan yang besar. Kerajaan dan kementerian perlu berikan penjelasan.

“Dari segi Jasa sendiri, jika ia masih digunakan untuk tujuan propaganda bagi mana-mana parti atau kerajaan, saya tidak akan bersetuju.

“Tetapi jika ia memainkan peranan, terutamanya di kawasan luar bandar seperti Jabatan Penerangan, maka saya rasa ia OK.

Shahril Sufian Hamdan.

“Tetapi jumlah peruntukan lebih RM80 juta itu bunyinya terlalu besar buat saya,” katanya.

Sementara itu, ketua penerangan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Wan Agyl Wan Hassan berkata, beliau terkejut dengan keputusan Putrajaya memberikan peruntukan besar kepada jabatan berkenaan, melebihi peruntukan diberikan kepada petugas barisan hadapan.

“Sekiranya pembentukan semula Jasa dengan objektif memberi peluang pekerjaan, saya yakin bukan sahaja ahli Dewan Rakyat, malah semua rakyat Malaysia mahukan maklumat lebih terperinci dan justifikasi berhubung keputusan itu.

“Ini perlu didebatkan di Dewan Rakyat. Keutamaan kita seharusnya memerangi dan menyelesaikan permasalahan kesan daripada serangan wabak Covid-19. Persoalannya kini apakah sebenarnya visi dan matlamat peruntukan untuk jabatan itu,” katanya.

Beliau berkata, peruntukan sebanyak RM85.5 juta kepada Jasa kurang jelas matlamatnya, selain dilihat tidak memenuhi keperluan dalam menyelesaikan masalah rakyat yang disebabkan wabak Covid-19.

Jasa dibubarkan pada Mei 2018 selepas Pakatan Harapan (PH) melancarkan kempen berjimat berikutan kemenangannya dalam pilihan raya umum sebelum itu.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum itu memperuntukkan RM30 juta kepada Jasa dalam Belanjawan 2018.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/11/07/kerajaan-perlu-perjelas-peruntukan-rm85-5-juta-kepada-jasa-kata-umno/