TAHNIAH KERAJAAN PH ATAS PEMBENTANGAN RUU PROFESION GUAMAN SYARIE 2019 – ROZHAIFIZEE ABD RAHIM (Pengarah Kanun Pemuda Amanah Kubang Kerian)

TAHNIAH KERAJAAN PH ATAS PEMBENTANGAN RUU PROFESION GUAMAN SYARIE 2019

Saya mengucapkan kesyukuran atas kelulusan RUU Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan)2019 (D.R. 18/2019). Sempena itu saya juga mengucapkan tahniah kepada kerajaan PH khasnya kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato’ Seri Dr Mujahid Yusof Rawa serta seluruh pegawai JAKIM, Mahkamah Syariah, MAIWP, Peguam Negara dan peguam syarie yang bertungkus-lumus dan bersungguh-sungguh mahu memastikan RUU bersejarah ini dapat dibentangkan dan diluluskan oleh Dewan Rakyat.

Alhamdulillah selepas 35 tahun, pelbagai usaha untuk mengangkat Profesion Peguam Syarie melalui Rang Undang-Undang Akta Guaman Syarie. Segala usaha, perbincangan dan perancangan, akhirnya semalam (15 Julai 2019), Rang Undang-Undang ini berjaya direalisasikan di dewan yang mulia iaitu Dewan Rakyat.

Dengan kelulusan Rang Undang-Undang akta ini, peguam syarie diberi peluang untuk menubuhkan majlis peguam syarie dan badan peguam syarie yang akan menyediakan mengurus hal ehwal penerimaan masuk peguam syarie, lesen amalan, kes displin dan tadbir urus perjalanan kes di Mahkamah Syariah.

Ia sekaligus dapat menutup mulut pihak pembangkang terutama dari BN dan PAS yang selama ini galak menyebarkan fitnah bahawa Islam terancam di zaman pemerintahan PH. Pembentangan ini juga mendedahkan tembelang BN dan PAS bahawa DAP adalah musuh Islam yang akan sedaya-upaya menyekat kedaulatan Islam.

Jika dilihat sepanjang perbahasan RUU ini di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen bukan Islam khasnya daripada DAP langsung tidak menyentuh apa-apa berkaitan RUU ini. Malah mereka telah bersama menyokong Penuh RUU ini diluluskan.

Akhir sekali, saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia bahawa untuk terus menyokong kerajaan PH khasnya bahawa kerajaan PH tidak pernah mengenepikan kedaulatan agama Islam dan orang Melayu kerana hal tersebut telah termaktub kukuh dalam Perlembagaan Persekutuan. KANUN juga menyeru rakyat Malaysia supaya tidak termakan dakyah palsu PAS dan UMNO bahawa Islam dalam kedudukan terancam di bawah pemerintahan kerajaan PH. Islam Masih Terbela.

ROZHAIFIZEE ABD RAHIM
Pengarah Kanun Pemuda Amanah Kubang Kerian

Jawatankuasa Pengurusan Pemuda Amanah Kubang Kerian sesi 2019 – 2021

Image may contain: 7 people, including Johar Ismail, Zwan Male and Mohd Aisam, people standing

Jawatankuasa Pengurusan Pemuda Amanah Kubang Kerian sesi 2019 – 2021

Dari kanan aku :
Timbalan Ketua Pemuda Ariff Rusli
Setiausaha Tuan Lawyer Azmi Hafez
Pen. Setiausaha l #HassanBasri

Dari kiri aku :
Naib Ketua Pemuda l ( KP Demit) Ahmad Azharuddin
Naib Ketua Pemuda ll ( KP Salor) Zwan Male
Naib Ketua Pemuda lll ( KP Pasir Tumboh) Mohd Aisam

Yang tiada dalam gambar :
Bendahari Faezz Razak
Pen Setiausaha ll #CikguSan
Pen Setiausaha lll #CikguZul
Pengarah Komunukasi #AhmadAzharuddin
Pengarah Biro Pilihanraya Muhammad Afiq Bin Alias
Ketua Biro Panel Syariah Ustaz Alamin Ibn Kelantani

 — with Azmi HafezJohar IsmailAhmad AzharuddinZwan Male and Mohd Aisam.

Design a site like this with WordPress.com
Mulakan