Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Kertas Putih Pertahanan dibentang di Parlimen November ini – Tahniah Mohamad Sabu

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu. – Foto Saifullizan Tamadi

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan akan membentangkan Kertas Putih Pertahanan negara pada persidangan Parlimen November ini.

Menterinya, Mohamad Sabu, berkata, Kertas Putih itu adalah julung kali dibentangkan selepas negara mencapai kemerdekaan.

Menurutnya, Kertas Putih itu akan mendedahkan perancangan 10 tahun kementerian, peralatan ketenteraan serta pembabitan yang boleh dilakukan rakyat negara ini dalam memperkasakan pertahanan negara.

“Kita dalam peringkat akhir untuk menyiapkan Kertas Putih ini sebelum dibentangkan di Parlimen nanti,” katanya ketika ditemu bual menerusi rancangan Malaysia Hari Ini di TV3, pagi tadi.

Sementara itu Mohamad berkata, Malaysia berada dalam darurat jika rakyat menyaksikan kehadiran dan kelibat anggota tentera di bandar setiap hari.

Katanya, anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bukan seperti orang awam yang boleh dilihat berborak di kedai kopi sebaliknya mereka ditugaskan di lokasi tertentu untuk menjaga keamanan dan kedaulatan negara.

“Keamanan negara menyumbang kepada ekonomi negara, jika huru-hara perniagaan tidak akan dapat dijalankan dan mereka yang kaya-raya adalah disebabkan pasukan keselamatan yang menyumbang tenaga menjaga keamanan.

“Memang kita tidak akan nampak tentera berada di bandar setiap hari, jika mereka (rakyat) nampak itu, negara sudah darurat. Tentera berada di sempadan, laut serta kem dan mereka mempunyai disiplin mereka sendiri… sebab itu kita tidak nampak mereka berborak di kedai kopi,” katanya.

Mohamad berkata, beliau yakin walaupun ada pihak mempertikai kemampuan tentera, sindiran sedemikian tidak akan menjejaskan semangat anggota pasukan keselamatan.

“Meskipun Malaysia berada dalam keadaan aman selepas ancaman komunis dan konfrontasi Indonesia selesai, rakyat lupa keamanan hari ini disebabkan pengorbanan tentera yang sedang bertugas.

“Ketika ini juga kira-kira 5,000 anggota tentera darat sedang beroperasi di seluruh negara dan 5,000 lagi sedang menunggu giliran.

“Oleh demikian, saya kesal jika mereka yang beranggapan tentera kita hanya tidur sahaja. Barangkali mereka lupa, keamanan itu berpunca daripada apa. Namun saya yakin semangat mereka kekal dan apa-apa sindiran tidak akan menjejaskan perwira kita,” katanya.

Beliau berkata, kenyataan yang menganggap ATM kini tiada penugasan utama dan tidak relevan adalah tidak benar kerana kesiapsiagaan dalam semua perkara penting dalam menjaga kedaulatan negara.

“Negara jiran, Singapura mempunyai empat kali ganda pasukan pertahanan berbanding Malaysia, begitu juga negara Eropah seperti Norway, Denmark dan Finland yang mempunyai bilangan penduduk yang lebih kecil.

“Peruntukan kementerian bukan untuk berperang tetapi kesiapsiagaan dan kesediaan kita pada setiap masa. Kita masih memerlukan aset yang cukup seperti kapal besar untuk melakukan rondaan di laut, memandangkan kita adalah sebuah negara maritim untuk memerangi nelayan asing dan lanun,” katanya.

Selain itu, Mohamad menjelaskan, ATM juga perlu bersiap sedia menangani ancaman keselamatan yang digelar ‘non-traditional threats’ khususnya membabitkan alam siber yang mampu mengancam rakyat Malaysia seperti kebangkitan golongan pengganas.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/08/601306/kertas-putih-pertahanan-dibentang-di-parlimen-november-ini-mohamad?fbclid=IwAR2_cu9XcZrLanU1ETuJCSRMYfZAHQsA21Xvz_q8n3cysFr92wqvaBQYZUI

Helikopter Nuri (Zaman Umnobn) mendarat cemas di Kem Gubir, Kedah

KUALA LUMPUR – Sebuah helikopter Nuri (UmnoBn) milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan pendaratan cemas di dalam kawasan Kem Gubir, Kedah, kira-kira jam 3.00 petang tadi.
TUDM dalam kenyataan media berkata, pesawat yang berpangkalan di Pangkalan Udara Butterworth ini sedang melaksanakan penerbangan yang membawa empat anak kapal dan 11 anggota Tentera Darat Malaysia untuk misi ulang bekal.
“Semua anak kapal termasuk penumpang helikopter selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.
“Kesemua mereka telah diberi rawatan oleh pasukan perubatan tentera yang bertugas di kem tersebut,” kata kenyataan itu hari ini.
TUDM telah menghantar pasukan penyelamat ke kawasan insiden dan akan menubuhkan satu pasukan penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/41138/BERITA/Tragedi/Helikopter-Nuri-mendarat-cemas-di-Kem-Gubir-Kedah?utm_source=izooto&utm_medium=push_notifications&utm_campaign=Helikopter Nuri mendarat cemas di Kem Gubir Kedah&utm_content=&utm_term=
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf