Polis akan panggil Najib kes Nga didakwa hina sultan

 

1 PENIPU AAAA1 jho low sifu1 Jho Low Sufi

Polis akan memanggil bekas perdana menteri Najib Razak susulan laporan yang difailkan terhadapnya oleh setiausaha kepada Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming berhubung dakwaan membuat hantaran palsu dalam talian.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang D5, Jabatan Siasatan jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid memaklumkan anggota parlimen Pekan itu akan dipanggil dalam masa yang terdekat.

“Ya, kami akan merakamkan kenyataannya […] ia akan dilakukan dalam masa terdekat tetapi kami belum menetapkan tarikh,” katanya kepada Malaysiakini.

Setiausaha sulit kanan Nga, Tan Tiong Yih membuat laporan terhadap Najib di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh minggu lepas.

Iklan

Terdahulu hari ini, Nga menghabiskan hampir dua jam di Bukit Aman bagi direkodkan kenyataannya mengenai dakwaan membuat hantaran menghina Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Menurut Mior, MP Teluk Intan itu hadir sebagai saksi dan polis akan memanggil semula Nga memandangkan beliau perlu menghadiri sidang parlimen hari ini, yang mana beliau ialah timbalan yang dipertua Dewan Rakyat.

Sementara itu bercakap kepada media di luar ibu pejabat polis Bukit Aman hari ini, Nga dalam satu kenyataan ringkas menggesa polis menyiasat laman Facebook bekas perdana menteri Najib Razak kerana didakwa memuat naik berita palsu dengan niat untuk memfitnah.

Pada 2 Oktober lalu, pengiring Sultan Selangor membuat satu laporan polis terhadap pemilik akaun ‘Nga Kor Ming Super Fans Club’ yang didakwa menghasut masyarakat Cina membenci Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pemilik akaun berkenaan dikatakan mengajak orang Cina yang tidak puas hati membuat bantahan terhadap Sultan Selangor, susulan keputusan tidak membenarkan papan tanda jalan dwibahasa digunakan di negeri itu.

Najib turut berkongsi hantaran itu melalui akaun Facebook miliknya dan mengaitkannya dengan Nga.

Nga bagaimanapun menegaskan akaun Facebook berkenaan adalah palsu dan hantaran berkenaan merupakan fitnah jahat terhadapnya.

Nga juga menuntut Najib memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana memuat naik hantaran palsu di Facebook untuk menyemai kebencian di kalangan rakyat terhadap beliau dan DAP.

 

https://www.malaysiakini.com/news/494974?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR2A1uz2e-5cEmkyyABwMU76aOqtUx4JWVjq5doVnh-cpfMicmZtbAE9Yeg

Nga nasihat Najib bertaubat

KUALA LUMPUR – Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming menasihati bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya ‘bertaubat’ dan kembali kepangkal jalan daripada terus melakukan perbuatan menabur fitnah.

Beliau berkata, sebagai seorang yang beragama Islam Najib tidak sepatutnya membiarkan dirinya terjerumus dalam kancah fitnah kerana perbuatan itu juga merupakan satu dosa besar.

“Nasihat saya kepada Datuk Seri Najib, sila bertaubat dan kembali kepangkuan jalan sebelum terlambat.

“Janganlah terus terjerumus dalam kancah menabur fitnah kerana dari segi Islam fitnah adalah satu dosa yang besar dan itu tidak baik.

“Kembalilah ke pangkuan jalan sebagai seorang kekanda beliau harus faham betapa seriusnya apabila kamu terus menabur fitnah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kor Ming berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai satu hantaran di Facebook yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pekan apabila meminta kerajaan mengambil tindakan terhadap dirinya kerana didakwa menghasut warga Cina untuk membenci Sultan Selangor.

Najib membuat tuduhan itu berdasarkan hantaran dalam tulisan Cina menggunakan nama ‘Nga Kor Ming Super Fans Page’
berhubung isu papan tanda yang mempunyai tulisan Cina.

Mengulas lanjut, Kor Ming yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat menyifatkan Najib bersikap demikian kerana bekas perdana menteri itu tidak lagi sibuk seperti dahulu dan disebabkan itu masa yang terluang digunakan olehnya untuk menyerang beliau.

“Apabila ada seorang bekas perdana menteri memakai berita palsu untuk serang DAP ataupun saya ia menunjukkan beliau sebenarnya sudah ketandusan idea.

“Beliau kebuntuan jalan tak tau nak buat apa dan kini kerjanya menabur berita-berita dan membantu menyebarkan berita palsu. Saya dah tegaskan itu berita palsu, berapa jauh dia boleh pergi,” ujarnya.

Kor Ming turut menyindir Najib kerana beliau kini sering memberi perhatian kepadanya meskipun mengetahui bekas perdana menteri itu mempunyai agenda tertentu.

Tambah beliau, serangan seperti dilakukan oleh Najib itu bukanlah yang pertama sebaliknya, ia sudah acapkali berlaku.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai tindakan yang akan diambil oleh pihaknya ke atas Najib susulan pernyataan fitnah itu, Kor Ming berkata, ketika ini beliau menunggu arahan daripada peguamnya untuk tindakan lanjut.

Kor Ming memberitahu, pihaknya juga telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut dan laporan polis turut akan dibuat selepas ini.

– MalaysiaGazette

Create your website with WordPress.com
Get started